Hasad Dengki Kawan Sekerja

Aku dulu duduk di kampung bersama dengan ibuku untuk menunggu keputusan peperiksaan selepas sekolah. Selepas itu aku mendapat tawaran pekerjaan di kawasan bandar. Aku tidak mempunyai pilihan lain selain dari pindah ke bandar dan menyewa di sana. Ibuku juga membenarkan aku untuk menyewa di rumah daripada membiarkan aku menganggur di kampung.

Ia biasa pada mulanya, rumah aku pun okay dan tempat pekerjaan aku pun nampaknya amat baik. Aku pun mula selesa tinggal di kawasan bandar dan aku juga mempunyai kawan di kawasan kerja.

Tetapi bukan semua jalan hidupku berjalan seperti yang aku mahukan. Selang 4-5 bulan aku merasai ada yang berlaku pada diriku. Aku mula malas mengemas rumah. Kadang kadang aku rasa aku macam penat semacam walaupun aku tidak melakukan apa apa. Bukan itu sahaja. Kadang kadang aku juga meminta cuti untuk bekerja kerana aku berasa amat malas, aku juga memberi bermacam macam alasan kepada bos tempat bekerja ku. Semakin hari berlalu, ada masa yang aku langsung tidak pergi bekerja selama seminggu. Kawan kawanku berasa hairan apa yang berlaku pada diriku.

Selang beberapa minggu rumah aku pun semakin semak kerana tidak di kemas. Aku mula rasa pengurusan diri tidak penting bagiku. rumah itu pun menjadi semakin panas. Makan minun aku semakin tidak teratur.

Pada suatu masa, jiran aku mengetuk rumah aku. Aku tidak membuka pintu kerana aku berasa amat malu dengan diri aku. Makin lama mereka mula memanggil dari luar. Aku tahu mereka risau sama diriku tetapi entah mengapa hati aku masa itu berasa berat. Sampai satu masa jiran aku memecahkan pintu hadapan. Aku terkejut dan mereka melihat aku seperti orang yang sudah hilang akal apabila melihat keadaan rumah itu.

Aku akui memang rumah aku ketika itu sangat berbau busuk sehingga jiran- jiran aku menutup hidung ketika masuk. ramai jugalah yang masuk ketika itu. Mereka menanyakan apa yang terjadi pada diriku. Aku berkata kepada mereka bahawa aku pun tidak pasti. Lalu mereka mencadangkan aku bertemu dengan pengamal perubatan islam. Ketika itu aku rasa sangat marah semasa mendengar nama itu. Aku pun tidak pasti kenapa aku melakukan sedemikian. Jiran aku tidak juga terkejut kerana dia berasa yang aku kena ‘buatan orang’. jadi dia tetap memanggil pengamal perubatan islam pada waktu itu.

Semasa dia memanggil pengamal perubatan islam waktu itu ataupun digelar sebagai ustaz aku tidak tahu kenapa aku rasa seperti amat panas. Semasa dia melangkah masuk rumah aku dia ada membaca ayat ayat ayat al quran. Entah mengapa ketika itu tubuh badan aku mulai panas. Aku mula mengerang menggunakan suara dalaman. Ketika itu aku tidak ingat apa yang berlaku pada diriku tetapi seperti yang diceritakan oleh jiranku aku mula meracau-racau dan berteriak dengan mengatakan ” Panas panas! ”

Ketika itu jiranku berkata lagi yang ketika itu ada jin di dalam tubuhku. Dia ada mendengar dialog ustaz itu dan jin itu. Jin itu mengatakan bahawa dia ialah hantaran orang yang sama kerja bersamaku. Ketika mendengar penyataan itu aku pun terkejut. Sampai hati ada orang yang melakukan sedemikian padaku. Selepas kejadian itu jiranku ada mengatakan yang mereka mengemas rumahku selepas itu. Mereka juga terjumpa bahan bahan yang pelik dalam rumahku seperti tulang, paku dan lain lain. Aku amat terkejut mendengar penyataan itu.

Selang beberapa hari aku mulai pulih dan selepas itu aku pulang ke kampung dan menceritakan segalanya kepada ibuku. Aku juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada jiranku kerana sanggup berkorban masa demi aku. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada diriku jika jiranku tidak menolong ku.

Aku pun terus meneruskan hidup di kampung dan menolong ibuku. Ibuku kata jika aku mulai stabil dia akan membenarkan aku berkerja balik di bandar jika aku mahu. Aku pun tidak tahu apa yang aku lakukan jika kejadian sebegitu berlaku pada diriku. Aku akan lebih berhati hati selepas ini. Aku berharap orang yang melakukan kejahatan kepada diriku agar diberikan hidayah dan berubah. Semoga kita dijauhkan dari segala kejahatan Amin.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Hasad Dengki Kawan Sekerja”

Leave a Comment