Rumah Tua – 40 Tahun.

Assalamualaikum, hai peminat-peminat FS semua! Urul kembali untuk menceritakan kisah yang pelik , seram dan lucu pun ada yang terjadi dalam hidup Urul🫶🏽 .

Aku pernah cerita tentang Kampung Pokok Neem & Mama Dan Along. Sesiapa yang tak baca lagi boleh lah baca ya , yang dah baca tu terima kasih ✌🏽✨ .

Kali ni aku nak cerita tentang Rumah Tua-40 tahun . Aku harap kau orang semua imagine ya , baru lah seram 🤣🫶🏽.

Bismillah :
So kejadian ni terjadi pada tahun 2010. Ada banyak kisah yang pelik terjadi di rumah ni tapi 3 kisah paling seram dan ngeri yang terjadi semasa kami sekeluarga berpindah rumah tua ni .

1 . Waktu ni baru-baru je pindah. Rumah ni kosong selama 10 tahun walaupun dibina sudah 40 tahun. Agak lama kan rumah ni kosong ? Bak kata orang, kalau sebuah rumah tiada penghuni selama 30 hari , akan ada penghuni ‘lain’ untuk tinggal dan anggap sebagai rumah’nya’ . Bayangkan rumah ni kosong selama 10 tahun beb , mahu taknya segala puak dalam rumah ni 🕸 .

Waktu ni aku pergi sekolah, abang-abang dan ayah aku pergi kerja . So mak aku je lah yang urus rumah setelah berpindah tu . Adik aku pun masih kecil lagi . Waktu tu mak dengan adik aku di rumah , mak kemas sana sini , adik aku main-main dengan barbie dia . Mak aku perasan macam ada orang perhatikan dia dari bilik stor, tapi mak biarkan je sebab kalau dilayan kang menjadi . So mak buat-buat tak tahu . Tiba-tiba mak aku terperasan ternampak rambut budak 7 tahun macam tu lah agaknya , mak aku tak fikir apa dah , dukung adik aku terus dia pergi rumah pakcik aku yang berdekatan .

2 . 5 hari kemudian , selepas siap kemas barang dah perabot rumah . Tiba masanya untuk tidur . Abang-abang aku masuk bilik mereka masing-masing . Ayah pula kerja pak guard malam so dia balik pagi jam 7 . Aku , mak dan adik aku masuk bilik kita orang . Abang aku seorang ni pula tak dapat tidur so dia start main game . Aku dengan adik aku tidur , mak aku pula nak call makcik aku saja ajak borak sebelum tidur . Tiba-tiba mak aku dengar ada orang baling segala barang dapur cawan sudu mangkuk pinggan periuk ha semua lah . Mak aku apa lagi bangun , terus pergi tingkat bawah nak check dapur . Mak aku fikir tu abang aku nak makan agaknya tapi bukan , buka lampu dapur terus tak ada pun kat lantai dapur .

Mak aku pelik , tapi mak aku macam tak fikir benda lain dah . Apa yang dia fikir cuma penat and kepala dia berat je masa tu . Mak aku naik atas and masuk bilik , tak sampai 5 minit abang aku yang syok tengah main game tu dengar benda yang sama , dia panggil mak aku dulu sebelum dia sendiri pergi check bawah tu kat dapur , mak aku jawab panggilan abang aku . Abang aku cakap benda yang mak aku dengar tadi . Apa lagi , mak aku dengan abang aku turun bawah , check dapur sama-sama . Hampehhhh , tak ada apa pun . Semua okay je . Mak aku dah mula rasa dah . Mak aku cakap pergi tidur and ignore je .

3 . Ha ni paling seram . Waktu ni atok aku ada , atok aku tidur di ruang tamu sebabkan dia penat dan tak larat nak naik bilik atas disebabkan tangga . Abang aku pula , macam biasa lah lepak malam . Waktu ni dia balik pukul 12:30am ngam-ngam tengah malam dia balik memang dapatlah padahnya . Lagi-lagi dia nak masuk ikut pintu dapur belakang tu penuh dengan hutan , nak tengok ular ke sawa ke kala ke harimau ke semua lah yang ada kat belakang tu . Tapi ada sebuah pokok nangka yang besar tepat sekali ada depan pintu belakang kami . Abang aku call mak , mak taknak angkat sebab marah dia balik lambat . Abang aku pun ketuk pintu je memanjang , dia ketuk-ketuk tiba-tiba dia nampak benda yang pelik . Aku tak tahu nak explain macam mana aku harap kau paham lah cara aku nak explain ni .

Okay dia nampak kaki , satu je . Kaki yang koyak berdarah dok lompat-lompat tepi pokok nangka tu . Abang aku jerit tapi mak aku ignore sebab faham sangat dengan perangai abang aku tu . Tapi jeritan tu senyap , bunyi ketukkan pun dah stop . Mak aku pun pelik , dia pergi check . Buka pintu dapur je terus nampak abang aku tengah berbaring pengsan mak oiiiii kelakar pun ada tapi tu pengajaran tak pernah dengar cakap orang tua . Padahnya lah . Insaf terus tak pernah masuk ikut pintu belakang walaupun di siang hari . Membe trauma beb .

Banyak yang terjadi , kadang mak aku dengar juga orang berbual , berbisik , gelak tawa . Tapi tak ada orang . Cuma bunyi je . Kadang mak aku nampak ada seluar jeans berdiri atas mesin basuh . Haihh macam-macam terjadi dah tak tahan . Mak aku panggil ustaz untuk pagar rumah ni and baca doa keselamatan . Alhamdulillah selepas tu , tak ada apa yang terjadi .

Sekian , terima kasih semua yang sudi baca . Maaf kalau tak seram tapi ni pengalaman yang sebenarnya terjadi dalam hidup aku . Banyak cerita lagi , aku akan share dengan awak-awak semua inshaAllah .

Terima kasih admin FS , kerana menerima kisah hidup ku . Akan ku kembali lagi dengan izinNya 🫶🏽.

Pesanan khas : Kalau sesiapa nak pindah rumah , tolong lah “ cuci” dulu rumah tu dengan doa-doa dan surah-surah suci untuk keselamatan sekeluarga dan untuk diri kau . Penting sangat-sangat .

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Urul
Rating Pembaca
[Total: 31 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.