Histeria-padah obses dengan kpop

Histeria – padah obses dengan kpop

Assalamualaikum wbt kepada admin Fiksyen Shasha dan para pembaca. Malam ni tiba-tiba je rajin nak type cerita biasanya buku je jadi mangsa hihi. Untuk pengatahuan admin saya antara peminat Fiksyen Shasha. Siap stalk apa bagai hihi. Follow ig pun ok kan. Harap-harap terpilihlah. Perkara ini berlaku 2 tahun yang lalu dan sekarang teringin nak kongsi untuk para pembaca. Bagi saya tahun itu ialah tahun perit dan ngeri bagi saya. Semoga kalian terhibur

Cerita saya agak panjang tapi insyallah saya akan cuba ringkaskan.
Hai. Nama saya Lisa (nama sebenar) kejadian ini saya sendiri yang alami.

Kejadian ini berlaku 2 tahun yang lalu semasa saya masih tingkatan 2. Waktu ini saya masih tertaksub dengan ‘kpop’. Hihi biasalah budak baru nak ‘up’. Setiap kali balik sekolah awal saya mesti nak balik lewat dengan geng peminat kpop. Lepak dalam kelas dengan gambar-gambar kpop (membawang). Hari seperti biasa cuma suatu hari tu tak silap saya hari isnin atau selasa keadaan jadi pelik sedikit. Kawan saya bernama Liya (nama samaran) ni jadi pendiam. Biasanya dia paling riuh sekali. Bila bertanya kepada dia, dia hanya menjawab dia mahu pulang. Sedangkan masih awal, biasanya kami pulang jam 2:50pm tapi dia ingin pulang pada jam 1;50pm. Kami tidak syak apa-apa dan benarkan dia pulang. Setelah dia berpaling untuk keluar, tiba-tiba tubuh ini rasa seram sejuk. Tetapi saya dan kawan-kawan saya tidak syak atau berfikir panjang dan terus melepak.

Keesokan harinya, pada setiap pagi, kami berkumpul di dewan untuk bacaan Yassin seperti biasa. Cuma saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kawan saya bernama Liya ini. Mukanya kelihatan pucat dan tidak bermaya. Dia hanya bersandar pada bahu kawan saya bernama Alya (nama samaran) . Alya tidak menunjukan apa-apa reaksi selain daripada fokus membaca Yassin. Setelah selesai bacaan Yassin dan bacaan doa dari ustaz, kami diminta untuk masuk ke dalam kelas.

Tibanya di kelas, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada kawan saya (Liya) kerana dia belum masuk ke kelas. Tetapi saya tidak syak apa-apa kerana biasanya dia akan tolong guru untuk menghantar buku kehadiran. Setelah lama menunggu di dalam kelas, saya merasa hairan kerana guru belum datang ke kelas walaupun masa sudah tiba. Tiba-tiba Alya datang kearah saya dengan ketar-ketar dan pucat. Saya terus berlari ke arahnya kerana dia kelihatan sangat lemah dan ingin pengsan. Saya memegang tanganya dan menyuruh dia duduk. Dia memanggil saya dengan lemah. “Lisa.. Lisa.. Liya.. Dia.. ” dengan menunduk kebawah dan ketar-ketar. Saya menanya dia tentang Liya. “Kenapa dengan Liya? ” sambil memegang bahu dia. Dia hanya menjawab “tak ada apa-apa” dan berpaling ke arah lain. Saya merasa hairan dan kembali ke tempat saya di dalam kelas. Kerana tidak berbuat apa-apa saya hanya membuka beg dan menyusun gambar-gambar ‘kpop’.

Tiba- tiba bunyi sesuatu yang dihentak dengan sangat kuat. Saya hanya mengabaikannya kerana saya mengangap itu hanya perkara yang  dilakukan oleh pelajar lelaki yang sedang bergurau… Kerana terlalu kusyuk menyusun gambar-gambar kpop, saya tidak sedar bahawa sudah tiada sesiapa di sisi saya. Tiba-tiba suara teriakan kuat menerjah telinga saya. “Lisa!!! Lisa!!! Lari!!! Lari!!! ” kerana terkejut saya terus memandang ke arah pintu depan kelas. Saya terkejut dan hanya terdiam kerana takut dengan keadaan Alya yang memandang ke arah saya dengan pandangan yang mengerikan dengan senyuman yang pelik. Dia memandang terus kedalam mata saya. Saya terdiam. Tiba tiba tanganku terasa ditarik kuat. Rupa-rupanya Emma (nama samaran) menarik saya untuk membawa saya pergi dari situ. Tiba-tiba Alya menjerit dengan kuat dan memberontak. Dia kelakuan seperti seorang lelaki yang gagah sedangkan dia terkenal dengan lemah lembut. Dia menjerit dengan menyusuli tangisan dan ketawa yang seram. ( fuh tetiba rasa sejuk).

Kemudian datangnya seorang ustaz melaungkan azan dengan kuat. Secara tidak sedar Alya menerkam ke arah ustaz dan memukul ustaz dengan kasar. Kemudian dia merangkak keluar dan membuatkan pelajar yang berkerumunan di sekeliling kelas melarikan diri. Sunyi dari suara pelajar tetapi bising dengan suara ketawa seram Alya. Hanya saya dan beberapa kawan saya tidak melarikan diri kerana ingin membantu guru dan Alya (berlagak berani hihi). Tiba-tiba Alya berdiri dan melarikan diri. Tak pernah dia lari selaju itu. Penat saya dan kawan yang lain mengejar Alya.

Semasa sedang sibuk mengejar Alya, saya berhenti mengejut kerana kepala saya terasa dicucuk kuat. Perasaan marah membara tiba-tiba muncul tanpa sebab. Kemudian saya rebah dan tidak sedarkan diri

Apabila saya sedar. Saya mendapati saya berada di dalam makmal komputer dan berada di sisi kawan saya Lily dan Emma (nama samaran). Lily menanyakan soalan kepada saya.. Dia kelihatan sangat risau. Tapi ketika itu rasa sakit saya hilang serta merta. Saya terus bangun dan berlari ke arah pintu untuk keluar kerana terasa tidak selesa tahap pelik.

Semasa saya sibuk mencari kasut, mata saya terdorong ke arah wakaf yang terletak tidak jauh dari makmal. Saya ternampak sesuatu yang aneh memandang tepat ke arah dimana saya berada. Kemudian saya pengsan. Saya tersedar lagi di dalam makmal komputer. Tapi keadaan saya meracau. Saya sedar tapi tak mampu berbuat apa-apa. Segala binatang dalam dunia ni disebut oleh saya kepada kawan-kawan saya yang sedang memegang kemas pengelangan tangan saya. Tubuh berasa penat tapi entah dari mana tenaga kuat untuk melepaskan diri dari dipegang oleh kawan saya. Hanya Allah yang tahu kesakitanya. Rasa sakit tekak kerana menjerit terlalu kuat, tapi diri ini tidak mampu mengawal. Kemudian saya terasa satu tepukan kuat menyinggah di pipi. Tiba-tiba saya tersedar dari dikawal oleh makhluk durjana itu.

Tetapi kepala kembali terasa di cucuk kuat. Perasaan marah kembali lagi. Tapi saya sedar dan cuba melawan. Entah dari mana kakak saya iaitu Ira (nama samaran) datang mendekati saya dan memegang erat tangan saya. Tetapi perasaan marah semakin menganas! dan kali ini saya betul-betul tidak sedar. Menurut cerita kawan saya, saya diiangkat untuk dibawa ke surau. Seramai 6 orang mengangkat saya. Kerana tubuh saya menjadi semakin berat apabila semakin dekat dari surau. Mereka mengatakan berat saya seperti lelaki dewasa yang gemuk sedangkan berat saya ketika itu 42 kg (time diet hihi).

Sampai di surau, rupanya bukan saya dan Alya sahaja tetapi Liya dan beberapa kakak senior dan adik junior pun terjebak sekali. Satu sekolah riuh. Menurut cerita kawan saya, semasa saya terkena histeria pelbagai reaksi berlaku. Ada yang merangkak, ada yang lompat-lompat, ada yang mengelupur malah yang ingin terbang pun ada. Seram bukan main. Seramai 6 keatas tak silap saya yang pegang saya masa tengah kena histeria. Saya sedar tapi tak tahu nak buat apa. Nak panggil kakak sendiri pun dah tak mampu. Rasa macam badan ini dikawal oleh orang lain dan bukan diri sendiri. Diri rasa penat tapi tubuh ni selalu cuba untuk bangun dan merangkak keluar dari surau. Lada hitam dipicit picit di seluruh tubuh saya. Saya tidak merasa apa-apa cuma diri ini berteriak kepanasan. Perkataan dari mulut ni, tak ada yang baik keluar. Merapu je.

Semasa sedang melawan untuk lari tiba-tiba seorang ustaz yang tidak pernah saya kenal mendekati saya. Dia datang untuk membantu. Kesian kat ustaz tu kena tampar,kena ejek, saya tarik janggut dia. Dalam diri tak pernah terdetik nak sakitkan orang tua. Tapi nak buat macam mana. Ustaz tu tanya pelbagai soalan kepada yang merasuk tubuh saya. Ingatkan syaitan biasa rupanya jin. Patut lah saya yang dirawat paling akhir. Semua pelajar lain dialihkan ke tempat lain untuk menjauhi saya. Saya akan cuba ringkaskan cerita. Kemudian ustaz tu tanya jin yang ada dalam badan ni “berapa ahli yang kau guna untuk rasuk pelajar kat sini” jin itu hanya menjawab gunakan jari. Saya tak pasti berapa kerana kepala saya hanya menunduk melihat lantai. Ustaz itu pun memaki jin yang berada dalam tubuh saya, ustaz itu memberitahu jin bahawa kau tu hodoh, kuku panjang, apalagi jin tu marah lah, maki balik ustaz tu. Kesian ustaz tu huhu. Lepas itu ada satu pelukan kuat memeluk tubuh saya dengan kemas. Diri ini menjerit kepanasan dan tiba tiba saya boleh mengawal balik diri ini. Terima kasih cikgu kerana membantu merawat saya. Rupanya cikgu yang memeluk tubuh yang sudah penat ini. Saya dibawa pulang

Cerita terkena serangan histeria tak terhenti di sekolah. Malah saya terkena serangan histeria di rumah. Memberontak, Marah orang sesuka hati. Sampai adik saya sendiri takut dekati saya. Tapi sekarang dia dah ok.

Sekarang nak cerita cara saya dirawat. Selepas 2 minggu kena serangan kat sekolah. Ibu saya atau panggilan mama ingin membawa saya pulang ke kampung untuk merawat saya cara perubatan islam. Ibu saya tidak beritahu hal itu kepada saya. Tapi seolah-olah saya tahu. Selalunya dengar nak balik kampung, saya yang paling tak sabar. Tetapi jin itu mengawal minda dan percakapan. Saya tak mahu pulang ke kampung. Saya memberontak teruk dan lawan permintaan ibu kesayangan. Tetapi saya dipaksa pulang ke kampung. Sepanjang jin durjana itu di dalam badan, saya langsung tidak menjamah nasi. Selama 2 minggu, hanya hidup dengan air kosong dan biskut. Memang rasa lapar tapi tak ada selera. Sampai nenek pun terkejut tengok saya kurus dan cengkung.

Hari melepaskan jin dalam badan.
Pada awal pagi, saya terasa aneh kerana kenapa ramai sangat orang datang rumah nenek ni. Muka dia orang tak lah seram. Berseri je rupa. Tapi masa tu saya rasa muka dia orang tu macam seram dan pelik. Ibu saya menyuruh saya mendekat seorang lelaki yang dikenali sebagai ustaz. Pada mulanya saya mengeleng dan mula menjauhi ibu saya. Tapi saya dipaksa dan diheret. Disitulah mulanya jin tu nak tunjuk berani. Jin tu kawal kembali tubuh saya yang sudah lemah ini. Ramai sepupu yang ingin membantu memegang saya. Tapi semuanya gagal. Perempuan ke lelaki ke semua luka sebab kena kuku saya. Sedangkan kuku baru je lepas potong. Ustaz tu buat apa saya tak tahu tapi terasa sakit yang amat sangat di bahagian ibu jari kaki dan umbun kepala. Saya kadang-kadang sedar kadang-kadang tak. Tapi perkara yang saya sedar ialah saya cuba untuk lari dari pintu belakang tapi tak berjaya kerana saya dipegang oleh 7 atau 8 lelaki dewasa. Meracau menjerit sekuat hati.

Gedebam!! Bunyi sesuatu jatuh dan terhempap kuat. Sepupu saya turut terkena serangan histeria. Dia turut mengelupur dan menjerit sekuat hati. Semua yang berada di situ terkejut dan cuba untuk membantu. Keadaan semakin teruk. Riuh dibuatnya. Sepupu saya terpaksa di bawa ke tempat lain kerana saya cuba menuju ke arahnya. Kemudian saya tak sedar apa yang berlaku. Sedar- sedar balik saya merasakan sesuatu yang tertarik dari ibu jari kaki. Sakitnya tak terhingga. Suara menjerit seperti nenek tua. Nak muntah pun ada. Sakit ditahan sehingga saya pengsan dan tidak sedarkan diri.

Apabila saya sedar, saya berada di dalam bilik bersendirian. saya cuba gagahkan diri untuk keluar dari bilik. Saya mendapati keadaan seperti tiada apa yang berlaku. Semuanya kemas dan teratur. Tapi semua kelihatan penat dan sedang berehat. Saya berjalan menuju ke arah ibusaya dengan ketar ketar, kerana terlalu lama tahan lapar.

Selepas kejadian itu saya selalu pulang awal dari sekolah. Kerana selalu rasa diperhatikan.

Sebenarnya banyak lagi Situasi yang saya tak cerita. Kalau tak esok tak siap lagi baca. hihi Insyallah saya akan sambung apa berlaku disebaliknya. Saya harap cerita saya di publish… Amin…

Pengajarannya ialah dengar arahan guru dan ibu bapa. Jangan terlalu obses dengan kpop. Minat tu boleh tapi berpada-pada. Benda tu tak suka bising.

#stayathome
#takecare
#FiksyenShasha
#behappy

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

15 thoughts on “Histeria-padah obses dengan kpop”

  1. Dah kenapa tak pasal2 nak salahkan kpop.salah diri sendiri laa tak pandai kawal diri sendiri kat tempat2 org.nk melting ke ape ke buat laa kat dalam rumah ke or tempat yg lebih secure.tak matang betul nak salahkan kpop plk.kpop tak salah cuma perangai budak2 macam ni laaa yg tak reti2.kalau minat artis lain pon kau duk bertepik tempat dia sama je jadi.so tak payahlah nak mention kpop sangat.belajar laaa jadi matang dik kesian kpopers yg lain tak pasal2 lagi teruk kena kecam atas sebab minat kpop.

    Reply
    • Ko tu yg x faham. Dia kata akibat obses ngan kpop. Maknanya x salah kpop pun tp salah dia yg berlebih2an ngan kpop sehingga lalai terhadap Allah SWT dan hukum ugama.

      Reply
  2. Boleh tak beri kesinambungan antara kene histeria dengan terlalu minat kpop tu.. nak tau apa kaitan nya..terima kasih penulis.

    Reply
  3. Hmmm…saya nak Tanya sikit…..kenapa nak libatkan kpop…..kamu Tak kaitkan kes histeria ni dengan kpop…? Apa kaitannya …..kalau berdasarkan cerita kamu ni…macam tiada ikatan pun ngan kpop……

    Reply
    • Ni lg sorang. Berlebih2an terhadap segala hal selain uga tu disukai oleh iblis. Apa lg dgn hiburan cam kpop dgn sealiran dgnnya tu.

      Reply
  4. so plot twist nya adalah,
    hang suka balik lambat sebab nak berjimba ngan kawan ii hang pasai kpop pahtu kena histeria sebab salah hang jugak heboh balik lambat. pahtu hang salahkan kpop ? dik haku rasa hang tak yah kot kaitkan kpop dengan histeria ni. tetapi tukar tajuk tu kepada AKIBAT BALIK LAMBAT tak un AKIBAT KEDEGILAN SENDIRI haktuih

    Reply
  5. Aku as orang Malaysia akan ttp support Bangsa melayu,sbb apa?sbb ,ingat senang ke pahlawan” dulu dulu tu nak pertahankan kn bangsa kita,melayu.korang budak budak zaman now ni slalu sangat nak lebihkan(Korea) takpun orang negara barat tu..kenapa ekk?? Ke korang memang taktau MCM mana susahnya pahlawan kita lawan semua penjajah yg ****..Noob la korang, apapun jgn lupa diri dah..Aku tak kesah korang as peminat setia kpop nak marah,kecam aku sbb ckp aku ni..sbb ak rasa apa yg aku ckp ni betul kn…aku just pertahankan negara bangsa kita..bkn MCM korang Korea kpop bagai👺aku baru form 2 tpi tak lah macam gedik kpop” bagai.. Assalamualaikum..sorry kalau terasa

    Reply
    • Ni bagus. Jangan biarkan minda kita dijajah oleh pengaruh budaya luar.
      Sepatutnya kita lebih utamakan dan ketengahkan budaya sendiri supaya lebih dikenali dan dihormati oleh bangsa asing.

      Reply

Leave a Comment