HENTIAN REHAT LEBUHRAYA MENYERAMKAN #2

HENTIAN REHAT LEBUHRAYA #2
※※※※※※※※※※※※※※※※※

Salam manis dari aku untuk semua peminat tegar halaman seram ini…FIKSYEN SHASHA (FS). Semoga semua dilindungi Allah dari benda-benda yang tidak diingini. Terima kasih masih sudi membaca dan mengkritik tulisan aku. Harap tulisan aku sentiasa menghiburkan kalian semua. Inilah sambungan dari kisah kawan aku yang lalu…

“Sebiji kenderaan pun tidak kelihatan masa tu. Cuaca betul-betul sejuk. Kiri kanan lebuhraya masa tu macam dikelilingi kabus tebal. Bila kawan aku paling kiri kanan..keadaan macam biasa. Gelap. Tapi bila dia tengok ke arah hadapan..dari ekor matanya kiri dan kanan dapat perasan ada kabus putih. Dia tengok jam ditangan..jarum jam dah tak bergerak. Semua dah lain. Keadaan sepanjang lebuhraya masa tu sunyi sepi. Tidak tahu pukul berapa dan di kawasan mana dia berada, menjadi hatinya bertambah risau dan seram.

Angin lembut sentiasa meniup di kiri kanan pipinya. Macam ada orang yang meniup. Tetiba dia teringat pesan emaknya. Kalau ada terasa sesuatu meniup angin lembut ke telinga atau pipi kamu, waspada..bacalah ayat al-quran yang kamu ingat. Sebab ada benda dah suka pada kamu. Tapi kawan aku ni macam tak mahu fikir yang bukan-bukan. Perjalanan masih jauh. Terasa makin jauh perjalanannya..tetapi masa tu dia macam berada ditempat yang sama. RXZ nya terus dipecut..namun meter motornya tetap pada kelajuan 70km sejam. Perlahan-lahan mulutnya kumat-kamit membaca al-fatihah. Baca dan terus membaca al-fatihah berkali-kali.

Tiba-tiba bunyi petir yang kuat di belakangnya. Sekejap lepas bunyi petir itu, ada benda melintas dihadapan dia. RXZ nya mula terasa laju..dari jauh di belakangnya dapat dengar sayup-sayup suara menjerit dan merayu-rayu ..”aku mahu kamuuuuu…aku mahu dampingi kamuuuu..”sayup-sayup suara tu merintih dalam loghat Jawa. Kawan aku terus memecut RXZ nya. Suasana seperti biasa… baru nampak kenderaan lalu ke utara dan ke selatan. Badan terlalu letih masa tu. Dia dah tak peduli di hentian rehat mana dia singgah.”

“Dia berhenti di sebuah pondok yang ada di dalam kawasan hentian rehat tu. Sebab terlalu letih, dia tak berfikir panjang..terus baring di bawah pondok tersebut tanpa tengok kiri dan kanan. Apa yang sempat dia tengok masa tu ialah jam ditangan dia. “Dah pukul 2.15 pagi..” Lepas tu dia dah tak sedar bila dia terlena. Sebab cuaca masa tu nak hujan..sejuk dengan angin malam. Di langit masa tu nampak cahaya petir entah dari mana. Sesekali bila dia terjaga sebab digigit nyamuk. Sebab terlalu letih sangat matanya sekali lagi nak terlena. Tapi..”Abang dari mana nak ke mana?” Kawan aku terus terbangun kerana terkejut dengan suara tu. Dia tercari-cari suara tu datang dari mana.

“Saya di sebelah abang ni…” Kawan aku sekali lagi terkejut. Sambil mengurut dadanya yang masih terasa degupan jantung. “Kamu dari mana ni? Nak apa dengan aku?”, Kawan aku bertanya dengan sedikit marah. Perempuan tu terus tersenyum manis dengan berkebaya lama. “Abang sorang-sorang..saya nak teman abang.” “Tak payah la..pergi la teman orang lain!!! Aku nak tido..”, Kawan aku terus baring dan tak peduli perempuan tu. “Abang tak suka saya???” Kawan aku terus cuba memejam mata. Dia tidak terfikir yang bukan-bukan lagi. Dia tak nak peduli pada perempuan itu lagi. Takut nanti di bedal oleh suami ke..tunang ke atau teman lelaki perempuan itu. Bila dah yakin perempuan itu sudah beredar..dia terus buka mata.

Alangkah peliknya dia masa tu. Keadaan tadi yang nampak lebuhraya dihadapan..langit yang suram nak hujan…tiba-tiba jadi gelita. Gelap-segelap gelapnya. Dia masih di atas pondok tersebut..tapi di sekeliling pondok tersebut gelap-gelita…tak nampak apa. Dia mula rasa ada yang tak kena dengan perempuan tadi. Dia terus nekad redah kegelapan itu..makin redah baru dia dapat tahu gelap tu adalah kerana ditutup oleh rambut yang panjang sangat-sangat. Bau helaian rambut yang diselaknya itu amat meloyakan. Sampailah dia berjaya keluar dari kepungan rambut tu. Bila sampai di motornya..Dia mendongak keatas bumbung pondok tersebut..bayangkan perempuan tadi tepuk-tepuk tangan sambil mencangkung atas bumbung pondok tersebut.

Perempuan itu cukup menyeramkan sambil ketawa kecil dan bersuara..”saya suka kamu…saya suka kamu..” dalam loghat Jawa. Kawan saya terus memecut motornya meninggalkan hentian rehat yang menyeramkan itu. Tapi suara itu macam terus mengikut dia sampai dia singgah di Stesyen Minyak untuk solat subuh. Lepas solat subuh…Dia isi minyak motor dan teruskan perjalanan ke kampung. Sejak itu dia tak berani lagi memandu seorang diri di lebuhraya utara selatan”

“Kamu nak tau tak kisah hentian rehat yang menyeramkan itu?”, Tiba-tiba pakcik gerai tu bersuara. Mungkin dia sudah dengar kisah yang kami ceritakan tadi. Kami berempat terus mengangguk-angguk kepala. Pakcik gerai tu terus tersenyum dan duduk disebelah aku. Dia mula bercerita sambil menyedut rokok dibibirnya..kemudian dihembus asap rokok berkepul-kepul. “Ramai tak tahu disebalik kisah seram di hentian itu ada kisah yang cukup menyayat hati. Cuma penduduk kampung berdekatan yang tahu kisah yang sebenar. Berita yang keluar di surat khabar pun tak tulis dengan teliti. Dulu hentian rehat tu cukup ramai orang singgah hinggalah ramai yang terkena gangguan makcik jual burger dan kacang rebus…juga gangguan perempuan cantik berkebaya. Macam-macam lagi gangguan yang orang kena di hentian rehat tu.

Tapi hentian rehat tu masih digunakan pada waktu siang untuk hilangkan mengantuk. Cuma malam bagi yang tahu..mereka tak akan berhenti di hentian rehat itu. Cuma lori-lori besar berhenti rehat di situ…tu pun 4, 5 biji sekali berhenti. Sebenarnya makcik dan perempuan kebaya itu adalah dua beranak. Mereka m**i d*****h. Pakcik kenal sangat dengan mereka. Sebab sama-sama meniaga di Medan Selera hentian rehat tersebut. Pakcik meniaga nasi ayam. Mereka meniaga burger dan kacang rebus. Si anak sudah berkahwin. Tapi sayang si suami kaki judi dan dadah. Hari-hari datang kedai minta duit. Pakcik la yang selalu menghalang perbuatan suami si anak tu. Entah macam mana suatu hari tu keluar perkataan cerai dari mulut si suami. Ramai pelanggan masa tu. Semua berhenti makan dan minum tengok si suami tu mengamuk.

Lepas dari peristiwa tu, dah tak nampak si suami datang ke kedai. Mereka tenang meniaga. Tapi tak lama kegembiraan mereka, 3 bulan kemudian pakcik selalu nampak 3 orang lelaki..kadang-kadang 5 orang lelaki datang ke kedai mereka. Lelaki yang sama. Pakcik mula syak sesuatu. Tanya mereka tapi makcik tu macam tak nak bagitau. Lepas beberapa hari lepas tu pakcik tengok kedai mereka ditutup. Berminggu kedai mereka ditutup. Beberapa hari kemudian pekerja pencuci terjumpa mayat dua beranak itu di belakang hentian rehat tersebut. Patut sebelum tu ramai pelanggan merungut busuk. Akhirnya dapat tahu 2 beranak malang itu di b***h oleh kuncu-kuncu along. Sebab tak dapat bayar hutang yang dipinjam oleh suami si anak. Suami si anak lari hilang entah kemana. Sejak itu hentian rehat tersebut tidak digunakan lagi pada waktu malam sebab 2 beranak ini akan terus mengganggu. Hati-hati lah ketika melalui lebuhraya utara selatan jangan sampai tersilap singgah di hentian rehat tersebut.

Sekarang hentian rehat tersebut macam tidak wujud lagi. Ada sesetengah orang yang tahu kisah hentian rehat tersebut akan singgah pandangan sahaja dan nampak sisa tapak yang sudah lama ditolak. Ada yang tidak biasa akan nampak kelibat dua beranak tersebut menunggu pelanggan. Selalunya masa hujan renyai-renyai. Banyak juga kemalangan berlaku dikawasan berhampiran hentian rehat tersebut. Cerita ini aku persembahkan pada kalian bukan bertujuan untuk menakutkan sesiapa. Cuma kita semua masing-masing kena ingat dan berwaspada. Terutama tahu menghormati tempat orang dan hak orang. Di hentian rehat ini kalian akan perasan ada sehelai baju lama warna biru. Sudah lusuh dan buruk terselit di satu pohon pokok.

#penatarihitam

TAMAT.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

21 thoughts on “HENTIAN REHAT LEBUHRAYA MENYERAMKAN #2”

  1. Kalau sungguh niat nk menolong sbb xnak org lain terkena, bagitau jelah exactly kt mane RnR tu…
    Jenuh mikir pastu nk kena perati plak baju biru tu kt mane…
    Kot memalam buta kang hapah pon x.nampak, tup2 tgh sedap pekena beger ngan kacang rebus…
    Hahahadooiiii nayooo…

    Reply
    • Ha kann!!
      Ni gaya mcm mintak melancarkan bazuka je nih!
      Ckp la kat mana punya hentian.
      Kalau tanak bagitau, TAYAH AR NAK SHARE CERITA.
      Kononlahhhhhhhh lelaki/perempuan Melayu terakhir penuh adab sopan? Dhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! Dlm situasi mcm ni, dah tak relevant nak guna bidalan tu woiiiiiiii!!!!!!!

      Reply
    • Haha. Saya pon berfikiran yang sama. Kindly pls bagitau detail exact RnR tu. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak berhenti kat situ.

      Reply
    • Ni kesahnye nk soh org singgah ni sbb nk kena belek kt pokok tu ade tshirt biru ke tak…
      Kot bgtau nme sesiap kang x nyinggah plak sbb dh tau awal2…

      Reply
  2. dia ckp hentian… bkn rnr… tp tu la… klu niat nk memperingati… bgtau jer la… namanya… klu xnk eja penuh pun… bg huruf dpn jadilah… contohnya hentian LB… hentian J… hentian SP…. bole gak la nak meneka… ini bagi baju… jenuh nak belek setiap batang pokok tu… huuuuu…. saya pengguna tegar Lebuhraya Utara Selatan ni… selalu bertolak selepas maghrib or isyak… tu yg nak tau sgt kat mne… ???

    Reply
  3. aku rase ni bkn cerita benar. Cerita suke2 sesaje je kot. Name pon fiksyen. Biasenye yg aku perati kalau cerita benar dia akan tulis bedasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman member2.

    Reply
  4. Takkanla nak belek satu satu pokok kat setiap hentian rnr, nak cari baju biru plak tu. Kejam btul penulis ni. Entah2 cite tipu.

    Reply
  5. Cerita sebenar atau rekaan hanya tuan tanah dan Allah swt je yang tahu..pernah ada kisah seram di salah satu hentian yang kecil tu tapi x tahu sama dengan penulis ke x….meme la seram tp bukan roh si m**i..hanya jelmaan jin/syaitan nak rosakkan aqidah manusia…moral of the story ialah doa naik kenderaan ada, ayat2 Quran ada, amalkan untuk apa2 urusan kan lagi afdhol..terbaik penulis kerana share

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.