Assalamu’alaikum.
Tiba-tiba rasa nak tulis pasal pengalaman seram pulak. Saja nak share. Cerita ni ada banyak versi mengikut orangnya. Ni versi MJ. Versi kawan-kawan yang terlibat sama masa hari kejadian mungkin lagi ‘gempak’. Kalau ada kawan-kawan MJ yang terlibat baca kisah ni, jangan terlalu pikir sangat sampai bawak ke dalam mimpi, mengenang kisah seram lama kita tu.
Cerita seram ni adalah pengalaman pertama MJ nampak orang yang histeria depan mata. Kalau setakat tok bomoh seru suruh benda dalam badan keluar tu pernah la nampak (tak tahu la betul-betul ada gangguan ke apa orang yang kena buang benda tu). Tapi tak pernah MJ setakut ni.
Kejadian ni terjadi pada tahun 2012, masa ni MJ form 5. Kami telah berangkat ke salah satu resort di negeri Perlis untuk kem kepimpinan. Sekolah kami pun kat negeri tu jugak. Tempat tu memang cantik, dengan tasiknya luas bebenor, memang tempat tu ada tasik yang luas dan ada bukit-bukit sikit even tasik tu cuma tasik buatan tapi seriously cantik, ditambah pulak nampak permandangan matahari terbenam dekat tasik tu.
Okay, ni nak mula cerita. Kami sampai pada petang Jumaat. Sampai je dekat sana cikgu terus suruh berkumpul dekat dewan terbuka, tak pasti la kami pasang khemah dulu atau berkumpul kat dewan dulu, dah lupa. Cikgu bagi taklimat sikit pasal keselamatan, jaga barang berharga apa semua, dan semestinya handphone tak boleh bawak. Yang tu cikgu dah pesan sebelum bertolak lagi, tapi ada je yang bawak, termasuk diri ini.
Then, cikgu tiba-tiba suruh kami dengar betul-betul dan jangan buat benda yang bukan-bukan dan kena ikut arahan yang cikgu bagi. Normal la kan kalau cikgu cakap macam tu. Tapi lepas tu cikgu tambah,
“Tempat ni keras”. Terus kami semua terdiam.
“Ya la, mana tak keras, nampak tu batu-batu penuh dekat belakang”, terus kami semua tergelak. Ingat dia bergurau je.
Then, kami pun bergerak untuk aktiviti seterusnya. Bila ada masa free, kami balik ke khemah. Dan tiba-tiba malam tu la kawan MJ , Cipah (bukan nama sebenar) nak buka cerita seram pasal benda yang jadi dekat sepupu dia masa pergi kem. Tapi dia kata nanti dia cerita, sebab dah nak malam dia tak nak cerita panjang. Malam tu, bila dah habis aktiviti, tibalah masa untuk tidur. Masa tu dah pukul 12 lebih kalau tak silap. Kami masing-masing tidur 4 orang 1 khemah. Tiba-tiba MJ rasa nak pergi tandas pulak. Sebelum masuk khemah dah pergi. Mungkin sebab lama sangat bersembang sebab masing-masih tak boleh tidur.
Masa tu tak ada sorang pun nak teman MJ. Tiba-tiba semua jadi mengantuk. Alah.. Lecehnya time tu. MJ pujuk kawan khemah sebelah pulak. Atas dasar kesian, Ja (bukan nama sebenar) kawan khemah sebelah pun teman MJ pergi tandas. Kalau tandas tu dekat MJ tak kisah sangat. Ni jauh. Tapak perkhemahan tu luas. Tempat lelaki ada di antara surau dengan dewan terbuka, tempat pelajar perempuan jauh sikit dari tempat pelajar lelaki. Tempat kami tu ada macam tanah bertingkat sikit. Tepi surau ada tandas. Kiranya surau terletak di antara tandas dengan tapak perkhemahan pelajar lelaki. Tandas tu pulak betul-betul sebelah bukit. Malam pulak, siapa berani pergi sorang?
Bila nak masuk tandas, MJ tak lupa baca doa (Alhamdulillah ingat nak baca). Si Ja baca ke tidak, MJ tak tahu. Dalam tandas tu pulak, siling dia ada satu lubang terbuka, lebih kurang betul-betul tepat atas kepala MJ, kalau ikut tandas yang MJ masuk tu. Tak lama lepas tu MJ dengar Ja panggil dengan suara yang macam nak jerit. Lepas MJ menyahut, dia suruh cepat. Baru je masuk kot. Selesai urusan dalam tandas, kami terus keluar, masuk khemah dan cuba lelapkan mata.
Esoknya, si Cipah bukak balik cerita seram dia tu. Cerita seram yang dia bagitahu kami tu pulak, katanya ada pokok-pokok besar macam pokok dekat sebelah tapak khemah kami tu, buat MJ rasa tak sedap hati pulak. Kenapa kau pergi bayangkan pokok yang dekat situ? Elok je orang tak takut pun jadi takut. Pagi tu aktiviti macam biasa. Tapi masa kami bergerak ke tandas nak ambik wuduk untuk solat zuhur kot, ada pulak budak terjumpa pad siapa entah, dibuang dekat luar, tepi tandas. Pastu benda tu terkoyak sikit. Kami yang senior-senior ni cuba pujuk adik-adik yang takut, cuba untuk pikir positif. Mungkin ada kera kot cakar. Dah tepi bukit kan? Padahal dalam hati ni bercampur baur antara nak takut ke nak pikir benda positif.
Malam tu malam terakhir, aktiviti last ada campfire sepatutnya, tapi sebab tak cukup bahan, ‘fire’ tak ada. Kami tiap-tiap kumpulan kena buat persembahan nyanyian. Kumpulan kami nombor 10 kalau tak silap. Kami nyanyi lagu Kau Ilhamku. Dengan suara yang entah dah sampai ke laut mana, tak lama lepas tu persembahan kami habis. Tiba masa untuk last group pulak. Dan seperti biasa, MJ nak pergi tandas. Banyak membuang jugak aku ni. Gelabah kot sebab kena nyanyi depan-depan orang ramai. MJ ajak dua orang kawan yang kebetulan nak pergi tandas. Malam tu seriously bintang banyak dekat langit dan sangat cantik.
Masa lalu sebelah tempat perkhemahan lelaki tu, tengah kusyuk tengok bintang-bintang tu, tiba-tiba MJ dengan kawan sorang ni, Zu nampak macam tahi bintang lalu. Terus tangan kami tunjuk ke langit dan mulut kami sebut, “Tahi bintang!” Serentak. Almaklumlah, mana pernah nampak tahi bintang sepanjang kehidupan ini. Pernah nampak yang dalam movie atau cerita luar negara tu? Haa.. Lebih kurang macam tu la. Tapi dia nampak kejap ja, lepas tu terus hilang. Then, kawan MJ yang sorang lagi, Che Ah cakap, “Bukan, tu bukan tahi bintang. Nanti aku cerita, lepas balik dari tandas. Benda ni dah pernah jadi dekat asrama kakak aku”.
Aik? MJ dengan Zu pelik, macam mana dia boleh pasti bukan tahi bintang kalau dia tak nampak? Sebab dia tengah pandang kami, dan benda tu lalu di tempat yang dia tak nampak. Tak sempat keluar dari tandas, dalam tandas pun kami dah start buka cerita. Kata si Che Ah, dulu dekat asrama kakak dia ada orang nampak benda macam tu la, terus tak lama lepas tu ada berpuluh budak kena histeria.
Then kami pun balik ke dewan terbuka. Masa tu cikgu tengah bercakap. Tak ingat dia cakap apa sebelum tu. Yang MJ ingat dia kata,
“Kan cikgu dah kata, mulut jangan celupar. Tadi dah ada orang nampak macam-macam”. MJ pun pelik, siapa nampak apa pulak?
“Sekarang ni, cikgu nak semua orang pergi ambil wuduk lepas tu masuk khemah tidur”.
Kami pun beransur bangun. Bila dah bangun tu, si Zu tadi tu nampak something.
“Dia mula dah! Dia mula dah!” Mula apa? MJ tengok belakang, tak nampak apa pun sebab semua orang tengah bergerak kosongkan dewan, tak pasti ada benda ganjil terjadi. Tiba-tiba lepas tu ada budak perempuan pengsan. Lepas tu banyak budak perempuan berterabur lari sebab takut. Masa tu MJ dengan Zu dah nak nangis, siap peluk-peluk lagi. Tapi Che Ah cakap,
“Jangan nangis nanti dia lagi suka, dia lagi kuat”. Okay, faham. Means bila kita lemah, benda tu akan kuasai badan kita. MJ dengan Zu gagah jugak tahan air mata. Air mata yang ada gaya-gaya nak jatuh tu pun macam masuk balik. Hehehe.. Kami keraskan hati. Semua terus bergerak pergi tandas nak ambil wuduk, budak tadi tu, cikgu-cikgu dengan ustaz-ustaz uruskan. Masa dekat tandas tu, ada sorang junior ni dia tengah menangis-nangis sambil cakap telefon. Mungkin telefon parents dia. Ingat tak ada apa la, setakat dia nak mengadu kat mak dia dalam telefon sebab takut, biasa la tu jadi MJ buat tak tahu je la.
Lepas ambik wuduk, cikgu perempuan datang dekat tandas suruh kami berkumpul balik dekat dewan tadi. MJ minta kebenaran nak balik khemah ambik surah Yaasin. MJ memang kalau pergi camping tak pernah lupa bawa surah Yaasin, sebab MJ takut MJ tak kuat bila benda macam ni nak jadi. At least ada ayat al Quran yang boleh di baca. Lepas tu, terus ke dewan. Kami geng-geng mana yang boleh baca ni, terus buat bulatan baca Yaasin ramai-ramai. MJ la yang jadi ketuanya sebab MJ yang bawak surah Yaasin. Yang lain MJ tak pasti, tak sempat nak perhati keliling dah. Ada la tiga empat kali kami ulang baca Yaasin tu, makin lama makin kuat. Jumlah budak yang pengsan dan lemah pun makin bertambah.
Dalam tengah dok baca Yaasin tu, sempat perhati. Tadi sorang sekarang dah bertambah dua. Yang dua baru kena tu, salah sorangnya budak perempuan yang menangis sambil cakap telefon tu la. Badan dia kecik ja. Tapi menurut budak yang tolong angkat dia tu, masa angkat dia rasa berat sangat. Sepatutnya dengan badan yang kecik macam tu dua orang pun cukup, tapi 4 orang angkat still berat. Lepas tu kawan MJ dari kelas lain pulak kena. Ada 4 orang papah dia.
Masa tu cikgu sempat buat lawak, kononnya nak bagi kami ni tak takut sangat. Budak perempuan yang tolong papah kawan MJ tu chubby tapi kecik la sikit daripada orang yang dipapah tu. Makanya, cikgu pun kata,
“Hang larat no angkat dia? Kalau aku, aku tak larat oo..” Oh cikgu, kami yang tengah serius baca Yaasin terus tergelak. Memang ada betulnya, sebab kawan MJ memang badan besar sikit, tambah pulak kalau dah ada ‘benda’ tumpang bertambah berat la.
Tak lama lepas tu, sorang pak cik yang nak urus ‘hal-hal’ tu datang, sebab ada sorang pelajar perempuan telefon dia orang, bagitahu apa yang jadi. Lepas dia orang berbincang dengan cikgu, kami diarahkan untuk duduk ramai-ramai dekat atas tikar yang cikgu dah sediakan. Kami tengok budak-budak yang kena histeria tu dirawat. Sekarang dah ada 4 ke 5 orang masa tu, tak pasti. Masa tu dah pukul 12 lebih. Nak dekat pukul 1 pagi dah. Masa sesi rawatan tu, budak yang first jatuh pengsan tu memang menjerit-jerit masa ustaz tu buat rawatan. Salah sorang kawan MJ dari kelas lain yang kena tu pun menjerit sama. Lepas tu mula la yang lain yang kena tu pun mejerit jugak. Tak pun menangis. Budak yang simpan pad dalam poket tu pun kena juga. Tapi yang paling teruk, budak first yang pengsan tu, kawan MJ dari kelas lain dengan budak badan kecik tu. 3 orang ni paling awal kena, masa tu memang riuh la dewan tu. Semua perempuan yang kena. Geng-geng budak lelaki rilek je. Duduk kat surau, baca Yaasin jugak kot. Ada jugak yang datang tengok lepas tolong angkat budak-budak perempuan yang histeria tu.
Sepanjang sesi rawatan tu, cikgu suruh kami tidur. Buat tak tahu je. Then kami pun cuba lelapkan mata. Surah Yaasin tu melekat je atas dada, MJ tak berani letak jauh. Sebab MJ terlalu takut kalau MJ pulak yang kena nanti. Tapi MJ buat-buat berani suruh adik junior tidur. MJ tersedar balik dalam pukul 3 lebih. Pak cik yang tolong berubat budak-budak yang kena histeria tu tengah buat ‘pendinding’ dekat sekeliling kami semua dalam dewan tu. Then, MJ tertidur balik. Sedar dalam pukul 5 lebih. Lepas tu terus tak boleh tidur. Cikgu nampak mata MJ celik. Dia tanya kenapa, MJ geleng je. Tak ada apa. Dia ingat MJ ada nampak apa-apa la kot, sebab masa tu MJ macam termenung tengok atas. Tapi tak ada apa-apa pun. Cuma masa tu otak tengah blank. Lepas tu dah masuk Subuh, terus cikgu kejut yang lain untuk pergi solat.
Sepatutnya, kami balik petang Ahad, tapi disebabkan benda macam tu jadi, kami terus berkemas lepas Subuh, dan bertolak balik ke sekolah dalam pukul 8 atau 9 pagi Ahad tu. Ada jugak MJ terdengar salah sorang kawan lelaki MJ dari kelas lain, sempat cakap masa dia ambik gambar dekat pokok yang ada tak jauh dari dewan tu, ada benda warna putih macam ‘encik gula-gula’ masuk sekali dalam gambar. MJ tak tengok gambar tu, malas nak tengok. Ada cikgu cakap, ‘7 beradik’ ada dekat situ. Apa benda? Wallahu a’lam.
Dan bila dah ke sekolah, kira seminggu jugak cerita tu ‘hot’. Ja yang teman MJ pergi tandas tu bagi tahu masa dia teman MJ pergi tandas, dia dengar bunyi daripada lubang dekat siling tu, sebab tu dia panggil MJ suruh cepat. Dan dia kata dia panggil banyak kali tapi MJ tak sahut, sebab tu dia jerit sikit. Eh? Tapi MJ dengar dia panggil sekali je kot. Hm.. Tak pelik ke? Ada kawan cakap, budak yang badan kecik tu nampak benda dekat sebelah budak perempuan lain yang tak boleh solat, dekat dalam tandas. Sebab tu dia nangis. Tapi kami yang lain tak nampak pun. Macam mana budak tu tak nampak, budak yang dia nampak ada benda kat sebelah tu ada pad yang dia dah guna dia simpan dalam poket.
Tu apa yang orang cerita la dan MJ rasa mungkin la benda tu semua jadi sebab kami jugak, selain orang lain yang memang dah nampak ‘benda’ tu then pergi tegur. Yang pelajar-pelajar lelaki pulak pergi menyanyi karaoke masa pagi kejadian tu dekat tandas masa mandi. Agaknya ‘benda tu’ marah sebab kami kacau ‘kawasan dia’. Tapi MJ kira bernasib baik la tak nampak yang muka pelik-pelik atau apa. Cuma kes tahi bintang tu je. Lepas ni kalau nampak, harap tak tegur dah!!
Che Ah ada bagitahu, dia pun sebenarnya ada nampak ‘tahi bintang’ tu daripada arah yang berlainan masa kami jalan nak pergi tandas tu. Means?? Adakah benda tu ada 2? Di sebelah kiri dan kanan?? Dan dia kata dia tak tegur sebab orang cakap kalau benda bercahaya putih terbang tu.. Pen***gal.. Ya Allah, bersyukur sangat tak nampak rupa ke apa, cuma nampak cahaya macam tu. Tapi balik je ke rumah memang nangis la takut punya pasal
Apa-apa pun, sebab tu, bila kita pergi ke suatu tempat yang baru pertama kali kita pergi atau tempat yang dah lama kita tinggal kan, kita kena baca ayatul Kursi di empat penjuru sebagai pendinding. Tapi kes ni, tempatnya luas benor. Tak tahu la. Dan kami pun tak ada buat bacaan doa selamat, mungkin tu salah satu sebabnya mudah ‘benda tu’ nak ganggu.
Sekian cerita yang panjang berjela dari MJ.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mende ko ni? MJ la..peah la..cik ah la..ko letak je nama btl, pastu ko kt nama rekaan…kitorg bkn kisah pun.
Terima kasih
Mulut tu tak puasa ke. Astahgfirullah
Kat mana tempat tu, tasoh lake resort ke, itu yg aku tau kalu kat perlis, aku penh p situ ada kem pandu puteri, tp aku serik la ..memang taubat x p situ, pengalaman aku tdoq dlm keta mlm plak tu, mujuq x npak apa2, seram wei mengadap tasik tu…ish..naya ja…
seram betul baca cerita ni..sbb seram kehilangan arah….sbb macam jenis dengar dari orang..macam bukan upfront…
babi cite tak best.. bugima btol
Bagus betul orang yang komen ni, penuh dengan kata makian, SANGAT BERMANFAST, TERIMA KASIH ATAS MAKIAN TERSEBUT
Bagus betul orang yang komen ni, penuh dengan kata makian, SANGAT BERMANFAAT, TERIMA KASIH ATAS MAKIAN TERSEBUT
Bagus betul orang yang komen ni, penuh dengan kata makian, SANGAT BERMANFAST, TERIMA KASIH ATAS MAKIAN TERSEBUT
Bagus betul orang yang komen ni, penuh dengan kata makian, SANGAT BERMANFAAT, TERIMA KASIH ATAS MAKIAN TERSEBUT
Kalau tak seram sapa suruh kau baca. cerdik btul yg komen dgn bhasanya.
Yang dok kata cerita ni tak seram sebab korang tak hadap apa yang penulis ni hadap, nak bagi kritik pun tak payah lah mencarut bagai aduhai.
“Encik Gula-Gula” yang tak tahan tu. 😂😂