MISTERI DUSUN DURIAN

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca fiksyen shasha. Sebenarnya aku ni pembaca setia fs asal ada cerita ja dapat noty automatic click hahaha…aku memang minat cerita cerita sebegini.. Maklumlah perasaan ingin tahu aku ni tinggi. Nak bagi tahu dulu aku boleh nampak alam lain dalam kata lain six sense lh. Nampak bayang bayang lah, nampak susuk tubuh dia lah, walaupun aku pernah bertentangan mata dengan makhluk tu. Tapi cerita ni lah kali yang paling epic sekali dan kali terakhir aku berhubung dengan dunia tu.

Cerita ni berlaku kira kira 4 tahun lepas. Masa tu seingat aku tengah musim durian, ayah aku ada satu dusun durian dekat kawasan sawah padi dengan rumah kitoorang. Aku ni duduk kat kampung sebab tu lh semua jenis buah boleh petik ja kalau masa musim buah tu, tu yang best tu. Dalam kawasan jalan kat rumah kitorang ni asalnya dua buah rumah ja, rumah aku dan rumah jiran aku dan satu rumah kosong yang dulunya orang yang tinggal kat situ dikatakan membela jadi memang takde orang yang berani beli tanah rumah tu…kiranya memang dah lamalh kitorang dua family ni dah betapak kat sini.

Nak dijadikan cerita masa tu hujung tahun 2016 ada orang beli tanah tu, lepas masa dia buat rumah baru tu memang banyak lah dugaan yang berlaku. Macam tiang rumah yang dah disemen hancur takda kesan lah. Nak kate lembu tak mungkin sebab simen ni kadang amik mase dalam setengah hari pun dah keras kalau hancur pun mesti ada ketul-ketul ni hancur.

Okey dah pengenalan sambung cerita lak. Adik aku ni kira rapatlah dengan anak jiran baru kitorang ni, masa tu dia darjah 4 anak jiran aku pon darjah 4 jugak jadi kire satu batchlah kn. Punyalah bahagia dia dapat kawan pegi mana pon sekali. Memang sehari hari dia akan lepak kat rumah kawan dia tu jelh.

Nak dijadikan cerita hari tu umi aku suruh aku panggil adik aku suruh balik makan. Lepastu aku pun pergilah jalan kaki. Sesampainya aku kat rumah tu memang tutup rapat bak kata orang kelantan kemah keming hahahah. ok stop. Lepastu aku pon terus fikir yang dorang ni pergi makan durian kat hujung sawah tu kira jalan dia sehala je dengan rumah tu..

Aku pun ape lagi ambik langkah aku terus pergi sana. Dekat tepi rumah tu ada kebun getah kepunyaan tuan rumah sebelum tu lah. Memang semak samun belukar semua ada kat situ sebab dulu orang yang pernah menoreh kat situ pernah kena kacau kononnya belaan tuan rumah yang dulu tu lah. Masa aku lalu nak pergi dusun tu memang aku tak fikir ape aku terus je pejalanan aku, lepastu sampai lah dekat hujung kebun getah tu, Dekat hujung kebun gertah tu ada satu makcik ni dia tegur aku dia cakap “jale tu molek siket kalu sero pelik balik lalu jangei klih belake” maksud dia macam jalan tu elok elok kalau rasa pelik je terus balik jangan pandang belakang.. Aku pon terus angguk dan sambung perjalanan aku.. Masa tu memang aku lansung tak fikir apa-apa yang kebun tu memang orang dah lama tak masuk..

Aku pun terus masuk dusun tu aku panggil nama adik aku sebab sebelum aku masuk aku dengar bunyi orang duk cakap duk gelak aku pon lagi confident lah yang adik aku ada kat dalam tu…tup tup aku panggil nama dia senyap…sunyi je dalam tu..dusun tu kalau nak jelaskan luasnya memang luas sangat dan jalan dia macam separate gituuu..kira kalau dah pergi kat hujung dusun tu memang korang takkan nampak jalan kat luar. Aku fikir dorang tengah makan durian kat hujung dusun tu , aku pun pergi lah.. Eh kosong takda orang pon..

Aku pon putuskan untuk balik rumah cakap dengan umi aku adik aku takda. Tapi masa aku nak pergi depan dusun tu aku dengar suara adik aku macam dia panggil “kakak kakak “acamtu, Di tepi perantaraan hujung dusun dengan dusun depan tu ada satu padang. Padang ni memang kosong takda pokok yang tumbuh kat situ hanya yang ada rumput je..yang aku ingat ayah aku memang tak kasi kitorang pijak pun kawasan padang tu..dekat batas padang tu ade satu pokok yang batang bawah dia tak cecah tanah..korang boleh imagine tak? Dia hanya bergantung dekat pokok menjalar je…kalau sekali tengok memang merinding oiii…ade orang cakap pokok tu rumah cek ponti …entahlah..aku pun tak percaya sangat juga..

Dah aku dengar adik aku panggil aku, aku pon patah balik dalam keadaan berlari nak cari suara yang panggil aku tadi tu, masa tu aku tergelincir masuk padang tu sikit je kaki aku masuk kawasan tu sebenarnya…masatu memang aku tak perasan .. Lepas aku bangun tu dah terus lain permandangan aku tengok, aku rasa macam aku duduk dalam hutan tapi hutan yang dipelihara..memang pokok dalam tu kemas takda lah seram macam dalam hutan biasa tu…

Aku bangun lepastu aku lari lari anak nak cari jalan keluar..guest what? Aku sesat, setiap kali aku pergi dekat penghujung hutan tu aku datang balik dekat tempat asal aku start tu. Aku pun dah buntu aku duduk bersila. Masa tu memang aku tak tahu nak buat apa, yang pelik nya aku rasa tempat tu macam orang tengah lalu lalang. Korang boleh imagine tak? rumput ke daun kering ke kalau orang pijak dia bunyi macam keriuk keriuk acamtu…haa macamtu lah aku dengar..

Lepastu aku rasa macam ada orang tepuk bahu aku. Mula-mula aku was-was nak berpaling. Lepas aku berpaling tu aku nampak makcik yang aku jumpa dekat kebun getah tu dia cakap kat aku “gi balik ,hungga jangei paling blake’ pegi balik, lari jangan pandang belakang..aku pon terus lari…sampai aku kat rumah aku tu penuh orang dok berkumpul…aku sampai depan tangga rumah ayah aku terus turun peluk aku..aku pon dah kenapa ni? Pastu ayah aku cakap aku tak balik rumah dua hari dah…aku pon macam eh aku rase tak sampai sejam pon aku duduk dalam hutan tu.. Umi aku keluar dok nangis-nangis … Sebab malam pertama aku hilang tu dia mimpi aku kena ambik dekat sekumpulan orang yang berpakaian serba putih..lepastu aku tak balik balik…

Sekarang, sejakl umur semakin meningkat  ni memang aku dah tak boleh nampak dah benda-benda semua tu…, Aku pon tak tau kenapa.. Tapi aku dapat rasa akan kehadiran sesuatu…

Okeyhh tamat…
Sampai sini jelah cerita aku..
Satu je aku nak cakap kalau masuk hutan ni tingkah laku dan adab kena jaga jangan duk bergalak dalam tu..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ira

6 thoughts on “MISTERI DUSUN DURIAN”

  1. “Sekarang, sejak umur semakin meningkat ni memang aku dah tak boleh nampak dah benda-benda semua tu, aku pun tak tahu kenapa tapi, aku dapat rasa akan kehadiran sesuatu.”

    Mainan perasaan jer tu!

    Semua orang boleh rasa akan kehadiran sesuatu contohnya, sedang betul-betul menyampah tengok perangai Mak Leha kat TV, tup tup tup terasa kehadiran sesuatu menekan-nekan perut hingga terlepaslah angin kentut!

    Siapakah gerangan Mak Leha?

    Sudah tentu jawapannya, Mak Leha dalam drama “Tujuh hari mencintaiku”.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.