Rumah sewa puaka
Assalamualaikum…para pembaca FS yang dikasihi. Namaku Jannah. Dalam penulisan kali ini aku ingin menceritakan kejadian yang aku alami ketika menyewa sebuah rumah di Alor Setar.
Kejadian berlaku dalam 8tahun lepas. Aku di offer kerja sebagai manager di sebuah coffee house yang bertempat di Alor Setar. Memandangkan gaji aku yang tak berapa nak cukup sebelum tu, setelah berfikir panjang aku pun terima offer dari kenalan aku jugak yang merupakan pemilik kepada coffee house tu. Walaupun tempat baru tu agak jauh dan memerlukan aku untuk berpindah rumah ke Alor Setar tapi demi mencari nafkah aku rela berpindah.
Setelah puas mencari rumah sewa akhirnya aku dapat sewa sebuah rumah teres di kawasan Mergong. Itu pun setelah ada kawan yang tolong rekomen kepada tuan rumah. Lokasi rumah tu berhampiran dengan sawah bendang. Aku memilih lokasi tu kerana tak jauh dari tempat kerja aku hanya dalam 2 kilometer. Dan itulah rumah yang paling dekat ada untuk aku yang kosong dan harga mampu dengan poket aku yang tak berapa nak cekang ni. Bersebelahan rumah ada jiran yang tinggal aku kira tak ada la benda-benda pelik kan.
Hari aku mula masuk ke rumah tu apa yang aku tengok rumah tu seperti telah lama ditinggalkan. Rumah tu kotor dan bersawang teruk. Dindingpun lusuh kotor. Ada sebiji peti ais yang masih berfungsi elok. Itu je. Perabot lain tak ada, pandai-pandailah aku kena beli sendiri. Aku cuma bawa katil bujang dan tilam je semata-mata.
Setelah berkemas- kemas serba sikit bermulalah kehidupan aku bersendirian di rumah sewa puaka tu.
Coffe house mula beroperasi pukul 9pagi, setiap hari aku keluar rumah seawal jam 8pagi, balik kerja pukul 2pagi lepas selesai closing. Maklumlah kerja bahagian fnb ni agak memenatkan.
Pada awalnya aku tinggal di rumah tu tak ada apa-apa yang berlaku cuma aku sering rasa diperhatikan. Tak tahu kenapa…tapi itulah yang aku rasa. Aura rumah itu aneh sekali. Kadang-kadang buku roma meremang, kadang-bunyi bisikan. Rumah tu ada 3bilik, 1 tandas dan 1 bilik mandi. Aku cuma menggunakan bilik tidur utama di bahagian depan. Lagi dua bilik tu aku biarkan kosong. Lagipun aku malas nak masuk kemas bilik-bilik tu, bukan ada orang nak duduk pun. Sudahlah usang, gelap, bersawang, siling pun pecah-pecah, berlubang. Tak kuasa aku nak fikir. Bukan tak ada niat nak kemaskan bilik-bilik tu cuma aku tangguhkan dulu sebab letih kerja. Balik dah pukul 2 pagi baru selesai mandi dan baring esoknya nak bangun awal lagi.
Selepas seminggu lebih aku tinggal tu start gangguan-gangguan yang aku rasa. Pintu tandas terbuka dan tertutup sendiri. Pintu bilik belakang terbuka dan tertutup seolah ada angin. Padahal waktu tu memang langsung tak ada angin. Rumah aku pulak tak ada lubang udara yang angin boleh masuk macam tu. Yang pelik kalau angin kenapa pintu bilik no 2 bergerak pintu bilik no 3 tak bergerak. Kalau pintu bilik no 3 bergerak, pintu bilik no 2 tak bergerak. Kalau pintu tandas bergerak, pintu bilik no 2 dan no 3 tak bergerak. Aku dapat rasakan kejadian aneh ni. Aku fikir mungkin benda tu ada di rumah tu yelah kan sebab rumah tu dah lama ditinggalkan.
Satu malam tu aku balik kerja sampai di rumah pukul 130 pagi, selesai mandi dan kemas-kemas, pukul 230 aku baring. Tapi tak boleh nak lelapkan mata. Aku berchatting dengan group kawan-kawan aku di whastapp sementara tunggu mata nak terlelap. Aku senyum-senyum baca chat dari kawan aku yang bergurau dalam group. Tiba-tiba ‘bedebum!!!’ Pintu bilik aku terbuka terhempas kuat ke dinding seolah ada yang menolak dari luar. Yg pelik aku dah lock pintu bilik aku sebelum tu. Cepat-cepat aku bangun dan check sama ada angin punya angkara atau apa tapi malangnya langsung tak ada angin. Yang ada cuma aura panas bertambah dengan ruang rumah yang tertutup penuh.
Tiba-tiba radio aku terpasang dengan sendiri. Korang tau tak radio tu berkumandang lagu ‘ku kunci rindu buatmu’. Radio kecilku yang menggunakan bateri. Kemudian radio tu m**i. Yang ada hanya suara perempuan yang bernyanyi sambung lagu di radio tadi..suara tu bukan datang dari radio tu! Benda tu yang menyanyi,
“Ku kunci rindu buatmu…hihihihiiiii… ku rela hidup sendiri… hihihihiiiiii“
diiringi dengan tawa yang panjang. Jantung aku dah berdegup macam nak pecah masa tu. Perasaan bercampur baur. Yelah aku seorang dan perempuan pulak tu, takut kalau apa-terjadi macam mana aku nak minta bantuan. Aku beranikan diri tutup semula pintu bilik aku. Aku cabut batery radio dan campak jauh-jauh. Dan baring semula di katil aku. Sambung tengok phone. Tiba-tiba suara kasar perempuan tegur aku
“Hey… buat tak tahu yaaa??!!! Hihihihiiiiiii…”
Suara tu terus ketawa panjang. Aku tergamam dan terketar-ketar dah waktu tu weyh… aku pura-pura tak dengar dan terus tengok group whatsapp. Sedangkan otak aku dah ke lain tak boleh fokus dah dengan phone tu. Dengan keadaan bilik aku yang gelap gelita tu membuatkan pandangan aku terhad.
Dalam kesamaran aku ternampak kelibat bayang hitam berlegar-legar dalam ruang bilik. Suasana jadi sunyi sepi, hanya jantung aku berdegup laju. Kemudian bayang-bayang hitam tu hilang. Bulu romaku meremang tegak.
Kemudian kedebummm!!! Bunyi pintu bilik no 2 di hempas, bilik bersebelahan aku. Kemudian skali lagi pintu bilik no 3 di hempas kuat. Sekali lagi aku terkejut beruk. Tiba-tiba aku rasa mual dan pening. Katil aku baring tu di goncang kuat. Aku on lampu di handphone aku, aku bangun perhati sekeliling termasuk bawah katil. Tak ada apa-apa! Kemudian aku berjalan untuk naik ke atas katil dan pada masa tu jugak aku rasa kaki aku di rentap oleh tangan yang berkuku panjang dari bawah katil. Apa lagi, melompatlah aku naik ke atas katil. Aku dah tak berani untuk tengok apa-apa aku pejamkan mata dan benda tu goncang lagi katil aku sehingga aku tertidur dalam ketakukan.
Pukul 3.30 pagi aku terjaga sekali lagi sebab terdengar suara menangis mendayu-dayu dari dapur aku. Sudah la esok aku nak kerja lagi, kena bangun awal. Benda tu pulak tak habis-habis ganggu aku. Rasa nak menangis waktu tu jugak. Tapi aku beranikan diri ke dapur. Aku buka lampu dan aku cakap kat benda tu,
“Hang jangan ganggu aku, aku duduk sini baik-baik ja, aku tak ganggu hang pun. Esok aku nak kerja!”
Sempat pulak aku bagitau dia aku nak kerja, adoi… aku pun off balik lampu dapur dan berjalan dalam keadaan gelap untuk masuk ke bilik tidur utama. Tapi masa aku melintasi bilik no 2 tu aku tertoleh ke arah dalam bilik no 2 tu. Aku nampak sorg perempuan berambut panjang mengurai, duduk bertenggek di bucu dinding dalam bilik tu. Tinggi dekat siling weyh. Aku agak dia adalah langsuir atau ponti kot. Macam nak terkencing aku dibuatnya! Aku berlari ke bilik utama dan kunci pintu bilik dan pejam mata. Lepas tu aku rasa angin sejuk bertiup ke muka dan seluruh lubuh aku. Benda tu sentuh bahu aku dengan jari keras dia tu. Aku dapat rasa cengkaman di bahu aku semakin kuat, rambut panjang dia terkena kepala aku. Takut bukan kepalang, Aku hanya mampu memejamkan mata dan membaca ayat qursi berulang kali sehingga aku tertidur.
Keesokan paginya azan subuh bergema, aku terjaga dari tidur kira-kira jam 6pagi. Dan teka gais aku kat mana? Aku kat bilik no 2 yang aku nampak kelibat langsuir semalam! Tidur atas lantai simen je tak beralas, sememangnya bilik tu tak ada tikar getah. Seingat aku, aku dah berlari tidur di bilik aku semalam. Siapa yang ubah aku ke bilik no 2 tu? Jangan cakap aku mengigau pulak sebab aku tengok di bahu dan bahagian kaki yang di rentap semalam ada kesan lebam dan kesan kuku. Sah! Gangguan yang aku alami tu adalah nyata, bukan mainan tidur.
Pagi tu aku bersiap-siap untuk pergi kerja dan tengah aku sarung stokin dan kasut di luar pintu rumah, aku ditegur oleh makcik jiran sebelah. Itu kali pertama aku berjumpa dengan jiran setelah aku pindah ke situ. Genap sebulan. Makcik tu tegur aku;
Makcik : Adik duk rumah ni sorg diri ka?
Aku : ya makcik, kenapa makcik?
Makcik : Oh takdak apa, berani betul adik duduk rumah ni sorang-sorang ya.
Aku dah semakin pelik dengan ayat makcik tu.
Aku : Berani? Ada apa ya makcik, tak faham..cuba cerita… awt makcik cakap macam tu?
Makcik : Dak aih sebelum ni ada budak-budak laki budak kolej sewa tapi lama dah la, depa pun tak tahan duduk rumah ni. Duduk ramai-ramai pun tak tahan. Semua duduk sat ja depa lari keluaq habih. Banyak kali dah org keluaq masuk.
Aku : Awat depa lari makcik ?
Aku pura-pura tanya dalam tenang. Pura-pura tak tahu apa gitu. Sebenarnya aku dah macam tak keruan. Aku dah tahu dah rumah tu berpuaka dan semalam je baru aku kena usik dengan benda tu dan harini baru la makcik jiran nak bagi hint.huhu..
Makcik : Takda apa aih , dah adik berani duduk, adik duduk la makcik takmau la cerita apa. (Makcik tu senyum sambil mata melirik kerumah aku tu)
Aku dah syak apa yang makcik tu cuba nak sampaikan kat aku. Cuma makcik tu taknak aku takut je. Aku pun mintak undur diri cakap dah lewat nak masuk kerja. Aku masuk kerja dengan mata rabak sebab tidur sejam dua je. Lepas dua tiga hari dari tu aku blah pindah rumah lain dengan bantuan kawan aku. Tak sanggup lagi nak duduk rumah berpuaka tu.
Sekian cerita dari aku.
-Jannah-
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI