Hiking Gunung Santubong

Salam dan hi to all readers. Nama aku Fafa. Asal semenanjung tapi sekarang saya kerja kat Kuching. Dah lama juga jadi silent reader cuma sekarang baru ada masa sikit nak rajin menulis cerita. Asyik tulis report je bosan kan? Tak gitu.

Ok just straight to the point.

Kisah ni berlaku last year, around Julai. Time tu family pakwe aku (who is now fiancé) datang Kuching untuk bercuti. So aku sebagai makwe solehah memang join la jugak diorang pegi beraya, jalan2 area Waterfront kat Kuching tu. Termasuklah join nak hike Gunung Santubong. Memang aku dari dulu nak naik si Santubong tu. Tapi ramaila hikers yang selalu bagi nasihat untuk pegi at least berdua or in group. Katanya ‘keras’. So bila ayah pakwe aku ni kata nak gi Santubong, memang bengapla kalau aku tak nak kan.

So aku, pakwe aku dengan ayah dia bertolak ke sana Ahad pagi, and started hiking at 9.00 am. Dah lepas beberapa checkpoint tu, kitorang pun rest kejap kat satu checkpoint ni.
Sebabnya, the real hike mula after tu. Kalau yang pernah naik dia taula checkpoint ni sebab dia pun actually viewpoint. Aku pun malas juga nak rehat lama sbb dah kul 12 time tu, so aku suggest terus jelah naik walaupun sbnnrya aku mcm nak golekkan diri je turun bawah. Penat weyh. Huhu

Untuk sampai puncak tu, pendakian tu menyaksikan aku yang setengah nyawa ikan ni kena panjat tangga yang lebih kurang 90 darjah paksi dia. Serious aku tak mampu senyum dah time tu sampai pakwe aku pun naik takut nak tegur.
So sampai kat checkpoint 12 (kalau tak salah), aku minta nak rehat.

Kat checkpoint tu ada satu pokok yang sangat besar. Cantik giler pokok tu and tak tau kenapa, pokok tu macam .. lain macam.

“Pergh , cantik la pokok ni.” Tetiba ayah pakwe aku slamber pegi panjat pokok tu.
Aku ni dahla nak putus nyawa sebab penat.
Tngok dia panjat pokok tu lagi double2 perasaan penat aku.
Aku tak ambik port la tapi, serious aku cakap. Pokok tu memang buat aku seram sejuk.
Mata aku macam melekat kat pokok tu.

“Eh Mi. Jom” Pakwe aku tepuk tangan depan mata aku. Aku tersengih je.
Kitorang pun teruskan perjalanan sampai puncak.

Kitorang mula turun dalam 3.30 ptg. Hari dah mula gelap dan hujan pun mula turun. Aku ni dalam hati rasa nak taubat naik Santubong weyh. So bila kitorang sampai kat checkpoint 12 tu, ayah pakwe aku nak berhenti kejap.
Ha kat situ sbnrnya aku mula perasan dua benda.

1) Aku perati je pokok besar tu. Bulu roma aku ni, naik tegak. Hati aku rasa sejuk macam ais aku dok cerita ni pun aku seram sebenarnya. Aku tau ada benda kat situ cuma aku tak tau apa.
2) Aku mula dengar bunyi macam ada orang berjalan dalam hutan. “Zap…zap…zap…”
Tapi sayup sayup. Jauh giler bunyi dia.

“Jomla turun, hujan lebat ni. Takut terperangkap pulak nanti”. Ayah pakwe aku mulakan langkah.
Aku tersentak sebab kepala aku tengah memikir bunyi tu. Aku abaikan dan teruskan perjalanan.

Kitorang pun berjalan sampaila ke satu tempat ni, dia ada jambatan dan sungai (of course la kan). Sebelum nak sampai jambatan tu….

“Zap, Zap, Zap”… “Zap, Zap, Zap”

Aku cabut earphone aku. Aku tngok sebelah kanan, kiri. Pakwe aku kat depan dengan ayah dia.

“Bunyi sapa pulak yang dok berjalan dalam hutan?” Aku berfikir tapi takpelah. Mungkin imaginasi aku kot.

“Zap, zap, zap, zap”

Aku cabut lagi earphone aku. Makin lama makin kuat bunyi tu. Makin dekat. Aku mula pelik. Jantung aku ni makin lama makin laju dia berdegup.
Tapi sebab penat sangat. Aku fikir jantung aku mungkin berdegup sebab hiking tu.

“Umi, jomla duduk jap kat jambatan ni.” Pakwe aku panggil. So aku pun pegi jelah duduk kat situ. Sambil dok sembang-sembang, aku dengar lagi.

“Zap, zap, zap, zap”

Bunyi tu datang balik. Dan korg faham kan kalau orang bergerak dalam hutan. Badan dia langgar segala macam pokok tu. Bunyi tu indicates that pergerakan tu macam makin laju. Aku mula panik time tu.

“Bi, jap. Diam kejap. Cuba dengar”. Aku kata kat pakwe aku.
‘Abah, abah dengar tak? Bunyi apa tu?” aku tanya juga ayah pakwe aku. Aku serious gelabah ayam belanda time ni. Ayam pun tak gelabah macam aku kot.

…………………….

“Zap, zap, zap, zap, Zap, zap, zap, zap, Zap, zap, zap, zap,”

Bunyi tu makin kuat, dan… makin “pantas”.
dan time tu, aku pun toleh ke depan aku.. depan tu memang ada hutan2 sikit.
Time ni la, jantung aku rasa nak jatuh ke bawah.

Aku nampak pokok kat situ bergerak-gerak. Ada entiti yang sedang berlari dalam hutan tu..
DANNNN
AKU TAK NAMPAK DIA. AKU TAK NAMPAK DIA.
Aku hanya nampak pokok tu bergerak.
Ya Allah. Mata aku, mulut aku, kaki aku semua terkunci.

“Zap, zap, zap, zap, Zap, zap, zap, zap, Zap, zap, zap, zap,”

Pokok-pokok tu bergerak makin “pantas”.
“Usain Bolt ni pandai jadi halimunan ke apa. Fa, kau jgn nak buat lawak”
Aku nampak ayah pakwe aku dengan pakwe aku mula perasan ada benda yang tak kena.

“Dah, dah. Jom. Cepat bangun! ”, kata ayah pakwe aku.

“Zap, zap, zap, zap, Zap, zap, zap, zap, Zap, zap, zap, zap,”

Aku mula nampak pokok tu bergerak macam kena tiup angin kencang dan berhenti tiba-tiba.
Ya Tuhan, dia dah dekat dengan aku. Aku tau.
“Benda” tu DAH DATANG.
DIA DATANG.

“Mi, jom cepat!”. Pakwe aku tarik tangan aku.
Mata aku masih lagi memandang ke arah hutan tu. Air mata aku ni dah macam nak keluar.
Dan diizinkan Allah, aku kuat juga untuk bangun dan terus lari.

Sepanjang-panjang perjalanan memang aku dapat dengar bunyi yang sama di sebelah aku.
Tapi kali ni bunyinya lain. Seolah-olah dia berjalan di sebelah aku. Mengikut rentak kaki aku.

Kaki aku mula longlai. Aku rasa nak pitam sangat time tu.
Pakwe aku tepuk belakang aku supaya aku sentiasa alert dan tak pengsan.
Aku mampu berdoa untuk kuat jer.

Dan Alhamdulillah, kitorang selamat sampai. Time tu aku terus jalan kaki pergi kereta. Kitorang terus balik Kuching. Sorang pun tak bukak mulut pasal kejadian jambatan tu.

……………………………………………………

“Mi, mi kat ne?”
“Ha bi. Ada kat rumah. Baru lepas solat.”
“Mi, malam ni tido dengan family abang. Jangan tido umah”.
“La kenapa pulak? Ni mesti ada kaitan dengan yang kat Santubong. Haa.. cita2”. Aku mula nak gelabah. And aku pun sebenarnya sakit kaki tahap nak tercabut dah. Mau tergolek kalau nak turun tangga rumah tu.

“Dah2. Datang sini ek. Tido dengan mama malam ni”.

Aku pun dengan redhonya drive jelah pegi area Kampung Merdeka, so dah sampai sana tu.. Tetiba mama (mak pakwe aku) kata:

“Mama tak paksa ek pegi.”

Aku macam.. ah sudah. Ni aku malas ni nak cerita mistik-mistik.
“Aik, kenapa dengan Santubong tadi? Ada apa2 ke?” Aku tengok ayah pakwe aku dengan pakwe2 aku sekali dok diam membisu je. Pak cik dia pun ada situ.

“Sebenarnya, jambatan tu ada penunggu dia. Benda tu besar, warna coklat dan berbogel.Dia jantan. Dia mmg akan ‘sapu’ siapa yang duduk kat jambatan tu, tetambah kalau duduk kat tengah-tengah jambatan. Kita kan duduk kat tengah tadi.” pakwe aku mula buka mulut.

Aku anggukkan kepala.

“Kalau kita tak cepat lari tadi, kita dah kena “sapu” dengan dia. Maksudnya, kita akan ‘hilang”.

Aku terkedu kejap. Allahuuu. Aku macam nak pitam dengar pakwe aku cita.

“Lain kali mun maok naik gunung ya, padah ngn kmk lok. Boleh juak mk madah tempat ne yg ktk orng sik boleh sebarang (Lain kali kalau nak naik gunung tu, cakap dengan dia dulu. Boleh juga dia cakap tempat mana yang kitorang tak boleh sembarang) “. kata pak cik pakwe aku.

“Gunung ya nang keras. Org sitok jak tau pantang larang ya. Banyak kes org hilang sia. Iboh dibuat main (Gunung tu memang keras. Orang sini je tau pantang larang tempat tu. Banyak kes orang hilang kat sana. Jangan main-main)”.

Aku angguk jelah kepala. Tu je pun yg mampu aku buat. Lol.

Lepas benda tu jadi, aku tak serik pun nak naik lagi. Sebab memang cantik dan mencabar. Cuma aku tunggu pakwe aku free baru aku nak naik. Yang mana sampai tahun 2019 pun tak pernah aku jejak lagi. Dari pakwe dah jadi tunang. Tah anak 10 baru aku naik pulak kot. Haha

Nasihat aku, hutan dengan gua jangan main2. Tanya la orang tempatan pasal tempat-tempat tu dulu sebelum nak pergi. Aku dulu masuk Fairy Cave, 15 mins lepas tu aku blah.
Pak guard yang jaga gua tu kata kat aku:
“Kmk dah madah. Lain kali embak kawan sekali (Saya dah cakap. Lain kali bawak kawan sekali).”

Makhluk tu memang ada. Dia tunggu kau je.

  • Aifa-
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Fafa

5 thoughts on “Hiking Gunung Santubong”

  1. sy pernah masuk gua ‘fairy cave’ pada tahun 2016 dan berada dlm gua hampir 2 jam dgn gambil gambar sakan dan dduk seketika menikmati keindahan gua, ohh yarr masatu sy tgh pregnant 6bln lebih masih aktif nk mendaki dgn tngga dia basah tp sy mmg mendaki tangga trsebut dgn brhati2 sbb taknk trgelincir dgn kandungan pertama sy dan masatu mulut mmg tak benti sebut Allah..alhamdulillah everything okay lepas balik dari fairy cave, takde gangguan atau mimpi buruk cuma badan letih dan malam tu mmg tidur berdengkur sbb penat sgt brjln..

    Reply
  2. aku pernah hiking gunung santubong ni tahun 2017 dan bermalam di puncak gunung santubong. pergi sehari sebelum hari raya haji. Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku cuma nyamuk2 yg datang mengacau… hehehe… jika kita berniat baik dan tak celupar In sya Allah x ada apa2 yang berlaku….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.