Hide & Seek

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca FS yang sudi buka cerita aku ni. Nama aku Syaz, ini merupakan kali pertama aku menulis dekat sini. Tapi ni dah kali ke-1936352 kali aku hantar cerita aku tapi still tak dipublishkan jugak. Maybe cerita aku tak best kot ? Selama ni aku baca cerita orang je jadi aku pon teringin lah nak kongsikan cerita aku pulak. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin FS kalau cerita aku ni dipublishkan juga akhirnya. Alright, tanpa melengahkan masa aku start sekarang.

Kisah ini berlaku sewaktu aku berada dikampung dan masa tu aku masih bersekolah rendah. Kalau korang nak tahu, dulu masa kecil dua pupu aku akan selalu datang rumah tok sebab nak main dengan aku dan adik aku. Aku bagi nama dia Aminah lah ya. Dia 5 tahun lagi tua daripada aku. Masa tu malam, macam biasa Aminah datang nak main. Kalau dia datang ada je lah benda nak main tapi malam tu kitorang lepak tengok tv je. Aminah duduk dekat sebelah tiang rumah yang terletak di tengah ruang tamu. Aku pulak duduk depan dia, tapi tak halang dia nak tengok tv lah.

Oh, sebelum tu aku nak cerita dulu macam mana rupa ruang tamu rumah tok aku tu. Kalau masuk ruang tamu korang terus akan nampak tv sebab tv tu betul menghadap pintu masuk. Dekat sebelah kiri ruang tamu, (dekat dengan tv) tu pulak ada pintu untuk ke bilik Pak Cik aku. Dan pintu tu kadang-kadang memang dia biar terbuka sedikit. Sebelah kanan pulak laluan untuk ke dapur. Aku harap korang boleh bayanglah.

Okay kita teruskan cerita tadi, kitorang tengok tv kan. Masa tengok tv tu ada lah jugak aku toleh belakang nak tengok Aminah ada lagi ke tak. Aku tengok dia ada lagi pastu sambung tengok tv balik. Aku tak tahu berapa lama aku dok menghadap tv tu sampai hujung mata aku ternampak ada orang masuk bilik Pak Cik aku. Kelibat tu pulak nampak macam Aminah. Maka, tanpa berfikir panjang aku bangun dan nak masuk bilik tu. Disebabkan aku budak lagi kan time tu, so takdelah syak apa-apa dan fikir bukan-bukan. Aku cuma fikir nak main je. Pintu bilik tu terbuka sikit jadi aku tolak bagi luas dan masuk. Tapi malangnya aku tak nampak Aminah pon. Pastu aku dengan gembiranya pon cakap “Nak main sorok-sorok ke ?”. Of course, takde siapa jawab. Suasana dalam bilik tu sunyi dan hanya ditemani bunyi cengkerik. Lagipun, kalau dia menyahut nanti kita tahu lah kan dia kat mana. Aku pon startlah carilah Aminah mula dari bawah katil tapi takde. Aku tengok pulak dekat bawah meja, belakang pintu, pon takde ada jugak. Dalam almari apatah lagi.

Aku dah kehairanan dah time tu sebab aku memang nampak kelibat orang masuk bilik tu. Lagipun kalau nak main sorok-sorok dalam bilik Pak Cik aku tu memang silap besarlah sebenarnya sebab sekejap je boleh jumpa sebab bilik tu kecil. Jadi aku keluar dari bilik tu dan pergi ke ruang rumah yang depan. Aku tak tahu nak panggil tu ruang apa tapi yang penting dia sebelum ruang tamu. Dah keluar daripada ruang ruang tamu tu aku nampak mak ngah aku tengah menyapu. Aku pon tanyalah,

“Mak Ngah, nampak Aminah tak ?”
“Hah ? Aminah dah balik lah.”
“Eh, bila masa dia balik ? Tadi dia ada lagi.”
“Dia dah balik dah pukul 10 tadi. Ni nak dekat pukul 11 dah ha.”

Aku tak puas hati dengan jawapan Mak Ngah aku. Jadi aku pon cerita lah apa yang dah jadi tadi dekat Mak Ngah aku. Mak Ngah aku cuma buat muka pelik sambil ulang cakap yang si Aminah memang dah balik lama dah. Pastu Mak Ngah cakap “takde apa lah, tak payah fikir.” Maybe sebab dia nampak muka aku macam terkejut kot bila dia cakap Aminah dah balik. Dah Mak Ngah aku cakap macam tu aku pon okay kan je pastu sambung tengok tv balik. Tapi siapa je yang boleh senang-senang nak “okay” kan benda macam ni.

Bila aku fikir-fikir ada betulnya jugak. Siapa je yang nak main sorok-sorok malam-malam macam tu kan ? Kelibat yang aku nampak tu pon agak pelik sebenarnya sebab dia pakai baju warna merah macam baju kebaya sedangkan Aminah pakai baju T-shirt biasa dengan seluar. Budak kecil kan, bukannya fikir panjang. Tahu nak main je. Tapi apa-apa pon, nasib baik aku tak join main sorok-sorok tu. Kalau tak maybe aku pulak kot yang kena sorok ?

Sampai situ je lah cerita aku. Terima kasih sebab sudi baca. Maaf kalau cerita ni tak seram.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Syaz
Rate this post

7 comments

  1. Kadang ada sebab kenapa admin tak publish, dan no wonder la kalo story ni admin tak publish. Rasanya admin publish sebab simpati. Btw..kalo ada cerita lebih seram atau lebih yakin yg dlm story ko tu ada unsur2 mistik, share la lagi utk kitorang sebagai pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.