Pengalaman di Hospital

Assalamualaikum.

Kisah yang nak aku kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri ketika menjaga anak yang warded di salah 1 hospital swasta di Negeri Sembilan. Hospital swasta tang mana? Biarlah menjadi rahsia. Karang engkorang takut pulak kalau anak engkorang warded kat sana. Hahaha. Ketika tu husband aku tak ada sebab offshore di perairan Sabah. Mungkin bagi korang biase je tak seram mane pun. Tapi ni pengalaman sebenar la. Tahun 2015. Hahaha.

Kisah ni bermula pada malam anak aku ditahan di wad. Pada mulanya aku dan anak menunggu di wad kecemasan kerana tak ada katil. Pada waktu hampir menjengah maghrib baru ada patient yang keluar dan baru la anak aku dapat katil. Anak aku pada waktu tu berusia 1 tahun lebih dan ditahan di wad akibat jangkitan kuman. Jadi sebab dehidrasi dan demam suhu tinggi, keadaan dia lemah dan direhatkan agar proses iv drip + antibiotik berjalan lancar.

Selepas masuk ke bilik (hospital swasta-single room) anak aku masih tidur dan aku ambil masa tu untuk duduk di sofa panjang dan berehat. Pada masa tu jam pukul 11.45 malam. Aku capai majalah dan baca. Makin lama aku rasa keadaan bilik tu panas, padahal aircond sentiasa on. Aku bangun dan pegi ke arah aircond punya temperature controller, suhu 16. Tapi aku rasa panas sampai mula berpeluh. Aku tengok anak aku nyenyak tido. Jadi aku keluar dan pergi kaunter untuk bagitau nurse mungkin aircond rosak. Nurse kemudian ikot aku ke bilik tapi bila sampai je.. aik? suasana sejuk seperti biasa. Aku rasa pelik tapi tak ambik port sangat dan aku minta maaf pada nurse mungkin aku tersilap.

Lepas nurse keluar aku duduk kat sofa dan aku buka bacaan surah dari tab sebab memang kebiasaan bila anak aku tido malam aku akan buka bacaan surah. Pada mula bacaan ok tapi tak lama lepas tu bacaan mula kedengaran seperti tersekat2, lebih tepat lagi bunyi tenggelam timbul dan kemudian terus senyap tanpa bunyi. Aku tengok bateri tab masih full lagi. Aku mula rasa cuak dan terus duduk sebelah katil anak. Keadaan bilik malap dan mata aku mula meliar kiri kanan atas bawah. Tapi tak nampak apa2. Kemudian aku terlelap.

Dalam pukul 2 pagi camtu aku tersedar sebab nurse masuk untuk cek suhu anak aku dan lepas tu aku terus segar dan tak boleh nak tido balik. Sambil aku mengelamun tenung tingkap bilik tu tiba2 nampak ada bayang2 macam benda terbang. Langsir bilik agak jarang, jadi bayangan nampak jelas. Apa yang aku nampak macam ada benda terbang2 betul2 luar tingkap dan kemudian terapung betul2 di tingkap bilik wad anak aku ni. Tapi dia statik tak bergerak. Tak lama lepas tu terdengar bunyi macam air menitik kat dalam bilik. Kuat dan jelas. Aku alih pandangan sambil mulut kumat kamit baca segala ayat yang aku ingat.

Kemudian aku rasa nak terkucil. Dalam hati mula la menyumpah seranah jam ni la nak kencing bagai. Nak taknak aku pegi jela masuk bilik air. Masuk bilik air selesai kencing aku nak basuh tangan, time ni la dia main tutup2 lampu dengan aku. Tiba2 lampu terpadam dan terbukak. Aku buat rilek buat cool lagi. Dah nak keluar tu tombol pintu pulak tak boleh pulas. Keras macam kena kunci. Pusing2 tak boleh. Dengan lampu kejap tutup kejap bukak, tiba2 paip air terbukak sendiri. Time ni aku mula rasa nak marah. Hilang terus cuak aku. Cuba tolak pun tak boleh. Aku teringat pesan arwah abah aku kalau kene kacau ke bagi maki sedas kat dia. Ape lagi, sekali aku sound style arwah abah aku terus “gam***g! Haram jadah betol! Main kasar kau ye? Kau bukak pintu ni sekarang!” Lepas tu terus pintu boleh bukak. Hahaha. (Al Fatihah untuk arwah abahku).

Ni pada hari kedua pulak. Malam tu lepas anak aku tido aku pun duduk la nak rehatkan badan. Penat 1 hari layan anak aku meragam tambah2 part masuk antibiotik ikot iv drip. Aku baring kat sofa dan tenung siling. Dalam aku tenung tu tiba2 kat siling tu muncul sepasang mata tengok aku balik. Mata kaler hitam dan anak mata dia kaler kuning. Masa tu terus aku terbangun dan sebut astaghfirullahalaziim. Aku tengok siling lagi tapi takde ape-ape. Tak cukup dari tu dia main kuis2 langsir dan terdengar macam bunyi hissss kat luar tingkap. Dalam hati aku dah menyumpah dah. Semalam main kasar, hari ni kau main lembut pulak ye? Tiba2 anak aku bangun dan menangis2. Aku tenangkan anak aku dengan baca doa pendinding diri, ayatul qursi, 3 qul dan hembus kat ubun2 dia. Dalam aku pujuk anak aku tu mulut aku tak henti2 baca bismillahi tawakkaltu ‘alallah, la haw la wala quwata illa billah. Berulang2 aku baca baru la anak aku ok dan tido balik. Lepas tu keadaan pun jadi tenang.

2 hari berlalu dengan ok dan esoknya adik aku datang melawat. Tapi keadaan pun dah nak senja camtu. Jadi aku pun suruh la adik aku ni tengokkan keadaan anak aku kejap sebab aku nak turun ke bawah. Anak aku masa tu hampir nak sembuh dah. Cuma tunggu complete antibiotik je. Aku pulak time tu gedik nak turun ikot tangga bagai. Konon nak exercise la. Dari tingkat 4 aku turun ikot tangga. Keadaan terang jadi aku takdela takot sangat. Tiba kat tingkat 2 aku nampak ade susuk tubuh berdiri mengadap dinding. Dari pakaian dia aku rasa mungkin dia cleaner kat hospital tu. Aku terus turun melepas dia tapi tah kenapa tiba2 aku tergerak hati nak paling belakang. Alamak aii.. Benda tu takde muka tengah mengadap aku. Apa lagi berlari terus aku time tu. Turun tangga secepat yang boleh. Time tu aku tak fikir dah berape banyak lemak aku terbakar. Yang aku tau, aku kena turun dulu sebelum benda tu. Hahaha. Sampai pintu exit tingkat bawah aku main redah je. Bukak2 situ area kafe belakang hospital. Sudah la gelap pasal dah tutup. Pokok2 kiri kanan. Aku lari main redah je tak ingat apa dah. Tapi aku pasti benda tu macam kejar aku sebab sayup2 aku dengar macam ada bunyi angin dari belakang. Aku lari pecut je sampai kat tempat parking terbuka. Mujur situ ade dalam 3-4 orang. Aku berhenti lari buat cool jela. Dah beli barang ape aku nak terus naik bilik naik lif je. Hahaha.

Kemudian lepas tu syukur takde gangguan dan bila anak aku dah complete antibiotik dan boleh discharge aku terus balik. Alhamdulillah lepas tu takde apa2 dah. Tapi pengalaman ni terus segar dalam ingatan aku. Dan aku bersyukur jugak anak aku tak rase pengalaman ni. Hahaha.

.

Zee
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.