Hujung Kaki Kami

Salam perkenalan kepada FS dan pembaca FS sekalian. Terima kasih kepada FS kerana sudi memberi peluang berkongsi kisah disini. Terlebih dahulu biarlah aku memperkenalkan nama saya sebagai O.G. Kisah yang saya ingin kongsikan ini tidaklah seram sangat seperti kisah-kisah yang saya baca di FS sebelum ini. Kisah ini berlaku di sebuah institut pengajian tinggi di Kuching, Sarawak (PKS).

Kisah ini bermula ketika saya Sem 1 lagi. Biasalah tempat baru benda pun baru kan? Masa Sem 1 semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama (KAMSIS). Masa tu saya dapatlah sebuah bilik iaitu di Blok D KAMSIS tersebut. Di institut ini ada terdapat 2 Blok KAMSIS perempuan dan 6 Blok KAMSIS lelaki.

Pada awal Sem memang tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah di pertengahan Sem tersebut. Faizo ( bukan nama sebenar ) merupakan seorang kawan saya dan juga merupakan budak 1 Jabatan juga. Faizo ini pula tinggal di Blok F agak jauh dari Blok saya berdekatan dengan hutan. Kalau nak pergi Blok dia pun berfikir seminggu dulu agaknya. Bukan apa, Blok F ini jauh sangat dari Blok lain selepas itu terpaksa pula naik tangga yang tinggi, lagi-lagi bilik Faizo di tingkat 3/4 kalau tak silap.

Kisah berlaku apabila Faizo bertandang ke bilik kami dan menceritakan kisah seram yang berlaku di Blok mereka. Kebiasaannya mereka akan mendengar bunyi pelik dan melihat bayangan dari cermin sebelah hutan sedangkan bilik ditingkat atas mana ada orang diluarkan. Dijadikan cerita, pada suatu malam itu saya terpaksa pergi ke bilik Faizo di Blok F atas sebab-sebab tertentu. Di bilik tersebut ada seorang kawan Faizo yang tinggal bersama-sama dengannya. Saya pergi agak awal juga belum gelap lagi masa tu.

Oleh kerana terlalu leka bercerita apa semua, saya pun tidak sedar jam sudah lewat malam. Nak balik pun agak-agaklah lebih-lebih lagi selepas mendengar cerita yang diceritakan Faizo kepada kami. Tambahan pula, Blok saya agak jauh biasalah Blok D. Jadi malam itu saya mengambil keputusan untuk tidur di sana dengan Faizo dan kawannya. Pada malam itu, saya tidur berkongsi katil dengan Faizo disebabkan bilik tersebut hanya ada dua katil. Siapa pelajar yang belajar di institut ini tahulah macam mana kan? Katil Faizo bersebelahan dengan pintu manakala kawan dia pula bersebelahan dengan tingkap. Oleh kerana sudah terlampau lewat esok pula ada kelas jadi kami pun tidur.

Rasanya baru sahaja terlelap sedikit, saya terdengar bunyi ketukan pintu. Dan kawan Faizo ini pula rupanya masih bangun dan dia pergi buka pintu melihat siapa yang ketuk. Rupa-rupanya kawan dia datang nak pinjam barang. Oleh kerana terbangun dek ketukan tersebut, saya tidak dapat nak lelapkan mata lagi. Berpusing kiri kanan, meniarap dan sebagainya posisi masih juga sama. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk mengalihkan muka ke arah Faizo yang sedang berdengkur bak bunyi kapal yang tengah sarat muatan.

Masa saya beralih itu ada terlihat satu lembaga putih duduk dihujung kaki Faizo yang tengah nyenyak tidur. Dengan cepat saya mengalihkan pandangan ke atas siling. Oleh kerana perasaan ingin tahu dan ingin memastikan apa yang saya nampak itu dan saya pun mengalihkan pandangan saya ke arah benda tersebut lagi. Hilang. Entah ke mana lembaga putih tersebut. Dengan perasaan yang takut saya pun membaca semua ayat-ayat yang saya tahu sampailah saya tertidur terlampau takut.

Keesokan harinya, saya pun bercerita dengan Faizo tentang apa yang terjadi malam tersebut dan saya tak pasti apa yang mereka lakukan selepas itu sebab saya dengar Faizo ingin membawa kawan-kawannya sembahyang di bilik tersebut. Sekian sahaja daripada saya. Dan sekarang sudah hampir 3 tahun saya belajar di sini ( Sem Akhir JP students ).

Kepada pelajar PKS yang tinggal di Blok tersebut harap baik-baik sahaja. Hahahaha..

7 thoughts on “Hujung Kaki Kami”

Leave a Comment