Bilik Tidur

Tak payah la aku terangkan siapa diri aku. Cukup sekadar aku kongsi kan pengalaman aku kat sini. Cerita ni bukan rekaan dan bukan juga imaginasi aku. Terpulang pada semua untuk menilai. Aku takde apa apa keistimewaan when it comes to 6th sense. Aku tak boleh nampak mahluk halus and tak pernah nak kisah pun sbb aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang luar nampak brutal (bak kata mak aku) tapi sebenarnya penakut ya ampun!

Sebenarnya aku ni baru pindah rumah. Kawasan baru ni boleh dikategori kan sebagai tempat jin bertendang sbb jauh gila dari tempat yg aku biasa duduk. Aku menyewa kat apartment tingkat 2. Aras rumah aku semua rumah berpenghuni kecuali rumah sebelah aku. Rumah aku ni corner lot. Hujung sekali lah kiranya. Masa mula mula jumpa tuan rumah nak tengok rumah, aku takde rasa apa apa yg lain pun. Takde rasa seram ke atau takde rasa tak best pun. Perasaan aku masa tu neutral. So aku anggap it’s a good sign lah. Jadi aku pun agree nak menyewa.

Seminggu lepas tu aku pun pindah masuk. Siap semua angkut barang. Bini aku lah yg paling penat sebab dia yg unpack and mengemas. Aku nak tolong dia cakap tolong jagakan anak je. Tapi aku still tolong apa yg patut la bila anak aku dah tido. Seminggu yang pertama, alhamdulillah takde apa yg jadi. Semua okay.

Start masuk minggu ke 2, aku dah mula rasa tak best. Masa tu bini aku tengah memasak, tiba tiba dia panggil aku suruh teman dia kat dapur. Aku pun pelik sbb dia tak pernah macam ni. Tapi aku diam kan je. Lagipun masa tu anak aku dah tido. Boleh lah aku tolong apa yang patut. Lepas selesai makan, aku dgn bini aku tengok tv kat hall. Tiba tiba aku macam seram. Rasa macam ada yang tak kena. Aku terus ajak bini aku masuk tido. Tapi kami tak terus tido, masing masing ngadap phone. Ntah bape lama pastu bini aku dah tido aku pun nak letak phone nak tido jugak tiba tiba bini aku macam mengigau. Aku kejut bini aku, bila dia dah sedar dia macam takut sangat masa tu. Aku tanya dia mimpi apa? Dia cakap esok dia cerita. Tapi malam tu dia suruh aku tido bersentuhan. Maksudnya dia nak rasa tangan atau kaki aku sentuh dia lah.

Besok bila masing masing dah sampai tempat kerja baru dia whatsapp aku. Dia ckp smlm masa tengah masak tu dia rasa ada orang tiup tengkuk dia. Tu yg dia panggil aku teman dia kat dapur. Pastu masa mengigau tu sbnrnya dia kena tindih. Dia ckp keadaan masa tu real sgt mcm situasi kitorang dlm bilik. Dia cuba panggil aku banyak kali. Dia jerit tapi tak keluar suara. Dia cuba gerakkan badan pun tak boleh. Lama pastu dia jerit allahuakhbar baru dia boleh gerakkan badan bila aku kejut dia.

Mungkin penceritaan aku ni tak seram sbb aku tak pandai nak rangka ayat. Aku Cuma ckp kat bini aku jgn fikir sgt. Mungkin sbb dia penat sgt. Aku ckp mcm tu supaya aku sendiri tak takut.

Pastu second incident jadi masa malam jumaat. Anak aku pulak kena. Anak aku baru umur 2 tahun. Dia mmg tido dgn kitorang. Tiba2 pukul 3.15 pagi anak aku nangis and jerit ckp sakit. Aku and bini yg tengah lena tido tiba tiba terjaga sbb terkejut. Masa aku bangun nak bagi anak aku susu aku rasa seram. Bulu roma aku tegak. Rasa mcm tgh diperhati. Anak aku mengangis tak berhenti. Anak aku selalu nya kalau terjaga malam hari bagi susu dia tido balik. Tak menangis pun tapi kali ni dia nangis teruk macam kena pukul gaya dia. Bini aku suruh aku baca al fatihah dan ayat kursi. Aku baca alfatihah dia diam kejap tapi aku baca je ayat kursi dia nangis balik. Lagi kuat dari yg mula tadi. Pastu dia tak bg aku pegang dia. Dia ckp sakit. Dia pukul aku dia lempang, tarik rambut aku. Dia macam marah betul kat aku. Pastu aku pergi dapur amik bawang putih, aku masuk bilik pegang bawang putih sambil baca surah yg patut dia menangis mcm nak kena rasuk. Bini aku terus angkat anak aku bawak keluar bilik.

Malam tu kitorang tido kat hall. Tapi anak aku taknak tido sebelah aku. Aku pegang pun dia marah.
Esok nya kitorang nak tido dlm bilik. Masuk je bilik aku rasa seram. Aku cuba pejamkan mata tapi aku tak boleh tido. Last nya aku kejut bini aku ajak tido kat hall. Rupanya bini aku pun tak boleh nak tido. Berlarutan selama 3 minggu kitorang tido kat hall. Malam je pintu bilik tu aku tutup. Bangun pagi nak siap pergi kerja baru masuk bilik. Tak boleh nak tido dlm bilik tu mesti ada je benda yg jadi.

Pastu smlm bini aku ajak tido dlm bilik sbb dia dah Sakit badan tido atas toto. Aku pun turutkan. Bini aku dah lena anak aku pun dah lena tapi aku tak boleh lena. Nak lena je mesti aku tersentak. Aku stress banyak kali sgt aku tersentak, aku kejut bini aku ckp aku nak tido kat hall. Bini aku dah mula bosan dgn keadaan ni. Tapi dia turutkan jugak, pastu bila aku dah finally lena tetiba aku mimpi pintu bilik aku terbukak sendiri pastu ada kain selimut melayang layang kat belakang pintu. Dlm mimpi aku tu, bini aku yg kejut aku tunjuk pintu bilik terbukak. Aku terjaga tiba tiba and aku rasa takut sgt. Aku tengok jam sharp pukul 3. Meremang bulu roma aku. Aku takleh tido sampai lah aku dgr azan subuh.

Nasib baik harini masih cuti. Aku pun tak tau lah rumah ni ke atau pun hanya perasaan aku. Tapi yg pasti aku dgn bini aku masing masing tak berani nak masuk rumah tanpa salah seorang. Aku ada panggil ustaz dtg tadi, tapi ustaz tak ckp apa apa. Cuma dia pagarkan rumah aku je. Dia ckp solat jgn tinggal. Aku harap lepas ni takde lah gangguan lagi. Sbb aku penat dah ni asyik tido luar and rasa takut takut dlm rumah sendiri. Sblm ni pun masa kat rumah lama pun ada gangguan. Tapi yg tu lain kali lah aku cite. Masa type ni pun aku sebenarnya meremang.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 comments

  1. solat jangan tinggal, lagi elok kalau mengaji esp kat bilik yg bermasalah tu
    kalau masih berlarutan boleh je panggil ustaz lain tolong tengokkan

  2. Dia mmg tido dgn kitorang. Tiba2 pukul 3.15 pagi anak aku nangis and jerit ckp sakit. Aku and bini yg tengah lena tido tiba tiba terjaga sbb terkejut.

    Ini sbab ko tindih dia masa tido la tu. Tido mcm biawak kenyang tak hingat.

  3. Psg rukyag kt rumah tu guna loud speaker dr snja smpai subuh.repeat..setiap mlm.azanla kt bilik2..pnjuru2 rumah..btla knuri sikit..bc yasiin..al.baqarah..pagar rmh semua.awk laki.klau awk tkut wife awk lg tkut.cian kt ank tu.klau xthn sgt cr umah lain.ad something goes around somewhere la kt umah tu..tlg cian kt ankk

  4. Assalam, sedara…

    Mlm2 lau terjaga dr tidur. Mohon sentuh pasangan n ank.. Mana tau masa tu kna tindih, so bdn boleh re-caj balik…

    Bykkan mengaji,bt air yasin, spray2 kt bucu2 siling rumah..smbil baca ayat qursi.minta allah lindungi smua penghuni rumah…

    Tabur garam di bucu rumah masa mgrib, lpas subuh sapu n msokkan dlm plastik,ikat. Buang kt air yg mengalir..

    Masa azan kt tv, buka sound kuat2.biar satu rumah dgr..

    Sisa2 mknan kt dapur,jgn bg terdedah..

    Lau mai perasaan x syok (rasa mcm ada sesuatu), ckp. Ni rumah ak, bkn rumah kau,baik kau keluar,jgn dok sini.. Ak xgangu kau,kau jgn gangu ak.

    Kita iktiar,bykkan berdoa pd allah..

    Panjang pulak kakak taip.. Hehee

  5. sblom kawen smpai la dh kawen n ade ank .. mmg kerap kne tindih tpi x sekerap dulu .. lpas je kne tindih nk tido blik msti pgang tngn suami atau pn pluk ank .. skrg time tido je msti akn plok ank smbil pasang surah al-Baqara smpai ke pagi ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.