Highway LATAR

Nak tanya ni, korang pernah lalu highway LATAR pada waktu malam tak ? Terutama selepas pukul 10 malam. Kalau nak tahu tentang highway ni, aku ada kisah aku sendiri yang nak dikongsikan dengan peminat FS dan semua yang akan membaca kisah aku.

Aku tinggal di Country Homes, Rawang dan bekerja di Puncak Alam, aku tak mahu menyewa kerana tinggal bersama keluarga, jadi dah dapat jimat sewa rumah tambahan sewa di Puncak Alam semakin melambung – lambung sekarang. Setiap hari perjalanan aku ke tempat kerja akan melalui highway LATAR dan keluar ke Puncak Alam, banyak jugalah tol aku kena go through. Untung aku kerana jalan ke sana tidaklah sesesak di Rawang.

Setelah 2 tahun bekerja di Puncak Alam dan selalu balik kerja selepas maghrib, tiada masalah serius yang aku hadapi di sepanjang laluan terutama di LATAR kerana jalannya luas dan selesa. Tetapi, ada sesuatu perkara yang berlaku yang menyebabkan aku tak mahu lagi pulang selepas pukul 10 malam.

Ceritanya begini, satu malam tu aku pulang seperti biasa selepas pukul 8. Selepas siap solat maghrib di office dan makan malam di Tesco Puncak Alam (takde teman, bujang), akupun memulakan perjalanan seperti biasa. Selepas keluar simpang 4 Bandar Coalfields dan menuju ke plaza tol, aku terperasan kelibat 3 beranak berpakaian putih menahan kereta aku. Kelihatan si suami memakai jubah putih, isteri dan anak pula memakai baju kurung putih dan bertudung corak ala Turki. Dahla dekat ladang sawit ni, apa yang 3 beranak ni buat kat sini. Aku cuma memikirkan yang mereka tu bukan manusia. Tetapi entah macam mana, aku hentikan juga kereta.

Sesampainya di situ, abang tu beri salam, akupun jawablah macam biasa. Aku lihat rupa mereka macam orang biasa, jadi serta – merta perasaan takut hilang. Dia meminta aku untuk menumpangkan mereka sekeluarga untuk pulang ke Kundang kerana kereta mereka telah rosak dan dihantar ke bengkel berdekatan. Tanpa banyak soal aku mempelawa mereka untuk tumpang. Tiba – tiba aku lihat seat belakang bersepah dengan kertas kerja, fail dan baju persalinan aku. Seperti faham keadaan aku, dia hanya minta untuk hantar dia saja sementara isteri dan anaknya akan menumpang seorang kenalan yang akan tiba sebentar lagi. Aku fikir keselamatan anak dan isteri dia lebih penting tetapi dia memberitahu aku bahawa tak manis isteri orang menumpang kereta lelaki lain. Sekali lagi, dia seperti faham isi hatiku.

Lelaki tadi duduk di sebelah aku, lalu aku memasuki plaza tol untuk ke LATAR seperti biasa. Setelah 5 minit dia bersama aku, barulah dia membuka mulut. Dia bercerita tentang ketamakan manusia membuka ladang di area situ, dahlah buka ladang tambah lagi bina highway, habis semua hutan musnah. Aku agak dia ni pencinta alam sekitar agaknya. Riuh dia bercerita denganku dengan sesekali aku mengiakan, sampailah satu part tu bila dia cakap mereka sekeluarga dah tak tahu nak duduk mana, pergi mana – mana saja habis hutan ditarah oleh manusia.

Serta – merta bulu romaku berdiri tegak, aishh dia ni manusia ke apa ? Bayangkan dengan highway yang gelap gelitanya dan setiap seminit baru ada 10 biji kereta lalu. Tetapi wajahnya tak lekang dengan senyuman. Aku pantas memotong perbualannya dan bertanya tadi datang dari mana, dia menjawab dari kenduri tahlil kawannya di Puncak Alam, katanya tiba – tiba kereta meragam. Terasa lega sikit.

Dia lalu meminta aku untuk menghentikan kereta di stesen minyak berdekatan plaza tol Kundang kerana ada orang akan mengambil mereka sekeluarga. Jam di kereta dah menunjukkan pukul 10 malam, apa 10 malam ???? aku tercengang, kenapa perjalanan terasa begitu lama dan jauh ? Sedangkan sebelum ni, sekejap saja aku dah sampai rumah, sesak pun lepas masuk tol Rawang hingga ke AEON Rawang saja. Apa lagi, aku pun menambah kilometer pemanduan merentas highway yang sunyi sepi itu sehinggalah akhirnya tiba di stesen minyak.

Setibanya di situ, tercegat anak dan isteri lelaki tadi di pintu masuk stesen minyak. Berderau d***h aku melihat mereka, mana mungkin anak dan isterinya boleh sampai dulu daripada kami. Sebelum keluar kereta lelaki tadi mengucapkan terima kasih kepada aku kerana sanggup menumpangkan mereka, katanya sebelum ni manusia yang lalu lalang langsung tak pedulikan lambaian mereka. Akulah antara manusia baik yang pernah dia jumpa. Mereka bertiga lalu bergerak ke belakang kereta aku, aku intai pergerakan mereka, mereka tunduk lalu terbang ke udara seperti lagaknya pontianak. Nak gugur jantung aku melihatkan perbuatan mereka itu.

Barulah aku tahu yang mereka itu bukan manusia, selama ni aku hanya dapat menangkap hint dari lelaki tersebut tetapi hatiku tetap menafikannya. Lalu aku gagahkan juga memandu sehingga tiba di rumah dengan perasaan yang terkejut beruk. Keesokkannya aku terpaksa ambil MC kerana demam panas selama 2 hari.

Oleh itu, sesiapa yang memandu melalui LATAR pada waktu malam jika sorang2 tu hati2la sikit, kalau ternampak sesuatu di tepi jalan tu buat bodoh saja dan teruslah memandu hingga ke destinasi. Jin ni tinggal di mana – mana saja dan kadangkala mereka suka menguji keimanan manusia.

29 thoughts on “Highway LATAR”

  1. Udah pandei teghobang napelah beria melambei nahan nk numpang keta oghang…
    Nk kate bejimat teghobang bkn pki petrol poonnnn…
    Adooiiii…

    Reply
  2. Gulp! Menguji ketahanan minda betul nih. LATAR ya…ermmm. Area kelapa sawit lps Coal Fields, dekat Ladang Tuan Mee tu la ye? ermm…..

    Reply
  3. Aku pernah belajar di UiTM Puncak Alam suatu masa dulu. Highway latar tu memang scary. Tapi aku suka lalu situ time nak balik kampung sebab tak banyak kereta. Aku memang suka drive malam. Memang kadang2 ada bau hanyir busuk time lalu highway tu, tak penah kena tahan plak. Btw nice story!

    Reply
  4. Aku sll gak balik tetengah malam ke kolej aku pukul 3-4 pagi lalu latar. Yela zaman study dulu suka overnight kan hehe. Aku drive mak oi macam orang gila, macam nak tercabut kereta aku waktu nak balik tu. Tapi Alhamdulillah lah, so far, aku tak kena kacau la. Tapi ada satu hari, kawan aku ada cita dia otw balik ke kuala selangor lalu latar juga. Dia drive2, tetiba depan dia ada lori sampah. Mcm pelik pulak lori sampah drive tetengah malam. Pastu tetiba sebungkus kain putih jatuh dari belakang lori sampah tu. Engko rasa perasaan dia time tu. Pecut terus balik ke rumah. Esoknya, satu keta dia kena hurung lalat sbb bau busuk yakmat. Haa engkorang tekela apebenda yg jatuh dari lori sampah tu? Hahahahaha yg penting bukan rosmah.

    Reply
  5. Bunian tu. Ada je jin Islam. Tapi kan jin tu kata ko org baik tumpangkan. Mmg Susah la nk jumpa manusia tumpangkan dah sebab takut. Nk berhenti tu idok le.

    Reply
  6. Pernah la sekali lalu highway Latar tu last year dgn kawan, aku drive. Ktorg masa tu saja buat gila gi Puncak Alam konon nak cari hantu. Hahaha. Tapi hampeh tak nampak apa pun. Then. Masa otw nak hantar member balik rumah kat Ukay Perdana. Aku ada lalu satu tol mahal ni. Luas dan sunyi kawasan tol tu. And oh, masa aku swipe kad touch n go aku kn kene bukak tingkap. Tiba2 dtg satu bau menyengat hancing ni nak muntah aku, member aku diam je tp mulut terkumat kamit. Did i mentioned that suddenly barang2 aku kat belakang tu macam bergerak sendiri? Especially gitar kapok aku tiba2 bunyi sendiri macam ade org petik talinya. And i be like Ah sudahhhh dia buat dahh. Bulu tengkuk aku meremang semacam masa tu tp aku buat cool je. Sampai dekat area lepas rawang nk masuk Selayang baru aku rasa tenang setenang2nya. Dpt rasa benda tu dah takde. Mengikut rupanya. Oh ya. Masa tu pkul 11.30mlm. Ko rase?

    Reply
  7. Selalu sangat lalu Latar, time study kat Selayang. Kalau ada kelas kat Sg Buloh, pagi-pagi mesti akan lalu highway ni sebab nak elak traffic. Highway dia best sebab lapang je tapi bila malam memang sunyi sangat. Susah sangat nak jumpa kereta lalu situ waktu malam and jalan dia gelap gila. Sampai saya boleh pasang lampu tinggi sepanjang highway sampai exit Selayang, nak cakat kata takde kereta yang lalu situ malam-malam. Tapi everytime lalu situ sorang-sorang mesti akan rasa seram sejuk lain macam. And semua deria memabg alert macam tengah anticipate something yang bakal jadi. Selalu tekan minyak. Tapi so far alhamdulillah takde jadi apa. Cuma boleh rasa aura seram dia bila malam. Maybe sebab sunyi dan gelap sama.

    Reply
  8. Hway ni sunyi memalam.. Kalo drive mesti nk laju2.. Hahah..pelik benor makhluk 3 eko ni..dah reti terbang..nakk jugak naik keta org.. Awat isi minyak dulu ka kt stesen?,??

    Reply
  9. Aku pernah balik Sekinchan lalu LATAR ni pukul 1 pagi naik motor. Nasib baik takde kena kacau tapi sepanjang kat hiway tu aku rasa tak sedap hati je.

    Reply
  10. atleast makhluk Allah yg ni still beradab dgn kita. cuma mahu meminta tolong. tapi jgn lah kalau nmpk je strangers kau nk tumpangkan,naya kau kalau dia perompak ke apa hahahaha

    Reply
  11. Alhamdulillah, sepanjang duduk puncak alam dulu selalu ulang alik dr rmh – ofis di tmn tun, balik ikut LATAR @ persiaran mohktar dahari-puncak alam, kdg2 naik moto, selalunya lewat mlm. Tp xde lg peristiwa pelik. Tapi kalau jln ke Bukit Kucing, mmg scary tahap gaban

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.