Hantu Raya

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan….

Awal tahun ini, kampung kami sekali lagi digemparkan dengan misteri ketukan yang berlaku dari rumah ke rumah. Hampir setiap kali mesyuarat kampung mingguan dan bulanan, ia akan dibangkitkan menjadi isu yang tiada penyelesaian…

Sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk membuat rondaan dan jagaan bagi menangkap pengetuk misteri, masalah yang terjadi bila rondaan dilakukan contohnya diutara, keesokan harinya ketukan dilaporkan dibahagian selatan, seolah pandai memilih kawasan untuk mengetuk.

Ketukan yang konsisten selama lima minit, dengan cara ketukan kasar, seperti mengunakan buku lima. Boleh roboh pintu rumah dek kerana kuatnya ketukan tersebut.

Menurut buah mulut penduduk kampung ni, ada beberapa individu yang dah ternampak entiti yang mengetuk, dikhabarkan menyerupai salah seorang penduduk yang paling senior didalam kampung yang telah meninggal dunia, Pak Kadir namanya.

Arwah Pak Kadir yang dikenali kerana kuat tubuh badan dan kuat bekerja walaupun sudah berusia, ada yang mengatakan usianya lebih dari 100 tahun, kerana semasa proses membuat kad pengenalan ‘pasca merdeka’, beliau sudahpun berusia 20 ke 30 tahun. Dan masalah yang timbul kerana Pak Kadir semasa hidupnya sendiri tidak mengingati tarikh sebenar kelahiran beliau.

Anehnya bila dibukakan pintu, Pak Kadir hilang dan lenyap begitu sahaja. Dan menurut beberapa saksi yang lain, Pak Kadir hanya memakai pakaian yang sama setiap kali ditemui, baju kelabu yang ada kesan berlubang dibahagian bahu kanan, dengan songkok lusuhnya dan acap kali bila ditemui, matanya merah membara.

Tidak bercakap, tidak mengangguk, tidak berinteraksi, hanya diam dan memandang kosong kedepan. Ada beberapa individu yang bertindak berani memanggil berulang kali, Pak Kadir akan menoleh dan membalas dengan renungan tajam, tanpa sepatah perkataan pun..

Anak-anak kecil yang biasanya keluar mengaji malam, dinasihatkan supaya tidak lagi keluar mengaji pada sebelah malam. Penyudahnya bila malam hari di kawasan kampung yang biasanya sibuk pada hujung minggu mulai lenggang..

Aku dan Uda berjanji untuk ke gelanggang seperti biasa pada malam rabu tersebut. Latihan silat berjalan seperti biasa dan tak pernah dihentikan seketika, walaupun jumlah pelajar yang datang mulai berkurangan dek kerana semuanya mengelak dari bertemu dengan Pak Kadir. Boleh juga dikatakan hanya aku dan Uda sahaja yang masih menyinggah ke gelanggang beberapa minggu ni. Kami berlatih dan usai tamat latihan, kami berehat sebelum pulang kerumah.

“Rip, kau ada dengar berita pasal Pak Kadir?” Tanya Uda sambil membuka tanjak yang dibuat dari lipatan kain hitam bersegi empat. Seketika kemudian Uda menyeka peluh didahi. Latihan hari ini boleh tahan berat juga pada pendapat aku. Permainan sundang memerlukan banyak pergerakkan siku dan bahu, kerana beban senjata yang berat dan lajak yang perlu diambil untuk ‘membalas’ buangan sundang, menukar dan menjadikan satu bentuk serangan.

“Ada, tapi itulah.. Belum sampai ke kejiranan sini lagi..” Balas aku pendek, aku dah mula melabuhkan punggung di atas pelantar yang disediakan didalam gelanggang, baju dengan kesan tanah, aku bersih-bersihkan..

“Belum sampai kata kau? jiran aku Pak Derus dah dua malam pintu rumahnya diketuk.. Katanya bila dia mengendap ditingkap, ada mahluk warna hijau berlumut rupa macam Pak Kadir depan rumah!” Balas Uda serius..

“Mak aku semalam sakit perut, sampai tak jadi ‘melepas’ diluar.. Risau diganggu, dia buang atas surat khabar didapur je.. Pagi esoknya baru tanam diluar.. hahaha” Kata Uda sambil ketawa kecil..

Aku tahan ketawa dan buat reaksi wajah ‘ewwwwwwww’. Patutlah perangai kau lucu, mewarisi dari ibu rupanya… gumam aku sendirian.

“Hantu Raya tu barangkali, kalau korang nak bela, aku boleh ajar jampi serapahnya.. haha… Tapi untuk apa?” Cikgu Jakpar, gurulatih silat kami mula menyampuk sambil ketawa kecil..

“Hei si Hantu Raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini…
Sengaja aku tak habiskan, kalau kau nak.. Aku bagi mentera serapahnya..” Sambung Cikgu Jakpar lagi sambil tangannya di rawang-rawangkan diudara seperti menari dan memanggil sesuatu..

“Ada upacara tertentu dan kena buat tiga malam berturut-turut, kalau ada yang datang, adalah yang nak dengan kau! Kalau tak, maknanya takdelah yang nak! Kau rasa sejuk bila dia masuk dari ibu jari kaki kanan atau ibu jari tangan kanan.. Bila dia keluar, hilang rasa sejuk! Mesti dijamu dahulu sebelum diberikan tugas!” Kata Cikgu Jakpar lagi dengan kening dikerut-kerutkan seolah-olah cuba mengingati sesuatu.

Kami berdua melopong dan ternganga mendengar ayat sepontan dari Cikgu Jakpar.

“Ahhh… nak buat apa? Kerja syirik semuanya ni!” Cikgu Jakpar mematahkan sendiri kata-katanya..

“Dulu, masa aku masih menuntut seperti korang berdua, ada abang-abang seguru, mahukan ilmu yang lebih ampuh, kebal dan boleh jaga harta benda dan keturunan, panggil Hantu Raya masuk dalam badan. Nak panggil masuk, perkara mudah! Tapi, bila nak dibuang tu yang jadi masalah! Kalau yang datang tu jin, masih ada harapan untuk dibuang atau hapuskan, tapi kalau yang datang tu dah tahap Ifrit, naya diri sendiri nanti!” Sambung Cikgu Jakpar..

“Allah dah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 4, yang bermaksud ‘Barang siapa Syaitan itu menjadi temannya, maka Syaitan itu seburuk-buruk teman’!” Kata Cikgu Jakpar sambil mengeleng-gelengkan kepala.

“Jadi kalau ilmu itu menyekutukan Allah, kenapa cikgu belajar dulu?” Uda bertanya sepontan, aku juga mengangguk-anggukan kepala.

“Kerana… korang bayangkan, dalam dunia ni, ada orang yang pandai menyihir sahaja, takde yang ambil tahu sihir apa atau jenis apa, macam mana nak diubatkan sihir, kalau kau pun tak tahu sihir apa?”

“Takde orang yang tahu, benda tu Hantu Raya, tak mungkinlah aku akan tahu, itu Hantu Raya? Betul tak? Aku belajar bukan untuk digunakan, tapi sebagai cabang ilmu, dan mungkin kalau berpeluang, untuk mematahkan ilmu yang serupa bila diperlukan..” Sambung Cikgu Jakpar bersemangat..

Aku dan Uda hanya mengangguk-anggukan kepala. Ada benarnya apa yang dikatakan Cikgu Jakpar, kalau semua orang tak ambil tahu, takde siapa yang tahu macam mana nak selesaikan masalah yang timbul..

Kami segera berkemas untuk kembali ke rumah, gelanggang ditinggalkan berbalam dibelakang selepas kami bersalam-salaman dengan Cikgu Jakpar. Kami perlu melalui satu kawasan semak kecil yang boleh memuatkan sebuah basikal, sebelum sampai ke kawasan perumahan yang berselerak.

Aku dan Uda dengan tenang melalui kawasan tersebut. Aku juga dah mengingatkan Uda supaya tak lari kalau terjadi apa-apa. Bukanlah aku tak kuat berlari, tapi kami dah berikrar sumpah pendekar yang tidak akan pernah gentar dengan apa pun yang menghalang. Sumpah yang akan dibawa hingga akhir hayat kami.

“Eh, Rip.. Dalam semak tu ada orang laa… Entah-entah Pak Kadir tak?” Cuit Uda pada lengan aku, sambil ditunjukkan pada sesuatu yang bergerak-gerak didalam semak.

“Diamlah… Kau ni… Cuba jangan cabul?” Aku balas ayat Uda, betul! Aku juga perasan. Tapi sengaja tak aku ucapkan, jangan dibiarkan hati di kecamuk kan mainan perasan sendiri! Lagi pun aku tak sanggup nak main acara larian pecut 100 meter dengan Uda.. Gila? Masa sekolah dulu, dia wakil daerah…

Kami melalui kawasan lorong basikal tersebut dengan berhati-hati..

Tiba-tiba..

BRRRRRRRRRRRRR

BRRRRRRRRRR

Bunyi semak bergerak-gerak datang dari sebelah kanan kami. Uda dah mengelabah timun! Uda genggam dan pintal baju aku dibahagian lengan..

“Tenang Da… Tenang…” Aku yakinkan Uda..

Dalam samar gelap, aku nampak ada ayam melompat naik atas dahan pokok yang patah. Dan dengan bantuan cahaya bulan, aku nampak ayam berkokok dengan gagahnya!

Kok Kok Kooooooooookkkkkkk!!

Ayam ni pun! Saat macam nilah nak berkokok! Boleh naik darah gemuruh. Mana nak tahan panik dalam hati sendiri lagi, mana nak jaga Uda yang macam budak kecik lagi.. Haish…

“Phuih! Celaka punya ayam! Ni mesti ayam Pak Selamat! Orang tua tu pun satu, ayam bukan reti direbankan kalau dah malam!” Uda marah dan meludah ketepi! Sambil melepaskan beberapa buah silat ‘terkejut’. Aku dah terhinggut-hinggut menahan ketawa.

“Nasib baik aku tak bukak jurus tadi! Kalau tak! Naya je… Jadi ‘kari ngeri’ lah kau ayam!” Marah Uda lagi..

kah kah kah kah…

Tak berdaya aku menahan ketawa yang menghambur, betapa lucunya perangai kawan baik aku si Uda ni!

“Ni bukan ayam Pak Selamat… Ini ayam aku…” Kata suara garau yang tiba-tiba menyampuk dari belakang Uda..

“Ayam siapa?” Balas Uda sepontan sambil menoleh kiri dan kanan, aku pun turut menoleh mencari suara siapa yang berbalas cakap dengan Uda..

“Ayam aku! Kadir…” Balas suara tu lagi..

Berderau darah aku!

Hantu Raya Pak Kadir yang Uda takutkan dalam perbincangan awal tadi muncul disebelah kanan Uda, sambil mengendong ayam yang berwarna hitam berkilat yang berkokok tadi dibawah ketiak kanan! Kepala ayam diusap-usap seperti mengusap kepala kucing dalam pelukan..

“Kamu mahu? Thoriq Kiswah Bin Abbas? Aku boleh beri pada kamu!” Tanya Pak Kadir sambil menyeringai dan menyebutkan nama penuh Uda. Uda nampak dah mengigil-gigil..

“Kalau kamu mahu, kamu boleh jadi ‘tuan’ yang baru pada ayam ni!” Sambungnya lagi dalam keadaan masih menyeringai..

Serun menatap bebola mata yang merah seperti saga di wajahnya

Aku masih terpana berdiri disitu, ternganga menyaksikan Uda yang dah berlari pecut 100 meter ke tengah kampung sambil melolong-lolong menjerit ‘Hantu.. Hantu..’

Aku mengundur dan berjalan perlahan-lahan menjauhi kawasan Pak Kadir, mengarah ke kawasan kampung. Darah gemuruh yang naik ditukar menjadi aura perang secara sepontan. Mengigil kaki dan tangan menahan dari melepaskan buah pukul..

“NANTI DULU!” Kata Pak Kadir.

Aku berhenti sejenak dan menjeling ke arah Pak Kadir. Pak Kadir yang bercakap sebentar tadi bukanlah seperti ‘rupa’ Pak Kadir yang berada didepan aku sekarang. Dia dah pun ‘bertukar’ menjadi mahluk berbulu hitam setinggi tujuh kaki, dengan dua tanduk seperti tanduk kerbau dikiri dan kanan dahinya. Lidah merah berdarah dan panjang dijelir-jelirkan seolah mengejek perbuatan aku.

“Kirim salam aku pada Pak Seli! keh keh keh keh…….” Katanya sambil ketawa terkekeh-kekeh. Suaranya parau seperti Iblis!

Aku beransur dengan pantas meninggalkan semak dan berjalan ke arah rumah-rumah kampung yang mulai berselerak dikiri dan kanan.

Err… Bersambung gais, nantikan sambungannya esok..

Dapatkan Pusaka yang sedang hangat dipasaran. Terima kasih untuk yang dah support local author! Bak kata pepatah ‘alah membeli, menang membaca!’

Thanks gais

xoxo

#Pusaka

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Hantu Raya”

  1. Alaa ko ni rip.time2 klimak la bersambung.cube la buat skali habis terus.tasabar nk tggu esok.santau kang.hahahahah.

    Reply

Leave a Comment