Benda Menyerupai ‘Aku’

Salam, thanks admin kalau publish citer aku. Hai reader2, apa kabar? Moga ceria selalu. Maaf kaalu citer ni tak seram, taip bagi aku. X seram pun, aku bengang, kenapa dalam banyak2 orang, RUPA AKU JUGAK DIA NAK BENTUK! Ok, kita mulakan. Zasss~

Pagi tu macam bese, mak aku lepas subuh ni tak tido. So, lepas dia hantar bapak aku nak pergi keje depan pintu, maka bermulalah operasi dia kemas dapur sikit2 (rumah aku kemas), tapi pagi tu lepas subuh, aku pulak pergi sambung tido tapi di ruang tamu lah, supaya senang takleh tido lama2 (badan sakit la beb tido atas lantai hehe). Oh sebelum terlupa, kalau pagi2 buta lepas ayah aku pergi keje, yang ada di rumah memang aku dan mak aku je. Adik2 sekolah. Lepas kemas2 dapur, mak aku pergi lah mandi dan siap2 solat dhuha dan mengaji, di bilik dia (bilik dia belakang skali, paling jauh dengan dapur).

Dalam dia tengah mengaji tu, tetiba pintu kat dapur bahagian belakang (yang memisahkan ruang mesin basuh dengan dapur), bergegar dengan sangat kuat sekali. Oh sebelum tu, rumah kitorang flat je. Takde nye orang luar boleh ceroboh masuk kawasan mesin basuh tu. Nak capai pintu yang menghubung ke dapur pun x boleh sama sekali.

Ok, mulanya mak aku buat x tahu dengan gegaran pintu tu. Lelama x puas hati jugak lah kan. Dia pun bangun, pergi lah ke dapur. Tengok pintu, dia ingatkan aku la buang tebiat pergi goncang pintu tu, tapi eh aku pulak masih tido laig di ruang tamu. Rupa orang tido mati, jadi sangat mustahil untuk aku yang pergi bangun nak goncang2 lak pintu dapur tu. Mak aku istighfar jelah, tahu dah bukan aku tapi ‘dia’ seronok nak kacau orang.

***

Lepas dari peristiwa tu, hidup mak aku bahagia balik tanpa ada gangguan apa2. Tapi kebahagiaannya tak lama. Dalam beberapa minggu lepas tu pulak, kes sama. Lepas mak aku habis ngaji bagai, maka melepak lah dia di ruang tamu sambil tengok2 hp. Time tu sama juga lah aku ni sambung tido lepas subuh, tapi di bilik sendiri lah. Tengah2 mak aku scroll2 hp, dia nampak ‘aku’ berjalan pergi ke dapur, minum air masak. Dapur dan ruang tamu sebelah menyebelah je.

Mulanya mak aku buat x tahu. Tp tetiba dia x sedap hati, dia dapat rasa ada angin sikit tadi. Dia pun letak hp dan terus ke bilik aku, dan macam biasa. Tengok aku ni rupa orang tido mati, xde tanda2 baru minum air masak or what so ever. Sebab mak aku ni jenis xda rasa takut, dia geleng kepala dan terus pergi ke ruang tamu tengok hp balik.

Ok, habis sudah. Thanks sudi baca n sorry kalu hambar ke ape ke. Aku bukan cikgu bm nak sempurnakan penulisan, huhu santai je k? Oh sebelum terlupa, kalu pagi2 buta lepas ayah aku pergi keje, yang ada di rumah memang aku dan mak aku je. Adik2 sekolah.

Tapi tu lah, aku ade dengar. Org kata kalau orang lain selalu nampak ‘kita’, sebenarnya kita ada saka/pendamping. Ye ke? Risau lak aku. Sebab mmg, keluarga blah mak aku (moyang aku) yang baru meninggal memang ade saka. Adik beradik nya ada 2, dan sorgan dah meninggal (tok ki aku), dan adik beradik mak aku ade 3 je. Mane lah tahu kalau saka tu mai cari dalam salasilah keluarga aku. Hmm, moga dijauhkan. Doakan yg baik2 je, huhu. Okbai! Wassalam.

– cik ija-

Cik Ija

Leave a Reply

4 Comments on "Benda Menyerupai ‘Aku’"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Hamba Allah

Sorry tak berapa faham dengan cerita yang cuba disampaikan..

ZACK

APABENDA NI DOH?????????????????????????????

Ayin

cik ija jangan risau sangat. mngkin tu hanya usikan manja dari si dia. tapi kena ambil langkah berjaga2 la jugak. moga xde berlaku prkara buruk dkat cik ija dan family

Reen

oh.. mcm doppelganger gitew..

wpDiscuz