Hijrah

Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya cerita aku ini diluluskan.

Aku mesra dipanggil D oleh kawan-kawan. Sebelum ini, aku hanyalah budak biasa yang nakal namun setelah terjadi beberapa peristiwa, aku mula mengenal erti HIJRAH. Ini adalah bingkisan hidup aku yang membesar di asrama dari tahun 2009 sehingga kini.

2012. Pukul 6 baru gate asrama dibuka lepas ‘dihalau’ ke kawasan sekolah untuk bersukan. Bukak je gate, macam piranha penghuni asrama serbu shower sebab takut tak sempat makan di dewan makan. Sementara menunggu, aku basuh baju dulu kat sinki dengan 2,3 orang lagi. Time ni dah lengang (nak Maghrib). Kebetulan masa ni Aina dengan bawa baldi lenggang kangkung masuk. Pelik. Kenapa dengan Aina ni? Tak pernah2 Aina ni berkemban depan orang, nak basuh baju dengan tangan, jangan harap. And apa yang lagi pelik, diselitkan sekuntum bunga ditelinga dan dia pakai selipar terbalik. Aku pun apa lagi, mengekek gelak. Masa tu tak fikir apa-apa lagi sebab umum dah tau Aina suka buat perkara pelik-pelik.

Tak lama lepastu, keluar la sorang ni dari shower. Aina pun masuk dengan slumbernya. Dalam hati masa tu panas je rasa, sesuka hati p****g que. Tapi, guess what apa yang jadi lepas die bukak pintu shower tu? Dia termenung, lama kemudian panggil aku. “D, kenapa air keluar dari situ?” sambil tunjuk kepala shower. Aku cuma balas dengan senyuman tapi bila Aina sambung ayat, “biasa mandi kat sungai” senyuman aku m**i. Aku perasan muka kawan-kawan yang lain pun berubah. Kali ni, dia pulak senyum sinis kat aku. Lepastu dia lari ke depan surau yang tak jauh dari toilet tu. Aku dapat rasa mesti ada something wrong. Tiba-tiba, rak kasut besi yang ada depan surau tu dicampak ke kawasan lapang antara blok dengan sebelah tangan . Dia yang keding tu seolah-olah punya superpower, berat kot rak tu. Oh ya, asrama ni ada 2 blok yang menghadap. Aku cepat2 naik, mandi kat tingkat atas, and asrama mula menjadi kecoh. Histeria pun dah berjangkit-jangkit. Prep malam cancel, semua penghuni asrama diarahkan stay kat surau.

Bila dah reda (dalam 11pm), barulah boleh masuk dorm masing-masing. Aina pun dah ok. Aku tak terus masuk dorm aku, tapi aku pergi buat lawatan muhibbah kat dorm Aina. Masa aku sampai bilik dia, semua ahli dorm(18 orang) tengah berkumpul untuk baca Yassin and al-Mulk kat tengah dorm. Aku join sekali. Tapi tak lama lepas pada tu (bacaan Yassin), aku perasan Aina senyum, tiba-tiba Aina gelak panjang sambil renung muka setiap orang. Bila sampai turn Zaf, lagi kuat dia gelak. Kitorang teruskan je bacaan meski dalam keadaan takut. Yang paling takut? Of course aku yang duduk sebelah die ni ha. Tiba-tiba, dengan suara yang halus tapi keras,

“Berhenti” Semua terkejut, and automatik bacaan terhenti.
“Kau, salah baca.” sambil tunjuk tepat pada muka Zaf.
“Kau baca …………., sepatutnya …………”(dibetulkan bacaan yang salah tu). Disambung lagi,
“Huh, manusia, dah jadi macam ni baru kau kenal tuhan? Selama ni kau buat tak endah, jadi macam ni kau baru nak solat, nak mengaji? Kau takut dengan tuhan ke dengan aku? Suruhan tuhan kau tak buat, mengaji pun terpaksa, lepastu harapkan aku pergi? Aku tak takut. Kat luar, kau berdua-duaan, tak tutup aurat, solat tak jaga, mengaji tapi rambut,kaki, tangan terdedah, mana adab kau terhadap Al-Quran?”

Sinis nadanya seolah-olah memerli tetapi aku tidak menolak apa yang disampaikan. Tiada siapa berani bersuara. Semuanya ada betulnya dan membuatkan tersentap hati, limpa dan jantung. Realiti budak asrama (tak semua), mengaji bila disuruh, ditambah pula kepala setakat ditutup dengan tuala dan baju lengan pendek. Nak turun surau kena herdik baru buat dan lain-lain kesalahan. Habis je benda tu bertazkirah, Aina semakin agresif. Zaf diserang dan aku cuba untuk meleraikan dengan budak lain. Tak pasal-pasal aku ditarik dan dicekik. Aku tak mampu berbuat apa-apa. Tercungap-cungap mencari oxygen. Seorang daripada ahli dorm report pada BADAR dan tak lama lepas tu beberapa orang BADAR dan warden muncul depan pintu. Akhirnya pergelutan aku dileraikan dan ditenangkan warden. Alhamdulillah, masih diberikan nyawa. Aina dibawa jumpa ustaz, warden suruh aku balik dorm and lepas pada tu aku tak tau dah apa yang jadi. Aku difahamkan, yang merasuk Aina tu betina (Manis namanya) dan Islam.

Sejak kejadian itu, aku sering teringat apa yang telah dipesan Manis membuatkan aku cuba untuk melabuhkan tudung sedikit demi sedikit. Memakai stokin dan cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Aku mengambil ianya sebagai suatu yang positif. Mungkin semua perkara yang terjadi ini adalah kerana Allah ingin menegur aku supaya kembali kejalan-Nya sebelum lebih jauh tersasar. Namun, biasalah manusia yang imannya senipis kulit bawang, perubahan yang kulakukan tidaklah konsisten sehingga terjadinya episod ‘seram’ selanjutnya.

Aku rasa catatan aku ini sudah terlalu panjang. Biarlah aku berhenti di sini dahulu. Aku harap berdasarkan kisah aku yang tidak seberapa ini, dapat kita sama-sama hayati makna disebalik kejadian yang berlaku. Kerana, mesej yang tersirat lebih membawa erti berbanding cerita yang disampaikan. Sekian, terima kasih.

Yang menaip,
#D

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

D
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 comments

  1. Good story..btul jgak jin tuu ckap..kita nie kena dkatkan diri dgn Allah…apa pown jalan cerita mudah faham…8.5/10…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.