Hantu Tingkap

Hi you all,

First of al,l thank you FS sebab publish story aku ni.

Well, cerita ni jadi 11 tahun lepas, masa itu aku form 3. So agak samar-samar nak cerita sebab ini adalah pengalaman pertama aku pada masa tu.

Okay semua dah get ready, kopi stabak kat sebelah, gula-gula di mulut, phone letak tepi kejap. Okay here we go!

Pada masa tu macam biasalah apa yang budak sekolah buat; Bangun pagi, Pegi sekolah, Balik sekolah, Makan, Keluar lepak kat padang dengan kawan, Balik magrib, Mandi, Makan lagi, Buat kerja sekolah, Tidur. Okay ni selalunya activity biasa aku buat.

Tapi pada haritu aku tak buat semua ni, sebab masa tu aku balik sekolah lambat. Yelah masa tu PMR kan banyak la program2 kat sekolah aku kena attend untuk prepare PMR hujung tahun.

Dan aku bersekolah swasta agama masa sekola menengah, so timing sekolah dia pukul 730 pagi – 3.30 petang (normal hour). Tapi masa tu kan ada program so aku balik dalam pukul 6, balik naik bas Metrobus, jalan kaki dari stesen bas ke rumah aku dalam 1KM. Jadi, agak barai jugaklah aku haritu.

Tanpa aku memikirkan apa, sampai je rumah aku makan, dan lepas magrib terus aku tidur TANPA tukar baju sekolah (barai teruk beb). So agak awal jugak aku tidur masa tu. Rumah aku adalah banglo 2 tingkat, dan bilik atas ada 3 bilik, bilik aku dekat bahagian atas depan rumah. Dah kebiasannya aku akan tidur dibilik aku. Tapi malam tu entah macamana pulak boleh terlintas nak membarai dekat bilik mak aku (dibahagian atas belakang). So aku tidur dalam pukul 8 lebih macamtu.

Aku ni jenis yang tak boleh tidur awal bawah pukul 10, kalau bawah pukul 10 malam saja, MESTI aku akan terjaga pagi dalam pukul 1-2 pagi macam tu. Jadi dengan berpakaian sekolahnya, aku tidur atas katil mak aku, dengan TINGKAP TERBUKA sebab masa tu panas jadi aku buka tingkap bagi angin luar masuk (ala-ala aircond daikin cooling king gitu).

Nak jadikan cerita, aku terjaga dari tidur dalam pukul 2 lebih tak silap aku, jadi dengan perasaan penat aku nak sambung balik tidur. Masa itu aku sorang sahaja ada dalam bilik, sebab aku tidur katil mak aku, mak aku tidur dekat katil dibilik aku. Cuba nak lelapkan mata, dengan TIBA-TIBA aku dapat rasakan angin dari luar bertiup dengan kuatnya ke dalam bilik aku.

Oh ya, tingkap aku sliding window so memang apa-apa boleh masuk kalau boleh terbang, wuuuu~.

Lepas tu aku badan aku terasa sangat sejuk dan tidak boleh bergerak. Masa tu dah la aku baring mengadap ke siling, atas kepala aku betul2 tingkap jadi kalau ada burung bertenggek dekat tingkat aku, dan berak, confirm kena muka aku!

Apa yang boleh bergerak masa tu hanyalah kelopak mata aku, jadi dengan tak semena-mena aku cuba beranikan diri buka mata dan hanya siling bilik yg aku dapat lihat. Perasaan cuak dan cemas tu bertambah lagi apabila macam ada orang bisik ditelinga aku memanggil-manggil nama aku

“Amannnnnnnnnnn…” dengan suara lembut berbisik.

Masa tu memang aku tak boleh nak buat apa-apa, cuba menjerit panggil mak aku, tapi macam biasalah suara tidak keluar, tang tu la pulak suara semput-semput saja keluar. Badan dah keras macam tak boleh bergerak akibat DIHEMPAP.

Kemudian, aku lihat seekor lembaga berpakaian putih terbang masuk melalui tingkap aku, dan stop betul2 atas badan aku. Aku tak nampak muka dia, hanyalah bahagian bawah kain putih dia yang aku lihat. Aku dapat rasakan dia memandang aku dengan tajam, dan kemudian aku hanya menutup mata sebab ketakutan yang teramatnya. Dekat seminit juga la dia memandang aku, dan selepas itu dia beredar tebang keluar melalui tingkap tadi. Kemudain badanku terasa celik dan boleh bergerak.

Tanpa aku buang masa aku terus pecut 120km/j macam laju yamaha 125Z ke bilik aku untuk mencari mak aku. Aku kejut mak aku, lalui aku memberitahu ada hantu dekat bilik mak. Mak aku dengan longlainya bangun berkata “Kau mimpi ni Man, dah tidur tidur.” Mak aku sambung tidur. Dan aku hanya mampu terdiam baring disebelah mak aku dan tidur sampai keesokkannya.

Aku cuba ceritakan story ni dekat kawan aku, diorg hanya gelak dan mempermainkan aku kata kau penat balik sekolah dan hanya bermimpi. Aku yakin bahawa pengalaman aku tu bukan la mimpi tapi realiti.

Pengajarannya disini, basuh kaki dan bersihkan diri korang sebelum masuk tidur, DAN TUTUP TINGKAP TAK PAYAH ACAH-ACAH AIRCOND SEMULAJADI! Okay?

Sekian cerita hambar aku…

Korang boleh sambung scroll IG.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

19 thoughts on “Hantu Tingkap”

  1. xphm dgn ‘segelintir ‘ student yg mlm2 konon pnas pastu bkak tingkap. pnas sgt ka bilik kau dik non oii. mcm nk humban ja org mcm tuh ke blok bwah..

    Reply
  2. hahaaha saya tido pun buka tingkap .. alhamdulillah x prnh kena apa apa … cuma bila hujan lebat tu kena la tempias air hujan tu

    Reply
      • tdo bukak tingkap la sbb angin rolling.. kalo tak buka angin panas pusing2 dalam bilik tak hangin ke ko.. lainn la kaya ada aircond.. mcm jiran lorong depan uma aku.. uma macam pondok mainan tapi pasang aircond tak mo kalah.. untung badan boleh bayar bil aircond.. aku gak kepanasan malam2..

        Reply
  3. Imam ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah mengatakan,

    “Di dalam hadits ini terdapat perintah untuk menutup pintu-pintu rumah pada waktu malam hari, dan hal ini merupakan suatu sunnah yang diperintahkan sebagai bentuk kebaikan bagi manusia dalam melawan setan dari jenis jin dan manusia. Adapun sabda beliau, ‘Karena setan tidak dapat membuka pintu yang tertutup dan mengurai ikatan tali’ merupakan sebuah pemberitahuan dan pemberitaan dari beliau akan nikmat Allah ‘azza wa jalla untuk hamba-hambaNya dari golongan manusia dengan tidak diberikannya bangsa jin kemampuan membuka pintu, mengurai ikatan, dan menyingkap tutup bejana, hal-hal ini telah diharamkan bagi mereka. Di sisi lain, bangsa jin diberi kemampuan lebih dibanding manusia berupa kemampuan tidak terlihat oleh manusia dan kemampuan untuk merasuki manusia, sedangkan manusia tidak dapat merasuki.” (Al-Istidzkar, 8/363).

    Reply
    • Dalil perbuatan ini adalah hadits Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu ketika beliau menyampaikan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

      “Jika masuk awal malam –atau beliau mengatakan: jika kalian memasuki waktu sore- maka tahanlah anak-anak kalian karena setan sedang berkeliaran pada saat itu. Jika sudah lewat sesaat dari awal malam, bolehlah kalian lepaskan anak-anak kalian. Tutuplah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah karena setan tidak bisa membuka pintu yang tertutup” (HR. Al-Bukhari no. 3304 dan Muslim no. 2012)

      Reply
    • Bnyak lgi tapi pnat nak copy paste ( c/p pn pnat) tapi dri apa yg aku baca, Bila waktu maghrib, eloklah tutup pintu Dan tingkap sambil menyebut Allah. Sebab smua tahu msa ni bnyak sgat Jin / syaitan berkeliaran. Klau pnas Sgt pn, tggu Bila nak msuk isya. Baru la buka la balik. Ni cuma pendapat.

      Reply
  4. Aku panas , bukan tingkap yang aku bukak .. pintu rumah yang utama tu terus aku bukak . Rumah kecik ja rumah miskin macam nilah gaya . Dah rumah kampung bila orang lalu lalang nampak semua isi dalam rumah . Grill tu letak tirai ja nak cover sikit .

    Reply
  5. Tak jd hal kalo tdo dgn tingkap buka. Tp buka lepas waktu Isya’. Jgn diwaktu maghrib. Cuma problem kalo buka tingkap tgh tdo, pencuri boleh masuk kalo tingkap takde grill keselamatan…

    Reply
  6. dulu suka jgk bukak tingkap,kenkonon nak angin malam,pstu berlaku kejadian mistik,ada penampakan di tingkap,stop kejap drpd bukak tingkap malam2..bila dah lupa,start balik tabiat tu..hehe

    Reply

Leave a Comment