Hijabku Terbuka 3

Assalamualaikum wbt semua . Hallu hallu~ . Terima kasih jugak admin menyiarkan cerita aku ni dan Hijabku terbuka 3 ni in shaa allah akan aku perbaiki penulisan aku ni. Almaklum ler. Awok ni bukannya pandai nau bab2 mengarang ceriterrr ni ha. Panjang pulak mukadimahnya ye.. Moh ler kita mulakan cerita.

Kisah Benar 1,
Ada yang bertanyakan tentang bapak tiri aku yang aku panggil Acik K sama ada dia bomoh khurafat ke atau perubatan islam. Terima kasih anda bertanya ye! Acik K ni dia mengamalkan ilmu hitam dan dia menngunakan ayat Al-Quran tetapi menterbalikkan ayat. Ha korang jangan memain. Bismillah pon kalau di terbalikkan baca boleh jadi lain tau! Tu pon aku tanya dekat dia lah.

Biasalah kalau dah mengamalkan ilmi hitam ni seharusnyalah membela. Yang aku tau ‘atuk’ adalah panggilan untuk ‘benda’ tu. Kau bayangkan eh kalau duk sedap2 meratah ayam Kfc tu tiba2 langsir bilik tercabut dan terpelanting. Dan menurut Acik K ni ‘atuk’ tu tinggi dia mencecah siling rumah. So tak mustahil la kalau dia lalu pon boleh terpelanting langsir tu. Macam biasa lah aku lantakkan je time langsir terpelanting tu.

Kisah Benar 2,
‘Benda’ ni akan menonjolkan diri atau memperlihatkan diri time aku tengah down atau menangis dan seangkatan dengannya lah. Terjadilah di mana masa ni aku betul-betul down. Menangis teresak-esak tak ingat dunia. Tiba-tiba!!!! Aku dengar suara lain jugak dok menangis. Masa aku menangis ni aku tekup muka dekat bantal so tak tahu keadaan sekeliling. Mendayu-dayu tangisan dia dok meratap menangis kalah aku ni ha! Aku pon alihkan bantal betol2 sebelah almari baju aku ada seorang perempuan rambut mengurai pandang bawah sambil menangis.

Aku dah tak tahu nak buat apa sama ada lari ataupun selubung. Kalau lari aku akan lalu tepi dia. Almari baju aku ni betul2 sebelah pintu bilik aku. Jadi aku pilih untuk selubung je sebab ketaq lutut ceq oi!!. Tiba-tiba pulak!! Aku dengar tapak kaki berlari dalam bilik aku. Terasa macam ramai pula. Dah la tengah sedih. Ditambah kesedihan dan ketakutan. Makin menangis aku!!

Kisah Benar 3,
Aku kalau p kedai runcit lebih suka jalan kaki dari naik motorku En Ex5. Hehe. Jalan rumah aku ni boleh dikatakan gelap la sebab ada beberapa ketul lampu je jadi aku bawa hp nak hilangkan takut sebab gelap. Tengah jalan ala-ala gadis melayu tiba-tiba aku rasa meremang. Jadinya aku toleh la ke belakang tapi pelik sebab tak ada orang. Ekor mata aku macam dah dapat menangkap sesuatu kat pokok pisang belah kanan jalan yang aku lalu tu. Seorang perempuan berdiri sambil menyeringai gelakk.

Aku pon ambik langkah seribu sebab dah nak sampai kedai! Dah ler balik pon kena lalu situ. Lepas beli barang aku pon menapak nak balikk rumah. Time ni lah setiap laluan aku akan ada pokok bergoyang. Padahal time tu aku tak rasa angin kuat pun! Berlari aku sampai ke depan rumah tercungap-cungap. Dan dan pulak kunci rumah aku terjatuhh. Aduhaiii. Udoh ler banyak kunci aku ni haa. Aku pon lupa kat dalam rumah ada adik aku. Aku terasa macam ‘benda’ tu kat belakang aku je. Makin panas dan meremang aku rasa dan tiba tiba adik aku bukak pintu terus hilang benda tu.

Kisah Benar 4,
Masa aku study Kat Uitm Kedah dulu terlampau banyak sangat cerita sampai aku tak tahu nak cerita yang mana. So aku cerita jela ek. Dulu masa study kalau bab bab menghapa aku suka sangat dudukk kat tangga . Idok ler tau ngape. Kejadian ni di Kolej Mahsuri. Banyak kisah seram dia pasal kolej Mahsuri ni. Tengak syok-syok aku menghafal tiba-tiba ada 1 suara tegur aku “woiiiii!!”. Suara garau seorang lelaki lagaknya. Terkejut tu jangan cakap la! Tapi aku masih sambung menghafal lagi sebab tak nak layan sangat benda2 ni. Belakang aku tak jauh ada tong sampah hitam yang besar tu.

Tidak semena2 tong sampah tu bergegar dan terjatuh . Aku pon menoleh la dekat tong sampah tu dan bermonolog “sape lah yang ganas sangat buang sampah sampai tergolek tong sampah tu” getus hati aku. Alangkah terperanjatnya aku bila entiti tak berkepala duk mengorek sampah dalam tu! Aku macam terkedu sebab terkejut. Apa benda la yang dia korek. Macam ada emas pulak dalam tu. Jadinya aku tengok dia ada lah dalam 2 minit baru aku tersedar apa yang aku lihat ni bukan lah manusia!! YA Allah!! Bilik aku kat atas. Tapi aku berlari turun tangga pulak sebab terkejut punya pasal. Rasa nak luruh jantung ni .

Aku rasa cukup sampai sini je kot cerita aku ni. Takut pulak korang rasa merepek kan! Mungkin merepek bagi korang tapi tidak bagi yang merasainya. Aku ni boleh dikategorikan kadang-kadang berani. Kadang-kadang takut. Tidak setiap masa aku berani sahaja. Itu sahaja. Sekiann…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

  1. Kolej Mahsuri UiTM Kedah..1st time ak merasa cmtu mse dok bergelak ketawa merakam mmbr ak menari2 dlm dorm..time tu ptg..mase tu gune phone biase je yg ad keypad..tahun 2008..dorm ak tgkat 3 dn kolej ak tu bgunan hujungggg skali dn berhadapab tingkap ad hutan..mase duk play video tu,ak dengar skli bunyi sorg lelaki duk gelak sekali mcm dia dlm bilik tu join ktorg bergelak ketawa..mcm mngejek pun ad..ak dgn mmbr ak pun terkejut dn trus delete video tu..lps delete terasa mnyesal sbb klau laa simpan,bleh bg org lain dgr skli..tp alhamdulillah xjd ap2 pun lps tu sbb ak fikir tu teguran jgn galak sgt kt tmpt org..uitm tu pun tmpt jin bertendang bergusti sume..lepas ak blah dr uitm tu,macam2 ak dgr psl hntu muncul kt uitm tu..seb baik ak dah blah..hihi~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.