Sesat di hutan sewaktu raya 2016

Assalamualaikum dan apa khabar kepada semua pembaca fs. Hari ni saya nak cerita pengalaman malam raya tahun 2016.

Dalam pukul 8 malam gitu, mula lah sepupu(14 orang) main mercun sambil bapak-bapak sedang memerhati sambil beborak,manakala yang mak-mak mula lah masak kat dapur.
Tengah syok main bunga api, tiba-tiba pokok durian( tinggi 15 m) tepi rumah tumbang.

Terkejut semua orang, pak ngah mula mendekati pokok tu sebab nak tengok lah ada apa. Tepi rumah ni gelap sebab hutan. Lepas 5 minit pak ngah pergi kat pokok tu, dia tak mai sani balik. Si udin(sepupu) pergi lah tengok mana pak ngah hilang.

Jam menunjukan jam 8:30 malam, kelibat mereka berdua masih tidak kelihatan. Kini giliran pak long pula masuk bersama aku dan haikal(sepupu). Tak sampai 10 meter kitaorang masuk hutan tu, kitaorang jumpa udin ni terbaring dekat tepi pokok apa ntah.

Pak long suruhlah aku angkat si udin ni keluar dari hutan. Lepas 5 minit gitu, baru aku perasan yang kami berdua masih tak jumpa jalan keluar. Aku dah buntu, aku campak udin tepi dan try call sesiapa. Aku call ayah aku cakap tak jumpa jalan keluar, tengah cakap tiba-tiba telefon terpadam sendiri. Aku buka je dia jadi gelap. Aku kembali jalan cari jalan keluar dan udin dah sedar dari tidurnya dan dia cakap ada benda nak cerita tapi aku suruh tunggu.

Cari punya cari, kitaorang jumpa seorang nenek ni. Udin kata jangan pergi kat nenek tu, aku pun akurlah dengan perintah dia. Aku tengok jam tangan udin, jam menunjukan jam 12 tengah malam. Punya lama kitaorang jalan cari rumah tak jumpa jumpa, akhirnya kitaorang menyerah dan stay kat satu tempat di bawah pokok apa ntah. Akhirnya terlelap juga.

Tiba-tiba aku terjaga, nampak udin tengah duduk tak buat apa. Aku panggil lah dia, tapi dia tah jawab. Aku datang dekat dengan dia, udin ni tiba-tiba berdiri sambil pegang sebilah keris dan cuba tikam aku. Mata udin masa tu warna merah menyala. Akhirnya aku tak ditikam di tangan tapi tak seberapa dalam lah, aku tampar udin lepas tu dia terus pengsan.

Aku cabut keris dari tangan aku dan tertanya dari mana dia dapat keris ni. Luka tak tangan selepas ditikam tu taklah sakit sangat bagi aku. Jam udin menunjukkan jam 5 pagi, aku angkat udin dan aku jalan lah cari jalan keluar dengan tenaga yang tak derapa ada.

Beberapa minit kemudian udin sedar dan dia terus mengilai macam orang gila. Aku buat tak tahu jugalah sebab dah nak subuh dah. Akhirnya aku memutuskan untuk solat hajat(dekat dengan sungai) dan udin diletakkan di tepi aku. Nasib baik aku pandai baca kompas. Sedang aku solat, tiba-tiba datang nenek yang aku jumpa tadi. Dia cekik aku dengan tangan kanannya, aku tak dapat lengkapkan solat aku. Aku ambik keris tadi dan tikam dia, diapun lenyap macam tu aje.

Tak lama lepas tu aku dengar bunyi azan, tapi bila didengar balik, suara azan ni macam aku pernah dengar. Aku pun cubalah cari di mana bunyi azan tu. Akhirnya aku nampak pak long sedang azan, aku pergi kat pak long dan pak long berkata “korang sekarang berada di alam bunian” aku terkejut gila.
Lepas tu pak long cakap “dah, mari kita keluar dari sini”.

Selang beberapa minit, kami pun jumpa jalan pulang. Sampai je rumah aku tiba-tiba pengsan, sedar-sedar je aku kat dalam surau. Katanya aku kena rasuk dan hampir menikam ayah aku. Akhirnya aku tak raya pun, aku cuma tidur dari solat raya sampai petang.

Keesokan harinya, udin cerita apa yang berlaku sampai dia boleh pengsan sewaktu mula-mula kami jumpa dia.
Dia cerita bahawa dia ternampak sebuah lembaga berbaju putih terbang ke arahnya dan udin terus pengsan.
Aku tanya dia mana dapat keris ni?
Dia kata dia pun tak tau.

Pak Ngah pula dijumpai di atas bumbung dangau(pondok) rumah dia (rumah dia 6km dari rumah nenek aku kot). Macam mana dia ada atas bumbung tu sampai sekarang tiada siapa tahu.

Tq kepada yang telah membaca cerita ni dan maaf kalau cerita ni terbelit bilit okay! Bye.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dzil
Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.