#Nia – Padan Muka Aku

Assalamualaikum.

Self introduction, semua kejadian yang diceritakan terjadi pada diri Nia (Aku) sendiri dan cerita-cerita lain yang diceritakan oleh family dan kawan Nia. Memang takde cerita yang ditokok tambah, cuma nama2 Nia tukar untuk keselesaan kawan2 dan family. Nia tak reti nak tulis acah2 writer novel or cerpen, kita straight to the point je la ye.

Senarai cerita:

#Nia-Salam Perkenalan https://fiksyenshasha.com/nia-salam-perkenalan/

Ramai yang kecam Nia untuk cerita ni. Its OK. Janji kedua2 belah parents tau pasal kami. Soal panggilan ‘menggeletis’, haha! Masing2 ada cara masing2, Sorry la. Better Nia menipu and cover sikit bab panggilan ni next time, kesian makcik2 bawang duk marah2. Soal jodoh, takde jodoh. Alhamdulillah. Allah bagi peluang cari yang lebih baik. Sorry sangat2 if ramai tak suka cerita tu.

 

#Nia – “Cari Apa Tu?” https://fiksyenshasha.com/nia-cari-apa-tu/

Ramai tanya, Akma macam mana lepas peristiwa tu? Haha, believe it or not, minah ni buat macam takde ape jadi lepas tu. Why? Kalau orang lain tau, memang die kena bebel cukup2, lagi2 dengan ummi die sebab ‘tersimpan’ pad tu. So memang kami buat dunno and senyap je. Dan alhamdulillah, tak ada benda2 pelik yang mengikut kami pulang ke rumah selepas itu.

 

Introduction (panjang… takmo baca, skip terus ke Cerita 1)

Garis Masa : sebelum 2010

Tempat: MRSM di pantai timur

Kejadian ni terjadi pada diri aku dan kawan2 semasa aku belajar dekat MRSM kat negeri pantai timur. MRSM ni ada upper form je, means ada Form 4 and Form 5 sahaja. Sewaktu kejadian, aku Form 5 dan berlaku dalam asrama.

Kalau sebut nama aku, memang sah2 orang tau aku jenis kaki ponteng prep, riadah petang dan surau. Jenis kerja sekolah tak siap, dan buat hal sendri. Sebab tu la kalau cikgu offer jadi LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) a.k.a. pengawas, memang tolak awal2 sebab diri ni tak layak. Nak jaga disiplin diri pun tak boleh, inikan disiplin orang lain. Aku jenis tak ramai kawan, dan takde kawan yang betul2 rapat time sekolah, so buat apa2 memang sorang2. Makan sorang2, pergi kelas sorang2, prep (kalau prep) sorang2, ponteng prep dan tidur dekat hostel pun sorang2. Jenis tak kisah orang tapi penakut dengan hantu. Disebabkan aku tak rapat dengan siapa2, aku pun tak up-to-date or senang cerita tak tau langsung pasal cerita2 angker dekat mrsm ni. Kalau namanya MRSM tertua, mestilah banyak cerita misteri. (bebudak MRSM dah tau ler tu MRSM mana). Lagipun jenis tak terfikir langsung pasal hantu2 ni. So bila terjadi nya kejadian2 misteri ni, mula2 jenis lambat pikap, lepas dah bole pikap itu maybe hantu, terus kecut.

Aku duduk di asrama perempuan yang ada 3 tingkat (GF, L1, L2). Takyah la gitau tingkat berapa, kang ada junior yang takut. Sedikit penerangan pasal hostel. Hostel aku ni bentuk L, bayangkan, aras aku ni, tangga utama dekat tengah2 huruf L, naik tangga, ko berdepan dengan bahagian hostel yang panjang. Sebelah kiri ko, ada bahagian hostel yang pendek. Toilet dan bilik air banyak2 dekat kedua2 hujung bentuk L. Aku duduk L yang panjang, hampir2 la dengan toilet dan bilik air.

Sepanjang aras, students terbahagi dalam cubicle (bilik cubicle), 2 orang satu cubicle, setiap cubicle bertentangan dengan cubicle 2 student yang lain, yang dipisahkan dengan lorong jalan kaki. Dinding cubicle tak cecah siling, dalam 3 kaki. Kalau berdiri atas katil, bole jenguk cubicle sebelah. (Kalau pening, abaikan)

Cubicle plak, meja study depan tingkap nako, pastu katil memanjang, pastu loker besi. So loker besi aku akan berdepan ngn loker besi budak cubicle depan aku.

Cerita ada 4 , so kita pecah2 kan ikut cerita.

 

Cerita 1

Waktu: Tengahari

Macam biasa, aku buat hal sendri. Student2 lain balik dari kelas, pergi lunch dekat DS (Dewan Selera), aku dengan selamber, pergi amik makanan kt DS, bawak masuk cubicle, makan dalam tu (time tu ada juga buat cenggini..hehe). Syok2 tengah makan dekat meja study,

“Gedeganggggg!!” bunyi pintu loker bergegar. Macam orang langgar dengan sengaja, sebab kuat giler bunyi tu. Aku terkejut la, toleh ke belakang, ke arah loker.

“Siapa la kalut sangat sampai terlanggar pintu loker, kalut nak masuk toilet ke ape” Aku membebel sambil makan. Almaklumlah cub aku dekat2 dengan bilik air, dah biasa tengok student lari2 masuk toilet.

Tapi yang pelik nye, takde sape cakap sorry, mengaduh sakit or dengar tapak kaki bunyi orang berlari lepas bunyi loker kena langgar. So aku buat dunno and sambung makan balik,

“Gedeganggggg!!” bunyi pintu loker kena langgar lagi, sampai katil aku pun bergegar sikit, loker rapat ke kepala katil.

Aku pun berangin la, apehal minah ni kan. Aku terus bangun dengan tangan kotor, tengah makan nasi kot! Aku intai dekat laluan panjang tu, takde orang pulak, pintu loker takde plak berayun. Kalau orang lari masuk cubicle, mesti bunyi tapak kaki, dan kalau loker bergegar kuat, mesti pintu loker yang terbuka tu akan berayun lagi.

Aku sound kuat2 kt laluan tu “Ko apehal? Ada masalah ke ape, bising2 kt tempat aku ni. “. Senyap! Senyap je level aku tu, takde tanda2 ada student lain. Sebab ramai yang makan kt DS tengahari tu, so memang takde student yang balik lagi.

Sayup2 aku dengar ada dua tiga orang students bising2 masuk hostel kat tangga utama, aku terus buat bodo. Tak terfikir hantu ke ape, sebab tengahari. Lagipun emosi tengah marah, kacau tengah makan. Tak lama lepas dah siap makan nasi, member (Zizah a.k.a Jijah) masuk cubicle aku.

“Wei, ko study up ea semalam? Rajin betul sekarang study sampai lewat2 malam”. Usik Jijah sebab dia tau sangat perangai aku yang malas. Semua orang tau la senang cerita.

Hahaha. Aku gelak. Sejarah la wei kalau aku study. SPM pn tak study, cukup2 makan 6A inikan hari2 nak study. Almaklumlah, dorang ni semua budak2 elite, 10A, stay up, tahajjud malam2. Aku je pemalas cam badak.

“Tak la Jijah oii, mana de aku study, pergi kelas pun malas, homework pun tak buat, takkan la aku nak stay up pulak.” Aku gelak2 lagi, sambil baring2 kekenyangan.

“Eh, semalam aku nampak ko busy ulang alik, study kt meja, dan lagi satu, ko nak p mana semalam? Aku panggil banyak kali, ko tak menyahut pun. Sombong!” Rungut Jijah lagi.

“Aik, Mana ade aku bangun study. Kalau stay up main phone, memang selalu. (MRSM ni sempoi, HP bersepah2 sebab dibenarkan), tapi semalam aku tak main phone, tidur awal. Fara (cubemate) kot yang study. And, aku mana ade p mana2. Kalau ko panggil, confirm aku menyahut punye!!” Terang aku sungguh2. Aku tengok muka Jijah pun dan lain macam. Lama die senyap, pastu die sambung cakap. Suara cam sungguh2 nak yakinkan aku sambil mata dah takut2. Ah sudah!!

“Nia, aku semalam tak prasan ko ada ke tak kat katil. Yang aku tau dan yakin, time aku berjalan dari cubicle aku nak amik wudhuk kt toilet, aku perasan ko ulang alik dari loker masuk cubicle, pergi kat loker balik, pastu masuk cubicle balik. Pastu aku lintas depan cubicle ko, aku nampak ko ada berdiri kat meja je, pandang ke tingkap. Memang bukan Fara, sebab aku tau badan ko dan Fara lain, rambut pun lain. Lepas aku solat, duduk atas katil baca quran. Aku nampak ko lalu depan cubicle aku, jalan ke arah tangga utama. Aku panggil ko, “Nia, nak pergi mana tu malam2 buta? Gelap2 ni..” ko tak menyahut pun. Aku cepat2 bangun, takut ko tidur berjalan ke ape. Tengok2 ko belok kiri, p masuk ke arah wing sebelah (L pendek). Dahla gelap. Tak de bukak lampu langsung. Aku terus msuk cubicle aku balik, sambung baca Quran. Tunggu punya lama, ko takde lalu dah. Aku terus tidur. Tanye cubemate aku, dia pun perasan ko lalu”. Sambung Jijah lagi. Ada getaran kat suara Jijah, tapi masih cover. Agaknya tak nak aku takut.

“Jah….aku takde p mana2 and sumpah takde bangun study ke apa semalam”. Aku dah macam nak menangis. Biar betik minah ni. Jangan main2. Confirm aku pulak tu. Meremang terus bulu roma aku.

“Jah, nape ko confirm tu aku?” Aku tanye lagi.

“Sebab……badan dia, rambut die, ikal, panjang paras atas pinggang, kulit cerah, sebijik macam ko. Terlalu sebijik! Pakai baju tidur lengan pendek paras betis, warna putih, macam ko selalu pakai tu. Kalau orang lain tengok dari belakang, memang dorang boleh cakap, confirm tu ko. Tapi kan….…semalam, macam ko tak sikat rambut. Sebab dari tepi, muka nampak pipi dan hidung je sikit”

“Gedegang!” bunyi loker besi dilanggar kuat, sekali gus menyebabkan aku dan Jijah menjerit kuat. Terus kami berlari keluar dari cubicle aku, tengok takde siapa-siapa! Pintu loker besi pun statik je. Aras hostel masih lengang dan agak sunyi. Aku dan Jijah berpandangan. Kami terus berlari tak ingat dunia ke cubicle Jijah sambil sebut Allah..Allah..Allah…(terkejut dan takut punye pasal). Bila hampir semua students balik hostel, baru aku balik ke cubicle aku. Baca ulang2 Alfatihah, ayat qursi dan 3 Qul, hembus ke loker dan ke dalam cubicle.

Dan petang tu, confirm aku pergi prep petang.

 

Cerita 2

Waktu: Tengah malam.

Time tengah malam, macam biasa, asrama kena tutup lampu, tp mrsm aku ni, macam biasa, rules tak ketat langsung. Malam tu, ada beberapa cubicle yang masih on lampu, student2 elite study. Hehe. Student tak elite cam aku, baring atas katil, main phone. Satu demi satu lampu cubicle student2 elite ditutup, sampai la yang last skali tutup, keadaan agak gelap. Cuma lampu dekat toilet dan lampu tangga utama je yang tak tutup. Cubicle aku gelap, tapi ada cahaya sikit dari lampu toilet.

Tengah syok layan SMS (zaman ni SMS Hotlink 1 sen dan ada call murah RM3 kot lepas pukul 12), aku mengantuk, tapi tak boleh tidur. So aku sambung main game. Kedudukan baring, kepala katil dekat belakang loker, means aku baring mengadap tingkap, tapi bangsa penakut memang tutup langsir. Syok layan game “Snake” dekat phone “Nokia Sabun” (masa tu eksyen woo, student bawa phone Nokia Sabun, Daun, Lesung), sambil main game, sambil humming lagu, tak ingat lagu ape masa tu.

Tiba2 terdengar bunyi pintu tangga kecemasan dibuka, dan ditutup (toilet dekat setiap hujung L kan, sebelah setiap toilet, ada tangga kecemasan). Tangga ni kecik, tapi student yang duduk dekat dengan tangga ni akan guna kalau nak turun or naik aras lain, sebab tangga ni lagi dekat compare to tangga utama. So aku takde la cuak or panic sebab memang biasa student guna tangga tu.

“Tapp…tapppp..tap…krekkkk…eeeekkkkk…gedegang..krekkkk…..”

Imagine OK, aku dengar orang jalan kaki atas lantai simen, buka kunci loker besi, buka pintu loker besi, tutup balik, kunci loker balik. Then bunyi orang cari2 barang dekat kawan letak barang atas loker.

Tak berhenti di situ, bunyi tu bergerak ke next loker, ulang benda sama,

“Tapp…tapppp..tap…krekkkk…eeeekkkkk…gedegang..krekkkk…..” Makin lama makin dekat, makin kuat bunyi.

“Oh..warden. spot-check la tu time students tidur” Bisik lam hati. Aku silent phone, mengiring ke arah katil Fara (cubemate). Sebab bunyi warden akan datang dari cubicle belakang, means lepas warden cek loker aku, die akan cek loker Fara. So aku akan nampak, warden mana yang rajin ni time dia check loker Fara. Yakin je, pejam mata, buat2 tidur. Muka tutup separuh, mata aku tutup separuh je dengan selimut, sebab nak intai

Bunyi spot cek loker kedengaran sampai la ke loker aku, siap bunyi dia jatuhkan plastic yang ada dalam bakul, yang aku letak atas loker aku. Nak marah pun ada. “Nak spot-check, cek je la, tak yah la sepah2” Aku bebel lam hati. Dan tak ada bunyi die kutip balik plastic letak dalam bakul balik. Bunyi tutup loker aku memang ketara sampai bergegar sket loker, tapi tak kuat. Macam buat dengan berhati2. Then warden jalan ke loker Fara, cek.

“Tapp…tapppp..tap…krekkkk…eeeekkkkk…gedegang..krekkkk…..”

Aku pun buka la mata sikit sambil senyum sebab konon ye kantoi warden mana yang buat spot-check lewat malam ni.

“OK, aku bodoh!!” Aku menyumpah dalam hati sebab loker Fara tak terbukalangsung!!, tapi loker tu gerak sikit2, dan ada bunyi.. krekkkk…eeeekkkkk!!! (bunyi buka kunci loker dan buka pintu loker)

Aku tak ada nak cover2 dah, mengiring laju2 ke sebelah kanan, ke arah dinding, selubung satu badan, baca ayat2 kursi sambil menggigil2. Bunyi “spot-check” tu tetibe senyap. Aku pun senyap. OK, habis dah la kan azab gangguan makhluk yang aku tak nampak ni. Fuhh lega, tapi aku tak nak buka selimut lagi, takut!.

Baru je habis hembus nafas lega, tetiba!!

“Hmmmmm….hmmmmm…hmmmmm” humming lagu, yang aku tak tau lagu ape. Macam dekat dalam cubicle aku, sambil jalan keluar, makin jauh……jauh…ke arah tangga kecemasan tadi, pastu ada bunyi orang buka pintu, dan tutup pintu tangga kecemasan.

Aku?? Terus blackout! Esok bangun pagi, Fara kejut, sebab dah lambat subuh. Aku tanya.

“Fara, semalam dengar bunyi tak?”

“Bunyi ape?”

“Warden spot-check, buka loker”

“Haa…mana ada. Kalau ada, mesti semua orang perasan. Mesti warden kejut. Nape weyh?”

Aku muka blurr. Cepat2 aku bangun, tengok depan loker aku.

“Fara, ada plastic sepah2 tak dekat lantai depan loker aku??”

“Takde pula. Ko dah kenapa ni? Mimpi ke?”

Aku garu2 kepala yang tak pening. Aku geleng2 kepala, amik toiletries, p mandi.

Time lalu sebelah pintu tangga kecemasan, aku terdengar “humming” macam semalam, apa lagi, cabut langkah seribu la.

 

Cerita 3

Waktu: Tengahari di hujung minggu.

Syok baring2 layan tv (dekat Level 2 ada tv), member, Ekin cuit,

“Beb, dah siap homework??”

“Homework ape ea?” Ayat budak sakai, homework tak pernah ingat nak buat.

“Homework Bio” Jawab Ekin.

“Aduii, lupa la. Buku kat kelas la, kena pergi amik, cikgu dahla garang. Takpelah, aku ambil lepas lunch nanti.”

Dah lepas lunch, kaki melangkah p kelas. Suasana blok akademik memang sunyi. Hujung minggu memang ada student prep, tapi ni waktu lunch, ramai yang pergi lunch dekat DS and balik solat dulu dekat hostel. Dah siap ambil buku, siap belek2 barang2 classmate bawah meja (tipu ea kalau korang tak pernah buat), aku jalan balik hostel. Dan2 time sampai dekat blok yang ada laluan refleksologi, rasa nak terkencing. Siang2 kan, nak takut ape. Cuma suasana sunyi tu yang buat seram.

Aku p toilet yang berdekatan situ, tolak pintu utama toilet (pintu ada pemegang je, hanya boleh dikunci by anak kunci pintu toilet, means students tak boleh simply lock pintu utama toilet dari dalam, pintu ni jenis yang kita tolak, dia boleh tertutup sendiri),

Belah kanan ada satu sinki, kt depan aku, ada dua toilet, satu kiri, satu kanan. Satu tandas duduk, satu tandas cangkung. Aku nak masuk yang tandas duduk, sebab kalau tandas cangkung, kencing terpercik (semua orang alami ok). Pintu toilet duduk terbuka sikit je dan lock pintu toilet tu menunjukkan warna hijau (hijau/merah), menandakan tak berkunci, aku tolak pintu toilet.

“Paappppp…ktap!!..”(bunyi pintu toilet ditolak dari dalam dan lock pintu).

“Ada orang la!!!” aku dengar suara student jerit kuat lam toilet.

(Amboiii, cakap la elok2. Bukan aku nak intai pun! Siapa suh tak lock) Aku membebel sebakul, tapi dalam hati je la.

“OK, sorry!!” aku balas, tanda bertamadun.

“Hurm..k” dia balas.

Nak tak nak, tarik seluar paras betis, masuk toilet cangkung, selesai ape yang patut. Aku tak dengar ape2 bunyi dari toilet berdepan ni. Lantak ko la. Aku keluar dari toilet, aku tengok toilet tu still locked dari dalam, aku cuci tangan dekat sinki, and nak keluar.

“Dah nak keluar ke?” Yang dalam toilet duduk tanya.

“Iye la, nape?” (Apehal minah ni, ko punye masuk sorang2 lam toilet dari tadi, ok je. Takkan takut and nak aku teman kot) lagi aku bebel lam hati.

Dia senyap. Aku senyap.

“Ko nak aku tunggu ko ke?”Aku tanya dekat minah dalam toilet.

“Ermmm, takpe la, nanti aku keluar.” Dia balas.

“OK”, balas aku pendek.

Pastu aku bukak pintu utama toilet, aku nampak 3 orang student junior perempuan and pak guard tengah sembang2 dekat depan pintu, ngam2 pak guard nak hulur kunci masuk lam pintu utama toilet. Dorang tercengang, aku tercengang.

“Eh, macam mana kamu masuk?”

“Saya tolak je pintu ni, kenapa pakcik?” Aku blur.

“Toilet kan terkunci. Ni budak2 ni nak masuk toilet, tapi tak boleh nak bukak. Kebetulan pakcik lalu meronda, pakcik try buka, pintu terkunci, tak boleh buka. Ni pakcik baru nak try buka guna kunci. Dorang cakap ada dengar orang menangis dalam toilet. Kamu menangis ke, kunci pintu dari dalam?” Pak guard tanye.

“Tak lah. Saya p toilet, tak sampai 2 3 minit. Macam mana saya nak kunci, mana bole kunci pintu utama dari dalam. Tengok ni..” Aku buat aksi buka pintu toilet dan nak tunjuk bahagian dalam kunci.

Pintu terbuka. Dan aku tengok, pintu toilet duduk tu terbuka!!

Budak2 junior blur, pak guard blur, aku lagi blur sebab aku tau tadi ada “orang” dalam toilet duduk tu!

Aku pandang dorang, dorang pandang aku. Bulu roma aku merinding, Aku berdebar2, hanya Allah tau. Last2 aku tunggu budak2 junior ni guna toilet, sebab nak jalan balik hostel sekali. Balik hostel, terus sembahyang, dan murung. Haru betul.

 

 

Cerita 4

Waktu: prep malam

Ni pendek je. Time orang lain kalut nak siap pergi prep, aku baring2 malas atas katil, tanda malas pergi prep malam. Layan phone macam biasa, sebab aku set nak pergi turun jap lagi, beli burger, pastu masuk hostel balik untuk makan burger depan tv. Dah setel semua student pergi prep, aku turun beli burger.

Dah siap, aku masuk hostel semula, hostel sunyi je. Aku jalan sepanjang laluan L yang panjang dan gelap menuju cubicle aku (hanya lampu tangga utama dan lampu toilet je terbuka). Aku jalan mengadap toilet depan aku. Jalan hanyun2 burger, dah nak sampai dekat cubicle aku, tetiba..

“Papppp” lampu toilet yang berdepan dengan aku tertutup sendiri dan terus gelap gelita sepanjang aras L panjang tu. Ape lagi, cabut p tangga utama, pakai selipar balik, lari p prep malam. Padan muka aku kan, ponteng prep lagi.

Tu je nak cerita. Bye.

#NiaAzif

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

26 thoughts on “#Nia – Padan Muka Aku”

  1. knpe klu org tgh mkn nasi, org ckp tangan tengah kotor? knpe xnk ckp tangan penuh nasi. kan elok sikit.. bukan kotor, bukan mkn ****. hehehhehe . nasi xkotor, **** yg kotor.huhuhu

    Reply
  2. aq lagi suka tandas cangkung..coz dr kecik da train gune tandas cangkung…klo gune tandas duduk kompom aq cangkung atas tandas tu…huhu

    Reply
  3. Nice niat for ur story .. Detail Yg diceritakan ckup membuatkan pembaca terbayang smbil membaca .. Next time cerita lagi kalau Ada new story .. Btw, abaikan melayu Yg thu nk mngecam je .. Hbis smua bnda xbtl .. Kje nk cari slh Org je .. Bila la nk maju kalau gini gaya kan ..

    Reply
  4. Cerita yang menarik. Jalan cerita kemas, mudah faham dan sebagai pembaca saya dapat membayangkan keadaan penulis semasa di MRSM. Part toilet berkunci, locker besi ditendang, memang menyeramkan. Saya suka cara penulisan penulis. Keep it up.
    9/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.