Menumpang Di Kawasan “Dia”

Assalamualaikum, Hi korang. Masih ingat aku yang buat cerita tajuk “Bayangan Hitam” Ha kali ni aku nak share pengalaman aku yang lain pula dekat korang. Sebabkan aku ada masa ni aku share lah dekat korang. Cerita ni bukan lah nak kata seram sangat tapi lebih kepada pengajaran. Dalam keseraman tu ada pengajarannya. Kalini cerita ni agak panjang juga lah. Maaf kalau korang tak suka baca cerita panjang-panjang tapi sebab aku rasa kalau dipendekkan macam tergantung atau tak lengkap. Okay sebelum korang mula membaca, tarik nafas dalam-dalam dan relax.

Sedikit pencerahan tentang rumah aku ya. Rumah aku ni boleh dikategorikan as apartment yang mempunyai 3 blok sahaja iaitu Blok A, Blok B, dan Blok C. Aku sewa di Blok C di mana blok tu menghadap hutan. Dalam rumah pula, ada 4 bilik iaitu main bedroom, bilik tengah, bilik belakang, dan bilik laundry. Toilet ada 2, satu dalam main bedroom satu lagi dekat luar. Main bedroom ni berhadapan dengan bilik tengah manakala bilik belakang dekat dengan pintu masuk dan bilik laundry berhadapan dengan toilet luar. Rumah aku ni ada balkoni yang kecil je cukup untuk berdiri or duduk bersila nak letak kerusi memang tak muat, hahaha.

Dalam rumah ni kitaorang sewa seramai 7 orang termasuk aku(5 kawan aku, 1 senior). Orang yang dalam rumah ni semuanya yang sama dengan kisah sebelum ni cuma penambahan 2 watak baru je. Semua nama watak bukan nama sebenar. Kejadian ni berlaku 2 tahun lepas (pertengahan tahun) dan masa ni kitaorang sem 3 atau sem 4 macam tu aku tak berapa nak ingat.

————–

Satu hari tu kitaorang semua baru balik dari class and Amy(senior) baru balik dari kerja. Biasa lah student life, balik class tidur sebab penat then malam berjaga buat kerja yang lecturer bagi. Okay, kitaorang semua balik rumah tu terus tidur lepas dah mandi semua. Tak lama lepastu baru Amy balik and dia rest je atas katil. Before maghrib tu masing-masing dah pun bangun tapi semua main phone dekat atas katil sendiri. Lepas sorang-sorang mandi apa semua then kitaorang makan. Then kitaorang melepak je lah masa tu sembang kedai kopi dalam rumah, hahaha tak padan dengan perempuan.

Dalam pukul 10 lebih macam tu Zii, Amy dengan Ani dah pun masuk bilik untuk tidur. Diorang memang jenis tidur awal. Masa ni dekat ruang tamu hanya ada aku, Mimi, Rin, dengan Di je. Kitaorang pun sambung lah borak macam lepak kedai kopi. Pung pang-pung pang, huha-huha dah pukul 11 lebih. Seronok sembang gelak ketawa sampai tak sedar esok tu masing-masing ada class pagi (biasalah dengan member). Tengah masing-masing sembang biasa, tetiba takda angin takda ribut PANGGG!!!!!! pintu bilik belakang tertutup dengan kuat. Kitaorang yang dekat ruang tamu terkejut and masing-masing pandang each other. Part ni masing-masing start berdialog:-

Aku: Erm, kita sembang kuat sangat ke? Marah betul tu sampai mcam tu tutup pintu.

Di: Kuat macam mana pun, Zii takkan bangun sebab dia boleh tidur dalam keadaan bising. Dia tak boleh tidur sorang-sorang dalam keadaan gelap je that’s why Di tak tutup pintu. Fiey, Di takut lah.

Aku: Aik, pelik. Habistu kenapa dia tutup pintu macam marah?

Di: Tak tahulah Fiey. Di dah tak sedap hati ni.

Aku: Ha takpa Fiey pergi check.

Di: Di nak ikut.

*masa ni aku langsung tak fikir pasal “benda” tu.

Then, aku dengan Di pun pergi lah tengok. Di ikut aku dari belakang. Masa kitaorang sampai je depan bilik laundry tu, aku dah start meremang sampai ke tengkuk. Sampai je depan pintu bilik belakang, aku baca ”Bismillah”, belum sempat aku sentuh tombol pintu, aku dah rasa panas dekat tombol pintu tu. Aku gagahkan diri aku untuk buka juga kalau tak buka apa jadi dengan Zii. So, bila aku buka je satu badan aku terus meremang bila nampak Zii. Kedudukan Zii masa tu dia dalam keadaan duduk, kaki lunjur and tangan dekat tepi kaki, rambut dia tutup muka dia and dia tengah tunduk ke bawah. Aku terus tutup pintu balik and pergi dekat ruang tamu. Aku terkejut and panik sebab aku tak pernah alami situasi macam ni.

Mimi dengan Rin pun terus bangun dari tempat duduk and berdiri belakang aku. Aku minta tolong Rin untuk kejutkan Amy dengan Ani. Diorang dalam keadaan mamai tanya kenapa sorang pun tak jawab. Seminit macam tu, aku boleh pula nak husnuzon cakap dia mengigau kot padahal bulu roma dah meremang. Aku tak tahu apa yang aku fikir masa tu sampai aku boleh pergi call Zii, ya Allah apa kena dengan aku pun tak tahu lah. Then bila phone Zii berbunyi je, Zii terus memekik minta tolong sebab pintu tu terkunci.

Zii: *sambil mencuba untuk membuka pintu* Korang buka lah pintu ni? Kenapa korang kunci saya dalam bilik? Buka lah korang.

Aku: Zii, kitaorang tak kunci pun pintu tu. Pintu tu terkunci dari dalam, nak buka kitaorang mana ada kunci.

Lepastu Zii ni masih memekik minta tolong makin kuat. Aku cakap dengan housemate aku yang lain buka ayat Kursi dengan surah Yaasin then aku minta tolong Mimi roger member dia yang pandai bab-bab ni. Oh ya, masa Zii memekik minta tolong tu, housemate aku yang lain semua lari menyorok dekat balkoni tinggalkan aku sorang dalam rumah dekat ruang tamu. Lepas aku minta tolong tu baru diorang semua masuk. Dalam 5 minit Zii minta tolong tu tetiba dia senyap and pintu bilik tu terbuka sendiri secara slow motion je. Then member Mimi pun sampai depan rumah and aku pergi buka pintu. Diorang masuk je terus ke bilik belakang dan bercakap dengan Zii. Masa tu Zii tak cakap apa-apa selain “Saya takut” sambil menangis. Tak lama lepas tu 2 ke 3 orang member Mimi panggilkan guard untuk tolong kitaorang settlekan hal ni. 5 minit macam tu guard pun sampai dan suruh kitaorang bawa dia keluar dari bilik dan tenangkan dia.

Zii: Kenapa korang tinggalkan saya? Kenapa kunci saya dalam bilik? Saya ingat Di sebelah saya tapi bukan, saya takut. *sambil menangis*

Aku: Kitaorang tak kunci pintu pun Zii, elok je duduk dekat ruang tamu bersembang tba-tiba pintu bilik awak terhempas. Kitaorang ingat awak yang tutup, then tetiba awak menangis. Dah-dah takda apa dah pun. Benda tu dah takda dia tak kacau awak, okay.

Sebelum guard tu sampai, member Mimi semua dah balik dan salah seorang dari diorang suruh kitaorang tunggu depan pintu rumah supaya senang guard tu nak cari rumah. Sementara tunggu guard datang, aku dengan Di berdiri depan pintu rumah sambil baca surah Yaasin. Tengah leka baca tiba-tiba ada angin hembus dekat kitaorang apa lagi tunggang langgang lah Tajwid kitaorang baca surah Yaasin tu. Di dengan menggigil takut, aku pun dah seram tapi gagahkan juga. Yelah, kalau dua-dua takut siapa nak tenangkan siapa.

Hampir 10 minit kitaorang tunggu, akhirnya sampai juga guard. Yang peliknya, bukan guard seorang je ada lagi seorang iaitu polis. Kitaorang dah pelik tiba-tiba polis datang. Bila ditanya, rupa-rupanya ada jiran kitaorang report polis sebab dengar orang menjerit minta tolong sebab dia ingat something bad happen dekat kitaorang. Polis tu balik sebab takda apa-apa then guard pun suruh kitaorang bawa Zii masuk dalam bilik, pasang surah Yaasin dan Ayat Kursi lepastu baca sama-sama dalam bilik. Malam tu semua berkumpul dalam satu bilik sebab masing-masing tengah takut, nak keluar bilik pun tak berani. Guard tu suruh kitaorang stay dalam bilik dulu bagi Zii tenang sementara guard nak panggil ustaz. Dalam 10 minit juga guard cuba untuk contact ustaz tapi malangnya tak angkat. Yelah mungkin ustaz dah tidur sebab dah lewat malam kan. Lepastu guard tu panggil aku.

Guard: Abang dah cuba contact ustaz tapi tak dapat. Takpa, abang tolong apa yang boleh untuk malam ni, esok awak bawa kawan awak jumpa ustaz.

Aku: Okay, terima kasih bang.

Guard tu dia ada baca ayat-ayat suci al-Quran dekat satu botol air then dia serahkan botol tu dekat aku and suruh aku bagi dekat Zii. Lepas dah ambil botol air, guard tu pun gerak untuk kembali bertugas semula. Then aku buka semua pintu bilik kecuali master bedroom. Malam tu kitaorang jadi manusia yang membazir sebab kipas lampu semua kitaorang buka sebab nak bagi rumah terang. Masuk je master bedroom, aku tutup pintu and join yang lain baca ayat Kursi dengan surah Yaasin. Masa tengah berlakunya chaos di awal penceritaan, aku ada call ayah aku apa nak buat. Then ayah aku cuma cakap time dah reda keadaan letak buku surah Yaasin dekat atas badan dengan tangan dia, kalau tak pun letak berdekatan dengan dia.

Aku pun ikut lah apa ayah aku suruh buat, eh masa ni geramnya aku tengok Zii ni. Dia boleh buang balik buku surah Yaasin tu. Aku geram aku letak balik lepastu aku pegang tangan dia supaya dia tak buang lagi buku surah Yaasin tu. Masa masing-masing tengah leka baca ayat Kursi dengan surah Yaasin, tiba-tiba aku dengar suara seseorang tengah humming ayat Kursi. Mula-mula aku ingat aku salah dengar tapi bila aku pandang housemate aku yang lain, diorang bagi isyarat diorang pun dengar. Bila aku letak telinga aku berdekatan Zii, aku tak dengar apa-apa pun. Aku cakap dengan diorang teruskan bacaan dan kuatkan volume surah Yaasin yang kitaorang buka tu.

Alangkah terkejutnya aku masa tengah khusyuk baca surah Yaasin, aku terpandang ke arah Zii yang tengah senyum sinis dan mata pandang atas tengok aku dengan pandangan yang tajam. Masa tu jantung aku laju gila, Allah je yang tahu betapa terkejut dan seramnya aku masa tu. Then aku ambil selimut tutup muka dia sambil letak balik buku surah Yaasin yang jatuh tu dekat tangan dia. Selang 5 minit macam tu, aku bangunkan Zii untuk bagi dia minum air yang guard tu dah baca ayat-ayat al-Quran. Mula-mula dia taknak, housemate aku yang lain pujuk pun tak jalan last-last aku cakap sekali je terus setuju nak minum. Dalam pada beria suruh Zii minum air tu, aku dengar lagi sekali suara seseorang tengah humming ayat Kursi tapi aku biar je malas nak layan. Masa sesi pujuk-memujuk Zii ni, dia boleh buat drama pula.

Aku: Zii, minum sikit eh air ni nak bagi awak rasa lega.

Zii: Saya taknak sebab korang ada letak something kan dalam air tu.

Aku: Eh ya Allah takkan lah kitaorang tergamak nak letak something dalam air ni. Takda lah ni air biasa je kitaorang ambil dekat dapur tadi.

*Zii pun minum seteguk then tetiba dia buat muka sakit and cakap “sakit”*

Aku: Sakit? Ha takpa minum lagi. *masa ni aku jadi jahat sikit lah tak peduli pasal sakit dia tu sebab aku dah sakit tangan angkat dia berat gila*

Lepas je Zii dah minum air, tetiba dia jeling dekat aku sambil senyum tapi demi Allah creepy gila masa dia buat macam tu. Bila kitaorang dah baringkan dia, aku jadi terus hilang energy but still kena kuatkan diri juga sebab yang lain tak boleh nak handle since ada yang tengah “cuti”. Lepastu masing-masing pun sambung baca surah Yaasin. Dalam 15 minit macam tu, yang lain mengantuk and tidur, tinggallah aku dengan Di je. Around 10 minit, Di pula cakap dengan aku yang dia mengantuk, aku suruh dia tidur biar aku yang jaga sebab mata aku boleh tahan lagi. Zii masa ni tengah baring tapi asyik bergerak je, tengah panas lah tu tapi aku biarkan je malas nak layan. As long as dia tak buat hal aku okay je. Then dalam 20 minit macam tu aku kejut Di untuk teman aku solat Subuh. After aku solat tu, Zii ni dah buat dah perangai dia.

Di: *bisik sambil cuit aku* Fiey, Zii bangun nak keluar bilik tu.

Aku: Eh Zii, nak pergi mana tu?

Zii: *keluar bilik sambil tarik tangan Di dan langsung tak pedulikan aku*

Di: *sambil tarik tangan aku* Fiey, ikut sekali. Di takut.

Aku: *lepaskan tangan diorang and aku yang ikut Zii*

*Zii masuk bilik then baring*

Aku: Zii? Kenapa baring dekat sini? Baringlah sekali ramai-ramai dekat bilik depan.

Zii: Taknak, sana panas. *dia diam 3 saat then bercakap balik* Kenapa korang ikut saya pergi mana-mana ni?

Aku: Takda apa saja je. Jom lah masuk bilik depan tu, dah sejuk dah bilik tu.

Zii pun bangun lepastu tukar baju and masuk toilet cuci muka. Lepastu aku terus bawa dia masuk bilik depan tapi dia taknak so, aku dengan Di duduk lah dekat bilik belakang tu. Dalam pukul 7 lebih macam tu aku kejut semua housemate aku untuk bersiap nak pergi jumpa ustaz. Aku orang yang terakhir mandi masa tu. Masa aku tengah bersiap tetiba housemate aku lepas sorang-sorang masuk bilik depan and mengadu dekat aku.

Rin: Fiey, tolong kejap. Aku tak faham lah dengan Zii tu.

*Ani dengan Di masuk bilik*

Di: Fiey, cakap lah dengan Zii tu. Kitaorang dah pujuk tapi macam tu juga.

Ani: Kau try pujuk mungkin dia okay ke.

Aku: Asal ni? Asal nak kena pujuk Zii pula?

Di: Zii taknak pergi jumpa ustaz. Di sampai kena tengking dengan dia tadi.

Aku: Pula dah. Masalah betul lah dia ni. Ha kejap lah bagi Fiey siap dulu.

*then aku pergi bilik belakang and cakap dengan Zii*

Aku: Zii, asal taknak pergi? Kan bagus jumpa ustaz at least kita tahu benda tu nak apa, kenapa dia pilih awak.

Zii: Benda tu? Dia pilih saya? Saya tak faham lah apa yang jadi sebenarnya?

Aku: Zii, awak memang tak ingat apa-apa yang jadi semalam?

*then Zii cerita apa yang dia ingat, lepastu dia cakap tak ingat balik*

*masa ni aku dah bengang sebab dia putar belit cerita dengan keadaan yang agak tegang masa tu*

Aku: Zii ingat ke tak ke kita tetap pergi juga,okay. Lagipun benda ni untuk kebaikan Zii juga.

Then Zii pun setuju lah nak pergi jumpa ustaz tapi dia buat muka tak puas hati. Oh ya masa aku bercakap dengan Zii, yang lain dekat belakang aku dengar je. Dah macam nak buat jahat je aku tengok diorang. Then kitaorang pergi lah Darul Syifa’ yang ada dekat area Bangi tu. Masa sampai sana dia buat pengai balik taknak masuk tapi kitaorang paksa dia akhirnya masuk juga. At that time, kena daftar and tunggu turn sebab ramai gila orang. Sampai je turn kitaorang dipanggil, ada seorang ustazah tu suruh aku bawa Zii pergi satu ruang dekat belakang. Yang ikut aku cuma Zii (of course), Di dengan Rin. Yang lain tunggu dekat bahagian depan. Oh ya kitaorang ada beli air in case ustaz perlukan air untuk rawat Zii.

Sementara tunggu ustaz panggil kitaorang, aku ada pesan dekat Zii untuk cerita dari A-Z apa yang jadi sebab masa dalam kereta tu aku bagitahu dekat dia the whole story. Harapan aku musnah bila ustaz panggil aku duduk sebelah Zii untuk cerita balik apa yang jadi since Zii cerita putar belit. Masa aku tengah cerita tu, aku jeling dekat Zii sebab aku marah dia putar belit cerita. Then ustaz pun mulakan perubatan. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Ustaz ada pesan dekat aku, apa yang Zii kena buat balik rumah nanti. Sebelum balik ustaz ada pesan dan bagitahu sebab kenapa “benda” tu serang kitaorang semalam.

Ustaz: Benda ni dia marah sebenarnya.

Aku: Marah sebab apa ya ustaz?

Ustaz: Marah sebab awak kacau dia. Awak buat bising, menyanyi dan tidur lambat. Awak tahu kan awak duduk dekat kawasan dia?

Aku: Oh, tahu ustaz. Okay, lepasni kitaorang cuba untuk kurangkan dan ubah sikit-sikit apa yang kitaorang selalu buat.

Sampai rumah tu kitaorang makan then Zii bersiap nak balik rumah dia (rumah family) aku pun okay je as long as dia ikut apa yang ustaz pesan tadi okay dah. Masa dia keluar bilik tu, makin bertambah geram aku sebab dia buat drama lagi sekali guys. Dah lah kitaorang dah beli makanan tapi dia tak makan lepastu buat drama pula mana kitaorang tak bengang.

Zii: Korang ambil lah air (yang ustaz dah baca doa tadi) ni saya taknak.

Aku: Eh asal taknak pula? Ustaz bagi air tu dekat awak bukan dekat kitaorang. Yang sakit awak bukan kitaorang Zii.

Zii: Ala, takpa ambil je. Saya letak sini eh. *letak air dekat atas kabinet*

Aku: Eh tak-tak. Jangan nak mengada. Awak ambil ni bawa balik. Lepastu buat apa yang ustaz pesan tadi. Awak dengar and ingatkan? Ha takpa kalau tak ingat kita whatsapp step dia dekat awak.

*Zii pun dengan secara terpaksa ambil botol air tu then masukkan dalam bag dia*

Then, aku tolong Zii angkat barang dia and bawa pergi basement. Masa tu tengah hujan lebat. Dalam bengang tu risau juga lah keadaan dia nak balik nanti kan. But masa tu aku doa banyak-banyak semoga dia selamat sampai rumah. Lepas Zii dah gerak balik, aku naik rumah balik and terus minta tolong Di whatsapp mak Zii bagitahu apa yang ustaz pesan. Tapi sayangnya mak dia bluetick je, hm lol. Alhamdulillah lepas kejadian tu dah takda apa-apa yang berlaku and seminggu selepas kejadian tu kitaorang pindah rumah.

So, pengajaran dari cerita aku ni adalah bila kita datang tempat ‘dia’ jangan lah kacau ‘dia’ dengan buat bising, menyanyi macam orang gila, tidur lambat, gelak huha-huha tak ingat dunia. Silap kitaorang sebab tak jaga kelakuan masa menumpang dekat kawasan ‘dia’. Nak berhibur boleh tapi jangan sampai kita lupa kewajipan dan lupa untuk jaga tingkah laku kita. ‘Benda’ tu suka bila kita jadi tak ingat dunia. Ingat kemana je kita pergi jaga tingkah laku guys. Jangan ikut contoh kitaorang okay. Semoga jumpa lagi, bye Assalamualaikum. Peace out 🙂

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fiey
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1.5]

4 thoughts on “Menumpang Di Kawasan “Dia””

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.