Hantu Tapak Pembinaan, Kot?

Assalamualaikum dan hai kepada yang bukan beragama Islam. So, aku just pergi straight to the point lah memandangkan ceritanya agak panjang juga lah.

Malam tu ayah aku takda kat rumah, lepastu keluarga aku ni ada buka lah sebuah bakery ni, so ayah aku takda tu sebab dia pergi ambil stok barangan dekat KL, malam tu lepas je aku balik dari sekolah, mak aku kata, “Adik, jom lah pergi kedai malam ni buat roti, esok pagi boleh lambat sikit buka”, aku okay je lah kan.

Sampai kat sana tu aku rasa entah, lain macam je. Mungkin sebab aku jarang pergi ke tempat tu pada waktu malam, kalau waktu malam pun masa bulan puasa je, tu pun memang ramai orang waktu tu, lepas daripada tu, bukak pintu kedai sebelah je lah kan, dia ada dua belah. Bukak separuh je, then masa dah masuk kedai tu and nak tutup balik tu, pintu yang sebelah lagi satu tu dia bergegar macam kena angin. Tapi agak mustahil angin boleh masuk ke arah kedai aku ni memandangkan hari langsung tak ada ribut or apa apa sekalipun. Malahan tak rasa pun angin kat situ sepanjang aku cuba nak buka pintu tu. Memandangkan aku ni jenis yang ‘takut tak takut’ dengan benda benda hantu ni, aku buat dunno je lah.

So, kitorang start buat roti. Then mak aku mengadu dia lapar, sebab dia makan tengah hari tadi last. Lagipun dia memang hilang selera makan pun, sebab dia duk pikir pasal penyakit batu karang dia tu. So aku pun ambik lah mana ada roti yang ada diletakkan di bahagian depan kedai aku tu (kitorang buat roti kat belakang). Dia makan separuh je roti tu and then dia kata kenyang, so aku biar jelah. okay kita skip yang ni sebab kat sini tak seram mana pun, lagipun langsung tak kena kacau masa ni, hehe.

Malam tu jugak mak aku dimasukkan ke hospital sebab dia kena gastrik melampau dicampurkan lagi dengan mengandung dua minggu yang langsung kami semua tak tahu termasuk mak aku. Memandangkan hospital tu dekat je kedai kitorang ni, mak aku suruh lah aku ambik semua handbag dia apa semua tu, sebab masa dia pergi hospital tu, pergi dgn ambulans, sebabnya tak ada sapa masa tu kat situ, pengawal tu ada memang ada, tapi tak reti bawak kereta. So call lah ambulans.

Aku pun okay jelah kan, lagipun pukul 12 malam ++ dah, mesti nak rasa jugak kan keadaan kat bandar waktu tu macam mana. So, nak pergi ke kedai keluarga aku tu, kena lalu dekat tepi shopping complex ni. FYI, shopping complex ni tak siap dalam 30% lagi di bahagian atas, tapi telah dibuka dan digunakan oleh ramai peniaga. So, masa lalu tepi shopping complex tu, aku pun terdengar seperti suara orang menukang and sebaganinya, bunyi mesin pembancuh simen, bunyi gergaji tangan tu. Tapi, macam aku cakap takut tak takut, tapi kalau nampak lari, tobat lari, takdenya aku nak pegi dekat.

Walaupun dalam hati terdetik kata, ni kalau ada alat bertukang jatuh dari atas ‘dia’ terjatuhkan mampus aku. So aku cepatkan langkah kaki aku. Sampai jugak akhirnya aku kat kedai. Ambik ambik barang apa semua, aku pun kenalah lalu sekali lagi ke tempat tu. Kali ni bunyi tu lagi kuat. Siap ada macam bunyi orang hempas simen debu (yg belum dibancuh) tu lagi. Dan jugak bunyi chainsaw, masa ni paling seram. Aku yang masa tu pun dah takut tak takut tu, aku jalan je smpai aku dengar bunyi suara orang panggil nama aku (cliche gila). Tapi aku tak pusing. Aku bukannya bodoh macam dalam cerita cerita hantu semua tu. Aku jalannnnnn je terus. Sampailah aku dengar bunyi ‘gedebuk’ sekali, lepastu sekali lagi, lepastu sekali lagi.

Dengan perasaan yang curious, aku berhenti dan tangan kat dagu macam emoji whatsapp tu. Otak kata pusing tengok apa dia, tapi hati kata jangan. So, aku teruskan langkah aku. Makin lama makin rancak pulak bunyi ‘gedebuk’ tu. Sampailah aku smpai bawah lampu jalan ni. Aku cuba main dengan bayang bayang. Aku palingkan sikit kepala aku and jeling ke belakang. Tak ada bayang bayang. So, aku pun pusing lah. Langsung tak ada apa apa, and masa tu terdetik dalam hati. Apa aku bodoh sangat pergi pusing?

Buatnya benda tu ada kat belakang aku tak ke naya. Tapi otak kata jangan pusing hati kata pusing, so aku ikut hati. Alhamdulillah tak ada apa apa. TAPI! Lek lu, benda tu seru balik nama aku. Siap cuit bahu sebelah kiri aku lagi. Lepastu kau tau apa aku dengar? Dia kata, dengan segemersik yang boleh ‘nasib kau baik’. Aku apa lagi, lari tak hengat dunia lah smpai lah ke tepi jalan besar sana tu, nasib tak ada kereta. Kalau tak mau aku pulak yang diusung masuk ke dalam hospital tu.

Sekian tu je dari aku, kalau tak seram tak apa, sebab aku pun masa tulis ni tak naik pun bulu roma. GGWP, Cyka Blyat Ida Hanui!

Cyka Blyat Ida Hanui
FOLLOW FB KAMI.

11 comments

  1. Citer ni lg nmpk real dr eksyen melebih. Mmg biasa species takut x takut mmg kene kacau cenggitu je. Kalau over berani kang nmpk lak.

  2. aku pun sama rasa takut tak takut. kalau tak takut mulalah usik usik adik aku,tapi kalau dah takut sgt tu aku penakut gila hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.