Kisah Seram Di Resort Janda Baik

Resort janda baik yang seram!!!

Salam admin, and FS’s readers.

Ok, nk cerita perihal kisah seram di resort janda baik. Nama resort tu, harus la di rahsiakn. Tak pasal2 naik court aku.

Hari selasa lepas aku ade check in 1 resort kat janda baik, serius cakap, resort mmg perghh.. Lawa, exclusive, private. Mula check in, aku pelik jugak, eh takkan la aku sebijik kereta je. Aku bertiga la dgn suami and mak aku. Tapi biarkan la. Best ape. Swimming pool kami yg punya la. Habis syok kt swimming pool, terjun sungai pulak kat depan chalet je pun. Hampir maghrib, kami balik chalet. Tengok ade 3bilik kat area yg sama ada org masuk. Ok la kan, takde lah krik2 sangat kn. Say hello dgn jiran2 baru and kami masuk mandi.

After isyak, bila dah habis makan semua, saje lah lepak dekat luar chalet. Pemandangan die memang tenang, dengan bunyi air sungai bagai. Cukup2 release tension. Tapi yg pelik dan hairan nye, nyamuk kalau nk kira, kalau timbang ade la kot dlm 5kg.punya la banyak. Tapi 1 gigitan pun tak kena. Bkn aku nk mintak nyamuk gigit, tapi tak pelik ke, tak kan langsung tak kena gigit kn? Tak seram lagi kan. Ok.. Aku sambung…

Dalam kul 11 lebih macam tu, kami masuk nk tido lah. Dalam kul 12 malam, tiba bunyi sesuatu. Mcm org ketuk guna jari. Sekali, 2x,3x…..dan akhir nye berkali2…dekat pintu, tingkap, pintu bilik air, atap, meja makan sebelah aku. Segenap tempat ade org ketuk. Aku mata dh bulat cuba amati apa jenis bunyi tu. Dalam keadaan bilik memang gelap gelita, sukar utk aku tengok keadaan sekeliling. Sebelah kiri laki aku, katil single sebelah kanan mak aku. Aku tido menghadap mak aku. Handphone aku ni bila ade notification apa2 masuk terus akan on. So sempat la aku jeling tgk jam. Almost 1am.

Betapa aku takut, nak pusing kejut laki aku pun dah berat sangat rasa nya.aku cuba untuk tido, and yes aku tertido. Ingat settle la kan. Sekali aku meracau, mengigau, mak aku kejut kan aku. Tersedar. Tgk jam 1.20am. Eh tolong la. Aku dah tido lama kot rasanya. Pastu mak aku tido balik. Bunyi ketukan tu jadi lagi. Dgn cara yg sama, aku pejam kan mata. And yes, lagi sekali aku terlelap. Dan lagi sekali aku meracau, mengigau, dan lagi sekali mak aku jugak kejut kn aku. Aku terjaga, tgk jam. 1.45am. Ehh.. Tolong la.. Aku mimpi lena kejar binatang tu binatang ni, baru 15minit je? Damn..

Mak aku tido balik. Kali ni aku tukar posisi. Baca la ape yg patut, yg aku ingat la. Terus bertepek bawah ketiak laki aku. Ingat selamat la kan. Bila sunyi balik, aku assume mak aku tido la kan. Bunyi tu datang lagi. Aku cuba kejutkan laki aku. Dari kejadian pertama, smpai la saat tu, memang laku aku tak sedar langsung. Aku cuba kosongkan fikiran, fikir benda best2 je. Cuba untuk tido. Dan ketukan tu makin rancak. Dan sekali lagi aku tertido, dan sekali lagi aku meracau, mengigau, dan mak aku jugak la yg kejutkan aku. Aku tgk jam almost 3am. Kali ke3, aku dah xmampu nk tido. Nak cerita ke mak aku kejadian aku kena ni, rasa nya masa tak sesuai kot. Tak kan la dalam keadaan gelap gelita mcm tu nak cerita kat mak aku kan,sekali ade member menyampuk bersembang sekali kan naye. Mak aku tanya mimpi ape smpai 3x mengigau, aku cuma cakap tak ada apa apa.

Aku sambung tido balik dan bunyi tu datang balik. Kali ni. Aku dah tak tido. Aku dengar je laki aku berdengkur. Dan dalam kul 4am mak aku bangun, aku tak tegur pun. Aku perati je. Bunyi tu terus stop.Mak aku masuk toilet, ambil wuduk. Dan mak aku solat sunat. Dari mula mak aku bangun hingga subuh, langsung tak ada bunyi. Aku tido balik.

Esok nya.. Balik KL.
Aku pun story la kisah aku kena malam tu. And guess what apa soalan laki aku? Eh bila, tak dengar apa pun. Dan paling best, rupa nya mak aku langsung tak tido. Die dengar semua bunyi tu. Aku meracau, mengigau, mendengus,menjerit dalam mimpi tu. Semua mak aku dengar. Bila mak aku tak tahan, itu yang die bangun solat. Terus hilang benda tu. Aku ingat habis kat situ je.

Smpai rumah dah petang, tidur kejap. Aku pun start kemas2 barang kami. Mak aku masuk bilik untuk solat isyak. Laki aku keluar solat kat surau. Sebelum tu laki aku dah siap basuh baju semua. Dah transfer baju dari washing machine, ke dryer machine. Dah angkat dah smua kain baju, baru laki aku keluar. Aku pulak still kemas dekat ruang tamu. Elok je laki aku keluar rumah, tiba mesin basuh aku keluar kn bunyi seolah2 dah siap basuh. Aku ingat laki aku basuh lagi utk second round. Aku pun pergi la dekat mesin, nak transfer masuk dryer machine pulak. Sampai dekat mesin, aku pelik asal lampu dekat mother board mesin tu blank je. Patut keluar warna merah tanda sudah stop.aku bukak pintu mesin basuh, mak aihh tak ada 1 baju pun kat dalam. And lagi surprise bila aku dongak, plug machine tu OFF kot. Masa tu memang meremang. Tapi otak still loading, tadi bunyi mesin kan? Eh mesin basuh aku. Aku tahu la bunyi die mcm mana. Kan? Ade la dlm 30saat aku bermonolog dpn mesin tu. Aku patah balik ke ruang tamu, akan melalui bilik mak aku solat tu. pintu terbuka, dan mak aku tengah solat sunat sebelum isyak. So, korang pun boleh agak kan betapa awal nya lagi waktu tu. Elok je aku lalu nak landing depan tv kat ruang tamu, tiba2 pintu tu, kreekkkk.. Pintu tu tertutup. Aku tenung je. Eh tak pernah pintu tertutup sendiri. Angin kipas tak kan mampu tolak daun pintu tu. Kenapa aku yakin? Ye itu rumah aku kot, aku tahu setiap genap rumah aku.

Aku pergi dekat pintu tu aku bukak balik, dan masa tu mak aku still lagi solat, dalam tahiyat akhir. Kali ni aku tak boleh nak berhusnudzon lagi, sebab kali kedua ni, aku tolak pintu tu balik, aku tahan dengan karpet. Elok je aku pusing, lagi sekali pintu tertutup balik. Ko rasa aku nak tunggu kat luar? Laki aku tak ada, mak aku kt bilik, dan pintu bilik tu bergerak sendiri. Tindakan reflex aku terus tendang pintu tu lompat masuk atas katil sebelah mak aku solat. Kesian pulak mak aku masa tu, punya la cuak die. Ingat kn ade perompak ke apa.naseb baik mak aku dah bagi salam masa tu, kalo x kena solat balik. Aku cakap kt mak aku, pintu tertutup sendiri, boleh pulak mak aku cakap angin. Aku ape lagi aku cakap, ok kalo angin jap kita sama2 tengok pintu tu sekarang gerak ke tak. Seminit, 2minit,sejam..memang tak gerak la sebab dah letak karpet kat depan pintu.

Aku tak tahu la nak komen samada mahkluk dari janda baik ikut ke apa. Seram tak? Macam xseram kan. Sebab aku taip tengahari ni, kalo taip malam lain sikit keseraman dia.

Tapi even jadi macam tu pun, aku tak pernah serik nak pergi lagi resort tu.sebab lawa sangat.yg makhluk tu, selagi die tak cross the line aku ok lagi.. Tapi lepas tu tak ada apa2 dah.

Tq sudi baca. Jgn tanya resort mana. Sebab bila resort tgh hutan, ade sungai. Sama je. Jgn serik nak pergi. Pergi je. Nikmati keindahan ciptaan tuhan. Tapi niat, etika, percakapan, adab kena jaga la.

#admintopfanplease

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Dea
FOLLOW FB KAMI.

12 comments

  1. da abis bc citer ko ni beb tlg la seram kut. Penah kut ‘teman’ tu ikut ambo balik umah pas buat lawatan xrasmi kut ke tapak runtuhnya kut highland tower. Tibe time nak tido kut kat umah katil tetibe kut kena gegar dari bawah n botol air mineral kut yg da separuh minum letak kat side table cam ada tangan kut memain pegang botol air tu bg kuar munyik kut….gitu

  2. seram jugak.. tapi tapi tapi kalau dah kena sekali walau tak nampak mata kasar, tetap saya takkan pergi dah… haha penakut kn..

  3. Good story line…Read about ghost or scary writing make me feel “MEREMANG” bcause i read at midnight ,around 1-3 am…but so far , good actually.

  4. Part yg seram part yg dlm rumah dn main pintu.. Dhlah sekarang pukul 1.15 pagi,aku still awake and yup aku baca cerita seram macam Fiksyen Shasha ni.. Takut-takut pun aku layan gak😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.