HANYA KERANA CINTA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca budiman FS. Mungkin cite ni tade la seram macam cite yang korang bace tapi boleh la di jadikan pengajaran. Terima kasih pihak FS kalau publishkan cite aku ni.

Kisahnye bermula masa tahun 2009 selepas aku tamat U di perak. Tak sempat nak becucuk tanam anggur kat umah, aku dah ditawarkan kerja di sebuah syarikat yang terkemuka di Petaling Jaya di bahagian IT department. Aku ingat lagi aku start masuk penghujung tahun 2009. Memula memang aku ingat nak reject tawaran company tu tapi memandangkn kawan-kawan aku seramai 3 orang lagi dapat keje situ jugak, jadi aku pon on je la. Start awal sebab masa bulan tu setiap hari jumaat kebetulan selalu public holiday jadi untunglah kalau kami masuk awal. Rumah sewa kami dapat pon best jugak. Kat area Subang Jaya.

Kebenaran ape yang berlaku pada aku ni pulak bermula bila aku berenti keje di Petaling Jaya dan balik kampung di Perak. Sempat la aku bekerja 2 tahun di syarikat gergasi kat PJ tu. Tamat kontrak aku balik je la keje dengan ayah aku plak walaupon pengalaman tak banyak lagi, haha. Bila aku balik rumah ni, aku akan selalu la jumpa akak aku. Dia keje di Ipoh tapi selalu balik weekend dengan suami dia. Aku tak rapat dengan dia sejak dia berkahwin ni sebab dia selalu sakit meracau-racau akibat buatan orang. Pernah skali smpai dia pegang pisau kat tangan dia nak b***h diri mase dia tak sedar. Aku rase kalau aku tak kacau dia dan tak rapat dengan dia, benda ade kat dia tu tade la kaco aku. Jahil jugak aku pikir macam tu kan.

Sampai la mase mak aku tabur garam dengan biji lada hitam dalam rumah untuk halau benda-benda yang ada pada akak aku tu daripada masuk rumah. Mak aku masuk bilik aku buat macam pagar keliling bilik dan tabur garam dan lada hitam. Aku punye marah smpai aku sapu balik sume garam dan lada hitam tu. Aku cakap kat mak aku yang aku tak perlukan semua tu. Bongkak betul aku waktu tu. Aku pon jenis tak percaya sangat dengan mistik-mistik ni. Mak aku pelik sebab tak pernah tengok aku marah sampai macamtu sekali. Oleh kerana kakak aku ni da memang sakit, mak aku jadi syak dengan simptom yang ada pada aku ni. Jadi satu hari dia ajak aku pegi rumah ustaz kat Kelantan. Kata dia saje je la nak scan tengok diri kita ni. Adik aku pon mak aku ajak skali. Memula aku malas nak ikot tapi sebab mak aku beria sangat, aku ikotkan je la. Lagipon aku pikir biar la mak aku puas ati tengok aku ni tade ape pon sebenarnya.

Sampai rumah ustaz tu, dia suruh aku duduk dalam bilik bacaan dia. Kaki berlunjur dan pegang tangan di kepala lutut. Lepas tu ustaz tu ada baca-baca aku tengok mulut dia terkumat-kamit pastu cakap “pegi, pegii” sambil dia tunjuk isyarat dengan tangan dia. Bila da selesai semua, ustaz tu tanye aku “takkan kamu tak tau atau kamu tak rase apa-apa? Ni benda ni da ade dengan kamu da 2 tahun da ni. Da lama ni.” Tapi ustaz tu tade cite apa-apa pasal siapa yang buat dan ape benda yang ade kat aku tu. Aku pon masa tu macam nak cepat-cepat balik. Cuma sehari lepas daripada berubat tu, aku minum air yang ustaz bekalkan dan muntah-muntah seharian. Kata-kata ustaz tu pun selalu terngiang-ngiang kat telinga aku.

“Siape pulak dengki kat aku sampai 2 tahun?”. Aku rase aku tade buat salah dengan sesape. Kerja aku dulu pon tengok komputer je. Mane ade mase nak cite hal org apetah lagi buat fitnah sakitkan hati orang. Sangkaan aku macamtu lah. Ada orang sakit hati dengan aku. Tapi aku sedapkan hati aku, “alahhh… ni mesti benda menumpang sebab aku slalu balik tengah-tengah malam dulu”. Lagipon senang je dia kuar. Betoi la tu. Aku pon tade meracau-racau. Lepas berubat dengan ustaz di Kelantan tu, kami balik ke Perak tapi aku mula diganggu pulak kat rumah aku. Mungkin dia rasa aku mula sedar dan dia berani tunjukkan lagi banyak ‘hint’. Ada satu masa tu, aku tidur malam dan aku mimpi ada perempuan tua dengan rambut mengerbang datang nak cekik aku. Tapi tak sempat dia cekik aku sebut “Allah” dan aku terus terjaga.

Masa terjaga tu pulak laptop aku dipasang dengan lagu yang kuat. Aku ingat lagu tu lagu “Muara hati” nyanyian siti nurhaliza & hafiz. Bait yg keluar time aku bangun tu “Demi cinta dalam hatiku, ku yakin engkau milikku”. Aku bangun dan tutup ‘list’ lagu yang terbukak kat laptop aku. Yang peliknya aku takde bukak lagu kat laptop aku dan tambahan lagi lagu tu tak pernah ade dalam list lagu dalam laptop aku. Malas nak pikir, aku terus tido la. Esoknya aku marah ingatkan adik aku main laptop aku tapi adik aku cakap kalau da aku tutup pintu bilik tu, takkan la dia nak masuk kacau aku. Bile aku cek balik list lagu kat laptop aku, memang sah tade lagu tu! Lepas tu, mase aku tengah besiap nak pegi keje, aku ternampak macam ada ‘benda’ besar serupa macam burung warna hitam dari tingkat bawah rumah naik ke atas siap dengan bunyi lagi tapi bile aku jengah ‘benda’ tu tade.

Aku jadi pelik tapi buat tak tahu lagi. Lepas tu, bila aku smpai ke tempat kerja, ‘benda’ yang sama aku nampak di rumah tadi muncul tapi dia datang dari atas jatuh ke bawah pulak. Aku tak sempat nak tenung lama-lama sebab benda tu jap je da hilang. 2 ke 3 kali aku cek tempat die jatuh tu tapi tade ape-ape pon. Untuk sedapkan hati aku, aku pikir aku salah nampak. Ayah aku pulak tak puas ati sebab sangka dia benda ni datang ganggu aku puncanya daripada gangguan yang ada pada kakak aku. Sian kakak aku. Oleh kerana kakak aku dah banyak kali pengalaman berubat, kali ni kakak aku suggest jumpe ustaz yang dia tengah berubat plak. Lagipun sejak dia sakit dia banyak merawat diri sendiri sebab ustaz tu banyak ajar die macam mana cara nak defend diri. Lagi 1, oleh kerana akak aku da ada ilmu perawat jadi dia tahu cara untuk ‘scan’ orang, cume dia tak buat sebab dia tak mau benda tu datang ganggu dia bile die ‘scan’ nanti. Dia pon tak sembuh sepenuhnya lagi.

Jadi kali ni, aku ikotkan lagi ayah dan mak aku pergi rumah ustaz yang dicadangkan oleh kakak aku ni kat perak. Harapan dan jangkaan aku kalau ade pon mungkin ustaz tu buat macam ustaz kat kelantan tu la. Tade yang scary sangat. halau2 gitu jeee.. haaaa…aku iyekan je la. Kami pegi 1 famili sebab tetibe rase macam sume beminat pulak nak jmpe ustaz ni. Sesampai je di rumah ustaz tu, jam tunjukkan da dekat 10.15 malam. Ustaz mintak bagi nama berbintikan ibu dan lepas tu scan sorang-sorang. Resultnya, semua ade ‘benda’ dalam badan. Ada jin la kan. Kronik dengan tak kronik, kene tunggu ustaz tu merawat la dulu dan bersoal jawab dengan jin tu. Aku dengan konfidennye volunteer nak jadi orang yang ke3 sebab aku rase mesti sekejap punye. Aku pikir lepas buang yang menumpang ni, aku nak tido lah kejap. Hahaha.

Ok, mula-mula giliran adik aku 2 orang. Ustaz mintak masuk bilik rawatan ustaz. Lepas tu dalam sejam dua-dua setel. Tibe giliran aku. Aku kene pakai telekung sembahyang, amek wudhuk dulu. Lepas tu, ustaz suruh duduk berlunjur. Oh ya! Ustaz ni memang tak sentuh kalau perempuan tau. Jadi dia mintak mak aku dok di belakang aku takot aku jatuhkan badan andai kata nanti tiba-tiba aku tak sedar diri. Lepas tu, ustaz suruh aku pejam mata dan bezikir dalam hati, lapangkan dada. Ustaz ada jugak baca-baca. Tetibe ustaz cakap “yang dihantar (jin sihir) ke sebelah kiri, yang menumpang di sebelah kanan”. Ustaz suruh aku angkat kaki. Kaki aku sebelah kiri tak dapat angkat!!! Dalam hati aku, ok. Konfem orang sihir la ni. Lepas tu ustaz bace2, aku rase aku makin mengantuk dan badan aku makin rebah. Nasib baik mak aku ade nak sambut aku. haha. Dalam mase tu aku macam half sedar half lagi tak sedar sebab aku tak bole nak bukak mata tapi hati aku meronta nak bukak mata. Macam da ade ‘benda’ yang take over badan aku.

Ustaz: sape kamu?
Aku diam.
Ustaz: Bagitau sape kamu dan sape hantar kamu.
Aku diam lagi.

Lepas tu dialognye jadi macam ustaz tu tengah becakap dalam tepon je. Mcm becakap dengan seseorang tapi kite tak nampak siapa orang tu. Ape yang aku ingat aku meronta-ronta macam mintak di lepaskan. Kata mak aku yang pegang aku tu ayah aku dan adik lelaki aku 2 org. Tapi dieorang cakap asyik terlepas je sebab aku tendang2 dieorang. Tenaga aku pon jadi luar biase masa tu. Dalam hati aku yang paling dalam ade rase mcm nak bukak mata tapi masih tak boleh. Ustaz tu bagitau yang ade 2 jin dalam badan aku. Jin ni bertindih. Jin pertama adalah jin yang di hantar oleh si tukang sihir yang nak menyihir aku supaya suke pada dia.

Jin yang kedua adalah jin nak menolong. Jin nak menolong ni masuk dalam badan aku kononnya nak lawan jin sihir. Tapi die tak mampu sebab jin sihir tu lagi kuat dari dia. Untuk melindungi aku, jin ni duduk di bawah jin sihir dengan mulut dia dibisukan oleh jin sihir. Bile da selalu dengan aku, dia jadi jatuh cinta dan tak mahu keluar. Jadi, dia banyak berlawan bermain emosi dengan jin sihir. Sebab tu la aku jadi tak suke nak kawin dengan sesiapa temasuklah dengan orang yang menyihir aku. Paham tak? Maksudnya orang yang sihir aku untuk buat suke pada dia pon ilmunya tak menjadi sebab ada jin yang nak menolong ni. Sume ni terjadi dengan izin Allah juga. Yang aku ingat ustaz buang jin sihir tu kejap je dan lepas tu bile ustaz mintak jin asyik keluar, jin ni diam tak mau keluar.

*Aku dalam dialog ni adalah jin ke-2 atau jin asyik*
Ustaz : “kamu suke dia ke?”.
tersengih2 macam kera dapat bunga dan angguk pelan2..
Ustaz: “Ok, kamu suke dia. Tapi dia ni islam. Jadi kamu kene masuk islam la kalau kamu suka dia. Nak masuk islam tak?”

Angguk kepala.

Ustaz: Ok, ikut sye ucap 2 kalimah syahadah ye.

Lepas ustaz mengucap, aku ikot mengucap.

Ustaz: Ok, skang kamu da islam. Dia pon islam. Kamu punye nama kene tukar. Kamu nak nama ape?

Diam.

Ustaz teka-teka smpai la nama Amin keluar. Tiba-tiba aku sengih dan dabik-dabik dada bermaksud yang aku suke nama tu. Lepas tu ustaz sambung lagi.

“Ok amin, sebagai umat islam, kamu tau kan, dunia kamu dan dia ni berbeza. Kamu bukan di alam dia.”

Angguk kepala

Ustaz: Jadi, aku hantar kamu ke alam kamu ye”.

Geleng kepala macam nak nangis.

Ustaz: “Ok, kamu balik ke dunia kamu, aku doakan kamu dapat yang serupa dengan budak perempuan ni.” Ustaz bace-bace lagi pastu sambung “Tengok sini. Nampak kan”

Aku angguk tapi tak mau jugak balik sane.

Ustaz : Ok, aku doa yang lebih cantik dari budak pompuan ni kamu akan dapat. Tengok sini. Nampak kan. Cantik kan?”

Angguk kepala.

Ustaz: Jadi, kamu pergi la ke dunia kamu ye”. Tetibe aku menangis teresak2 smbil geleng kepala tak nak jugak balik.

Ustaz: Ok, aku bole benarkan kamu duduk dengan budak ni. Tapi aku tidurkan kamu 1,000 tahun lagi ye.

Senyum dan angguk-angguk kepala.

Akai ustaz ni kan. Kalo da 1,000 tahun baru dia nak bangun tu, maksudnya aku da m**i la tu. Lepas je ustaz tidurkan jin ni, aku baru rase badan aku ringan dan sedar. Masa ni badan aku tersangat la letih. Macam baru lepas berlari jarak jauh. Ustaz mintak aku banyak-banyak berzikir sebab dibimbangi jin sihir akan ‘attack’ plak. Bila ustaz buang, konfem si tukang sihir akan dapat tahu dan akan cari cara untuk attack kita balik. Ustaz ade tanye aku jugak. Penah ke aku mimpi tejatuh dari tempat tinggi? Atau mimpi binatang? Memang selalu la aku mimpi mende tu sume. Lagi 1, ustaz cakap kalau kat rumah bunyi cicak bedecit-decit, orang main guli slalu, dan kite ni slalu rase diri diperhatikan, maknenye memang ade la yang tak kena dengan diri kte tu. Adoiiii.

Tanda-tanda ni semua aku rasa masa duduk menyewa di rumah Subang Jaya. Tapi aku slalu bersangka baik dan aku selalu berdoa pada Allah supaya dihijabkan dari benda yang menakutkan ni. Bile aku tanye ustaz sape yang sihirkan aku, ustaz cume senyum je. Ustaz cakap, “kalau nak tahu buat la istikarah, insyaAllah kamu nampak. Tapi kalau rase tak bole nak maafkan, better tak payah tahu”. Macam ustaz cakap sume jadi dgn izin Allah. Mesti la sebab ade hikmah. Sedar tak sedar jam da tunjukkan pukul 3 pagi. Amboiii… 3 jam ustaz dok merawat aku sorang. Kesian ustaz, mesti penat. Ustaz bagitau jugak yang jin asyik tu otomatik akan jatuh sendiri bile aku da kawin nanti. Cume mungkin mase nak kawin tu aku akan banyak berperang dengan emosi jadi aku kene kuat. Halangan boleh jadi dari bakal suami aku ataupon daripada aku.

Dalam perjalanan balik ke rumah, tiba-tiba tangan aku sakit sangat dan ade macam cakaran merah timbul kat telapak tangan aku. Aku agak mesti si sihir ni marah. Orang ni mula attack balik la ni, bisik aku sorang-sorang. Cuma adik aku yang bongsu je perasan tangan aku jadi macamtu. Aku cume zikir je banyak-banyak sampai hilang sendiri cakaran tu. Lepas tu, ibu aku ade ceritakan pada kakak aku jugak. Jadi kakak aku try scan aku dan cakap memang ada yang menggangu aku lagi lepas aku jumpe ustaz tu. Lepas akak aku scan, kakak aku cakap, benda yang kaco aku tu duduk depan ofis kakak aku.

Die pakai jubah hitam dan topi kelubung. Die bagi amaran jangan kaco keje die. Kakak aku cume cakap, “Yang ko kacau tu adik aku. Mesti la aku kene amik tau.” Lepas daripada tu akak aku la yg slalu tolong buang benda yang di hantar si tukang sihir ni pada aku. Kakak aku suruh aku kuatkan pertahanan diri. Solat je tak cukup, amalan zikir kene slalu. Pernah kakak aku masuk bilik aku cakap, “tadi dia attack lagi. Along da buang. Amalan zikir jangan leka.” Rasa bersalahnya aku pada kakak aku sebab masih ambil berat pasal aku padahal dia pun sedang bertarung dengan jin yang ada di dalam badan dia. Katanya dia tak mahu apa yang jadi pada hidup dia, jadi jugak pada hidup aku. Hijab dia terbuka selepas dia terkena buatan orang. Jadi memang selalu dia nampak telus apa yang di hantar pada aku.

Sampai lah 1 hari, kakak aku cakap yang kakak aku da tau sape yang hantar sihir pada aku ni. Orangnya adelah “Abang A”. Spontan je aku cakap “Mustahillahhhh”. Abang A ni 1 tempat keje dengan aku kat PJ dulu. Die memang agak rapat dengan aku. Oleh kerana dia sangat hebat programming jadi aku memang banyak refer keje aku pada die. Lagi-lagi keje yang melibatkan cek coding sebab aku bahagian support system. Dia sangat baik pada pandangan aku sebab dia selalu ingatkan aku dan ajak aku pegi solat dhuha pagi-pagi. Bila kat surau tu, memang aku dengar suara dia mengaji lepas solat dhuha. Waktu zohor dengan asar pon die slalu ajak aku pegi surau bersama.

Dia jugak selalu suruh aku baca majalah solusi yang dia beli. Pendek kate banyak yang keluar dari mulut dia tu hal-hal agama je la. Bukan aku je puji dia baik tau. Sume satu department kami tahu dia baik. Cuma memang setiap pagi dia akan letak makanan atas meja aku. Tapi bukan aku sorang, sume orang dapat. Walaupun dia pernah luahkan rase hati dia pada aku, aku rase bukan dia orangnye dengan sifat yang dia tunjukkan tu. Lagipon kakak aku tak pernah tau macam mana muke Abang A tu, boleh jadi kakak aku yang tesilap. Aku tanye kakak aku, “Camne orangnye Abang A yang ko maksudkan tu?”. Akak aku cakap “Orangnye sederhana tinggi, kulit sawo matang je dan pakai spek”.

Memang ciri-ciri yang sama dan tepat tapi aku tetap nafikan. Sudah la aku ada bagi tau jugak pasal aku jumpe ustaz kat kelantan tu pada Abang A ni cume reaksi die mcm tak terkejut. Dia cume cakap die percaya ada alam lain dalam dunia ni jadi dia percaya aku mungkin ade gangguan sebab tu tak terima cinta dia lagi. Chewahhh… mase dengan ustaz kelantan tu kan aku tak tau yang tukang sihir ni adalah org yang suke pada aku. Sangkaan aku ade orang dengki je kat aku. Walapun tak percaya dia orangnya aku mula ambil langkah berjaga-jaga jadi aku rahsiakan pasal aku pergi dengan ustaz di perak ni. Tutup mulut dan tak bagitau sesiapa hal ni. Cume aku perasan bile aku sembang dengan dia lepas daripada aku pergi umah ustaz, dia selalu tanye ade tak aku pergi berubat mana-mana lagi dan aku sentiasa mengelak soalan dia tu.

Dalam mase yang same setiap kali kakak dan mak aku cakap die orangnye, aku nafikan sekeras-kerasnya. Buntu. Serba-salah aku mahu percaya yang mana satu. Hinggalah 1 hari tu. Kakak aku masuk bilik aku dan pegang perut aku, katanya orang tu ‘hantar’ lagi. Dia baca-baca dan letak tangan dia kat perut aku, pastu tarik tangan dia dan buat gaye macam buang sesuatu. Dia cakap dia keluarkan lagi sisa makanan yang aku da makan dulu. Aku tanye die ape makanan yang die kuarkan. Dalam hati aku da niat yang kalau die cakap pasal ‘makanan’ tu, baru aku pecaya sepenuh hati orang tu adalah abang A sebabnye hanya abang A je bole bagi makanan tu pada aku dan itulah makanan paling rare yang tak pernah aku jumpe di mana-mana selain dia je yang bagi.

1 lagi aku tak pernah cerita pada sesiapa pasal makanan ni. Kakak aku jawab, “ade nasik lemak, nasik goreng dengan karipap besar”. Aku terkejut. Aku tanye lagi, “ape inti karipap tu?”. Kakak aku jawab “ade sardin dan inti telur. Telur tu lain sikit sebab telur tu macam telur rebus yang di p****g-p****g jadi bahagian yang kecik.” Allahhhh… hanya Allah je tau perasaan aku masa tu. Sedih yang tak terkata. Aku cume cakap, “memang dia la orangnya. Hanya dia je bole bagi makanan tu”. Sempat berlinang air mata aku. Susah nak terima kenyataan orang baik-baik yang aku kenal boleh buat perkara syirik ni. Now everything make sense bile aku pikir satu-satu kejadian aku dengan abang A. Abang A suke bagi aku makanan bukan je kat opis tapi kalo aku nak balik kampung pon die akan bekalkan makanan macam kerepek-kerepek dan kuih-muih. Katenye bagi pada orang tua aku dan aku mesti makan jugak.

Automatik je aku akan puji-puji dia dan cerita pasal dia pada ibu ayah aku. Sebab tu mak aku bila potpet aku tak kawin lagi, mesti dia cakap “amek je la abang A tu. Dia baik kan. Ikhlas untuk kamu”. Dia ade jugak datang jengah aku kat rumah sewa aku bawak makanan bila aku cakap aku tak makan lagi. Dia pon pernah desak aku datang beraya rumah dia sebab dia cakap mak dia nak sangat bekenalan dengan aku dan dia slalu bercerita pasal aku kat mak dia. Tapi aku slalu berat hati nak pegi rumah dia. Lagi 1, pernah kejadian tayar kereta aku pecah kat highway sungkai dan orang PLUS yang tolong aku. Sejak dia tau hal tu setiap kali aku cakap nak balik kampung, mesti dia offer diri dia untuk follow dengan kereta dia. Alamat rumah aku pon dia pernah tanye cakap nak bawak famili dia datang rumah aku tapi aku tak pernah jawab sebab bimbang dia datang nanti aku tak boleh terima dia pulak. Mungkin masa tu, jin kedua da mula mainkan peranan supaya aku tidak jugak jatuh cinta dengan abang A.

Selepas memang yakin sepenuh hati, aku terus temenung panjang. Fikir ape perlu aku buat. Mungkin ada salah aku juga pada layanan. Mungkin sepatutnya aku jauhkan diri lebih awal lagi. Jadi aku block sume komunikasi yang boleh hubungkan aku dengan dia sama ada di facebook atau instagram. Nombor telefon dia jugak aku padam. Aku diamkan diri. Aku rase kalau aku pergi perlahan-lahan macamni mungkin dia boleh terima dan tade dendam dengan aku. Mak aku pulak jodohkan aku dengan jiran depan rumah aku. Mak aku pujuk supaya aku dijauhkan daripada jin-jin ni terutamanya jin asyik yang ade lagi dalam badan aku tu. Aku pon ade pegi program dengan ustaz untuk merawat diri aku sendiri. Sampai la 1 hari tu kakak aku masuk bilik aku. Muka die macam muram. Dia tanye aku pasal krim-krim yg aku gune atas meja. Aku jawab acuh tak acuh smbil buat kerja depan laptop. Tiba-tiba dia duduk depan aku. Mengadap aku.

Akak: Em… H”””, aku nak ckp sikit sebenarnye ni.
Aku: Haaa…ape dia. “Sambil aku betulkan kedudukan aku duduk mengadap dia”
Akak: Sebenanye aku ni bukan along, kakak ko tau. Aku ni ‘benda’ yang mengikut ko.
suara kakak aku berubah jadi sedih. Gaya pon bertukar.

Aku terdiam. Punya la cuak. Ape lagi dia nak. Menggeletar la jugak sebab aku tak pernah ada pengalaman face to face berseorangan dengan jin ni. Selalu mesti ada ustaz. Tapi aku cuba bertenang.

Aku: Ok, jadi nape ko ade sini?
Akak: Sebab aku kene suruh dengan Tuan aku la. Ape je ko buat, mane je ko pergi, dia tau. Sebab tu tadi aku teka semua krim ko gune kat muke ko sume betul. Aku da tau dah.
Aku: Kenapa ko tetibe bagitau aku sume ni?
Akak: Sebab aku kesian kat ko.
Aku: Sape anta ko? Sape Tuan ko?
Akak: Alahhh…ko da tau kan? A”” tu la..
Aku: Em….ok. Camne ko bole datang sini? Arah mane?.
Akak: Dari bantal dalam kereta ko tu. Bantal gambar kucing tu. Memang aku duduk situ lama dah. Sebab tu aku tau setiap tempat ko pergi, apa ko buat, ko dengan siapa.

Aku baru ingat. Adoiii… tu la satu-satunya barang dia yang aku masih simpan sebab cantik. Bantal abang A bagi mase aku konvo. Aku kerja terus lepas exam final year, jadi masa konvo 2010 tu dia ada bagi hadiah tu. Cantik sebab handmade. Sarung dikait dengan gambar kucing dan ada tulisan “Congrats H””””. Masa tu aku baru jugak kerja di situ. Dia memang ade niat rupenya.

Aku: Ok, sekarang ko pegi la. Jangan kacau aku lagi.
Akak: Aku nak pegi tapi tak boleh pergi sebab keluarga aku diikat oleh Tuan aku.

Aku da cuak. Alamak, mane la aku tau cmne nak setelkn problem die ni.

Aku: Ok, jap. Jap.

Aku pegi ke bilik akak aku dan panggil abang ipar aku. Abang ipar aku pon pandai merawat jugak sebab banyak pergi program ustaz. Lepas tu, abang ipar aku tunaikan permintaan jin tu dan keluarkan jin tu dari badan kakak aku hantar ke tempat sepatutnya bersama family dia. Itu la peristiwa akhir yang aku rase da tade connection lagi untuk abang A jejaki aku. Cume lepas aku bertunang, abang A bagi mesej pada aku selamat bertunang dan dia tau aku memang tak sudi dengan dia. Ada trademark dia yang buat aku tahu itu adalah dia. Cuma dia guna nombor lain. Aku tak balas mesej dia. Yang musykilnye aku rahsiakan pertunangan aku daripada semua kawan-kawan aku yang rapat ataupon tak rapat.

Pertunangan aku dibuat macam majlis tertutup untuk elakkan daripada orang tahu. Dalam facebook pon aku tak letak. Tapi dia tahu pulak pasal tu. Tak tahu la kalau die ada ‘menghantar spy’ lagi ke. Yang pasti di setiap solat dan doa aku, aku sentiasa harap dia dapat lepaskan aku dan hidup dengan normal. Harap jugak dia dapat ubati hati dia untuk buang benda syirik ni. Setahu aku bukan tade orang suke dia tapi tak tau la kalau dia ada perjanjian spesifik ke dengan jin-jin dia tu. Maklumat aku dapat dari kawan aku pon mengatakan yang famili dia memang lain sikit. Macam ade ajaran yang dieorang amalkan sebab dia orang Jawa tapi die pon tak buka cite sangat pasal famili die kat kawan aku yang rapat dengan dia. Alhamdulillah skang aku pon da selamat bekahwin dan da masuk 2 orang anak da pon.

Kesimpulannya, jangan la percaya dengan orang 100%. Kita sangat tak tau niat orang pada kita walapun kita tengok orang tu luarannye sangat baik. Lagi 1, apa-apa pon yang terjadi pada kita, ingat Allah tu sentiasa ada. Mungkin ni ujian untuk aku dan peringatan untuk aku. Aku terlalu angkuh berpikiran yang mustahil aku akan terlibat dengan jin-jin ni sebab tiada cara yang boleh buat aku terlibat. Tak aku duga inilah caranya. Tapi aku rasa jugak mungkin Allah sedang tegur dia yang walaupun solat tak tinggal, selalu pergi masjid, itu bukan tiket untuk kita syirik sebab kalau Allah tak izin benda tu takkan terjadi. Dia buat menggunakan perantara yang salah jugak tak menjamin untuk aku suka pada dia sebab Allah tak izinkan sehingga terdetik ada jin lain menolong dan buat jadi lebih rumit. Di lubuk hati aku yang paling dalam, aku ikhlas maafkan dia. Janji dia tak cari aku dah. Sekian, terima kasih sudi baca panjang berjela-jela ni.

siti hajar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

19 thoughts on “HANYA KERANA CINTA”

    • xboleh zaha.. akak aku terbuka hijab sebab die sakit buatan orang dan die penah pergi bersuluk masa die betul2 cari kebenaran apa jadi pada dia… kalo aku cite pasal kisah kakak aku lagi panjang dan bole jadi aku emosi smpai nangis sebab lagi berat ape die lalui.. sampai sekarang pon die masih xsembuh dan aku sangat berharap dapat tgk die gembire mcm dulu2 balik.. ???

      Reply
  1. Amalan syirik tiada kaitan dgn kaum. Ada jgk jawa yg kuat amalan agamanya. Sila rujuk cerita Penangan Barongan.

    Reply
  2. Amalan syirik dalam mana2 kaum pun ada, hatta di Malaysia sekalipun. Tapi amalan Jawa..contoh Malam Jumaat Kliwon…adalah salah satu yg biasa..bukan nak cakap org Jawa semua syirik..or orang Indon yang datang sini masing2 berisi..

    Berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan2 yang ada pembantu rumah orang Indonesia…diorg ni ada penjaga yang dibawa dari tempat kelahiran mereka…itu jer maksud penulis…lagi banyak cerita macam ni dikalangan pembantu2 / pekerja Indon dari pada pekerja warga Bangladesh…Vietnam or Mynmar…rata2…kebanyakan..tak semua..pembantu saya sendiri alhamdulillah…..ada pegangan agama yang kuat…solat dan suka berzikir.

    Reply
    • ye ke ko penah baca? penat aku taip tau.. lame plak tu nak approve. ni kali ke5 aku send baru nmpk cite ni publish… ke da pnh approve aku je xperasan? emm emm emm

      Reply
  3. sori2.. aku da jumpe mane yg ko bgtau penah bace tu paris jackson.. aah aku mmg slalu edit ble anta ke sini.. cume 2 post terakhir je aku xedit..

    Bahana cinta part 1.

    aku igt cite aku kne rejek.. jd aku buat full version..

    Reply
      • haha.. aah.. tapi seb bek ko bgtau.. kang org ckp aku copy cite org pulak.. jangan yg 3 lg aku penah send pon d publish jgk dah laaa.. haruuu nnti ???

        Reply
  4. kisah dulu saya pula bercinta dengan lelaki bugis tp akhirnya kawin lelaki jawa (dlm masa sama tu lak ada 2 ekor jin jantan lak duk ikut saya…)…heee..ni bukan pasal racist…kedua mrk punya ilmu agama kuat amalan agama…cuma agak sedih lelaki bugis ni tang cinta dia sanggup pagarkan secara batin diri saya supaya saya tidak melihat lelaki lain selain dari dia…tp kuasa Allah lebih mengatasi segala2nya…orang yg kuat agama ni tak semuanya kuat bila berdepan dgn cinta…mrk pun ada jadi lemah/bodoh juga terutama bila dah sayang sgt kat seseorang…tp ada gak yg guna agama utk menipu wanita lemah…

    Reply
    • btul2… memang aku rase kisah ni tamparan hebat utk aku.. patut la die pnh bg kat aku lagu ‘forgive me’ dari maher zain tu.. haaa denga lagu pon islamik kan tpi hipokrit.. wuuuu wuuu wuuu

      Reply
  5. lega sbb kwn se kelas jatuh cinta lama sgt pendam… x reti cari jin hantar kat saya mase tu…cuma dia hari2 ejek saya… kutuk2… lepas saya jerit baru ngaku bukan benci tapi syg huhu

    Reply
  6. As Salam,

    Panjang berjela mcm novel.. tp abis gak baca.. haha.. seram gak bila pk org skliling kiter.. mcm2 bleh buat bila ikutkan ati dan bukan iman.. dan wpun kiter kenal org tue xsemestinya kiter tau hijab dsbliknya.. hanya Allah swt yg tahu.. sbg hamba-Nya kiter perlu berserah diri pdnya dan berusaha sebaik mgkin mnjd hamba-Nya yg bertaqwa..

    Alhamdulillah puan dh sembuh.. moga citer nie dpt dijdkan pngajaran utk semua.. dan cuma nak tahu, zikir2 apa yg puan slalu amalkan smasa terkena sihir nie?

    baik, slmt..

    Reply
  7. salam penulisciteni , boleh tak kalau sy nk dptkn alamat or no contact orang yang boleh scan dan rawat tu ? , untuk saudara sy. hehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.