BOTOL BESI?

Assalamualaikum nama aku ira, ni kali ketiga aku bercerita kat fs, sebenarnya memang dah lama nak share cerita berkaitan dengan hal mistik yang pernah berlaku pada aku tapi disebabkan kesuntukan masa , aku baru dapat mengarang cerita tersebut harini, so yang mana curious tentang kisah kisah yang aku pernah share dulu boleh lah pergi baca MISTERI DUSUN DURIAN, dan KELAS MALAM.

Okey done intro, so basically cerita kali ni aku nak bercerita pasal perkhemahan yang pernah aku sertai dahulu masa aku darjah enam, tak silap aku program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam , kalau korang dah pernah baca cerita aku yang aku pernah share ayah aku memang tegas melarang aku untuk sertai program program sebegini kerana hijab aku terbuka dan boleh mengundang bahaya disebabkan aku yang mempunyai perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi, lagi-lagi hal berkaitan dengan hal mistik ni, aku pernah hilang kerana terperangkap di alam lain kerana terlalu ‘ingin tahu’ tentang ‘mereka’, okey stop kat sini ,

“Alaaa bolehlaa ayah , sekali ni je, lepasni kakak tak join dah program-program macam ni” Puas aku memujuk ayah aku untuk membenarkan aku menyertai program perkhemahan tersebut namun hanya keluhan semata-mata yang keluar dari mulut ayah aku, aku tau dia mesti risau kan aku , dan bersebab kenapa dia melarang aku untuk menyertai program tu, tapi disebabkan aku ni naib pengerusi ahli kelab yang aku join tu aku terpaksa turut serta dan aku juga dah berjanji dengan kawan-kawan aku yang lain, biasa laa tahun akhir sekolah rendah sebelum semua berpisah menyambung pelajaran di smk mesti nak cipta kenangan indah sekali.

Nasib baik setelah dipujuk rayu akhirnya ayah aku beri kebenaran untuk aku menyertai perkhemahan tersebut, apa lagi melompat riang laa aku, aku mula mengemas semua baju dan peralatan yang perlu dibawa,aku tersenyum sendiri apabila membayangkan aktiviti yang akan aku sertai kerana aku amat menyukai aktiviti outdoor dan lasak, namun nasib tidak selalu berpihak kepada kita, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari…

Hari yang dinantikan pon tiba aku dihantar ke sekolah pada pukul 7 pagi oleh ayah dan umi aku, sebelum mereka pulang , ayah sempat memesan kalau berlaku apa-apa seperti histeria jangan nak libatkan diri untuk menolong, kalau nampak makhluk yang tidak sepatutnya aku nampak buat-buat tak nampak je, jangan sesekali bertentang mata dengan makhluk tu, aku hanya iyakan sahaja..

Lepastu aku angkat beg dan bersiap untuk daftar diri dan mendirikan khemah, azan zohor berkumandang menunjukkan masukny waktu solat dan masa makan tengahari, kami diarahkan untuk makan , mandi dan kemudian solat. Ingatkan semua berjalan lancar tapi hujan mula turun pada pukul 4 menyebabkan segala aktiviti harini terpaksa dibatalkan dan kami terpaksa tidur di dalam musalla bagi murid perempuan manakala murid lelaki tidur di dewan akibat lopak lopak air hujan dan hujan tidak menunjukkan untuk berhenti.

6:30 pm
Aku mencapai tuala aku untuk mandi dan bersiap untuk solat dan makan malam, tapi faham faham lah apabila ramai yang nak mandi pada masa yang sama menyebabkan kesesakan. Haaa masa ni lah benda yang aku nak elakkan berlaku… Oleh kerana jenuh nak menunggu , kawan aku syikin cadangkan untuk kitorang pergi mandi dekat tandas banggunan baru yang baru je disalurkan sumber air, aku pon menurut je sebab kaki dah kejang berdiri menunggu turn yang tak akan tiba.

Banggunan tu ada dua tandas iaitu di tingkat dua dan di tingkat empat, kami pergi berempat dan disebabkan ain baru je lepas sembuh dari patah kaki aku dengan su pon beralah je tandas yang tingkat dua tu syikin dengan ain yang guna, aku dengan su guna tandas tingkat atas sekali, sepatutnya hanya lima minit je masa diambil untuk sampai ke tingkat empat, tapi aku dengan su rasa lama betol kami dok panjat tangga sampai berpeluh, kami pon decide jela untuk turun tunggu turn lepas ain dgn syikin sebab masa tu aku dah rasa lain macam dah, turun punya turun anak tangga aku dengan su still stuck dekat tempat sama, yes tingkat tiga dimana terdapat makmal sains dan bilik stor, kami terdengar suara seperti orang sedang mengajar namun setelah diamati tak tau plak bahasa ape yang orang tu guna, aku dengan su teros baca segala surah yang kitorang tau, ofcourse laa tersedu sedu masa ni baca sebab gelabah.

Tiba-tiba aku terdengar suara seperti mengajuk aku tengah baca surah 3qul , Allahuakbar dia main ajuk ajuk plakk, seiring dengan bunyi kerusi dan meja lama jatuh dan seperti dilempar di bilik stor, masa tu aku dengan su pasrah je ape nak jadi , jadilaa, kami pon turun tangga dan BBAMMM!! terlanggar syikin “woii apesal lama sangat mandi, kau tak dengar ke aku dok melalak panggil ” aku pon cakap air tak de kat atas tu tu yang kitorang turun nak mandi kat sini.walhal perkara sebenar aku dan su rahsia kan sebab tak nak bagi diorang takut,

9pm
Selepas solat isyak berjemaah kami semua bersiap untuk tidur , namun harapan untuk terlelap dicantas kerana tiba-tiba ada orang kata dia nampak kain putih panjang sangkut dekat pokok kelapa belakang kantin semasa dia ke tandas, hampir kesemua murid keluar untuk melihat kain putih tersebut , aku? Aku masih ingat kata kata ayah aku untuk tidak mencampuri hal hal sedemikian jadi aku dengan beberapa murid lain hanya duduk dalam musalla, dan kami dikejutkan lagi dengan teriakkan budak perempuan dan derapan tapak kaki mereka seperti berlari ke arah musalla, dikatakan kain putih tersebut terbang kearah musalla seperti kemarahan dan mencari-cari sesuatu.

Guru petugas masa tu kalut memanggil nama peserta-peserta perkhemahan tersebut dan syikin? Mana dia? Aku bertanya kepada ain tapi ain jawab tak tahu sebab syikin keluar jugak masa kain putih terbang tu berlaku, manakala aku , syu dengan ain berada di musalla.Keadaan mula kecoh apabila cikgu memanggil nama syikin tapi tiada sebarang sahutan pon, Sah! Syikin hilang, tapi dia kemana? , setahu aku dia la manusia yang paling penakut dalam dunia ni, cicak jatuh pon dia dah bertempiaran lari.

Guru-guru mula mencari syikin dengan bantuan budak lelaki, tetapi entah mengapa hati aku mengatakan syikin berada di banggunan baru tempat kitorang mandi tadi, kalau nak dikatakan jarak antara musalla dengan banggunan itu selang dua banggunan lain jauh jugaklaa dalam anggaran 200 meter lebih. Oleh kerana aku tak dapat tahan perasaan “curious” aku ni, aku pon pergi kat banggunan tu ditemani su, bagai nak lerai jantung aku bila aku sampai kat banggunan tu aku nampak syikin berada di hujung koridor , su terus berlari mendapatkan bantuan dari cikgu dan ustaz manakala aku tetap disitu untuk memantau syikin.

Tiba-tiba syikin bersuara “pulangkan barang aku” aku blur, lepastu dia ulang lagi “pulangkan barang aku, anak aku” aku buntu, aku teringat yang syikin ada tunjuk dia jumpa botol besi masa tengah cari kitorang lepas dia mandi, ustaz dan cikgu pon sampai , aku berlari ke musalla untuk mengambil botol tersebut dan menyerahkanny kepada ustaz , dan benda ni telah diselesaikan dengan cara baik, benda tu hanya mahukan anak dia sahaja. Tidak hanya kerana bangunan tersebut ialah bangunan baru tapi bersebab kenapa guru-guru sentiasa melarang murid menjejakkan kaki seorang diri ke situ, lagi-lagi tingkat 4 yang berpuaka tu, kalau nak ikotkan banyak peristiwa yang berlaku di tingkat 4 ni, tapi takpelah InshaAllah ada masa aku cerita lagi.

Pengajarannya jangan lah sesekali dok gatal tangan nak ambil barang kalau barang tersebut bukan barang kita walaupun secantik mana pon benda tu, walaupun dimana kita berada , sebab makhluk makhluk ni selalu mengaburi mata kita dengan benda benda indah untuk menjayakan tipu helah mereka. Sekian bye bye ^^~~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ira
Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.