Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan bahagian ketiga..
Bapak berdiri bersemuka dan penumbuk disimpan kedalam bermain sesiku lagaknya seperti pelaga tomoi, Pak Lamat berdiri dalam keadaan separuh terkangkang, parang diulir dari kiri dan kekanan, bagaikan akan direjam kedepan.
Pak Lamat masuk menetak!
Bapak bergilit ke kiri dan masuk kaki kanan berdiri berdepan dalam keadaan menyerang!
Bapak masuk serangan siku padu, yang pergi dengan cara berputar!
Dalam sedetik!
Dengan gerakan seputar yang dibuat bapak, aku dengar bunyi padu siku bapak yang hinggap di bawah dagu, tangan, lengan, perut dan telinga kiri!
BRAPPP PAP PAP!
BRAPPP PAP PAP!
Sungguh tangkas jurus sesiku jarak dekat yang dilepaskan bapak! Tak terkalah dalam serangan berparang!
Pak Lamat terbungkam menghenyak tanah!
Bapak sambung dengan pencak dan bersedia menanti serangan berikutnya!
“Setan!” Kata Pak Lamat, dagu kirinya beralih dari paksi kedudukan asal, kerana padunya pukulan buah sesiku tadi! Dia cuba bertutur dalam keadaan susah payah.
Jurus sesiku yang bapak ‘tari’ kan sebentar tadi dikhabarkan dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu lewat 1920an, dikembangkan menjadi satu perguruan silat. Persilatan yang khabarnya terpencil dan kini hilang ditelan zaman.
“Aku sengaja umpan kamu tiga beranak kemari! Malam ini, aku akan tamatkan riwayat kamu semua! Dan selepas ini, tiada siapa yang boleh menganggu kerja aku!” Dengus Pak Lamat dengan marah!
Rahangnya ditarik kebawah, dan engsel dagu yang tercabut, dimasukan kembali ke soket dagu dengan tangan kanan. Mukanya menyeringai kesakitan semasa rahang disentap kembali ke kedudukan asal!
Ngeri melihat tindakan yang dilakukannya. Bila hati dah dikuasai nafsu, segala yang merintang ‘dilanggar’ tanpa rasa takut.
Bapak hanya diam tanpa bicara, menunggu langkah selanjutnya, mulutnya masih terkumat kamit membaca sesuatu dalam keadaan masih menari-nari pencak silat.
Dalam pada masa yang sama, azan yang tamat, aku sambung untuk kali kedua. Pak Seli bangun dan kembali berdiri, seketika dia membongkok dan mengambil keris yang diletak ditanah.
Keris dicabut dari sarung, sarung dibuang, dan keris dikucup. Pak Seli sekarang bersedia untuk menikam. Baju yang dipakai dibasahi keringat. Pak Seli mula membuka langkah, tarian sendeng yang dimainkan cukup kemas.
Namun musuh Pak Seli tidak kelihatan, fokus aku lebih terarah kepada pertarungan bapak dan Pak Lamat yang sedang siap siaga ‘menganyang’ satu sama lain.
Pak Lamat kembali mengatur langkah untuk menyerang, tetakan membuang dari arah kanan dilepaskan!
Dengan sekali terjahan laksana ayam sabung membadik taji, bapak melompat dan menujah kaki kanan saat parang dilajak kekiri! Kaki kanan bapak hinggap dipangkal bahu Pak Lamat!
POMMMMMM
Sekali lagi aku nampak Pak Lamat terpelanting menghentam batang pokok dibelakang! Melintang badannya membantai pokok sebesar tiga pemeluk yang kekal pegun.
Pak Lamat pitam dek kerana kuatnya ‘isi’ dalam penendang tadi. Mulutnya bersemburan darah. Bapak hanya membiarkan Pak Lamat terlentang dibanir pokok. Seketika kemudian bapak berjalan menghala ke arah Pak Lamat.
Perkiraan aku, bapak akan memijak kepala Pak Lamat dan menamatkan riwayatnya ternyata salah! Parang menebas dari tangan Pak Lamat bapak ambil, dan kemudian bapak kembali mendapatkan aku.
Berdiri disisi aku dalam bulatan yang aku buat sendiri sebentar tadi.
“Kau pasak bumi tak?” Tanya bapak gopoh
“Pasak… Pasak.. ” Aku balas saat azan telah ditamatkan.
“Bagus! Kau nampak tak siapa Pak Seli hadap?” Tanya bapak lagi
“Tak nampak, bah.. Nampak dia bersilat sendirian je..” Aku balas kembali
Bapak tutup mata aku seketika, sambil terdengar beberapa potongan ayat al-Baqarah dibaca. seketika kemudian kelopak mata aku rasa dipangkah dua-tiga kali di kiri dan kanan.
“Buka mata, Rip!” Arah bapak
Mata dibuka, dan sekarang aku nampak jelas Hantu Raya berbulu yang bertanduk seperti kerbau yang aku nampak tempoh hari sedang beradu tenaga dengan Pak Seli!
Fuhhhhhhh….
Dari nafasnya menghasilkan api, Tingginya sudah dua kali melepasi ketinggian manusia biasa. Kakinya kelihatan seperti kaki kambing, tirus dihujung dan besar di bahagian peha. Kepalanya seakan-akan kambing hitam yang berjanggut dengan mata yang hampir terkeluar dari soket.
Aneh, sungguh pun begitu berbeza dengan ketinggian Pak Seli, tapi setiap pukulan yang di’tuju’kan tepat mengenai sasarannya. Pak Seli Seolah-olah sama besar dengan Hantu Raya yang sedang bertarung dengannya.
“Ini bukan jin, Rip…” Bisik bapak perlahan pada aku
“Habis tu?” Aku bertanya, dalam keadaan mulut ternganga..
“Ifrit!”
“Kau tetap disini, abah nak tolong Pak Seli!” Sambung bapak lagi. Baju Melayu yang dipakai dilepaskan dari badan, bapak hanya bersinglet putih didalam. Menampakan badan berketak dengan kulit yang dimamah usia. Keris panjang dibelakang pinggang ditarik, dan hulunya dipegang dalam genggaman tangan kanan..
Bapak mula melangkah kedepan..
Kedua tangannya dibuka dan didepakan dengan sepuluh jari dibuka luas..
“Aku PAGAR DIRI dengan tujuh tembok dari tembok-tembok Allah,
bumbungannya Laa Ilaaha Illallah,
kekukuhannya Muhammadurrosulullah,
Penguncinya ialah Qudrat Allah,
Tidak akan TERBUKA melainkan DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA BESAR,
Kaf Ha Ya Ain Shod ialah kepadaan ku,
Ha Mim Ain Sin Qaf ialah pengawal ku….” Bapak bertutur sendirian seperti berbisik, sesetengah ayat ditekan sedikit pada nahu yang dituturkan..
“La qod jaaa akum, rosullun min an fusikum..”
Tangannya dipusing-pusingkan bagai memanaskan badan untuk menyertai sayembara sebentar nanti. Dari belakang tengkuk diantara dua bahu, keluar aura seperti asap nipis..
Hebat!
Sungguh ‘bergaya’ bagaikan Megat Terawis, Orang Kaya Bendahara Paduka Raja, Bendahara pertama dan juga Pahlawan Negeri Perak!
Bapak cabut keris dan buang sarung ke sisi, berdiri disamping Pak Seli yang sedang berlawan dan mengantung kaki kanan diatas lutut kiri.
Laa ila ha ilaa.. Anta subhanaka inni…
Pak Seli mula menyerang!
Bapak menyusup dari bawah!
Berpadu tenaga melawan Ifrit
Sungguh pantas dan tangkas pergerakan mereka, sesetengah gerak tak tertangkap pandangan mata manusia biasa seperti aku. Hanya percikan-percikan api yang dapat dilihat. Ada juga percikan halilintar yang terhasil dari buah pukul yang dilepaskan.
Khayal menyaksikan pertarungan antara ketua para jin, menentang dua orang manusia kerdil yang tak terkalah tenaganya..
Aku jeling kearah Pak Lamat yang terlentang dibanir pokok..
DAH HILANG!!
Aduhhh……
Mata aku mula melingas ke kiri dan kanan, bimbang dihadiahkan pukulan curi. Buruk padahnya kalau dijerut atau dikunci dari belakang.
Benda yang paling aku risaukan akhirnya berlaku, Pak Lamat muncul dari sebelah kanan sambil tersengih-sengih. Walaupun hanya dengan bantuan cahaya bulan, nampak jelas baju tanpa kolar yang dipakainya berlumuran darah dibahagian dada.
“Kalau aku tak mampu hapuskan bapak engkau dan Pak Seli, tak mengapa.. Biar kau aku habiskan dulu!” Katanya sambil dia mengepal-ngepal penumbuk ditangan kanan.
‘Ahhh… Sial’ Getus aku, sekali lagi terkena!
Bimbangkan orang lain, diri sendiri tersepit kemelut.
Sepontan aku bersedia dengan kuda-kuda, masih belum meninggalkan kawasan yang aku pagar sedari tadi..
Pak Lamat mengelilingi diluar bulatan pagar yang aku buat sedari tadi. Mulutnya terkumat kamit membaca jampi serapah yang terdengar seperti bahasa jawa kuno..
Aku tetapkan dalam hati, bersedia untuk sebarang kemungkinan..
Bismillahi ladzi la yadhuru…
Laaa illa ha illa anta..
HAAAAAAAAAAAA!!!
Suara Pak Lamat menjerit dan melepaskan penumbuk ke muka aku, aku elak ke kiri dan hadiahkan penerajang dari depan!
Tendangan aku ditepis keluar dan Pak Lamat mara lebih rapat. Dia melepaskan tumbukan tangan kanan!
Kaki yang tergantung aku turunkan dan semar bersilang. Dengan sekali seputar, aku tangkap penumbuk kirinya dan aku hayun membuang keluar sambil aku kuwi kaki kanan Pak Lamat.
Pak Lamat jatuh tersembam ke tanah!
“Celaka kau! Bapak dan anak, sama perangai!” Gertaknya dengan marah
“Mampus kau, aku bunuh malam ni! Phuih!” Jerit Pak Lamat sambil meludah ketepi.
Pak Lamat kembali bersedia untuk menyerang. Berkira-kira dalam pada dia berulir kiri ke kanan, mungkin menunggu masa sesuai untuk menyerang aku..
Dalam keadaan begini, fokus harus jitu. Aku larutkan diri dengan zikir tanpa putus. Aturan nafas juga perlu konsisten, dua detik tarik, empat detik tahan dan dua detik hembus..
Laa illa ha ila anta.. Subhana ka inni..
Pak Lamat masuk dengan sepak layang kaki kanan!
Aku tahan dengan ruas buku lima tangan kiri, aku sembat tangan kanan kearah alat sulitnya, dan disambung dengan sepakan pisau tepat ke ulu hati!
ARGHHHHHHHHHHHH!!
Aku nampak dia terduduk dan memegang alat sulit dengan kedua-dua tangannya. Kepalanya dalam keadaan seperti sujud ketanah, bukan kaleng-kaleng sakitnya disembat dengan buku lima pada alat sulit, sebab aku pernah kena masa belajar jurus dengan Cikgu Jakpar dulu.
Seketika kemudian Pak Lamat mula bangun dan berdiri. Di tangannya mengenggam parang menebas yang dibawa masuk dari awal tadi.
ALAMAK!
Cuai!
Macam mana aku boleh tak perasan parang yang berada dalam bulatan berpagar yang aku buat tadi, berada dalam lingkungan capaian Pak Lamat!
Pak Lamat tersengih-sengih, matanya hitam keseluruhannya! Parang disorokan selari dengan lengan kanan, bersedia untuk dibuang kesisi untuk menakik atau menetak.
Aku mula membuka pencak, bermain jurus elak dan pukul bersenjata. Permainan yang sukar dan perlu latihan berulang kali untuk mahir.
Berkobar-kobar rasa yang membara didada.
Pak Lamat kembali menyerang
Hulu parang ditaji ke arah muka, aku tunduk dan masuk!
Parang disembat ke kiri cuba menakik kepala aku. Aku serbu dengan pukulan siku ke ulu hati, muka Pak Lamat aku renjis dengan belakang tangan kanan, dan aku sambung dengan pukulan sunting tiga serangkai..
Bertalu-talu bunyi pukulan dalam melangkah, menampar badan dan muka.. Pergi secara berangkai..
PAP PAP PAP
PAP PAP PAP
Pak Lamat sekali lagi terngadah ke belakang..
Tak bertangguh, aku masuk bentesan gunting dari sisi, dan sambung kuncian kaki keras, pelipat diatas pelipat, aku lipat kaki kiri dia dalam keadaan dia masih mengelepar ditanah!
ARGGHHHHHHHHHHHH
“Diam! Diam aku kata!!!” Jerit aku, dalam pada aku masih menindih dia dengan lutut kiri, dan sengaja aku tekan dengan keseluruhan berat badan sendiri.
Masih tak mahu mengalah, Pak Lamat masih cuba meloloskan diri dengan meronta-ronta diatas tanah.
Dengan sekali rentap, aku cabut engsel buku lali kiri Pak Lamat dari kaki!
“Aduhhhhhhhhhhhhh” Jeritan Pak Lamat memecahkan malam.
Sikit lagi dah nak habis gais, sabaq naa… Esok aku sambung lagi, muehehehehehe…
Dah ramai yang pm aku balik, macam mana nak beli pusaka, pm book mesh gais.. Ampa pm aku pasaipa?
Oh satu lagi, hari ni second last day, ampa semua pakat bagi aku icon love naaa… terima kasih la naaa..
xoxo
#Pusaka
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
β€οΈ
π
β€οΈ
Assalam ..Bang Arip ..
satu ja nak kata ..
Seni Silat Gaya Siku ..apakah namanya ..dimana gelangang yang masih ada ..
Hebat ..Sayembara ..Pendekar ..
Puas hati walaupun belum berakhir …
akanku dapat Naskhah PUSAKA itu ..
Assalamualaikum
Aku PAGAR DIRI dengan tujuh tembok dari tembok-tembok Allah,
bumbungannya Laa Ilaaha Illallah,
kekukuhannya Muhammadurrosulullah,
Penguncinya ialah Qudrat Allah,
Tidak akan TERBUKA melainkan DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA BESAR,
Kaf Ha Ya Ain Shod ialah kepadaan ku,
Ha Mim Ain Sin Qaf ialah pengawal kuβ¦.
βLa qod jaaa akum, rosullun min an fusikum..β
ijazahkan saya tuan..
Nok beli buku pusaka tu.
Sakit do dia pukul aku