Hidayah Milik Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga pembaca fiksyen shasha, kisah kali ini aku ingin berkongsi kisah dan pengalaman mistik dan seram bagi aku. Maafkan aku andainya terdapat beberapa typo error atau ayat yang akan buat pembaca migraine tahap kritikal.

Kejadian ni berlaku 6 tahun yang lepas, aku baru habis study dan telah diterima PRAKTIKAL di salah sebuah syarikat housing developer di Selangor dan juga antara syarikat yang terbesar di Malaysia ini, dan aku berjawatan sebagai “commercial assistant”. Untuk pengetahuan aku berasal dari utara semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian aku telah menyewa di sebuah apartment di Puchong Kinrara bersama dua orang lagi kawan sekerja syarikat tempat aku berkerja.

Nak dijadikan cerita, housemate aku ni, berbangsa cina sorang dan melayu sorang. Kiranya dalam rumah tersebut dihuni oleh 2 melayu dan 1 cina termasuk aku. Apartment ni ade 3 bilik, makanya sorang sebilik lah. Pada 3 bulan pertama tiada apa kejadian yang pelik berlaku, sehinggalah houemate aku yang cina ni bawak masuk dewa patung sembahyang diaorang yang biasa korang semua lihat di kedai kedai cina. Nama kawan aku yang cina nama dia Yap.

Aku : “Yap! Apahal ko bawak tuhan ko masuk rumah?
Yap: Saya sembahyang punya orang, you mahu tahu ka, 3 hari lepas, saya mimpi datuk datang jumpa saya, dia cakap ini rumah banyak sial punya!
Aku terdiam, terdetik dihati aku jugak, “biar betul cina ni” aku terus berasa takut.
Aku: Oh, habistu apa pasal you bawak ni patung?
Yap: Ni patung, manyak kuat, dia punya kerja kasi halau sama itu hantu.

Aku diam membisu, dalam hatiku berkata biarlah ko nak buat apa asal kan hidup ko selesa. Sejak hari tu, rumah aku akan berbau colok setiap pagi sebelum pergi kerja dan petang selepas balik kerja. Tapi setakat ni aku dan kawan aku yang melayu yang bernama aris ni tak pernah diganggu.

Pada suatu hari jumaat, aku dan ariss bercuti kerana baru pulang dari penang . (Bos bagi kami cuti rehat), manakala yap pula berkerja. Selepas aku dan aris pulang dari solat jumaat, kami berehat di ruang tamu sambil menonton tv. Tiba-tiba telefon aris berdering, sepupu aris dari kampong menelefon dan memberitahu bahawa pakcik ariss telah meninggal dunia. Tetapi aris tidak pulang ke kampong kerana aris beritahu aku yang dia tidak begitu rapat dengan arwah pakciknya.

Malam tu selepas solat isyak berjemaah dengan aris, aris meminta aku dan dia membuat bacaan yasin dan berniat bersedakah kepada arwah pakcik dia. Aku akur. Sedang kami membaca yasin, Yap berlari dan menerpa ke arah kami.

Yap: dengan nafas tercungap “boleh saya join u orang ka?
Aku dan aris terdiam dan pelik
Aku: Ko pehal apek? Ko nak masuk islam ka?
Yap: Bukan, tadi saya masa saya mandi, saya punya pintu toilet kena ketuk banyak kali, saya ingat lu orang, saya marah la. Lagi mandi dia ketuk sangat kuat, saya buka pintu tapi tiada orang. Saya check pintu bilik tapi kunci. Saya takut sangat,pakai baju terus cari u orang ma.
Aris: Owh ingat ape hal tadi, ingat nak masuk islam, ha ha ha ha ha (aris ketawa)
Aku: you boleh join, tapi u duduk tepi diam2 sampai kami habis baca ok?
Yap : Orait

Habis bacaan yasin aku dan aris mengajak yap berbual di ruang tamu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.40 malam.

Aku: Yap, cuba korang cerita sama kami, apahal you selalu kena kacau, saya tgok you hari2 sembahyang ma, apahal lu lagi kena kacau?

Yap: saya pon tak pasti, tapi ada satu hari saya tanya sama boss, ini rumah dulu siapa tinggal.

Aku dan aris: Bos Cakap apa?

Yap: Bos cakap ini rumah dulu bank lelong, bos cakap sudah 3 tahun ini rumah kosong. Itu sahaja.

Kami: owh..rumah kosong…

Aris: ok lah aku nak masuk bilik dulu nak tidor, esok takut lewat plak bangun.

Aku : oklah aku pon sama lah.

Yap: eh nanti! Kita tidur sama2 lah dekat sini (ruang tamu)..teman saya lah saya takut

Aris: xmaulah, kalua u takot sangat u bawak la u punya tahun masuk bilik..(aris ketawa kecil)

Yap: haiya..itu macam ka? Xpalah saya tidur sorang lah.

Masing2 masuk bilik. Waktu itu jam menunjukkan tepat 10.20 malam. Aku memadamkan lampu sambil bermain telefon. Mata aku xdapat lelap mungkin kerana tertidur waktu siang tadi. Seingat aku hampir sejam aku bermain telefon, mata aku sudah mula mengantuk, lalu aku mematikan telefon dan menarik selimut menutupi tubuh aku lalu aku melelapkan mata.

Aku terjaga secara tiba-tiba dari tidur kerana aku berasa sungguh sejuk, aku meraba-raba katil mencari selimut. Dalam samar-samar gelap aku lihat selimut aku jatuh ke lantai. Lalu aku capai dan selubung badan aku dengan selimut. Tiba-tiba selimut aku ditarik dari hujung katil, seperti ade seseorang merentap selimut aku. Aku Tarik balik selimut, difikiranku mungkin selimut ini tersekat di bucu tilam dan menyebabkan selimut ku tegang.

Sekali lagi selimut aku ditarik, tetapi kali ini aku tidak menarik nya semula, aku berpura-pura seolah tidak menyedari selimut aku ditarik. Hatiku berdegup kencang, dalam kesamaran aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 1.15 pagi.

Aku memejam mata sambil berharap, ini hanya mimpi. Dan aku berharap, aku tidak dikacau lagi. Terdetik di hati aku “Mungkin inilah apa yang Yap rasa”. Fikiran aku melayang cuba memikirkan perkara yang dapat mengatasi ketakutan aku, alhamdulillah ia berhasil, sekali lagi aku terlelap.

Sejurus itu, aku bermimpi sebuah lembaga hitam bermata merah merentap kaki aku dari hujung katil. Aku tersentak dan tersedar dalam keadaan berpeluh. Aku beristigfar panjang dan mujur ia hanyalah mimpi.

Aku sambung melelapkan mata, tiba-tiba aku merasakan angin sejuk lalu di kaki kanan ku, dan ketika itu juga kaki aku direntap, aku tergelincir dan jatuh dari katil. Kejadian ini sama seperti yang dialami di dalam mimpi. Aku melihat sekeliling tetapi tiada apa-apa bayangan.

Sejurus itu, pintu bilik aku diketuk berkali-kali tanpa henti, kaki aku menggigil ketakutan, terasa sangat lemah. Aku abaikan ketukan pintu itu, tiba-tiba jeritan dari luar pintu memanggil nama aku dengan kuat. Aku kuatkan semangat dan membuka pintu. Alangkah terkejutnya aku, Aris ketika ini berdiri di hadapanku dengan nafas tercungap. Dia menarik tangan aku ke ruang tamu. Aris menyalakan semua lampu di dalam rumah untuk mengelakkan perasaan takut. Aku bertanyakan kepada aris.

Aku: ko dah nape aris, ketuk pintu aku macam orang gila?
Aris: Aku kena kacau! Aku takut weyh!
Aku: Apehal ni cuba cerita.
Aris: Aku bangun nak pergi kencing, kat dapur, tapi aku xleh nak bukak pintu.
Aku: Aik, nape plak?

Ketika ini, aku berasa seram sejuk, semua bulu roma aku meremang dengan sendiri, tapi aku berpura-pura yakin dan menjadi pendengar setia aris, walaupun di hati aku ini, takutnya hanya tuhan saja yang tahu.

Aris: Aku pon xtahu, aku ingat ko ngan Yap naya aku,mana tau kot2 korang kunci aku dari luar.
Aku: Ko gila apa? Bila lak aku buat camtu.
Aris: Ya aku tahu, biarlah aku habis cerita dulu, pastu aku jerit la cakap “weyh bongok bukak la pintu aku nak kencing ni”.

Pastu pintu terus boleh buka. Aku lagi pelik bila lihat takde kesan kunci. Akum alas nak piker, aku pon pegila kencing. Tapi yang xbestnye, mase aku keluar dari toilet aku Nampak Yap bercangkung depan pintu bilik aku. Aku naik heran lah, pastu aku tegurla yap, aku cakap “Yap ko buat apa depan pintu bilik aku? Pastu di boleh toleh kat aku senyum. Aku apa lagi, aku tolak la Yap. Tapi lepas aku tolak Yap, serta merta dia hilang, itu aku takut cari ko.

Aku: Oh..patutla
Aris: Tapi masa ko bukak pintu bilik napa muka ko gelabah semacam jer?

Aku ceritakan apa yang berlaku kat aku kepada Aris. Selepas itu, Kami sepakat untuk tidur di ruang tamu bersama-sama. Aku memberitahu aris untuk mengajak yap tidur sekali di ruang tamu. Yap bersetuju. Lalu aku dan aris ketuk pintu bilik yap.

“Tuk, tuk tuk!! Yap!! Yap!! Bangun!! Kami ni!!
Tiada tindak balas dari yap, kali ni kami kuatkan ketukan pintu. Tetapi masih tiada jawapan. Aris cuba membuka pintu, tetapi pintu bilik yap dikunci dari dalam. Aku berputus asa, “tidur mampus kot yap ni!” berkata aku. Tiba-tiba terdengar suara yap sayup-sayup menangin meminta pertolongan dari dalam bilik “To…lo…ng a…k..u..” sambil menangis.

Kami berpandang sesama sendiri. Aris menasihatkan aku supaya mengendahkan suara tersebut. Tetapi hatiku berasa lain. Aku berkata kepada aris “Xboleh cm ni aris, macam mana kalau yap betul2 dalam kesusahan?” aris bersetuju dengan pendapat aku. Aris cuba membuka tetapi tidak Berjaya.

Berkali-kali kami mencuba tetapi masih tidak berhasil. Aris ke dapur mencari hammer untuk memcahkan tombol pintu. Selepas itu, aris menghentak tombol pintu sekuat hati. Dengan sekali cubaan tombol pintu Berjaya dipecahkan. Lalu aku dan haris menendang pintu sekuat hati, pintu Berjaya dibuka.

Tetapi, tiada kelibat yap di atas katil, suara yang merintih meminta pertolongan masih kedengaran. Aku cuba membuka lampu bilik, tetapi lampu tidak menyala. Tiba-tiba aris memekik menjerit nama aku dan menunjukkan sesuatu di sudut atas dinding bilik. Alangkah terperanjat nya, aku melihat yap seolah-olah tergantung tanpa sebarang tali. Yap seolah-olah kaku, dan mata yap terbeliak seperti menahan kesakitan. Tanpa berlengah lagi aku dan aris cuba menarik kaki yap untuk membawa turun, tetapi cubann tersebut gagal. Kerana seolah-olah tarikan kami tidak memberi sebarang pergerakan kepada Yap.

Dengan berfikiran waras aku memanggil Aris, “Aris!! Ini kerja Setan!! Tanpa melengahkan masa Aris melaungkan azan sekuat hati. Ketika aris melaungkan azan, Yap terus terlepas dan terjatuh ke lantai. Sejurus itu juga aku menarik yap keluar ke ruang tamu.

Kami semua berkumpul di ruang tamu. Tiba-tiba semua lampu di rumah kami terpadam. Yang peliknya, kipas masih terbuka. Aku memberikan isyarat kepada aris untuk melaungkan azan sementara aku berdoa kepada allah agar kami dilindungi daripada jin dan syaitan. Selapas azan dilaungkan, aku membaca ayatul kursi.

Alhamdulillah keadan kembali tenang, lampu yang sebelum ini terpadam dapt menyala semula.
Aku mengajak yap dan aris untuk keluar dari rumah ini. Mereka bersetuju, yap menggapai kunci kereta yang tergantung di pintu keluar. Kami berlari keluar akibat ketakutan. Yap memecut laju membawa kami di sebuah restoran mamak.

Setibanya disana, kami memesan minuman dan menyuruh yap menceritakan kepada kami apa yang berlaku.
Yap: waktu saya tidur, saya ditarik oleh seseorang dan saya terus jatuh katil. Saya buka mata dan saya lihat, azi (aku) dekat kaki saya. Saya terus cakap sama dia “Lu bodoh!”. Tiba-tiba saya rasa seperti terbang dan terus melekat di dinding. Saya tak boleh nak bergerak, saya cuba jerit pon tak boleh, nasib baik you orang tolong saya.
Lalu aku juga menceritakan peristiwa aku dan aris kena

kacau kepada yap. Malam itu, kami berjaga di kedai mamak sehingga pukul 7.00 pagi. Kami semua memohon cuti pada hari itu. Waktu siang kami pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Yap berteriak “Eh!! Mana saya punya tuhan??”

Aku dan Aris bertanya “apahal yap?”
Yap: u orang tgok saya punya tuhan pating sudah tak ada. U orang tahukan saya letak saya punya tuhan dekat sini.
Aku dan aris kehairanan, lalu kami membantu yap untuk mencari patung tuhan tersebut. Tiba-tiba aku terjumpa patung tersebut berada di bawah katil aku. Seolah-olah seseorang meletakkan nya dengn sengaja, tetapi yang lebih menghairankan, patung tersebut dalam keadaan pecah dan berantakan.

Aku memanggil Yap dan Aris. Kami semua terdiam kehairanan. Lalu yap memberitahu kami “Jika ini patung pecah, bermakna ini hantu dalam rumah sangat kuat”. Aku memandang aris sambil tersenyum.

Aris: Yap, kalau u punya tuhan ada wujud, apa hal itu tuhan xda tolong u mase u kena kacau itu hanut??
Yap diam membisu. Sambil menundukkan muka. Lalu aku menyuruh Yap mengemaskan serpihan patung tersebut. Selepas itu kami kembali ke bilik masing untuk mandi dan sejurus itu kami bertiga berbincang di ruang tamu.

Aku: aris, yap saya mahu panggil ustaz untuk rawat ini rumah.
Aris: aku setuju, tapi ko nak panggil siapa?
Aku: aku ada kawan, ustaz mengajar dekat madrasah area puchong ni. Aku kenal dia masa sama-sama belajar kat sekolah rendah masa kat kampong dulu. Pastu dia belajar pondok dan sekarang ada mengajar di puchong ni.

Yap: Tapi, saya juga mahu panggil sami untuk cuba tengok ini rumah
Aris: apa? Xpayahlah lu punya sami apa boleh buat?
Yap: Kita cuba dulu ma..
Walaupun aku tidak bersetuju, demi menjaga sensiviti perkauman aku menyuruh aris mengiyakan dan berstuju dengan cadangan yap.
Aku: oklah, bila u mahu panggil itu orang?
Yap: Saya sudah panggil, saya kol dia masa saya mandi td.
Aris: apahal tak bincang sama kitaorang dulu? (dalam keadaan marah)
Yap: aiyah..sorrylah taiko, saya tak tahan takut sangat ni.
Aku: Pukul berapa dia mari?
Yap: dia kata lagi setangah jam dia sampai

Aku memberitahu aris yang aku juga akan menelefon ustaz tu tetapi meminta untuk datang sejurus selepas upacara sami itu habis. Dan aris bersetuju.
Sementara menunggu sami tersebut dating, aku menelefon ustaz iaitu kawan aku itu.

Aku: salam wan, eh ustaz wan
Ustaz wan: wasalam, ya azi apa khabar, sihat kah?
Aku: sihat, ko pulak cmne?
Ustaz wan: alhamdulillah…awat ni zi?

Aku menceritakan apa yang berlaku dan perkara yang di alami oleh kami. Ustaz wan bersetuju untuk membantu tetapi beliau akan tiba selepas isyak kerana beliau ada tazkirah di masjid. Aku memberitahu aris dan yap dan mereka mengangguk faham.

Tepat jam 10.38pagi, sami tersebut tiba di rumah kami dengan berpakaian lengkap serba kuning. Yap berbual dengan sami tersebut menggunakan Bahasa ibunda nya. Sami tersebut memandang kami dengan pandangan sinis. Sami tersebut memulakan upacara menghalau hantu, satu rumah kami di asapkan oleh asap colok. Aku dan aris tidak tahan dengan bau tersebut lalu keluar menunggu di pintu masuk rumah. Sedang asyik leka bersembang denga naris, Yap memanggil kami meminta pertolongan. Aku dan Aris bergegas berlari berjumpa yap. Aku melihat sami tersebut duduk bersila sambil mata hitam memandang tegak ke atas.

Aku: apahal ni yap?
Yap: tadi ini sami masuk saya punya bilik, lepastu di pengsan, itu saya panggil u orang
Aris: habistu sekarang ni kenapa pulak?
Yap: saya xtahu, tiba2 jadi macam ni pula

Tiba-tiba dengan suara garau sami tersebut seolah bertanyakan kepada Yap. Aku dan aris pasti yang sami tersebut dirasuk oleh sesuatu. Yap dan sami tersebuat sedang berdialog. Lalu aris bertanyakan kepada yap untuk mengetahui apa yang berlaku.

Aris: Yap, lu orang cakap apa?
Yap: Ini sami panggil itu hantu masuk dalam badan dia.
Aku: Pastu?
Yap: saya tanya sama itu hantu (sami) kenap dia kacau sama kami.
Aris: yeke?
Yap: hantu itu cakap, dia xsuka sama azi da naris, sebab itu dia kacau kami.
Aku: aik? Kenapa pulak?
Yap: Dia cakap dia xsuka u orang sembahyang dalam ini rumah pastu baca u punya orang buku (Quran). Dia rasa panas.
Aris: Yap, cuba lu tanya dia apa pasal dia rasa panas?

Yap bertanya kepada hantu tersebut dalam dialek cina. Lalu hantu yang merasuk dalam badan sami tersebut menjawap.

Aku: apa pasal?
Yap: Dia rasa panas dan macam kena bakar.

Aku dan aris terdiam senyum, sambil yap kebingungan. Sejurus itu, sami tersebut kembali pulih dan tersedar seperti sedia kala. Yap memapah sami tersebut dan berehat di ruang tamu. Selepas beberapa ketika, sami tadi memberi amaran kepada kami “kalau u semua tak mahu kena kacau, jangan sembahyang dalam ini rumah!!” Aris dengan nada marah menjawap amaran sami “Apa – pasal xboleh?? Saya punya kawan sembah u punya tuhan dalam ini rumah kami tak da bising!! Yap seperti menyokong kenyataan Aris dan bertanyakan sebab nya.

Tetapi sami tersebut, lantas bangun dan tergea-gesa keluar dari rumah. Sambil memberikan amaran “Kalau u orang mahu selamat dengar cakap saya!!” kami semua terdiam.

Yap masih kebingungan. Aku dan Aris cuba menerangkan kenapa, sami tersebut berkata begitu. Seingat aku, hampir 2 jam lebih aku dan Aris berdebat dan menerangkan beza agama islam dan lain. Alhamdulillah reaksi Yap Nampak seolah menerima kenyataan kami.
Masa terus berlalu, aku dan aris berjemaah solat magrib, usai solat, kami mengisi masa kami dengan membaca al-quran sambil menunggu masuk nya waktu isyak.

Sepanjang itu juga, Yap setia duduk sebelah kami sambil memerhatikan gelagat kami. Selepas habisnya solat Jemaah isyak, aku dan aris bercadang untuk menyambung bacaan al-quran sehingga tibanya ustaz wan.

Tetapi niat kami dihalang, Yap bertanyakan kepada kami apa yang kami baca. Kami menerangkan kepada Yap. Yap ade memberitahu, dia berasa sangat tenang bila mendengar alunan bacaan al-quran kami. Sedar tak sedar masa berlalu, kedengaran salam diberikan.

Ustaz wan telah tiba dengan beberapa orang nak murid beliau. Kami menjemput masuk, tetapi tidak semena-mena ustaz wan terkumat kamit membacakan sesuatu lalu dihembusnya kea rah aris. Serta merta aris rebah dan meracau. Aris dirasuk. Ustaz wan mengarahkan anak muridnya mengepung aris sambil berzikir. Yap dalam keadaan bingung memerhatikan keadaan yang berlaku. Lalu ustaz wan membaca surah al-baqarah dan dihembus lagi ke arah aris:

Aris: Sakitlah bodoh!!
Ustaz wan: siapa kau??
Aris: aku adalah aku, jangan kacau tempat aku!! Pergi kau!!
Ustaz wan: Tiada tempat untuk kau bersarang di sini!! Apa tujuan kau mengganggu mereka??
Aris: Siapa yang mula menganggu?? Aku atau mereka?? Sudah lama aku tinggal di sini, tetapi mereka berpindah dan mengganggu aku!!! Aku benci!!! Aku sakit!!!

Yap mencelah perbualan mereka dan bertanya. “Apa kami buat sama lu?”

Aris: Bukan kau tapi mereka (aku dan Aris), aku suka kau, kau sembah aku, kau bagi aku tempat yang selesa (patung) tetapi, semenjak ko bersama mereka (yap selalu duduk bersama kami bila kami baca quran) aku benci kau!! Bodoh!!

Yap terdiam, lalu ustaz wan mengarahkan jin tersebut keluar dari badan aris dan terus keluar dari rumah ini tetapi jin tersebut berkeras melawan sehinggalah, ustaz wan membacakan potongan ayat dari surah aj-jin . Lalu Aris (jin) menangis

Ustaz wan: kenapa kau menangis?
Aris: aku takut azab allah..
Ustaz wan: kenapa kau takut?
Aris: aku dah buat salah..
Ustaz wan: aku mahu kau keluar!!
Aris: Aku xnak..aku nak ko tolong aku!!
Ustaz wan: ah!! Aku xkan terpedaya dengan kau!!
Aris: Tolong islam kan aku..

Kami semua terdiam, berasa pelik dengan jawapan jin itu. Lalu ustaz wan berkata,

Ustaz wan: jika itu permintaan kau baiklah aku setuju.
Ustaz wan menerangkan tugas sebagai seorang hamba allah beragama islam, ustaz wan memberikan tazkirah ringkas terhadap jin tersebut. Kesan dari tazkirah tersebut, telah membuatkan Yap menitis air mata, antara isi kandungan tazkirah tersebut adalah pahala dan dosa, dan juga syurga dan neraka yang allah janjikan.

Ustaz wan: kamu ikut aku mengucap!
Aris : Baiklah!

Selapas mengucapkan dua kalimah syahadah, ustaz wan memberitahu untuk tidak lagi mencampuri urusan manusia kepada jin tersebut. Alhamdulillah, aris kembali pulih dan sedar.
Tetapi, yap tidak lagi berhenti menitiskan air mata.
Aku: Yap, kenapa dengan you?
Yap: Saya rasa sangat berdosa, saya sedih kenapa saya tidak sedar selama ini.
A

ku terdiam, perasaan sebak terasa, lalu aku bertanyakan kepada yap, mahukah you masuk islam? Yap menjawap ya! Aku terus memberitahu hasrat yap kepada ustaz wan. Alhamdulillah pada malam tersebut, allah telah memberi hidayah kepada dua hamba allah. Yap telah di islamkan oleh ustaz wan, usai itu kami semua telah menunaikan solat syukur dan hajat semoga allah melindungi kami semua dari perkara yang boleh memesongkan akidah kami.

Yap telah meneruskan pengajian di madrasah tempat ustaz wan mengajar, alhamdulillah perkara yang menghantui kami selama ini ada himahnya, 6 tahun berlalu sejak peristiwa tersebut, Yap kini telah bergelar al-hafiz, dan kini aktif bergiat berdakwah di kampong nya Ipoh. Nama yap kini adalah Muhammad Syarqawi Yap Al-hafiz.

Al-Hafiz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

31 thoughts on “Hidayah Milik Allah”

  1. laa ingat kan perempuan rupaa2 nya laki nama aris dgn azi ingat perempuan laa..hahhahahahahahaaha..okeylaa cita hampa ny best laa..yang paling bagus hampa dah tarik orang yang bukan islam memeluk islam..terbaikkk…..

    Reply
  2. Allahuakbar…
    Alhamdulillah…
    Besar ganjaran Allah atas Azi dan Aris…
    Diorg x berdakwah beria tapi cume mengekalkan sifat2 seorg muslim yg baik dan buat Yap mendapat hidayah Allah…

    Reply
  3. lelaki rupanya… amti m**i indt prmpuan. dgn nama Azi & Aris. terpedaya betoll… hahaha… BTW cerita korg memang best. Alhamdulillah. Hidayah Allah s.w.t

    Reply
  4. Zi, tak sangka kau kongsi cerita kita kat mereka, apapun aku harap penulisan kau dapat dijadikan tauladan buat pembaca semua..Mumtaz Zi!!!

    Reply
  5. Alhamdulillah….ttletiba meremang rasa bila bc ayat2 dekat last tu (bkn meremang seram la) …ntah rasa cam sayu n syukur bila yap ckp nk peluk islam

    Reply
  6. 1st tima baca cite fiksyen shasha yang memberi kesan terharu… U did a good job as a muslim azi and aris… Semoga semua terus istiqamah ✌

    Reply
  7. Ni rekaan semata2 utk rendahkan agama buddha ke? Setahu aku, org islam pun kena ganggu jg walaupun cukup solat dan alim. Pasaipa? Jgn rendahkan agama org laen

    Reply
    • ni kisah benar lah tak ada kena mengena nak merendahkan ugama lain baik hindu kristian atau buddha… yang kau nak panas ni kenapa??? memanglah itu kerja setan dah dalam hadis pon kata setan akan sentiasa berusaha menyesatkan umat islam khususnya mereka yang betul betul alim dan inilah dinamakan ujian.. PAHAM TAKK!!!???? Ko bukan muslim kalau rasa diri tersinggung yang bodoh gi baca BUAT APA???!!!!!… NAK SENGAJA CETUSKAN PERMUSUHAN KE APA KO NI, Jamal??

      Reply
  8. alhamdulillah…terbaiklah…besarnya kuasa Allah s.w.t.
    semoga kita yang islam ni terus islam dan beriman serta bertaqwa…in shaa Allah..aamiin…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.