Assalammualaikum,
Harap semua sihat dan ceria. Bagaimana dengan kisah sebelum ini adakah seram atau sekadar ermmm je? Jika tidak seram aku harap ia menghiburkan. Kepada yang masih belum baca cerita sebelumnya, ini adalah antara ceritanya iaitu Hantu PLKN dan Hantu Bidan. Apa-apapun terima kasih kepada admin Fiksyen Shasha kerana sudi menyiarkan cerita aku ini. Harap kalian sihat seadanya.
Baiklah mari kita tersukan dengan kisah yang kedua. Kisah ini terjadi ketika aku meningkat dewasa dan menetap di Kuala Lumpur. Ketika itu zaman hidup cukup makan sahaja maka rumah sewanya pun sekadar yang mampu sahaja. Aku menyewa rumah di atas sebuah kedai atau bahasa mudahnya rumah kedai berdekatan dengan satu kawasan yang terletak di Ampang.
Ketika waktu malam anda akan terlihat di sepanjang laluan blok-blok kedai beberapa lelaki lembut yang menanti pelanggan. Syukur iman aku masih terjaga tidak terjerumus. Cuma yang sedih aku tak dapat tarbiah mereka semua. Mereka ramai, badan sasa tetapi hmmmmm . . .
Cerita ini bermula ketika aku duduk keseorangan di dalam bilik. Waktu itu hujan di luar. Agak lebat jugalah hujan ketika itu.
“Oit kau tengah buat apa tu?”
Teman serumahku menjengah kepalanya di mulut pintu bilik. Aku memalingkan kepala.
“Tak buat apapun, tengah tengok video kucing menari ja?”
“Boleh aku masuk tak?”
“Masuklah oi, minta-minta izin pulak”
Teman rumahku ini ku letakkan nama dia Roy.
Sebaik Roy mendapat izinku dia masuk dan duduk di atas kerusi. Aku ketika itu tengah baring di atas katil. Waktu itu pulang sudah petang sekitar jam 4.50 petang. Muka Roy moody jugalah masa ini. Aku tidak pasti apa masalah dia tengah hadap ketika ini namun telinga aku sedia menanti luahan hatinya.
“Kau tau tak dah setahun aku tak balik kampung, rasa rindu gila pulak kat mak bapak aku”
“Betul Roy, cuti raya pun kau bukan balik. Jadi kau sedih ni sebab kau tak balik kampung ke? Ambil masa la bro gi amik cuti balik kampung sekali sekala”
“Aku da cuba tapi kerja tu, makin dibuat makin banyak”
“Assignment, kerja tu boleh delay de. Dapat tengok mak bapak tu lagi penting, lagi-lagi dapat belanja mereka pakai duit gaji kita fuh nikmat berkat tu”
“Hehe betul tu, dah lama tak belanja diorang. Tu yang datang sebak rasanya”
“Haahlah kot, ambiklah cuti sehari dua beb”
“Itulah nanti aku cuba. By the way. . . “
Roy membetulkan punggungnya. Dia melihat hujan di luar cermin bilik. Hujan mula renyai.
“Kau pernah tak rasa seumur hidup kau sunyi dan membosankan? Terasa macam nak mati?”
Aku ketika ini sebenarnya kaget sedikit. Roy aku kenal bukan Roy yang tengah berbual dengan aku. Roy yang aku kenal hatinya gembira dua puluh empat jam. Roy aku kenal jarang dia kongsi masalah dengan kawan dia kerana dia suka kongsi masalah dia dengan kawan perempuan lagi-lagi teman wanita dia. Roy nih memang jarang balik kampung tetapi hari-hari mak dia bakal telefon dia. Aku cuma meletakkan dia mungkin ketika ini di tahap emosi yang sangat sedih. Kita layankan jer la eh? Bukan siapa-siapa pun.
“Terasa bosan gila tu adalah, tapi rasa nak mati tu tak pernah lak aku keluar dalam pala otak aku nih. Kau gaduh dengan awek kau ker”
Roy tersenyum.
“Tak tahulah beb, aku rasa hidup aku seperti tak berguna sekarang nih”
“Errr kau nih, kalau macam tu kau rasa baik kau doa banyak-banyak pada tuhan. Setiap masalah ada jalan beb”
“Hmmm betul tu, oklah dapat sembang dengan kau minda aku segar sikit. Terima kasih sebab layan aku hehe”
“Kawan beb kawan, ada apa-apa kau panggil aku lah. Nak main game ke apa”
Roy hanya maengangguk dan berlalu pergi. Dia berjalan masuk ke dalam bilknya.
‘Bzzzzzzz’
Telefon pintar aku berbunyi. Ada panggilan masuk. Nama yang terpapar adalah Roy 2. Roy ada dua telefon bimbit. Erk! kejap, jadah apa dia telefon aku, bukan baru tadi dia sembang dengan aku ker. Aku tekan butang hijau. Telefon ditekapkan di telinga.
“Ah ye Roy nak apa lagi?”
“Assalammualaikum, woi nih cuba kau masuk bilik aku tengok kat dalam tu ada telefon aku tak? Aku miscall telefon aku banyak kali kau tak dengar ker?”
“Waalaikummsalam, eh kau sekarang kat mana nih?”
“Aku kat luar le, kat kedai makan nih. Kan aku cakap kat kau tengahari tadi harini aku nak balik kampung”
“Erk!! Kau kat kedai makan?”
Air liur aku telan laju. Nafasku mula sekat. Peluhku deras. Roy mana pulak aku sembang tadi?
“Kau biar betul? Bukan kau kat rumah ke sekarang?”
“Apa kau merepek nih, kan aku keluar dari tadi tak balik-balik”
Tiba-tiba peluhku bertambah lencun. Aku terasa ada seseorang di muka pintu. Posisi aku ketika ini baring mengadap ke dinding. Di telefon kedengaran suara Roy menjerit-jerit.
Aku pasti ada orang di belakangku.
Perlahan-lahan aku memalingkan kepalaku. Perlahan-lahan aku memusingkan badanku.
‘Phew’
Kosong. Tiada apa. Cuma ruang kosong. Suara Roy di telefon sudah tidak kedengaran. Aku bangkit tidak berjalan. Cuma bangkit.
‘Cintaku Cinta. . .’
Nada dering telefon Roy kedengaran. Aneh tadi tidak dengar pula. Suasana sunyi. Renyai-renyai hujan melanggar dinding. Nada dering telefon pintar kedengaran. Itu sahaja bunyi yang aku dengar. Aku mula melangkah kecil.
“HEHEHE!!”
“Ya Allah!!”
Di tepi pintu bilik aku terkeluar kepala seorang manusia. Bukan Roy. Rambutnya kusut. Mukanya mengerutu. Matanya terbeliak. Senyumannya sinis. Tingginya pula setinggi budak darjah empat. Kulit mukanya legam. Lidah terjelir panjang.
Aku pengsan serta-merta. Ultimate jumpscare.
Beberapa jam kemudian aku tersedar. Aku di atas katil. Aku nampak Roy dan dua kawan aku.
“Kau dah kenapa pengsan nih, nasib baik aku balik”
“Aku nak ikut kau balik kampung sekali boleh?”
“Boleh tu boleh, kau tu tak kerja ker”
“Cuti boleh minta, tunggu wei”
“Yela-yelah”
Aku hanya bercerita pada Roy ketika sudah sampai di kampungnya di Pulau Pinang. Agak terkejut jugalah Roy bila aku gambarkan wajah hantu yang aku perincikan. Abang lembut di sini pernah bercerita pada Roy. Maaf Roy bukan melanggan mereka Roy cuma mesra alam. Abang lembut itu pernah bercerita dulu ada budak mati di lorong belakang dekat dengan rumah sewa kami.
Dia duduk bersama ibunya yang bekerja di supermarket terdekat. Tidak tahu kenapa budak itu mati, apa yang orang kata dia mungkin dipukul sehingga mati. Mayatnya ditemui dalam keadaan lebam-lebam dan luka-luka di seluruh badannya. Aibnya terdedah, tiada pakaian di badannya ketika ditemui. Cara dia mati sungguh menyayat hati.
Sebaik pulang ke rumah sewa, aku dan Roy buat bacaan tahlil. Syukur jugalah kerana terbuka hati juga abang lembut datang ke rumah kami membaca tahlil. Semoga terbuka hati mereka pada para gadis. Itu sahaja cerita dariku. Mungkin banyak lagi akan menyusul. Insyallah.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit