Rakan Sekerja

Assalam admin dan semua pembaca FS. Aku Aidil. Aku ngan Man (kawan) dapat kerja kat KL. So, terpaksalah cari rumah sewa yang berdekatan. Cari punya cari, kitorang pun jumpa rumah untuk disewa.

Selama aku stay kat rumah tu ngan Man, ok jer. Takde gangguan. Sampailah satu hari tu, Man minta cuti nak balik kampung sebab emak dia kurang sihat katanya. Aku tanyalah bape lama. Man jawab “3 hari jer”. Tinggallah aku sorang kat rumah tu.

Keesokan harinya, lepas habis keje aku lepak kat kedai mamak. Dalam tak sedar jam dah menunjukkan pukul 8 lebih. Sampai kat rumah lebih kurang jam 9. Setibanya di depan pagar rumah, lampu dalam rumah semua terpasang. Setahu aku, aku dah off semua suis sebelum gi keje. “Takkan Man dah balik. Kata cuti 3 hari” bisikku dalam hati.

Aku dah rasa seram sejuk. Aku call Man. “Man, kau kat mana ?”. “Aku kat rumah emak aku lah. Apesal ?” balas Man. “Rumah kita ada orang wehh”. Sejurus aku cakap macam tu, lampu dalam rumah terus terpadam. Tapi dia tak terpadam serentak. Satu per satu lampu tu dimatikan. Panggilan aku ngan Man pun tiba-tiba terputus.

Dalam kekalutan aku terus naik kete dan terus blah. Tapi waktu aku naik kete, aku terdengar suara orang gelak kat dalam rumah tu. Masa dalam kete pula, kete jadi berat. Rasa macam dah lebih muatan. Tak pasal-pasal tidur dalam kete malam tu.

Esoknya pula. Man masih kat rumah emak dia. Aku ajak kawan kat office tidur kat rumah sewa kitorang tu. Nama dia Riz. Malam tu aku ngan Riz layan DVD kat ruang tamu. Tiba-tiba pintu bilik master room terbuka. Master room tu bilik Man. Dah terbuka pintu tu, terdengar pula ada orang bercerita tapi tak tau bahasa apa. Riz ajak aku keluar dari rumah tu. Masa kitorang melangkah keluar tu, BAMMM!!! Pintu bilik Man tertutup. Tak pasal-pasal tidur dalam kete lagilah untuk kedua kalinya.

Hari berikutnya, Man dah balik dari rumah emak dia. Aku ajak Man tidur kat hotel sebab aku dah semakin tak sedap hati nak balik kat rumah tu. Lagi-lagi benda tu ada kat bilik Man. Aku ceritalah kat Man apa yang terjadi selama dia kat rumah emak dia.

Keesokannya, kitorang pun bawa seorang Ustaz dan pembantunya untuk membersihkan dan memagarkan rumah kitorang tu. Masa sesi memagarkan rumah, ada suara menjerit sangat kuat dalam bilik Man. Seriau gak lah aku ni. Selesai dah semua. Ustaz tu bagitau yang rumah kitorang bersih takde pape. Apa yang berlaku sebenarnya, ada orang yang nak santau si Man ni. Nasiblah Man balik kat rumah emak dia masa tu. Kalau tak, tak tau lah apa jadi kat Man.

Aku tanyalah kat Ustaz tu sape yang nak santau si Man ni. Ustaz tu cuma jawab yang santau si Man ni adalah rakan sekerja kitorang juga. Soal kerja, Man ni memang budak yang rajin. Boleh dikatakan semua kerja siap on time.

Suatu hari tu, seorang dari rakan kerja kitorang datang minta maaf kat Man. Terungkaplah angkara sape semua ni. Aku rasa nak cepuk jer muka dia. Nasiblah Man halang aku masa tu. Tu jer lah untuk kisah kali ni.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. keje rajin pun ada jugak yang nak santau. adeh.
    rajin dalam kerja tu memang kewajipan kita. kalau malas, nanti dapat gaji, halal ke gaji tu?
    so kerja lah rajin2 untuk menikmati gaji pekerjaan kita yang berkat dan halal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.