Salam semua!
Nama aku Aty. Kisah ni bukan kisah aku tapi kisah emak aku. Masa awal-awal dia kahwin dengan abah aku. So straight to the point jelah ye hehe.
Masa mula-mula kahwin dalam tahun 1987 macam tu emak abah aku menyewa pondok kecil je dekat sebuah kampung di Temerloh. Biasalah orang baru kahwin, pendapatan abah aku masa tu pun tak seberapa lagi. Pondok tu mak aku kata hujung kampung , jauh dari orang. Tapi sebab sewanya murah, mak abah aku terima jelah.. Ok, macam biasa satu hari tu abah aku keluar bekerja… tinggallah mak aku sorang-sorang kat rumah. Nak dijadikan cerita, dalam tengahari macam tu masa tu mak aku dalam bilik tengah berehat, mak aku dengar macam ada orang dekat ruang tamu. Mak aku pun keluarlah nak check, rupanya ada Abah aku. Mak aku hairanlah sebab biasanya abah aku takkan balik tengahari sebab ofisnya agak jauh dari rumah.
“Eh abang… Kenapa abang balik? Macam mana abang masuk?”
Lebih kurang macam tulah mak aku tanya abah aku masa tu. Sebab mak aku hairan, pintu semua mak aku kunci sebab tinggal sorang dan setahu dia abah tak ada kunci pendua. Setiap petang dia yang akan bukakan pintu untuk abah masuk.
Tapi abah aku masa tu diam je sambil matanya tajam merenung mak aku. Mak aku baru perasan muka abah pucat semacam. tiba-tiba mak aku meremang bulu roma. Perasaannya lain sangat dan dapat rasa lelaki di depan dia sekarang bukan suami dia. Abah pulak masa tu masih diam dan hanya merenung tajam ke arah mak. Tup-tup guys, abah aku hilang! Lenyap dari pandangan mak aku. Semua berlaku beberapa saat je.
“Astagfirullah.” Mak aku tergopoh gapah berlari ke arah bilik tidur sambil mengurut dada dan beristighfar. Memang terkejut sangat dengan apa yang baru berlaku dan pertama kali jugak dia terkena.
Kejadian tu tak terhenti dekat situ je… Dari dalam bilik, mak aku terdengar pulak derap kaki orang berjalan dari ruang tamu menghala ke bilik dia waktu tu. Memang bunyi orang berjalan. Jantung mak aku dah berdegup kencang dah.
Tiba-tiba mak aku nampak leher tanpa kepala menjengah di sebalik pintu masuk bilik. Lembaga tanpa kepala tu memakai baju kurung bercorak bunga kecil. Lambaiannya mak aku masih ingat sampai hari ini. Mak aku yang berpeluh peluh menahan ketakutan akhirnya pengsan. Sedar-sedar abah aku dah balik. Masa tu abah tak percaya lagi benda-benda tahyul ni.
Keesokkan harinya, mak aku dah tak berani dah duduk dalam rumah masa abah aku bekerja. Lepas siap memasak dan mengemas rumah, mak aku bertenggek dekat tangga rumah sambil tunggu abah aku balik. Tiba-tiba mak aku betul-betul rasa ada tangan orang sesejuk ais pegang bahu kiri dia. Sekali lagi mak aku pengsan.
Selepas kejadian tu, mak aku start sakit-sakit. Dia kerap jadi lemah-lemah badan dan lesu. Mak yang menceritakan pada abah aku , tapi masih lagi abah tak nak percaya. Sampai lah satu malam abah aku pulak yang terkena. Pada saat abah aku nak pejam mata untuk tidur, ada satu lembaga hitam berbulu dengan mata merah menyala betul-betul depan muka abah aku. Lagi beberapa inci nak tercium. Sejak tu abah mula percaya yang rumah mereka diami tu ada ‘something’.
Dua hari selepas tu, abah bawak seorang ustaz ke rumah. Kata ustaz tu, memang ada benda dalam rumah mak abah aku tu. Dekat bilik air belakang ada satu tempayan besar, dalam tempayan tu ada hantu raya belaan tuan rumah katanya. Tuan rumah simpan belaannya dalam tu. Dan hantu raya tulah yang menganggu mak abah aku masa tu..
Mak abah aku terkedu. Mak aku tanya orang kampung, mereka kata rumah tu memang berhantu dah lama. Beberapa hari lepas tu mak abah terus pindah. Risau gangguan lebih teruk akan jadi kalau tinggal lebih lama.
Ok, rasanya cukup dulu kisah aku kali ini. Aku akan sambung lagi di lain masa. Banyak lagi kisah mak abah , tok nenek aku yang aku akan ceritakan. Insyaallah.
Apa pun, terima kasih ya kerana sudi membaca. Assalamualaikum! #AtyUmr
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
niceyyy
😅
Emmm
biasa
Tajuk dh seram da tpi isi citer xsampai.. tahap keseraman tu… hurmmmm…👹
Seram die sampai tp seramnye kejap je n cikitt tibe2 tamatt..hehe tp okla
haha maaf semua .. baca balik mmg seram tak sampai yek. walaupun masa mak cite kemain naik bulu roma .. maaf2. first time menulis .. tulis pulak kat ofis .. nak cepat je .. insyallah relax2 nnti menulis lagi .. dgn lebih padat. 🙂
Seram..tp mgkin pendek sikit..xper…ad pglman lg tulis jer.akak tetap rate🤗
terima kasih akkkiut. tu lah , ni lah pengalaman pertama menulis.. tak pndai sgt olah ayat .. takpe t next2 story sy baca byk kali baru hantar hehe
kenapa tak sampai ni seramnyeee ..
Takpe kak, teruskan menulis dan berkongsi pengalaman.
Baru nak feel seram tup-ii dah habis.apapun story best
masa part yg hilang dan hantu tanpa kepala tu mmg seram sampai bulu roma aku berdiri gaklah haaha siap toleh belakang lg aku hehe… cuma sbb citer pendek sgt kut jd x puas.
Takpela, bagi penulis tahap keseraman dah tinggi sebenarnya. cuma cara penulisan je. lama-lama nanti okay la tu. jangan risau, semua orang bermula dari bawah. 🙂
👍
👍
mngkin seram tuh trpelosok bawah katil. ptut lah acik cari xjumpa seram tuh dmna.. halamakk
Walaupun pendek tapi padat dan jelas. 6/10
BEST,.teruskan bekarya
kipidad dongibab!!!!
mak aku, abah aku..tulis je mak, abah. kami dah paham. hmm….
Seram betul. Kalau aku pun memang dua tiga kali pengsan macam tu lah juga. Tapi, kenapa ya, orang lelaki ni susah betul nak percaya masalah isteri…..