#HudnaNabilla – ASRAMA

Assalamualaikum, salam sejahtera wahai para admin dan pembaca-pembaca budiman sekalian.

Siapa sini pernah duk asrama masa zaman sekolah??

Mesti banyak pengalaman pahit manis tawar masin masam payau semua kan? Dan aku yakin, sedikit sebanyak mesti korang pernah alami pengalaman menyeramkan di asrama. Atau mungkin pernah dengar senior-senior bercerita.

Meh aku nak kongsikan sikit pengalaman aku selama setahun duduk asrama. Setahun ja. Huhu. Aku start masuk asrama pun masa aku tingkatan 6 atas. Sebab tu setahun sahaja.

Asrama aku terletak di pedalaman kampung (tapi sekarang alhamdulillah sudah bertambah maju)

Asrama ni mempunyai dua blok yang mana setiap blok mempunyai 4 tingkat. Blok A penghuninya penuh sehingga ke tingkat 4.
Blok B kosong di tingkat 1, tingkat 2 hanya 1 bilik dibuka untuk 4 orang (orang-orang yang berjawatan besar dalam asrama). Tingkat 3 penuh dan tingkat 4 kosong.

Aku ditempatkan di tingkat 3 bilik paaaaaaaaling hujung sebelah tangga bersama 2 orang sahabat dari kelas aku iaitu Yana dan Ita. Katil dalam dorm kitorang ada 6 jadinya 3 katil masih kosong dan menjadi tempat persinggahan junior-junior yang nak menumpang tidur.

Ada satu minggu tu Ita cuti sebab tak sihat. Jadinya kami hanya tinggal berdua di dalam bilik. Selalunya waktu maghrib kami akan solat berjemaah di surau. Tangga sebelah bilik kami adalah tangga yang paling dekat dengan surau tetapi dikunci kerana tangga tersebut merupakan tangga paling hujung jadi warden tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan tangga tersebut.

Jadi kami akan menggunakan tangga depan dan u-turn untuk ke surau.

Sampai di surau ada seorang junior yang merangkap Ketua Aspuri menegur kami.

“Berdua je ke? Mana Kak Ita?” Tanya Alya.

“Kak Ita kan cuti. Hang ni mengigau ka?” Marah Yana kepada Alya. Marah-marah manja ja tuh. Hehe.

“Apa pulak aih..orang nampak la Kak Ita tadi turun tangga belakang sorang-sorang..tapi orang tak tegur la sebab tengok muka dia masam ja..ingatkan bergaduh dengan akak berdua..” Bebel Alya panjang lebar.

“Hang jangan dok buat cerita Alya..makan penampar kot jap gi..Kak Ita mana ada kat asrama..dah seminggu dia demam campak..hang tak percaya p tanya Warden Cik Mah, kak yang p hantar salinan MC Kak Ita kat dia..” aku yang sedari tadi menjadi pendengar pula bersuara..

“Laa yeke? Habis yang orang nampak tadi tu sapa?” Tanya Alya dengan senyum sinis. Biasalah otai lama kat asrama tu, jadi diperbodohkan oleh makhluk di alam sana adalah menjadi kebiasaannya. Haha.

“Member hang kot..haha..lagipun pagar kat tangga belakang kan kunci..sapa lagi yang boleh lalu kot situ kalau bukan geng-geng depa..dia pun nak sembahyang jugak..biaq lah kat dia..” jawab Yana sambik tersengih-sengih. Aku turut tertawa kecil. Perkara seperti itu sudah biasa. Makhluk di asrama tersebut memang suka menyerupai kawan-kawan kitorang. Nasib badanlah siapa yang terkena tuh.

.
.
.

Kalau admin dan pembaca nak tahu, di tingkat dua yang aku bagitahu tadi hanya ada satu bilik untuk ketua-ketua asrama, sebenarnya terdapat lagi satu bilik besar seperti rumah apartment yang dulunya diduduki oleh seorang cikgu perempuan bersama suami dia. Aku namakan dia Cikgu Zaleha je lah (bukan nama sebenar) dan suami dia Encik Ibrahim.
Encik Ibrahim ni kerja atas kapal. Jurutera kapal kalau tak silap aku. Selalu berlayar 3,4 bulan baru balik.

Kebetulan suatu masa tu dibulan ramadhan, suami Cikgu Zaleha masih berlayar dan akan berlabuh 3 hari sebelum raya. Cikgu kitorang masatu tengah sarat mengandung.

Seminggu sebelum raya semua penghuni asrama dah pulang ke rumah masing-masing sebab cuti penggal jatuh pada penghujung ramadhan dan awal syawal. Memang raya sakan lah kitorang masa tu. Hehe.

Bila buka sekolah pada minggu kedua syawal, para penghuni asrama masa tu pelik kenapa bilik yang Cikgu Zaleha duduk telah dipalang pintu dan tingkapnya dengan kayu.

Kak Wani, senior aku masa tu kepochi sikit. Dia pergi la bersoalsiasat dengak pak guard asrama.

Rupa-rupanya cerita pak guard tersebut, sehari sebelum suaminya berlabuh, Cikgu Zaleha terjatuh di dapur. Cikgu Zaleha keguguran dan pengsan sebab kehilangan banyak darah. Dia dijumpai pun selepas pak guard dan suaminya memecah masuk pintu.

Menurut pak guard, keadaan baby masa tu dh pucat lesi dan keras kejung manakala Cikgu Zaleha pula pengsan tapi tak ada setitis darah pun di atas lantai dapur. Misteri tak??

Cerita selepas itu aku pun tak pasti sangat tapi sejak buka sekolah selepas raya tu, Cikgu Zaleha dah tak datang mengajar. Dengar-dengar cerita Cikgu Zaleha dah berhenti kerja dan balik ke kampungnya di Baling. Wallahualam.

Sampai sekarang bilik tersebut masih berpalang pada pintu dan tingkapnya. Kalau bernasib baik, korang akan disapa dengan ‘salam perkenalan’ bila lalu depan bilik tu. Haha.

Aku pun pernah kena. Masa tu aku dengan Yana dan Ita baru seminggu duk asrama. Jadinya kitorang sajalah nak round satu asrama selepas habis prep dalam jam 10.30 atau jam 11 malam dah tak ingat dah. Kitorang bertiga pergi bilik ketua-ketua asrama. Masa pergi tu tak ada apa-apa yang berlaku. Masa kat bilik dorang, Alya lah yang cerita tentang bilik Cikgu Zaleha yang berpalang tuh. Kitorang apa lagi, cuaklah woi..!

Nak naik bilik ikut tangga belakang, lagi lah seram sebab gelap nak mati tangga tu. Warden sengaja tanggal semua lampu kat tangga tu sebab nak elakkan kitorang kat blok B ni dari menggunakan tangga tersebut. Pernah junior cerita dia seludup handphone ke asrama dan masa tengah malam dia bergayut dengan pakwe dia kat tangga belakang tingkat 4 yang gelap tu sambil menikmati permandangan cahaya lampu dari Komtar (walaupun duduk pedalaman tapi dari tingkat 4 dah boleh nampak puncak Komtar..hehe). Tengah-tengah OTP tu, boleh plak dia nampak kakak cantik baik punya melayang-layang kat sudut hujung tangga. Sejak dari peristiwa tu memang dah tak de siapa pun berani melepak kat situ.

So nak tak nak kitorang bertiga pun lalu juga la depan bilik Cikgu Zaleha. Masa tu kitorang jalan seiring bertiga sambil pegang tangan memasing dan baca ayat kursi kuat-kuat dan berulang-ulang sampailah kitorang tiba kat dorm kitorang.

Masa lalu depan bilik tu, boleh plak dengar suara kanak-kanak merengek dan suara seorang wanita sedang mendodoikan anak dengan lagu klasik. Seram weh. Kitorang rasa macam dah laju dah berjalan tapi tak tahulah kenapa lambat sangat nak melepasi bilik tu. Masalahnya memang bilik cikgu Zaleha panjang pun. Kan aku bagitahu tadi bilik Cikgu Zaleha mcm apartment. 3 dorm dipecahkan menjadi satu. Jadinya ada 2 bilik, 1 bilik air, 1 tandas, ada ruang tamu, ada ruang dapur.

Aku masa tu kat tengah diapit Yana dengan Ita.
Yang dengar suara kanak-kanak dan wanita tu cuma aku dan Yana. Ita pula cerita dia nampak tingkap nako bilik Cikgu Zaleha tertanggal 1 cermin (padahal tingkap tu tertutup semuanya) dan ada mata bulat besar yang memerhati kitorang dari tingkap tersebut. Lepas tu dia dengar ada tapak kaki ramai-ramai kat belakang kitorang. Huhu patutlah beria-ria ja dia tarik kitorang suruh laju dan bersungguh-sungguh betul dia baca ayat kursi tu. Sabo jer la weh.

.
.
.

Waktu dekat-dekat nak exam STPM, makin kerap gangguan yang berlaku kepada setiap penghuni asrama. Ada yang ternampak kelibat la. Ada yang kena sergah la. Ada yang masa tidur kena tarik selimut. Ada yang tengah basuh baju tiba-tiba nampak benda melintas. Yang berjaga malam buat ulangkaji pula siap encik gula-gula temankan lah pulak. Jadi oleh kerana takut yang melampau-lampau, petang tu ktorang bertiga dengan adik-adik form 5 dorm sebelah berpakat nak pagar bilik kitorang. Dorm aku dengan dorm sebelah bersambung. Tengah-tengah adalah toilet dan bilik mandi.

Jadi petang tu junior aku yang agak tinggi ilmu agamanya dengan Ita mulakan aktiviti memagar bilik. Malam tu setakat jam 10 memang aman, sungguh aman. Tak ada gangguan lagi.

Yana sedang mengulangkaji pelajaran di atas katilnya berdekatan pintu masuk dorm yang sudah kami kunci dari dalam. Aku, Ita dan seorang junior tingkatan 5 bernama Aida mengulangkaji di tengah-tengah bilik.

Disebabkan kami senior tingkatan enam atas, jadi warden membenarkan kami membawa telefon bimbit dan laptop untuk kegunaan harian kami. Dan hanya dorm tingkatan 6 atas sahaja dibenarkan membuka lampu selepas waktu light off tapi perlu dimaklumkan kepada pak guard itupun hanya sekali dalam seminggu iaitu pada hari khamis malam jumaat.

Kitorang dah maklumkan pada pak guard bahawa malam tersebut kitorang akan berjaga untuk buat ulangkaji.

Tiba-tiba kitorang dengar wisel pak guard yang selalunya dibunyikan untuk meminta penghuni menutup lampu.

“Anggerik, level 3..light off..light off..” jerit pak guard dari bawah.

“Pakcik, kitorang dah bagitahu tadi malam ni kitorang nak study..” kitorang plak laung kat pak guard dari dalam bilik. Haha.

“Ohh ok ok..” pak guard bersuara.

Selang 10 minit lepas tu dengar lagi bunyi wisel.

“Laa pakcik ni dah kenapa? Jap aku nak sound dia..” kata Yana geram.

“Takyah la Yana..tutup ja lah lampu..mungkin dia ada sebab kenapa dia bunyikan wisel tu..” kata Ita. Yana pun bangun tutup lampu dan duduk di tengah-tengah bilik bersama kitorang sebab nak berkongsi cahaya dari laptop. Haha. Nampak kan kesungguhan kitorang nak ambik exam tahun tu. Hahahaha.

Tengah khusyuk menelaah tiba-tiba kitorang terdengar bunyi seperti seseorang sedang menangis. Sayup ja bunyinya.

“Huuuu..huuuuu..” haa lebih kurang macam nilah bunyinya.

Aida pandang aku. Lepastu aku pulak pandang Ita. Terus semua pandang Ita jugak sebab dia yang paling alim dalam geng kitorang. Ita menggelengkan kepala dan letak jari telunjuk dibibirnya, bermaksud menyuruh kitorang jangan tegur dan buat tak tahu sahaja.

Tapi bila kitorang buat tak tahu, lagi kuat plak bunyi tangisan tu seolah-olah membentak sebab diabaikan. Sepertinya betul-betul ditepi telinga kitorang.

Yang kelakarnya spontan ja memasing melompat duduk di atas katil dalam masa yang sama pulak tu. Semua tutup mata berselubung dengan selimut.

Ita bangun membuka lampu dan mengajak kami semua ke dorm sebelah menerusi tandas. Berlari kami masuk ke dorm tingkatan 5, dorm Daisy. Ita tutup pintu antara dorm daisy ke bilik air tapi pintu tu takde kunci.

“Hoi..pasaipa ni? Main terjah-terjah bilik orang pulak..” amboi. Kasor betul gurauan si Wan.

Ita menceritakan semuanya sedangkan aku Yana dan Aida pula menikus di atas katil.

Jadi semua berpakat taknak berjaga dah. Semua ke katil dan tidur berhimpit, berpeluh dan bau masam tu tak payah ceritalah. Haha.

Tapi yang menjadi masalahnya adalah nak tidur pun tak boleh sebab gangguan tak berhenti setakat itu ja.

Jam masa tu memang kitorang dah tak peduli dan tak terfikir nak tengok pun. Masa kitorang tengah himpit-himpit atas katil tu, kitorang dengar macam ada orang baling batu kecil-kecil kat locker besi kitorang. Weh!! Agak-agak ah. Kitorang level 3, mana sampai nak baling batu naik level 3. Lagi satu fikir logik sikit, locker tu kat dinding, celah mananya batu tu datang? Haaa seram tak? Seram tak? Atau mungkin bunyi tu bunyi kuku yang diketuk pada locker besi. Hihihihihi.

Sambil dengar ting ting ting bunyi batu kecil dibaling kat locker tu, anjing pulak tak berhenti-henti menyalak. Bukan aukk aukk. Tapi bunyi panjang dan mendayu macam serigala pun ada. Aaauuukkkk……aaauuukkkkk… cer korang try buat..mulut jangan lupa muncungkan sikit. Haha.

Pastu Ita ni baca ayat kursi kuat-kuat dan berulang-ulang. Aku?? Hahh aku masa tu bismillah pun dah berterabur…sumpah weh..aku kan penakut.. sob sob sob…

Lepas tu kitorang dengar bunyi ketukan kat pintu bilik dorm daisy. Apa jadahnya org nk ketuk pintu dorm tgah-tengah malam. Bila hendap kot bawah pintu takde nampak kelibat sesiapapun.

Ita cakap jangan buka pintu walaupun diberi salam. Kalau dia tu orang sekalipun, tak perlu buka pintu. Kitorang akur je lah.

Lepas tu ketukan kat pintu dah berhenti tapi dia main ketuk pintu antara dorm daisy dgn toilet tu. Wehhh….kalau fikir logik siapa yg boleh masuk dalam toilet tu selain kitorang? Sebab apa?? Sebab toilet tak ada pintu dari luar. Nak masuk toilet cuma melalui pintu dorm aku atau dorm form 5 ni ja. Tapi dorm aku berkunci dari dalam. Yang lagi musykil adalah kenapa tak buka ja pintu sedangkan pintu tu tak berkunci. Kenapa perlu ketuk macam nak pecah pintu?

Korang fikir-fikirkanlah ye.

Sebab aku sampai sekarang tak mampu merungkai misteri tersebut. Yang aku yakin itu bukan manusia. Akhirnya sampai la azan Subuh berkumandang, bary berhenti segala bunyi dan gangguan. Maksudnya memang kitorang tak tidur lah weh! Hmmm..

Dan kitorang pagi-pagi lagi sebelum pergi ke kelas sempat menyinggah kat pondok guard bertanya samada pak guard yang meniup wisel semalam ada datang semula atau tak. Ternyata pak guard yang meronda semalam terus balik ke pondok dia lepas kitorang bagitahu nak study malam tu. Haaa kau rasa siapa yang bunyi wisel tu? Sampai hati hantu tu memperbodohkan kitorang yang baik ni.

.
.
.

Akhir tahun, semua penghuni asrama dah balik rumah. Aku dengan Yana rumah jauh weh, jadi kitorang angkat beg bawa turun ke pondok pak guard pastu kitorang naik bilik tidur.

Mesti korang fikir kitorang ni bodoh kan? Ye lah, memang pun. Asrama dah kosong kot, berani pula kitorang berdua naik semula ke bilik di tingkat 3. Haha.

Masa tu aku lepak-lepak atas katil layan handphone. Yana pula pergi toilet. Lepas tu dia datang kat aku.

“Weh Nab, aku ingatkan kita berdua ja yang balik bilik…rupanya dorm form 5 pun ada sorang jugak..” kata Yana ketawa kecil.

“Biar betul?” Aku bertanya dengan muka cuak.

“Betul lah, aku tgok dia baring pakai baju sekolah lagi. Dia baring menghadap muka arah lain..aku tgok dari belakang je lah..siapa tu aku tak tahu pula..tapi dia tidur tempat Syafa..mungkin Syafa la kot..dari belakang pun memang macam dia…” Terang Yana dengan gigih.

“Woi bodoh, Syafa kan dah balikkkkkk!!! Kau lupa ke, tadi kita peluk cium siap lambai-lambai dia dengan adik dia tu amende haaaaaaaa!!!” Membuntanglah mata aku masa tu. Setan apa pulak yang menganggu kitorang.

Yana tak puas hati, dia pergi lagi ke dorm sebelah untuk tengok tapi ternyata takde sesiapa.

“Errr..takdak weh..hehe..aku lapaq la..jom kita turun p kantin..” kata Yana sambil memakai tudung.

Keluar saja kitorang dari pintu dorm, memang terus berlarilah. Tangga pun dah tak langkah sopan-sopan. Terus ja bantai langkah dua tiga anak tangga sekali harung.

Kitorang decide nak lepak kat kantin sekolah ja sebab kantin masih buka untuk sesi petang.

Jadi, korang tu beringat-ingatlah. Kita ni hidup berkongsi dengan makhluk alam sebelah sana. Jaga tingkah laku.

Hmm itu sajalah.

Sekian, Hudna Nabilla.

#HudnaNabilla

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 thoughts on “#HudnaNabilla – ASRAMA”

  1. Berani kerana terpaksa namanya tu.haha.gelak akak bc walaupun seram.memang jiwa kental yg duk asrama yg angker2 cmtu. Xkesa la..jnji da jd cikgu da kn.tahniahh!

    Reply
    • Haha..sebenarnya sanggup lg naik bas ulang alik walaupun tpaksa keluar jam 6 sampai rumah jam 4..tp tu la..nk buat mcm mana kan sebab bapak kita garang namatey..sekali dia jegil ja, bergerak2 misai..haha..so antara hantu dgn bapak, mmg sy pilih hantu lg lah..

      Reply
    • X lah..skolah area seberang perai utara tapi dlm kampung..dan kampung ktorang mmg berhampiran laut..even duk belakang rumah pn redah paya sikit dah boleh nampak island..

      Reply
  2. dulu asrama ak blok paling blakang skali..blakang asrama kebun kelapa sawit..ak x tau la knp ak berani sangat dulu..time semua org kat masjid..asrama gelap gelita beb..mmg xde org..ak masuk asrama sorang2,cas hp dlm bilik stor yg mmg x pakai,dlm stor mmg berhabuk..ak duk dlm bilik yg di dlm bilik..ha mmg tersorok la,ak pun x tau kenapa ak berani sgt..byk kali buat tapi x pernah kena kacau..alhamdulillah masih hidup lg..bila fikir2 skg aku pulak jd takut

    Reply

Leave a Comment