Hastungkoro

Bismillahirrahmanirrahim Assalamua’laikum

Hastungkoro

“Lingsir wengi sliramu tumeking sirno
Ojo Tangi nggonmu gulinga
awas jo ngetoro
aku lagi bang wingo wingo
jin setan kang tak utusi
dadyo sebarang
Wojo lelayu sebet”

Dihadapan Ayu darah pekat hanyir kuat menarik kuat rongga hidung nya hingga tekaknya kini mual ingin memuntahkan segala apa yang ada di dalam kantung perut nya. ” Ya Allah darah apa ni?”, Jijik nya permandangan di bola mata Ayu.

Ayu bangun dengan seribu kepayahan sebab ini bukan kamarnya. Dia terbaring dalam lumuran darah pekat. Keadaan keliling sangat jijik dan ngeri. Ada organ merata rata, lendiran cair di tangan nya di sapu kemudian dia termuntah juga kerana rupanya dia tidur di bawah tubuh mungil nya ada selonggok peparu dan jantung mungkin manusia detik hati Ayu.

Dia bangun dan hampir terjatuh kerana lantai bilik itu dipenuhi darah berlendir hitam. Dinding bilik berlumut hijau bercampur percik darah. Setiap sudut ada rangka tubuh badan manusia dewasa. ” Arghhh! Apa semua ni aku di mana?” Ayu bingkas bangun dan berlari keluar daripada bilik yang amat mengerikan itu.

Ia nya sebuah rumah dua tingkat yang uzur. Ayu terus berjalan dengan perlahan lahan menuju ke tangga tanpa dia sedari ada mata yang sedang memerhatikan dirinya. Mata itu mengalir darah merah. Susuk itu cuba mendapatkan Ayu tetapi tidak berdaya kerana sekarang fajar telah pun menyingsing.

Cahaya siang bukan teman setia bagi susuk tubuh itu. Jika dia melangkah juga mendapat kan Ayu pasti tubuh nya akan sedikit demi sedikit mereput dan terbakar lenyap. Itu sumpahan keturunan kaum nya. Hati iblis ini tidak mampu membiar kan wanita di depan nya pergi. Dia milikku!!!!

Di desa ini ada seorang gadis cantik yang jika dilihat dialah kesempurnaan. Wajah nya bujur sirih, matanya manja, bibir merah mungil delima, rambutnya bersinar dibias mentari, kulit nya cerah bersih kemerahan, suaranya lembut merdu umpama titisan air embun di perbukitan dan tingkah laku nya sangat sopan santun. Namun begitu belum ada teruna yang menjadi pria yang akan menjadi kekasih hati si gadis jelita ini.

“Has!! Has!! Hastungkoro!!! Jeritan kuat si bapa mengejutkan lamunan anak gadis sunti yang sedang bermain-main di gigi pantai.

“Ya bapak, has datang ni! ” Berlari lari Has balik ke rumah nya di sebalik rimbunan pokok bakau minyak. Larian Has tidak lah selaju mana di atas pasir pantai jejak kaki terasa berat. Bekas larian Has berbentuk jelas kaki nya yang mulus. Pasir pantai yang dipijak terasa bahang nya halus sahaja pasirnya. ” Aduh, sakit nya”. Has terpijak biji benih pokok bakau yang jatuh di pasir. Merah sedikit tapak kaki nya yang lembut itu.

” Kau kemana saja Has? Aku sudah bilang jika mahu ke mana mana biar berteman! Kau tu bukan budak lagi sudah sunti banyak mata memandang kau!” Doroyo memarahi anak gadisnya yang berani keluar rumah seorang diri.

[Has memang anak gadis yang manja degil orangnya. Darah muda ingin kan kebebasan. Dia akur di marahi bapanya Doroyo. Bapa mana tidak sayang anak sementelah pula ini lah satu satu zuriat yang dia ada. Hanya Has sahaja yang dia ada. Hidup nya sebatang kara dibuang keluarga setelah dia nekad untuk mengahwini wanita dari hutan melintang. Ibunya si Has cantik orang nya tetapi telah mati seolah-olah semua darah nya di hisap haiwan. Yang tinggal bernyawa hanya lah Has yang masih berlumuran darah terkuis kuis tanah yang ada kesan darah.

Has dibesarkan penuh kasih sayang oleh bapanya. Tiada sedikit pun Doroyo mengeluh membesarkan seorang anak sendirian. Dia juga tak sanggup untuk berkahwin lain hatinya masih mencintai arwah isterinya.

Rumah Doroyo berada jauh daripada orang lain kerana dia bukan penduduk asal di situ. Tetapi mereka tetap melayan baik Doroyo. Tambahan pula sekarang kerana anak gadisnya makin sunyi dan meniti usia pernikahan. Ramai jejaka tampan yang ingin menjadi kan dia isteri. Namun begitu hal paling membimbangkan Doroyo adalah salah seorang jejaka itu adalah anak ketua kampung di situ. Barigoto lelaki kasar perengus terkenal dengan kejahatan suka mengambil kesempatan terhadap hasil laut penduduk. Suka juga menganggu gadis gadis di kampung tersebut. Doroyo bimbang akan keselamatan anaknya.

Ayu masih terpinga-pinga dengan keadaan dirinya. Dia melewati ruang rumah usang dan menemui jalan keluar dengan mudah. Alangkah terkejutnya dia kini berada dalam semak samun tebal boleh dikatakan hutan dara sebab pandangan tidak boleh tembus mudah. Dia berjalan meranduk rumput yang tingginya paras pinggang. Hairan juga Ayu bagaimana dia boleh berada di rumah usang itu. Di manakah dia sekarang. Ayu berhenti di perdu pokok dia melihat dirinya penuh darah dan hanyir. Dia harus mencari sungai untuk mandi.

Tanpa Ayu sedar dia seolah olah tahu mana sungai berada dan dia terus berjalan meredah laluan yang tidak pernah dia lalui. Sejurus sampai di sungai Ayu menanggalkan pakaian nya dan membersihkan diri serta bajunya. Air sungai bertukar warna menjadi merah dan hanyir. Sukar juga Ayu menanggalkan sisa darah kering pada baju dan tubuhnya. Seolah olah telah sebati dengan kulit dan kain baju nya.

Ayu harus segera keluar dari hutan sebelum malam. Dihutan suasana cepat gelap dan malam. Ayu dapat rasakan apabila cahaya mentari hilang dia akan diburu. Dia harus larikan diri sebelum diri nya menjadi habuan si iblis celaka.

Susuk tubuh bermata merah memerhatikan gelagat Ayu dari jauh. Dia tidak mahu terlalu jauh daripada tempat persembunyian nya. Cahaya matahari masih kuat dan jika dia engkar tubuh nya akan hilang. Tetapi Ayu harus diburu atau dia akan diburu kematian.

Bau darah Ayu walaupun jauh beribu batu dapat dihidu oleh si penghirup darah. Kegilaan nya pada darah Ayu cukup kuat. Dia harus mendapat kan Ayu walau apa pun terjadi. Tubuhnya tidak boleh kekal begini selamanya tanpa darah. Nekad dia harus keluar mendapatkan manusia itu.

Ayu sendirian di tepi sungai baju nya telah pun kering dek cuaca panas terik. Dia memakai nya semula. Ayu mencari kayu yang sesuai untuk dipegang oleh dirinya. Dia mengutip ranting kayu dicelah celah daun kering. Gemersik bunyi daun dan ranting halus dipijak Ayu. Setelah dia mendapat kan segala yang diperlukan. Dia mencari batu tajam untuk menajamkan hujung kayu. Setelah cukup tajam dia mengangkat tangan cuba menggayakan seperti ingin memburu. Ayu bangun daripada batu hampar terus melangkah masuk ke dalam air sungai.

Sedang Ayu sibuk fokus untuk mendapatkan ikan di dalam sungai. Ada mata yang tidak lepas memandang dirinya sejak tadi. Ayu tersentak merasakan dirinya jadi buruan seperti ikan di hujung kayu tajamnya. Ayu mengambil ikan itu dan mencampak kan ikan ke tanah. Mengeletik ikan kelemasan tanpa air di atas tanah. ” Cukuplah seekor baik aku segera sebelum aku diratah hidup hidup oleh si iblis”, Ayu segera membersihkan ikan kelah sebesar empat jari nya. Terus dia cuba hidupkan api menggunakan batu dan daun kering. Dia sekadar mencuba dan ya akhirnya menyala juga dalam kepayahan dia mengetuk batu sungai.

Ayu melihat ada sesuatu di dalam hutan sedang memerhatikan dirinya. Ayu segera meratah ikan yang separuh masak. Bau hanyir ikan masih ada tapi persetankan perut yang kosong perlu di isi. Dia harus segera melarikan diri sebelum diri nya menjadi habuan si iblis mata merah.

Iblis puaka semakin berani keluar mengikuti wanita manusia dihadapan nya kerana matahari semakin suram hutan tebal ini lah pelindung terbaik dirinya. Dia mengejar dengan pantas menerkam Ayu dengan kuku panjang hitam. Tangan nya pucat kebiruan berkedut. Rambutnya panjang mengurai menutup wajahnya yang pucat lesi kebiruan. Mulut nya hanyir bau longkang sampah.

Ayu tersentak kerana dia tahu kini nyawanya mungkin akan berakhir. Dia harus melawan untuk kali terakhir. Kayu tajam tadi di hayunkan sekuat hati nya ke arah belakang. ” Arrggggggghhhhh!,” Ayu tertolak kedepan. Di lihatnya sekujur tubuh seperti wanita. Mengerang kesakitan.

“Apa urusan mu iblis? Kenapa kau memburu aku? Jawab pertanyaan ku sebelum aku mati di tangan mu!” , Ayu sudah nekad dia tidak peduli tentang nyawa nya lagi.
“Kau perlukan aku dan aku perlukan kau!”, wanita itu bersuara dan terus menerkam Ayu, pandangan Ayu semakin kelam wajah terakhir yang dilihat hanya wajah pucat kebiruan mulut berbekas darah kering.

Suasana di kampung orang asli di hutan tebal berlainan sekali malam ini. Tok batin dapat rasakan ada bencana akan ke mari malam ini. Kalau geruh sudah memanggil maka kematian lah galang ganti nya.

Tok batin mengarahkan semua orang kampung agar segera masuk ke dalam rumah. Anak buah nya semua terpinga pinga lagi menerima arahan kerana malam ini ada keramaian.

Sebahagian telah beransur pulang kerana mereka tahu jika arahan diberikan pasti nya ada hal akan berlaku. Sedang mereka semua ada yang masih menari dan ada sebahagian telah meninggal kan acara, terdengar bunyi hilaian yang kuat di udara. “Hiiiiii hiiiiii hiiiiiiii hiiiiii, ” hilaian suara iblis telah kedengaran dan suasana keramaian bertukar kelam kabut.

Mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri. Tok batin sedaya upaya memagar kawasan agar iblis itu tidak dapat masuk. Namun kuasa iblis itu kuat satu persatu anak anak kecil wanita lelaki menjadi mangsa kerakusan iblis. Mengeletik kesemua nya apabila darah bersemburan di tanah. Semua nya terkulai. Mereka yang didalam rumah ketakutan. Apa pula nasib mereka selepas ini. Adakah ini kali terakhir mereka akan hidup menjadi manusia?.

Tok batin telah bersedia berpantang maut sebelum ajal. Dia mengambil senjata besi Kursani yang dibalut kain kuning. Tok batin keluar dari rumah nya ingin bersemuka dengan si makhluk penghisap darah.

Langkah nya perlahan tapi kuat. Terus dia bersimpuh di laman rumahnya. Iblis puaka terus meluru ke arah tok batin untuk menyerang dan membunuh nya tanpa belas kasihan.

Sebaik sampai dihadapan tok batin iblis puaka tersungkur menyembah bumi kerana panas nya kulit ibarat dibakar matahari. Tok batin tidak membuang masa sebelum musuh nya kembali kuat lebih baik dia tamatkan segalanya. Besi Kursani tadi terus di tikam ke arah dada iblis. Mengalir darah hitam berbau longkang sampah. Kemudian tubuh itu semakin tenat dan tidak berdaya. Jeritan kuat kesakitan amat kuat kedengaran di hutan ini.

Hastungkoro kebiasaannya akan tinggal sendirian di rumah apabila ayah nya keluar ke laut mencari hasil tangkapan. Hasil tangkapan itu cukup lah untuk dibuat makan mereka berdua. Selalunya ayah nya akan membawa balik ketam dan ikan kegemaran nya.

Has apabila sendirian dia akan mengemaskan rumah dan menyiapkan santapan untuk ayah nya. Setelah selesai semua urusan di rumah Has akan turun ke belakang hutan bakau untuk pergi ke pantai. Has seperti biasa berjalan dengan penuh gembira kerana hati nya begitu dekat dengan laut. Kebiruan laut amat memukau pandangan nya.

Hari ini pergerakan Has diperhatikan oleh manusia setan anak ketua kampung Barigoto. Barigoto sudah lama mengidamkan tubuh Has untuk santapan nasfunya. Hari ini Has akan menjadi miliknya. Has melalui kawasan perangkapnya dan terus dia memegang Has. Has bergelut namun kudrat nya tidak dapat melawan kekuatan lelaki binatang itu. Has menangis dan memanggil ayahnya namun semua itu sia sia.

Has kesakitan diperlaku kan seperti haiwan oleh lelaki sial. Tiada lagi tangisan kini Has ditinggalkan sendirian dalam hutan kesakitan yang bukan kepalang.

Has bangun dengan dendam hitam dia berjalan ke arah pantai menyeru nyeru semangat kejahatan. Tanpa disedari panggilan nya didengari dan dia ditawarkan perjanjian. ” Wahai manusia apa mahumu? Memangil aku dalam lenaku!”.

” Aku ingin menjadi jahat dan kuat, aku ingin menghancurkan lelaki yang telah menjahanamkan aku!” Suara Has tenggelam timbul dalam ombak pantai.

” Baiklah kau akan menjadi milik ku, kuasa ku akan menjadi milikmu, pantang mu adalah beragama, jangan keluar kecuali tiada matahari jika tidak kau akan musnah, jika aku mati kau akan mati bersama ku, makanan mu darah manusia, kelebihan mu adalah kekuatan dan kekal abadi hingga akhir dunia ini.” Iblis itu menawarkan segalanya pada Has. Has hilang akal waras nya menerima segalanya. Dan pada hari ini maka terpateri janji antara Has dan pontianak Sulu. Hidup Has tidak akan sama lagi. Tiada kewarasan dan pertimbangan.

Doroyo kembali mencari anak nya tetapi kelihatan aneh rumah nya seperti tiada orang. Hairan baru dua hari dia ke laut rumah nya seperti tiada langsung seri. Has tidak kelihatan. Maka berjalan lah Doroyo ke arah kawasan kampung cukup terkejut dia melihat suasana di situ. Semua bagaikan lautan darah. Mayat bersepah sepah mata terbeliak mungkin menahan kesakitan saat kematian.

“Apakah kampung ini telah dilanda garuda? Has tiada mungkin telah mati, aku perlu segera pergi dari sini sebelum aku pula menerima takdir yang sama seperti yang lain “. Bau sekeliling amat meloyakan hanyir busuk dan hamis.

Di hadapan tok batin kini bukan lah wajah iblis tetapi seorang wanita muda yang telah tidak bernyawa. Tok batin amat mengenali wajah wanita ini. Walaupun dia telah tua dimakan usia namun ingatan nya masih kuat. Dihadapan nya ini adalah wanita yang amat dikasihi nya telah pun hilang bertahun lamanya. Dia andai kan wanita ini telah pun mati menjadi tulang di dalam tanah.

Tangan tua nya memegang wajah wanita itu, dia tak malu memeluk wanita iblis tadi. Dia menangis semahunya. Merangkul tubuh wanita itu penuh kerinduan.

“Hastungkoro kau kemana nak? Kenapa hari ni kau datang membawa jasad kaku mu padaku, kenapa aku yang membunuh mu anak ku”. Doroyo telah hilang arah. Dia menangis semahunya. Memeluk tubuh kesayangan itu. Anak buahnya hanya memerhati kan peristiwa berdarah dan pertemuan penuh kesedihan malam ini. Segalanya telah berakhir dengan kematian yang mendamaikan. Tiada lagi tangisan kesetiaan dan kesunyian seorang gadis di hutan ini lagi.

Tamat.

#takpernahtaksayang

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “Hastungkoro”

  1. pening lah dengan cerita ni. Berterabur bahasa dan penyampaian cerita dan watak2. tergesa-gesa untuk pengakhiran cerita. menyesal pulak baca :s

    Reply
  2. Ayu tu sape? Makhluk yg dok ikut ayu tu plak sape? Apa kaitan watak dua2 tu dgn yg lain? Jalan cerita mcm cepat2 nak habis. Tajuk hastungkoro pun tak dirungkai habis. Tergantung sana sini. Paling takleh blah aku nak tahu ayu tu sape? Aisey..

    Reply

Leave a Comment