Kumpulan A, Blok Wirawati Kem PLKN Chamang

Cerita ini tahun 2006. Kumpulan A PLKN. Berlaku di blok wirawati.

Ok. Cerita 1. Hantu Galah.
Berek blok kami paling hujung. Group Alpha. Menurut jurulatih, blok kami and blik group charlie merupakan laluan utama makhluk halus ini. So dia nasihatkan untuk tidak keluar selepas waktu tidur. Satu malam, waktu Jurulatih ni tengah tidur, dia rasa kaki dia kena cuit. Dia buat tak tahu.

Then selimut dia kena tarik. Waktu tu dia dah start resah gelisah sebab dia tinggal seorang. Dia tutup mata. Dia tarik balik selimut tu. Benda tu tarik balik. Dia beranikan diri untuk sentap selimut tu. Sakit hati agaknya benda tu sebab Jurulatih ni main tarik tali..

Eh.. Tarik selimut. So benda tu rentap kuat. Tapi Jurulatih ni sempat tahan dari semua selimut kena tarik. Di tarik balik. Sambil baca doa. Tapi maybe sebab baca terabur kot, tak effect kat benda tu. benda tu tarik lagi kuat.

Kali ni Jurulatih tu tak sempat tahan selimut. Selimut terlepas. Dia tak sempat tutup mata. Dia kata jelas dia nampak hantu galah tengah tunduk macam orang rukuk tu.. tengok dia. Waktu tu dia kata, nak luluh jantung. Dia kaku. Tapi nasib baik juga sebab hantu galah tu hilang tak lama lepas tu. Sekian…

Cerita ke dua pasal hantu tepi tingkap. Lepas kejadian tu, jurulatih ni pindah bilik. So bilik dia dijadikan surau. Dengan harapan tiada orang kena kacau sebab bilik tu dah dijadikan tempat ibadat.

Satu hari tu, kawan saya si A, lambat bangun. Hari ahad. Malas nak ke surau utama. So dia pergi sembahyang kat bilik tu. Sorang-sorang. Tengah dia sembahyang, dia rasa tak sedap hati. Macam diperhatikan. Dia try kusyukkan diri. Tapi still tak jadi. Then dia dengar macam pintu surau dibuka and bunyi orang jalan masuk. So rasa lega sikit. Fikir ada orang temankan. Still rasa macam diperhatikan.

Bukan dari belakang, tapi dari tepi kat tingkap. Dia pandang je sejadah tu. Rakaat pertama lepas. Rakaat ke 2.. Time doa qunut, dia terpandang tingkap. Kat tingkap tu dia nampak bayang tinggi dari paras standard rakyat malaysia kat situ. Macam tengah tekap muka and tangan kat tingkap. Paling dia ingat dia nampak mata merah.

Kaki dia start goyang. Dalam masa yang sama dia terfikir siapa yang masuk tadi and Takkan tak setel lagi pakai telekung. Banyak la soalan dia terfikir. Memang total loss untuk solat dia subuh tu. Tapi kira dia jiwa kental jugalah. Dia setelkan sembahyang subuh tu walaupun totally tak kusyuk. Habis je dia bagi salam, dia tengok balik tingkap tu. Still ada! Then dia tengok sekeliling. Tiada orang! Try bayangkan perasaan dia waktu tu. Dia baca doa qunut alfatihah etc. Tak lama lepas tu yang mata n tangan kat tingkap tu start macam ke belakang. Dia tak puas hati, dia cepat-cepat buka pintu nak tengok kalau-kalau ada orang saja nak sakat dia. Dia buka pintu, tengok kiri kanan.. Tiada orang.. Tiada bunyi orang jalan or lari.. Sunyi sepi.

Detail dia tak berapa ingat. 10 tahun yang lalu kot… Tapi macam tulah lebih kurang.

submit kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

11 thoughts on “Kumpulan A, Blok Wirawati Kem PLKN Chamang”

  1. Aku penah rasa gak time solat macam macam bende aku pikir. Dalam hati “oh jin islam ni nak aku imamkan dia” SIOT JE AKU SOLAT TAK KHUSYUK DAHπŸ˜‚

    Reply
  2. Penah gak rase cmtu mcm ade benda kat blkg dyk memerhati waktu tgh solat…xtaw laa tu malaikat ke syaitan ke…buat xthu jer….mintak2 xder lgi dh perasaan cmtu…mmg x khusyuk lgsg solat…

    Reply
  3. Saya ex pelatih PLKN di Kem Tasik Meranti, Kaki Bukit, Perlis yang bersebelahan dengan kem biro tata negara. In shaa Allah, kalau ada masa, saya akan ceritak pengalaman sepanjang 3bulan kat sana. Pada yang tau, kawasan tu memang terbaek!!!!

    Reply
  4. kalau sye kat tempat awak confirm terkencing sebab takut sangat…sye nie memang penggemar cerita hantu tapi kalau dh nampak betul2 depan mata atau saje kawan nak mengusik pon sye boleh pengsan…hahahah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.