Kemarahan akibat mengganggu tempatnya.

Assalamualaikum saya ucapkan kepada warga FS, cerita yang saya ingin sampaikan mungkin tidak seseram yg di jangka . Kisahnya bermula ketika saya belajar di sebuah sekolah berasrama yang terletak berdekatan Pantai Teluk Cempedak di kuantan , Pahang .

Pada awalnya ia bermula selepas pelajar baru masuk ke sekolah kami di pertengahan februari , saya sebagai MPA (majlis perwakilan asrama) di tugaskan untuk memastikan semua pelajar baharu mematuhi setiap peraturan asrama . Semasa saya dan rakan sedang menuju ke dorm kami selepas membuat pemeriksaan di bilik – bilik pelajar baharu tiba-tiba kami ternampak cahaya lampu suluh yang ditujukan kepada kami . Kami berasa pelik kenapa tetiba terdapat lampu suluh dihalakan kepada kami lalu kami melihat 2 orang pelajar baharu berlari ke arah blok kami sambil menjerit mengatakan ‘KAK TOLONG KAK TOLONG’ disebabkan kami berasa hairan kami berlari menuruni tangga dan menuju ke arah blok mereka untuk melihat apa yang sedang berlaku .

Setibanya kami di sana kami melihat seorang pelajar perempuan sedang memeluk lututnya dan kelihatan seperti ketakutan . Kami mengarahkan mereka untuk duduk dalam bulatan dan membaca al-mathurat dan lain-lain , sambil menunggu warden kami untuk tiba . Semasa warden kami merawat pelajar terbabit saya menunggu di koridor luar dan SECARA TIBA-TIBA saya merasakan angin yang kuat dari arah kanan saya . Saya berasa pelik dari mana datangnya angin yang kuat itu datang otak saya mula berfikir bukan- bukan dan keinginan saya untuk mengetahui dari mana datang angin itu tetapi kerana sudah larut malam saya membatalkan niat saya untuk mencari punca datangnya angin itu .

SEMINGGU KEMUDIAN

Jumaat malam sabtu , ia berlaku ketika maghrib selepas semua pelajar asrama selesai menunaikan solat berjemaah beberapa pelajar perempuan yang tidak boleh menunaikan solat menggunakan masa ini untuk tidur , buat kerja sekolah dan lain- lain . Ketika semua orang sibuk dengan hal masing-masing tiba- tiba seorang pelajar perempuan diusung masuk ke dalam surau sambil meronta- ronta tanpa melengahkan masa saya menuju ke pelajar terbabit dan mendapati bahawa pelajar terbabit histeria dan ketika saya sedang menenangkan pelajar terbabit SECARA TIBA-TIBA seorang demi seorang pelajar perempuan di dalam surau itu menjerit histeria sehingga bilangan pelajar yang kena histeria lebih ramai berbanding exco asrama masing- masing meronta menjerit .

Ketika pelajar lelaki mula membaca ayat al- Quran mereka semua bertindak dengan ganas ada yang sehingga terpaksa di pegang oleh 7 hingga 8 orang . Disebabkan keadaan makin teruk warden terpaksa panggil ustaz luar kerana ia makin kuat dan tak dapat dikawal . Dalam pukul 12 seorang pelajar lelaki yang mempunyai kelebihan six sense masuk ke surau untuk cuba bercakap dengan bende yang menggangu kami , semasa dia melihat sekeliling surau dia nampak seekor lembaga berbadan besar dan berbulu di sliding door di bahagian perempuan sedang senyum ke arah kami didalam yang sedang bertungkus lumus menenangkan situasi yang kami alami . Bak kata pelajar lelaki itu dia berkata makhluk itu senyum sambil cakap ‘KAU SALAH BACA TU HIHIHIHIHIHI’ nasib aku tak dengar kalau tak mahu tak tidur seharian HAHAHAH. Pada malam itu , Semua orang yang menolong mangsa histeria di ganggu seperti saya ketika saya sedang tidur saya merasakan seakan -akan ada orang sentuh jari kaki saya dan bila saya lihat tiada apa-apa .

Selepas disiasat baru kami tahu kenapa pelajar baharu sahaja yang diganggu rupa-rupanya semua ini berpunca kerana di sekolah kami terdapat satu bangunan yang terbakar dan ia kini dalam proses pembaik pulihkan di bangunan itu terdapat satu bilik yang boleh diguna pakai dan ketika pelajar baru masuk ia digunakan sebagai bilik menggaji yang sebelum ini bilik itu tidak digunakan untuk apa-apa kegunaan .Disebabkan kami menggaji di bilik itu ia membuatkan penghuni di situ marah kerana ganggu tempat mereka .

Tamat, maaf jika penulisan saya teruk dan terima kasih FS kerana menpublish cerita saya…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Sharifah Nuraina Nabihah binti Syed Idrus

1 thought on “Kemarahan akibat mengganggu tempatnya.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.