Rumah Baru di Kedah

Salam readers and FIKSYEN SHASHA. Hari tu waktu admin publish cerita Rumah Sewa di Sepang kan aku ada cakap kitorang sekeluarga pindah rumah baru kat area Kedah .

Area Alor Setar, Kedah dekat Jitra . Nama kawasan rumah biarlah rahsia. Dan ayah aku baru je beli rumah tu, rumah cornet lot dua tingkat. Nak kata besar tak jugak cukuplah untuk kami berempat berteduh kat rumah tu.

Rumah tu ada 3 bilik 2 bilik air. Bilik aku dengan mak ayah kat atas abang aku tidur bilik bawah dekat dengan dapur.

Rumah tu dekat dengan kubur . Kubur tu nak kata dekat tak jugak jauh pon tak jugak dalam 10 meter dari rumah. Tapi sekarang kubur tu agak tersorok lah jugak sebab depan rumah dah bina flyover .

Rumah aku betul betul menghadap jalan raya dan bertentangan dengan kubur tu. Bilik aku pula menghadap jalan bilik mak aku bertentangan dengan bilik aku. Jadi Korang faham kan yang rumah aku ni agak creeping sikit.

Waktu pertama aku masuk rumah tu aku memang tak rasa apa-apa. Nak kata rasa happy pindah rumah baru tak jugak, nak kata sedih pun tak jugak. Waktu tu abang aku dah pindah belajar kat politeknik tanah merah. Jadi dia memang jarang balik. Bilik dia tu memang kosong lah.

Ayah aku dah berhenti kerja kat PJ tu. Sekarang dia kerja apa pun aku tak tahu. Tapi memang kerap outstation. Mak aku pulak memang tak boleh nak berenggang langsung Ngan bapak aku. Jadi Korang faham-faham lah yang memang aku jelah yang duduk rumah tu sesorang.

Satu hari tu abang aku call dia kata nak balik rumah kejap ambil barang . Aku pon okay lah, waktu tu pulak ayah aku outstation kat Johor 2 minggu. Tinggal aku sorang kat umah.

Aku pon happy lah at least ada orang teman kat umah dari dok terperap je dalam bilik.

Okay nak dijadikan cerita malam tu dah start dia bagi salam 😑 . Waktu tu aku tengok tv kat ruang tamu bawah pastu tengah dok leka tetiba telinga aku ni tajam pulak terdengar bunyi orang kemas bilik kat atas .

Okay ayah aku ada belikan kucing untuk aku sebagai teman lah sepanjang diorang tak de kat rumah. Nama kucing aku tu nicky. Tetiba si Nicky ni mengiau. Kuat pulak tu sambil dia duduk depan bilik aku, bilik aku ni depan tangga dan betul betul diantara dapur dengan ruang tamu.

Aku tengoklah bilik aku. Aku tanya Nicky,

“Wey, Nicky!apesal?”

Aku memang suka cakap dengan kucing aku, tapi kucing aku bela.T_T.

Tetiba aku dengar bunyi motor abang aku . Maksudnya abang aku dah balik, tapi bila aku nak bukak pintu rumah je aku terus rasa lain macam. Si Nicky ni makin kuat pulak menyalak nya. Aku tak pikir apa pon masa tu aku terus baca bismillah bukak pintu.

Aku tengok muka abang aku ni pucat lesi, aku tak delah rasa risau sebab aku fikir mungkin dia penat dari tanah merah pergi Jitra kan, jadi aku tegur dia,

“Bang, pucat je aku tengok, penat sangat kau ni tapi yang kau tercegat dekat depan pintu tu kenapa? masuklah cepat kat luar tu dah lah ada benda…”

Tapi aku tak sambungkan ayat aku sebab abang aku dah memang sedia maklum yang rumah ni memang sesuatu . Aku makin pelik pulak sebab dia tak masuk-masuk.

Aku pon biar jelah kan waktu tu memang aku budak hingusan tak tau apa apa. Aku sambung tengok tv, tak lama tu aku makin hairan bin ajaib. Aku sound lah dia,

“Bang oh…bang…aku tau kau ni baik hati nak jaga aku tapi tak yah lah sampai lama sangat dok kat luar tu buat apa dah lewat malam ni.”

Tapi abang aku masih tak jawab apa-apa. hah..waktu ni aku dah start takut, aku tengok dia. Tetiba ‘dia’ senyum, aku tak cakap banyak terus aku blah naik atas . Aku masuk bilik aku tutup pintu kuat kuat . Aku cakap ‘aku tak kacau kau, kau jangan nak kacau aku’.

Lepastu aku terus call mak aku. Korang tau mak aku cakap apa,

“Lah, mama lupa nak cakap yang abang tak jadi balik sebab katanya banyak assignment nak kena siapkan.

Berderau d***h aku. Aku terus letak telefon, aku call pulak abang aku nakkan kepastian……sah! memang dia tak jadi balik. Lepastu tiba-tiba aku dengar bunyi orang naik tangga….aku dah start nangis.

Pastu aku dengar suara ‘abang ‘ aku,

“Adik….bukak lah pintu ni. Abang nak cakap sikit” tapi suara dia mendayu Dayu . Aku tak cakap banyak time tu jugak aku suruh abang aku balik rumah. Dia kata dia OTW .

Tengah dok tunggu tu boleh pulak dia main ketuk ketuk tingkap bilik aku. Lepastu main cakar cakar dinding. Tapi waktu tu aku tak ingat mana Nicky pergi .

Dalam pukul 12.30 malam baru abang aku sampai . Tu pon sebelum dia masuk rumah aku check dia dulu, aku suruh dia baca ayat kursi dan al Fatihah.

Nasib baik ni abang aku yang betul . Bila dia masuk rumah terus aku nangis lagi kuat. Tak lama tu ayah dengan mak aku sampai dengan seorang ustaz, sebab abang aku call suruh balik.

Aku dah menangis tak berhenti. Abang aku takutlah kot lah aku kena sampuk ke apa ke.

Pastu tak lama tu aku dah ok . Ustaz kata rumah ni memang ‘sesuatu’ pon sebab dekat dengan kubur. Dia kata bilik aku tu laluan dia. Terus aku dah tak tidur bilik tu. Aku tidur bilik abang aku, abang aku tidur kat ruang tamu.

Ustaz dah siap pagar rumah lepastu dia pon balik. Ustaz tu pesan sentiasa baca yasin kat rumah ni dan jaga solat, tapi sampai sekarang kitorang masih lagi duduk rumah tu . Cumanya gangguan dah berkurangan.

Akhir kata, aku nak minta maaf kalau ada salah silap ke tersalah kata atau etc. Kisah ni memang benar berlaku di dalam hidup ku yang kesepian ni. lol…🤣aku harap sangat cerita ni dipublishkan……thanks admin. I LOVE YOU SO MUCH. okay lah bye .😘

Hantar kisah anda : fiksyensahsah.com/submit

#kamicomel

5 thoughts on “Rumah Baru di Kedah”

  1. Jap. Rumah hang kt Mana sebenarnya haha..aloq Setaq ka jitra? Jauh tu beza AloqStaq dgn jitra. Tanah Merah memang dekat kawasan bandar darulaman jitra.and klu rumah tu baru siap ada flyover baru aku rasa aku tau rumah hg yang mana..btw take care. Kawasan rumah baru hg tu keras sikit.

    Reply
  2. mak ko ni xde rasa tanggungjawab nak jaga ko kat umah ke sibuk ngikut bapak ko…n ko ni anak jenis apa ni smpi bapak ko keje apa pun ko x tau

    Reply
  3. Saya nk ckp sikit dengan si mambang ni apa saya nak bagitau umur saya baru 10 tahun so takde niat nk kurang hajar tapi sekadar nk Berkata Sebelum sound orang Siasat dulu saya pun ada ayah tiri tapi x tahu kerja apa mcm kes dia ni mungkin lupa,susah nk ingat/eja ataupun susah nk terangkan/orang nk faham

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.