Assalamualaikum. Aku orang baru dalam dunia penulisan ni. Aku tertarik untuk berkongsi pengalaman aku berkaitan kejadian mistik yang pernah aku sendiri alami.
Kisah ni sudah 9 tahun berlalu. Tapi aku masih boleh ingat kejadian tu dengan jelas. Aku mendapat tawaran melanjutkan pengajian tinggi di sebuah universiti di Melaka. Ini kali kedua aku melanjutkan pelajaran yang jauh dari negeri kelahiran aku. Maklumlah anak tunggal dalam keluarga. So, perasaan agak bercampur baur antara seronok, sedih dan excited. Sedih sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga dan kena belajar survive seorang diri dekat tempat orang.
Minggu orientasi adalah minggu yang paling boring bagi aku. Nak melalui seminggu tu rasa tersangatlah panjang waktunya. Aku rapat dengan seorang student perempuan ni. Aku panggil dia Hanis. Kira macam dah jadi geng la dengan dia. Sepanjang minggu orientasi memang aku dengan dia je walaupun kita orang bilik lain-lain. Oh lupa nak bagi tahu, first semester ni wajib kena duduk hostel. Satu bilik total 4 orang. Bilik aku ada seorang je baru masuk, lagi dua orang tu after registration balik rumah sebab ada emergency katanya. Aku tak tanya banyaklah sebab masalah orang kan kita nak menyibuk buat apa. Bilik aku tingkat 4 which is yang paling atas dan yang paling hujung koridor. Sementara kawan aku Hanis tadi duduk tingkat 2.
Sunyi dan seram. Dua ayat tu sentiasa berlegar- legar dalam kepala aku bila dapat bilik hujung-hujung ni. Bilik pun dah sunyi sebab tinggal dua orang je. Roommate aku seorang ni aku panggil Asiah, dia agak pendiam. Mungkin awal- awal baru kenal kan, tak kan lah dah nak terkinja- kinja kan. Satu hari tu, hari last minggu orientasi. Aku rasa penat sangat. Dalam kepala dah aim naik je bilik nak tidur terus. Jam pun dah pukul 6 petang. Aku naik tangga selisih dengan Asiah. Dia nak pergi cafe hostel nak beli makanan. “Awak ada nak kirim apa-apa ke? ” Asiah tanya. Aku geleng je kepala sambil senyum. Then, dia pun jalan je terus pergi cafe. Aku nak terus lah naik tangga tapi tiba-tiba baru perasan dan terpikir, Asiah tu dia pakai tudung. Tapi ni tadi elok pulak aku tengok dia ikat tocang kuda rambut tu tak ada pakai tudung langsung. Pelik. Tapi dah badan pun penat malas lah aku pun nak pikir bukan-bukan. Lantaklah.
Sampai bilik tukar baju semua, then aku perasan Asiah tengah baring sambil main phone dia dengan headphone dekat telinganya. ” Eh, bukan awak turun cafe ke tadi? Cepatnya naik bilik” aku tanya Asiah. ” Saya baru bangun tidur ni awak. Group saya habis aktiviti awal. So, habis je saya terus naik bilik tidur”- Asiah jawab. Aku punya reaksi masa tu tak tau lah nak rasa apa. Pelik campur tertanya-tanya perasaan aku masa tu. Dalam hati aku ‘siapa yang aku selisih dekat tangga tadi eh. Siap tegur aku plak tu’. Bermula dari saat tu lah aku selalu terserempak ‘benda-benda’ dan situasi pelik macam tu. Memang aku ni boleh ‘nampak’ benda- benda macam tu. Tapi aku pilih untuk ignore je.
First week class start macam biasa. Roommate aku yang lagi dua orang tu pun dah balik semula ke hostel. Kebanyakkan class aku minggu pertama habis awal. Habis class jalan kaki naik ke cafe hostel nak bungkus makanan untuk makan di bilik je. Naik hostel singgah sekejap bilik Hanis, dia ajak makan sekali dengan dia. Aku pun ON je. Aku balik bilik dulu mandi, solat semua then baru datang pulak bilik dia. Dalam pukul 5 petang lebih juga la aku balik bilik aku. Aku sampai je bilik aku, MasyaAllah bersepah teruk sungguh macam baru lepas kena pecah masuk. Aku pun gelabah lah tengok-tengok ada barang hilang ke apa sebab aku yakin sangat masa sebelum aku pergi bilik Hanis tadi aku dah kunci pintu. Roommate aku yang lain semua tengah class lagi. Mustahil orang luar boleh masuk hostel perempuan yang dikawal ketat.
Aku keluar ke bilik sebelah tanya dia orang mungkin ada nampak siapa-siapa yg mencurigakan, dia cakap tak ada pun. Aku masuk semula ke bilik aku nak check barang-barang roommate aku mungkin ada yang hilang. Eh, tiba-tiba bilik yang macam tongkang pecah tadi elok je kemas rapi macam yang aku tinggal sebelum ke bilik Hanis tadi. Dalam hati ni dah berbakul-bakul hamun dah geram dengan ‘benda’ apa yang nak main-mainkan aku. Tapi dalam hati je lah.
Weekend tu Asiah and lagi seorang roommate aku panggil Tiqa, dia orang balik. Tinggal lah aku dengan lagi seorang roommate aku panggil Zimah. Zimah keluar dengan kawan-kawan dia pergi bandar mungkin. Tinggal lah aku seorang sampai malam. Since aku seorang je kat bilik, so aku agak berjaga-jaga lah. Setiap malam bilik aku ni tersangatlah panas. So, tingkap bilik tak pernah lah tutup tak kira malam ke siang. Jam baru pukul 9 macam tu, nak tidur awal lagi. Aku tengok lah movie kat laptop sambil makan maggi cup. Saja aku tak nak duduk atas kerusi. Aku makan atas lantai, sambil menghadap laptop yang aku letak atas katil. Kedudukan aku ni bertentangan dengan tingkap bilik. Seronok layan movie smpai tak sedar dah pukul 11. Tiba-tiba hujung kaki aku yang aku duduk berlunjur ni kena kuis-kuis manja. Aku tak bagi reaksi apa-apa. Aku buat tak tau je. Tapi dalam hati ni dah macam gendang tarian cina dah aku rasa.
Lebih kurang 10 minit selepas tu, aku bangun nak letak cup maggi tu dekat meja belajar. Baru dua langkah, pintu bilik aku kena ketuk macam orang mengamuk then selang-seli pulak dengan ketukkan 3 kali yang slow. Terduduk juga la aku. Jatuh habis cup maggi tadi. Kejadian tu berlangsung lebih kurang 5 minit juga. Tapi aku rasa lama sangat. Aku dalam hati ni ya Allah, mana Zimah ni tak balik-balik lagi. Mustahil yang ketuk tu Zimah sebab dia ada kunci bilik. Kebetulan laptop aku still ON, aku buka bacaan Yassin dekat youtube kuat-kuat. Then aku sambungkan dengan speaker Asiah. Alhamdulillah ‘benda’ tu hilang.
Aku tertidur dalam keadaan lampu tak padam. Menggigil kaki tangan tu still ada, tapi tak seteruk tadi. Zimah balik aku dah tertidur. Dia bawak balik kawan dia sorang nak tumpang tidur. Aku terjaga masa dia orang sampai tu. Aku tengok kawan Zimah tu mata dia meliar je tengok bilik kita orang. Aku ambik kesempatan tu pergi toilet buang air yang aku tahan dari sebelum tidur tadi. Cepat-cepat aku masuk bilik nak baring semula. Zimah dan kawan dia masih bersembang. Masa aku nak baring tu, mata aku terpandang satu tompokkan d***h yang agak besar tepi betul-betul bantal kepala aku. And tompokkan tu masih basah macam orang baru tumpahkan air. Zimah nampak muka aku berubah terus dia tanya kenapa. Aku tak cakap banyak terus sambung tidur je.
Pagi esok tu aku bangun d***h tu dah hilang. Aku selak cadar tilam pun tak ada melekat apa-apa dekat tilam. Zimah dan kawan dia masih tidur. Aku siap-siap mandi semua nak turun cafe beli makanan. Dah beli makanan, naik bilik tengok Zimah and kawan dia dah bangun tengah berborak. Zimah kenalkan kawan dia nama Yanne. Zimah terus cakap kat aku yang semalam masa dia orang sampai bilik Yanne nampak ‘benda’ tu dekat tingkap bilik. ‘Benda’ tu nak masuk tapi aku pasang Yassin sekuat alam pulak, so dia terhalang.
One thing pasal Yanne ni, dia boleh nampak and sense ‘benda’ tu sejelas-jelas yang boleh. Aku dengar Zimah bagitau macam tu memang berderau d***h aku. Nak berdiri pun rasa dah tak ada lutut. Lepas kejadian tu, aku jarang duduk sorang-sorang dekat bilik. Kadang-kadang aku lepak bilik Hanis. Kalau terpaksa stay sorang, memang sekuat alam aku pasang ruqyah atau surah Yassin.
Aku sengaja tak bagi tahu Zimah tentang kejadian tu sebab tak nak takutkan dia. Esok, lebih kurang pukul 1 tengah hari aku turun bawah blok untuk cuci baju dengan washing machine. Malas aku nak cuci guna tangan since dah seminggu aku kumpul baju-baju untuk basuh guna washing machine. Jimat lah sikit kan. Then, aku nak terus pergi cafe untuk bungkus makanan.
Sebelum turun, Zimah minta tolong bungkuskan sekali makanan untuk dia plus air mineral. Dah beli semua. Aku nak naik tu, aku berhenti sekejap sebab termengah-mengah aku bawa banyak barang. Sambil duduk tu kat anak tangga, aku dengar suara seolah-olah orang sedang mendengus marah. Aku ignore je, aku fikir budak bilik bawah tu bergaduh mungkin.
Then, sekilas mata aku berhenti dekat tingkap bilik stor. Betul-betul sebelah laluan nak naik tangga. Ada sepasang mata yang sangat tajam tengah pandang aku dari celah tingkap yang terbuka sikit sebab dah berkarat. Kelopak matanya berbulu hitam tebal dan mata warna putih dengan anak mata tu kecil je. Tak ada mata hitam langsung. “Allahuakbar!”-Aku jerit. Aku rangkul semua barang-barang yang berat tadi laju aku melangkah naik anak tangga ke bilik. Tak pandang belakang.
Sampai bilik Zimah tanya kenapa macam baru lepas marathon 100 meter je. Aku senyum sumbing sambil termengah-mengah kumpul nafas. Dalam hati, siang-siang pun kena ganggu. “Korang punya hostel ni laluan angin dan bersebelahan dengan bukit. So, memang laluan and tempat ‘dia’. Apa-apa pun jangan stay sorang-sorang. Kena berhati-hati selalu”- Yanne pesan dekat Zimah sebelum dia gerak balik pagi tadi. Aku dalam hati, “hai la, kenapa aku yang selalu kena? Orang lain tak ada ke? “. Aku tahu aku boleh nampak ‘benda-benda’ macam ni. Tapi aku tak minta and sebelum ni kalau aku nampak atau kena ganggu pun, tak sekerap ni.
Abah aku pernah pesan, kalau nak tau ‘benda’ tu ada ke tak berdekatan kita, firasat kita automatik akan rasa lain dan keadaan akan menjadi awkward. Dan situasi macam tu selalu terjadi dekat aku masa aku stay hostel. Aku diganggu mungkin sebab aku boleh nampak ‘dia’ walaupun aku dah try ignore. ‘Benda’ tu dia pun makhluk Tuhan, dan ‘dia’ boleh tahu sekiranya kita nampak dia walaupun kita tak bagi reaksi apa-apa.
Selepas habis first semester, next semester aku dah sewa rumah di luar hostel. Tak sanggup aku nah hadap kena kacau sampai tiga ke empat hari sekali. Itulah serba sikit yang aku masih ingat tentang kejadian kena ganggu di hostel. Yang sikit-sikit, yang lain kena ganggu tak seteruk ni. Terima kasih sudi baca.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit