Homestay Di Kuching

Assalamualaikum semua pembaca fiksyenshasha.Ini merupakan kali pertama aku menulis dalam ruang ni . Selalu aku jadi pembaca je , kalau disiarkan tulisan aku ini , Alhamdulillah , boleh femes sekejap . Haha. Kisah yang ingin aku kongsi kan ini merupakan pengalaman aku sendiri semasa bekerja ‘outstation’ di Kuching , Sarawak selama beberapa hari . Untuk makluman , aku pergi bersama rakan-rakanku yang lain anggaran 9 orang (3 lelaki dan 5 perempuan) dan kami semua masih bujang ketika itu .

Kisahnya bermula pada ketika kami menjejakkan kaki ke rumah itu . Kami tiba di Sarawak anggaran jam 3 petang dan masuk ke rumah lebih kurang jam 4 petang . Rumah ni kawan aku yang carikan dekat dalam ‘google’ . rumah dua tingkat , 3 bilik di bahagian atas , 1 bilik di tingkat bawah (bilik katil double decker) . Rumah ni kami masuk , tak jumpa pun dengan owner , kunci dia pun letak dalam 1 box berkunci .kena letak password baru dapat kunci . Masa mula mula sampai tu kami tiada rasa apa apa lagi, masuk rumah je terus berebut bilik . Maklum lah bawak ramai perempuan , jadi terjerit jerit lah masing masing nak bilik yang cantik . haha, tapi rumah ni selesa je bagi kami , bahagian dapur complete dengan peralatan memasak . senang cerita sangat selesa untuk menginap selama 6 hari 5 malam tapi cukuplah sekali . haha

Okay lepas dah dapat bilik masing masing , bersihkan diri sebab penatkan tunggu flight delay kat airport semua . Anggaran pukul 5 , aku ajak kawan aku dalam 3 orang untuk pergi beli lauk . Disebabkan kami duduk hampir seminggu jadi kami cadang untuk masak je . Kalau makan luar nanti kos lagi , dah lah kami tak sewa kereta , semua harapkan grabcar jelah masa tu . So lepas dah selesai beli makanan , masak segala bagai semua tu . Anggaran jam 9 malam , kawan aku yang 3 orang lelaki ni kena pergi set up booth kami , sebab esok event dah mula . Tinggal lah kami yang perempuan ni berlima dekat rumah . Okay , satu kelebihan yang tuhan bagi dekat aku , aku ni takboleh nampak dengan “jelas” tapi aku akan dapat hint kalau tempat yang aku pergi ni ada sesuatu (kaki aku akan naik bintik bintik merah)

Okay lepas lelaki semua dah keluar pergi tempat event , kami yang perempuan dah bosan taktahu nak buat apa, so kami main satu game ni . Game WEREWOLF , jadinya memang jadi hiruk pikuk rumah tu dengan hilai tawa kami , gelak menjerit semua ada sedar sedar dah jam 12 malam . Dan ingat tak aku cakap dekat tingkat bawah ada satu bilik double decker ? okay bilik tu takda siapa duduk sebab semua duduk dekat atas , jadinya bila dah penat ketawa semua aku ni haus , pergi dapur . Dari ruang tamu nak ke dapur memang kena lintas bilik ni , jadinya masa aku lalu aku nampak lampu bilik ni terbuka . So aku pun tutup lah , padahal siang tadi masa masuk lampu bertutup . haha aku jenis hati kental sikit dalam ramai ramai tu .

So dah lepas minum air , sambung balik main game tadi , masa ni hujan lebat sangat masa tengah malam tu , budak lelaki masih takbalik lagi . Lepas tu aku saja belek kaki aku , aku perasan dah mula naik merah merah , pastu aku cakap pada kawan yang lain “Weh slow down sikit , lewat sangat dah ni , dah lah first night” .

Masa aku sedang leka dok belek kaki aku , aku perasan anak mata aku tangkap yang seolah olah ada orang lelaki dalam dua tiga orang sedang mundar mandir dekat luar seolah olah nak masuk dalam rumah dan pakaian diaorang sama macam baju kawan lelaki aku . Aku tanya Ida (Bukan Nama Sebenar)

“ Eh diaorang dah balik ea” Ida sahut “Belum lagi , barang lambat loading, kenapa weh?” aku cakaplah takda apa apa , kang kalau aku cakap apa aku nampak kang mau marathon semua dalam rumah tu dan masa tu aku dah start senyap sebab dah rasa lain , ida tegur aku “ Kau kenapa senyap ni fy?” Aku hanya mampu balas dengan senyuman . Lebih kurang pukul 2 pagi macam tu aku ajak semua masuk tidur , sebab esok kena keluar rumah awal , masa nak naik ke atas tu , aku perasan yang lampu bilik double decker tu menyala “Eh bukan aku dah tutup ke tadi , husnuxon jelah , adalah tu kawan aku yang bukak”

Malam pertama , Alhamdulillah hanya ringan ringan je , tapi ada sesuatu yang pelik dekat bilik air rumah ni . Setiap bilik air ada satu cengkerang , mungkin perhiasan tapi kenapa cengkerang ? Ida ni gatal mulut , boleh pula dia tegur “Weh apa dalam bilik air ni? Scary lah aku” Aku terus jeling dia , dan pesan pada yang perempuan mana tengah uzur tu uruskan sebaik mungkin , mana yang boleh solat , solat sebelum tidur . Esoknya kami pergi kerja anggaran jam 9 pagi , sebelum keluar rumah , aku pesan nyala kan dua lampu sahaja, satu diruang tamu , satu lagi dekat bahagian luar rumah supaya senang balik malam nanti . Dan kami memang check semua lampur pastikan ditutup kecuali yang aku pesan tadi . Pergi kerja macam biasa dan kami balik ke rumah jam 1pagi .

Semasa kami sampai je rumah hari pertama , dekat perkarangan rumah , banyak sangat bunga kertas ditabur , seolah olah ada pokok bunga kertas yang besar dekat luar rumah . Tapi disebabkan semua penat , masing masing biarkan sahaja bunga tu tanpa menegur . Dan perkara pelik kedua , lampu dekat rumah jangan kata dekat luar rumah menyala tapi satu rumah terang benderang . Semua lampu menyala , termasuk dekat koridor tingkat atas yang kami sendiri takpernah sentuh suis nya. Kami tutup mana yang tak digunakan antaranya lampu bilik bawah . Lepastu aku dengan yang lain masuk kedapur sebab nak masak , masing masing penat jadi taklarat nak pergi kedai makan , masa berulang alik kedapur , kami asyik berteka teki siapa yang buka lampu bilik bawah ni ? Sebab kembali terbuka . Pelik tapi benar , macam biasa aku husnuzon…

Begitulah kami selama ada dirumah ini . Satu lagi kejadian yang dialami kawan aku yang lelaki , aku panggil dia Epul . Balik dari kerja jam 1 pagi , kami semua yang lain semua dah barai teruk , jadi semua taknak makan , nak terus berehat je . Tapi Epul ni lapar , lepas dah bersihkan badan , dia turun ke dapur seorang diri untuk masak mee segera . Sedang dia memasak kat dapur sorang sorang , tetiba dia rasa kelibat wanita berambut panjang berdiri dibelakang dia ,Bila dia menoleh kebelakang dia ternampak kain putih melepasi belakang dia . Terus berlari dia keatas , selisih pula dengan Zum , Zum tanya “Eh kau kenapa Pul? “ Epul terus laju masuk bilik .

Haa pasal bunga yang berselerak dekat luar rumah tu pula , berlanjutan setiap hari tau dan yang peliknya bila bangun pagi nak pergi kerja , sehelai bunga atau daun pun takda . Kami takperasan pun pasal ni ,sebab masih lagi husnuzon angin kot dan mungkin ada pokok bunga kertas besar dekat sini . Sampai lah malam last kami dekat sini , balik kerja malam tu kawan aku Shira ni tegur “Eh mana datang bunga ni ea?” . Sebabkan badan penat , so kami biarkan jelah soalan tu berlalu tanpa jawapan . Dan masih lagi setiap kali balik , rumah akan terang benderang ,sampai ke lampu bilik air semua menyala .

Haa nak tahu apa jadi esoknya ? Pagi dalam pukul 9 macam tu kami dah bersiap siap nak jalan jalan bandaraya Kuching , keluar je dari rumah . Kasut kawan aku yang Shira ni hilang sebelah , bukan sepasang tau . Lepas tu kami semua keluar lah cari keliling rumah , yelah dah lah datang jauh , kasut lak hilang . Aku pun cari sampai dalam tong sampah , masa aku buka tong sampah tu . Aku tetiba terdetik dalam hati “Eh , mana bunga yang banyak banyak malam tadi ea?’

Aku perhatikan sekeliling , takda pun pokok bunga kertas . Pelik , siapa pulak yang sapukan . Haa yang kasut Shira tu , masih takjumpa . Kalau nak kata anjing , rumah pagar tinggi , anjing takboleh lompat . Kalau nak kata pencuri , kenapa ambil sebelah je? Dan kenapa ambil kasut yang RM20 je sedangkan ada antara kami pakai kasut kulit jenama Gucci dan LV original yang harga lebih empat angka . Aku dah mula rasa taksedap hati .

Tapi tetap dengan rancangan , berjalan ke Bandar . Memandangkan flight kami jam 10 malam jadi boleh lah berjalan seharian . Shira terpaksa berkaki ayam sekejap sementara pergi cari selipar untuk dia . Lepas dah penat berjalan , kami ambil grab untuk balik ke rumah sebab nak ambil bag bag untuk terus ke airport . Masa tu dah hampir maghrib .

Sampai je dekat rumah , macam biasa lampu memang menyala tanpa kami buka . Haha mungkin tuan rumah dah set kan kot . Husnuzon . Abang grab berhenti depan rumah dan terus tanya kami “Eh korang duduk sini ke?” aku jawab “Yelah bang , kenapa ?” Dia geleng kepala dan cakap “Haa cepat ambil bag , abang tunggu sini “ . Abang tu turun dari kereta sebab nak tengokkan kami ambil barang , masa kami turun tu ada seekor anjing putih , duduk betul betul depan rumah kami tanpa menyalak atau bergerak , Cuma anak mata yang bergerak memerhatikan kami .

Disebabkan masa semakin suntuk untuk check in , kami tak sempat nak cuci pinggan mangkuk yang kami gunakan dirumah tersebut . Sampah kami tak buang , rumah memang berselerak masa tu . Itu antara kesilapan kami lah masa tu . Bila sampai je dekat airport , masa ni lah semua nya terungkai .

Masa tu flight kami delay hampir 1 jam , yang sepatutnya terbang jam 10 malam terus ditunda jadi jam 11 malam . Semasa menunggu penerbangan kami , Epul tetiba cuit aku dan tunjukkan pergelangan tangan dia . Tangan dia merah , ada kesan gigitan . Aku terus cakap “Eh kau gigit tangan kau sendiri apahal?” haha dia kata “Tak , bukan aku gigit , dari subuh pagi tadi dah sakit “

Kau tahu , tangan dia merah bekas gigitan seolah olah macam kau gigit tangan kau sendiri , dengan kesan gigi semua ada dan yang membuat aku pelik , gigitan tu makin lama makin merah dan Epul kata ia berdenyut denyut . Aku terus tanya macam mana boleh jadi ?

Epul kata malam last kami tidur tu , dia terjaga anggaran jam 3 pagi . Ingatkan dah subuh , bila nak mula lelap balik mata , dia perasan kawan kami nama Emi sedang duduk di bucu katil sampai main telefon dalam gelap . Takbergerak hanya nampak dari samar samar cahaya telefon dibawah muka Emi yang sedang menunduk . Nasib lah Epul ni takgatal mulut pergi tegur , mungkin sebab penat kot .

Aku tanya Emi “Asal lambat sangat kau tidur , main game ke ?”
Emi jawab “ Eh , mana ada aku bangun . Aku balik je terus tidur tak bangun sampai subuh weh”
Argh sudah ….
Siapa pula yang di Epul ni nampak dan masa tu satu persatu perkara pelik kami ceritakan . Berkenaan lampu , bunga , kasut , kelibat . Haha dan yess, rumah itu berpenjaga . Sebab bila balik saja ke Semenanjung , Epul mimpi . Dia didatangi seorang wanita , marah kami kenapa tidak kemas rumah . Sedar je dari mimpi , katil Epul bergegar kuat seolah olah 5 orang sedang goncang katil dia. Dan Epul pergi berubat dengan ustaz sebab kesan gigitan semakin merah dan membengkak .

Jadi semasa berubat tu , ustaz kata ada benda yang mengikut , mereka penjaga rumah , marah sebab kami takkemas rumah sebelum keluar , takbuang sampah . Yang tabur bunga tu pula adalah benda dari luar , sengaja nak mengacau . Nasib baik last day baru dia ambil kasut tu sebab Shira tegur .

Dan kisah ni berlaku tahun lepas 2018 , dah setahun dah pun . Sekarang kami masih bekerja dalam kumpulan , banyak travel sama sama . Kalau nak sewa homestay , memang kami selidik dulu . Takut jadi macam kisah ni , ini belum lagi masuk cerita aku kena badi mayat masa sampai dari Sarawak . Flight lambat , landing pukul 1 pagi . Haaa , nanti lah aku buat entry lain . Terima kasih sebab sudi baca kisah ni walaupun takseram mana .

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Homestay Di Kuching”

  1. Teman yg dok jaga homestay pon cukup berbulu dgn guest perangai mcm ni…dpt umah cantik berkemas…bersih ms check in…tp ms check out…katil dok beralih…atas lantai kotor…sinki penuh ngan pinggan mangkuk x berbasuh…plg sakit hati mn yg dok guna toilet siap tinggalkan cenderamata…ni umah org lah…tlg lah berhemah sikit…homestay bkn mcm hotel…kt umah korang pon pengotor ker,….kalo teman boleh htr hantu…dh lama teman suruh hantu tu pi kokak korang semua…

    Reply

Leave a Comment