Hostel Berhantu

Assalamualaikum. Dan salam Ramadhan. Terima kasih kepada admin FS jika cerita aku ini disiarkan. Maaf jika tak seram. Cuma mahu berkongsi pengalaman.

Nama aku Emy. Aku bekas pelajar di salah sebuah Universiti( terpaksa dirahsiakan) yang terletak di daerah Selangor. Cerita yang aku nak sampaikan ni pengalaman aku semasa aku menetap di hostel di universiti tersebut. So, ajumss la kita bercerita.

Sebelum tu aku nak explain dulu hostel aku tu macam mana. Hostel aku ni macam rumah apartment tapi 4 tingkat. Aku duduk tingkat berapa nanti aku cerita. Satu rumah tu boleh 6 orang. Sebab satu bilik dua orang satu katil. Hostel aku ni macam rumah biasa. Selesa dan cukup kelengkapan. Wifi pun ade. Okay sampai situ jela penerangan aku tentang hostel. Sekarang aku cerita pengalaman aku di hostel.

Aku baru sahaja 2 minggu masuk ke universiti tersebut. Aku duduk di tingkat dan pintu tiga. Oleh kerana sabtu ahad aku selalu balik, jadi aku tak terbiasa sangat dengan hostel tu . Pada satu hari tu , hari Jumaat aku balik rumah aku di Semenyih dan pada Ahad aku balik semula ke hostel aku . Aku sampai dalam kira2 nak Maghrib jugak la. Dan masa aku masuk rumah aku dah rase tak sedap hati . Hosmet aku pulak ade time tu . Just aku tak rapat sangat mase tu . Baru lagi kan….

And disebabkan itu jugak dorang pun kerap balik. Masa dorang nak balik aku dah terasa lain macam. Tetiba aku terdengar satu bunyi yang kuat. Mcm orang mesin rumput pn ade. Tapi takde pun orang potong rumput. Bunyi angin kuat menderu pun ade. Tapi takde angin pun. Oh ye lupa nak cakap belakang hostel aku tu hutan . So macam2 la boleh nampak. Aku pun terus berlari kat hosmet aku tu even tak rapat pun. Aku tanya hosmet aku ” akak dengar tak bunyi tu ” akak tu jawab dengar dan dia menenangkan aku dengan berkata ” takde ape la tu ” . Aku pun buat2 okay jela. Okay ni dah start part seram . Menjelang maghrib aku ketika tu aku sorang2 di hostel sebab smua hosmet aku takde.

Untuk hilangkan rasa seram tu, tiba azan Maghrib dilaungkan , aku pun terus ambil wudhuk . Bilik air aku tu sebelah bilik hosmet aku yang balik tu. Dan bilik dia pula berhadapan dengan dapur. Masa aku amik wudhuk aku tak tutup pintu bilik air dan dah terasa seram sejuk di belakang aku.

Setiba aku terpandang belakang , dengan sepintas aku nampak seorang perempuan rambut panjang muka pucat baju putih lalu dari pintu bilik hosmet untuk ke dapur. Dengan jalannya kaki tak cecah tanah. Ibarat jalan mengikut deruan angin. Padahal pintu hosmet aku takde org dan berkunci. ( meremang bulu roma aku cerita part ini.

Perghh. Aku pun rasa apaa lagi cepat2 amik wudhuk dan selasai amik aku terus masuk bilik aku dan kunci .

Semasa aku nak mendirikan solat, aku terasa nak nangis pun ade, nak menjerit pun ade. Bukan aku takut, tapi aku rasa mcm tu bukan aku. Aku tahankan je semua perasaan sampai aku rasa nak ngamuk.

Setelah rakaat terakhir aku rasa badan aku berat semasa tahiyat akhir. Tersangat lah berat sampai aku nangis dan menjerit time tu. Tapi sayang takde orang kat umah. Aku amik keputusan untuk bace ayat Qursi.

Tapi lidah aku kelu. Makin aku desak untk bace makin aku rasa nak nangis sekuat kuat nya. Aku cuba bace dalam hati. Tapi tak sampai habis satu ayat aku bace aku mengerang dan nangis sebab aku rasa badan aku panas dan terlalu sakit dan ketika itu badan aku bongkok. Aku cuba bertahan. ( aku tak ingat apa yang jadi seterusnya pada aku ketika itu .)

Sampai lah tetiba aku tersedar aku berada atas katil dalam keadaan bertelekung dan ketika itu pulak aku lihat ade hosmet aku yang baru masuk. Dia tanya aku ” okay tak ?” Aku tak jawab soalan dia tapi aku tanya ” apa jadi kak ?” dia menjawab aku kena rasuk .

Then aku pun diamkan jela. Dan hosmet aku minta diri untuk keluar dari bilik aku.
Sampai situ jela cerita yang aku nak sampaikan . Banyak lagi sebernanya pengalaman aku. Tapi penat lorh nak type. Ada masa aku cerita. Maaf jika tak seram. Terima kasih pada yang membaca.

Wassalam.

.

Emmya
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 comments

    1. Assalamualaikum..hai emy..saye kamarul dri mistik gohst hunter paranormal…bolh x sye tau loksi emy ambik gmbr ni kt mne..sye dgr cite agk serm juge la..skng ni sye tegh crik lokasi..klau bolh sye nk tau cite selnjung nye dri emy..sye tingal kan nombr fon sye..emy bolh la contct sye..0123616044..

      1. Pergilah dkat kolrj vokasional teluk intan hampir setiap pelosok tmpt tu berhantu sbb saya ex student situ n byk pengalaman dh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.