HISTERIA DI DORM TAIPAN

Hai korang. Piza datang lagi nak bercerita. Apa pun nak ucapkan thank you so much kepada admin FS sebab dah menyiarkan kisah aku yang lepas2. Ok, kali ni aku nak bercerita pengalaman aku tinggal di dorm dekat Taipan, Melaka.

Selepas dapat result Spm, aku dapat offer belajar dibeberapa tempat. Masa tu aku tak minat nak sambung belajar dalam masa terdekat, sebab dah syok pegang duit sendiri kerja lepas habis spm. Tapi disebabkan ayah aku ugut suruh sambung belajar, maka aku pilih tempat berlajar di Melaka ni.
Aku tinggal di Johor. Hari pendaftaran pun tiba, mak & ayah hantar aku ke kolej untuk uruskan sesi pendaftaran aku di Melaka. Setel urusan di kolej, pihak pengurusan kolej suruh kami pergi ke lokasi asrama di Taipan.

Sampai di Taipan, lepas daftar dorm di sana, aku diberikan nombor dorm aku. Mak & ayah hantar aku masuk dorm, termasuk ibu bapa orang lain hantar anak2 mereka masuk dorm. Dalam dorm tu ada 10 katil double decker. Thats mean ada 20 orang yang duduk dalam dorm tu, dan 1 bilik air, untuk mandi, kencing, berak, basuh baju semua dalam bilik air tu. Lepas ibu bapa masing2 dah balik uruskan anak masing2. Bermula lah suai kenal aku dengan kawan2 baru aku. Aku dapat sekatil dengan Aishah, tapi aku katil atas. Sebelah aku, katil atas Juliana, katil bawah Piah. Kami berempat ni rapat di dorm dah katil sebelah menyebelah.

Setiap malam aktiviti kami dalam dorm susun baldi masing2 ikut giliran untuk mandi. Baldi tu mewakili kita orang la. Sambil beramah mesra dengan kawan2 baru dalam dorm. Lagi yang rapat dengan aku masa tu, Nurul dan Siti. Aktiviti kami di dorm selama 2 minggu siang kena ragging sampai malam. Ada 1 malam tu, kami para student baru semua kena berlatih nyanyi lagu kolej, sebab keesokannya kena pergi kolej nyanyi kat sana. So malam tu, semua sesi praktis nyanyi lagu kolej lah.

Tengah syok2 aku dengan kawan2 praktis nyanyi, tiba2 si Siti ni boleh pengsan kat sebelah aku, terus tumbang tak sedar. Aku panic. 1stime tengok orang pengsan sebelah aku. Fc, warden smua datang tengok lah. Aku dengan kawan aku Aishah hantar dia masuk dorm. Yang lain masih teruskan praktis nyanyi. Ditemani warden perempuan di dalam dorm, aku dengan Aishah tengok mereka pulihkan Siti untuk bangunkan dia dari pengsan.

Siti pun jaga. Tapi lain benor aku tengok dia. Dia mengerang, mata besar, muka garang marah2 tak tentu pasal. Tak macam diri dia. Warden suruh fc panggil orang untuk datang bantu sebab Siti dah kena rasuk, nak lari keluar dorm. Warden suruh kami pegang dia, jangan bagi dia lari, takut dia lari masuk hutan, nanti susah nak cari. Yang Siti pulak menjerit2 suruh kami lepaskan dia. Dia punya tenaga, makkk aiiiii.. Punyalah kuat, sampai merah2 tangan dia bekas aku pegang.

Beberapa minit lepas tu 3 orang lelaki datang dorm aku, masing2 datang nak pulihkan si Siti ni. Ada yang pandai ilmu ni sikit, suruh benda tu keluar dari badan Siti, ada yang kena tendang pun ada dengan Siti. Disebabkan Siti semakin agresif, tendang, ludah, tenaga lelaki yang 3 orang tu, tak cukup nak pegang Siti, sebab tenaga dia terlalu kuat time meronta2 tu. Sambil mulut dia cakap benda yang kami semua tak faham. Datang lagi 2 lelaki ke dorm aku, Bermakna ada lelaki sekarang. 2 orang pegang tangan, 2 orang pegang kaki. Yang lagi sorang suruh benda dalam badan Siti keluar, dengan letak lada hitam kat ibu jari kaki Siti, meronta2 Siti minta tolong cakap ”saaaakiiittttt….saaaaakkiiiiitttt…” berapa minit lepas tu Siti pengsan.

Lepas Siti dah pengsan, kami biarkan Siti tidur, kawan2 dorm aku yang lain pun masuk ke dorm, sebab diorang dah abis sesi praktis. Semua bertanya kepada aku & Aishah, kenapa dengan Siti? Kami pun bercerita apa yang terjadi tadi. Jam pun dah pukul 11 lebih. Tiba2 Siti bangun dari katil. Kami semua tengok dia. Dia meracau macam kena sampuk lagi, apa lagi, terpaksa member kami panggil warden dan orang datang tolong. Bila sampai orang yang kami panggil, sesi yang sama diorang buat pada Siti. Paksa benda tu keluar dari badan Siti dan gunakan lada hitam, tekan di ibu jari Siti. Meronta2 Siti cakap sakit menangis-nangis dia kena picit lada hitam. Lepas tu Siti pengsan.

Lepas Siti pengsan, warden perempuan buat┬áSiti mengejut bangun. Renjiskan air kat muka dia. Siti sedar, orang yang merawat suruh siti duduk. Tanya siapa nama? Situ pun jawab “Siti”. Perawat tu tanya lagi, boleh mengucap tak? Siti cakap boleh. Siti pun mengucap sampai habis. Siti pun tanya, ada apa terjadi? Kenapa ramai orang sangat orang dalam dorm? Yang merawat tu cakap tiada apa2. Siti cuma ditegur saja. Kemudian ada lagi seorang yang merawat Siti, pakaikan Siti tasbih di leher Siti, sambil suruh Siti berzikir. Siti cakap dia terlampau mengantuk, dia nak tidur. Perawat pun suruh Siti tidur.

Bila Siti dah tidur, perawat tersebut bercakap kepada kami semua. ” Kamu semua malam ni, tidur mengepung Siti, tidur berdekatan dengan dia. Jaga pintu depan dan jaga pintu belakang. Jangan sampai Siti keluar dari dorm ni. Kalau ada apa2 terjadi panggil warden secepat mungkin.”
Malam tu masing2 dah seram. Siapa yang nak tidur sebelah Siti bila masing2 dah tau Siti kena sampuk. Dan aku pun, terpaksala volunteer. Aku tidur di sebelah situ di ikuti yang lain. Dah jadi membulat semua tidur sebelah Siti, masing2 tak tidur atas katil.

Tengah sedap2 tidur dalam pukul 2 lebih pagi macam tu Siti bangun duduk. Aku tersedar, aku kejutkan kawan2 yang lain. Ada juga yang bangun ada yang masih tidur. Kami diam tengok je Siti. Mata dia tajam pandang kiri kanan. Dia angkat tasbih dari leher dia, dia campak baling ke lantai sepenuh hati. Putus tali tasbih tu. Beterabur atas lantai dorm kami. Kemudian Siti bangun nak lari. Aku pun cakap dengan kawan aku yang lain tak boleh jadi ni. Cepat2 aku bagi arahan pegang Siti jangan bagi dia lepas. Aku jaga pintu depan, lagi sorang jaga pintu belakang. Masing2 jaga di luar pintu. Sambil tarik tombol pintu kuat2 takut Siti tarik nak buka dari dalam.

Bila aku berada di luar pintu dorm sambil tarik tombol pintu, terus aku menjerit meminta tolong… “Help….. help…. helppppp….” Baru aku tesedar aku cakap omputeh, aku tampar pipi aku sendiri, orang tengah kalut, aku pulak boleh help.. help.. macm cerita “baywatch”. Maklumlah aku suka tengok cerita baywatch zaman sekolah dulu. Bila ada orang nak lemas, diorang jerit “help…’ jadi aku terikut2. Kuat nau pengaruh filem. Dah tersedar aku salah cakap, cepat aku menjerit cakap ”tolong… tolong… tolong kami. Ada histeria”. Lampu bilik warden terang-benderang ramai dah datang menuju ke dorm aku.

Bila yang menolong semua dah datang ke dorm aku, baru aku lepaskan pintu tu. Mereka semua rawat Siti sampai ke Subuh. Lepas Subuh Siti terus tertidur kepenatan. Dan kami teruskan aktiviti pagi, solat, mandi untuk bersiap2 ke kolej. Dan Siti, start dari hari tu, hampir setiap hari dia di rasuk. Bukan dia saja kena. Ada juga dorm yang lain histeria menjerit2 berlari masuk dalam hutan berkaki ayam pun ada. Mujur dorm kat dorm aku, cuma Siti sorang yang kena. Yang lain2 tiada apa.

Setiap kali Siti dirasuk, kami yang kawan2 ni bawa sapukan dia dengan minyak kelapa bercampur bawang dan bagi dia minum air yassin. Disebabkan Siti tak sembuh, family dia bawa balik kampung berubat selama beberapa hari. Bila balik ke dorm. Keadaan still sama. Siti akan jadi macam tu semula. Sebulan lepas tu aku berpindah ke asrama baru. Dengar khabar dari member2 di dorm lama Siti dah berhenti belajar sebab penyakit kena sampuk tu. Semoga Siti sihat. Rindu dengan dia. Ok terima kasih sudi baca kisah aku ye. Jumpa lagi di cerita akan datang.

Piza
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

    1. Tu piza terspontan cakap macam tu. Tp bila piza sedar piza cakap omputeh masa tu, terus piza lempang mulut piza bagi sedar diri piza yang dah tersalah sebut perkataan nak mintak tolong. Sampai ke hari ini tak kan boleh lupa kejadian tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.