Kasyaf: Aroma Sebuah Kematian

AMARAN KERAS: Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang difiksyenkan beberapa plot untuk tujuan keselamatan penulis dan pencetus idea yang dirahsiakan. Diklasifikasikan sebagai 18PA kerana sedikit berunsur keagamaan. Kisah ini bukanlah untuk menegakkan agama tertentu sebagai benar, manakala agama yang lain adalah salah. Mesej yang cuba diketengahkan adalah untuk para pembaca menilai kembali keperluan untuk menyiapkan diri menghadapi dunia akhir zaman yang penuh dengan muslihat dan tipu daya β€˜tangan-tangan’ di belakang tabir.

Lapangkan dada, kosongkan minda. Terima dengan hati yang terbuka. Jauhi, jika anda takuti. Sebarkan, jika anda rasa ini satu pengajaran. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulakan dengan bacaan bismillah. Semoga terhibur.

********

Cahaya. Ruangan gelap penulisan ini memerlukan cahaya untuk bersinar. Yakni sinar untuk teruskan menulis. Juga sinar untuk penulisan ini β€˜keluar’ dari kotak pemikiran seseorang penulis. Ada kalanya, sinar itu dibiarkan kelam di dalam puncanya, kerana ada sahaja halangan-halangan menimpa. Halangan secara hakiki, ataupun halangan yang datang secara batiniah. Aku juga seorang penulis picisan, tetapi aku tidak boleh mencoretkan kisah tentang diriku. Aku, dengan izin Allah, dengan lafaz kun faya kun, dikurniakan anugerah untuk β€˜melihat’ bibit masa hadapan. Aku, yang pernah merasakan semua ini sebagai satu sumpahan. Suatu yang tidak aku mahukan, tetapi aku yang β€˜terpilih’.

Aku tidak boleh menulis tentang ini. Aku perlu bersembunyi daripada perhatian dan pengetahuan β€˜mereka’ yang memburu. Aku seharusnya tidak takut akan kematian. Kematian itu adalah cara untuk aku β€˜pulang’ bertemu dengan Pencipta Yang Maha Agung. Siapa yang tidak gentar untuk menghadapi m**i? Siapa yang tidak takut untuk bersemuka dengan Izrail? Aku juga insan biasa, walaupun ada di kalangan rakan-rakanku yang tahu tentang aku, tidak lagi menggelarkan aku sebagai manusia.

Aku, bukan wali. Jauh sekali seorang malaikat. Aku, hamba Allah yang cuba mencari redha dalam perjuangan di atas muka bumi ini. Perjuangan di alam persinggahan sementara. Aku, manusia yang dibuka hijab mata, telinga, mulut, dan hidungku, untuk melihat, mendengar, bertutur, dan menghidu apa sahaja yang Dia kehendaki. Akulah, si manusia yang penuh dengan kasyaf. Akulah…

HADI AL-HAFEEZ

*********

Pagi itu, seperti biasa. Jambangan bunga yang telah dibeli semalam, dan telah diletakkan di dalam bekas kaca panjang berisi air itu, aku ambil. Disemat ke dalam bungkusan. Aku selimutkan seadanya, seperti hiasan bunga yang baru dibeli dari kedai. Masih segar. Aku hidu bunga-bunga ros tersebut. Mekar, mewangi. Senyuman terukir di bibir. Tiada aroma kurang enak semenjak malam tadi. Pagi ini, bermula dengan sempurna.

Aku bukanlah penggemar kopi tiga dalam satu. Aku lebih sukakan bancuhan kopi sendiri, tidak tertakluk kepada ketetapan syarikat yang menjual. Bunga tadi aku tinggalkan di atas meja makan sebelum menuju ke dapur. Bekas kaca kopi dibuka, isinya ditarik secukup rasa. Sudu menuang hablur kopi ke dalam cawan. Lalu, air panas dituang, menyemar kesucian air tersebut. Aroma pekat kopi menghiasi pagi ini. Seperti mana pagi-pagi sebelumnya. Gula menjadi penerjun terakhir di dalam takungan air, melengkapkan rasa.

β€œPagi yang baik, sesuai dengan aroma yang baik. Hmmm…”

Aroma kopi dihidu sepenuhnya, lalu dihembus keluar partikel-pertikel karbon dioksida, dominan di dalam hembusan itu. Rongga mulut mula diisi dengan limpahan kopi. Menikmati setiap sedutan, seperti seekor rama-rama yang sedang menghisap nektar dari bunga.

β€œTime to go,” ujarku sendirian, lalu melangkah menuju ke kereta. Tiada aroma sebuah kematian menjengah pada pagi ini. Jika aku berjumpa dengan β€˜dia’, maka adalah aroma kurang menyenangkan itu. Aroma pelbagai jenis. Aroma bau kapur barus, sekiranya si m**i itu, m**i secara mendadak. Juga petanda, jika semakin busuk, semakin teruk amalan si m**i di muka bumi ini.

Ah, resam manusia pendosa! Mana-mana kematian, termasuk kematianku, bakal berbau busuk juga. Aroma keras yang tidak aku sukai, bakal menjengah untuk aku jua. Aroma kematian, bagiku, bukanlah yang aku pinta. Meniti lembaran hidup sebagai petanda kepadaku, bahawa ada kematian di kalangan ahli keluarga, atau seseorang yang berada berdekatan denganku. Dekat dalam hati, atau dekat dengan lokasi.

********

Hadi tiba di tempat kerja. Keluar dari keretanya, lalu membawa jambangan bunga bersama-sama beg bimbit. Menuju ke pintu masuk syarikatnya.

β€œWah, bunga ros! Untuk aku ke ni, Di?” Jambangan bunga itu direntap secukupnya, beralih tangan. Maisara, staf akaun di pejabat. Menghidu bauan enak dari ros tersebut.

β€œBukan untuk kau. Pulangkan.” Ringkas, dalam ketegasan, tutur kata Hadi. Mencebik, lalu bunga dipulangkan. Membebel sendirian Maisara, menyangkakan untuk dirinya. Tersenyum sendirian, sebelum membuntuti langkah gadis belum disunting itu.

β€œHai, bro. Bunga untuk siapa tu?” Tegur Rashid, teman seangkatan di tempat kerja. Hadi sekadar membalas dengan senyuman.

β€œUntuk siapa lagi. Kristinalah tu,” usik Mikael, seorang lagi rakan di posisi yang sama dengan Hadi. Bertambah mencebik si Maisara, mendengar kata-kata itu.

Biarkan sahaja telatah mereka. Bunga ini, ada fungsinya, getus hati Hadi.

Satu mesej tertera di telefon bimbit Hadi. Dibaca sendirian sebaik sahaja dia tiba di meja pejabatnya.

β€œ1PM. I’ll be there. Let’s go to the usual place. Lunch on me.” Jemputan menjamu selera tengah hari, seperti biasa diterima saban hari.

β€œSure. I have something for you, Kristina.”

β€œThe flowers? You are just so plain. Give me something else lah.”

β€œThat’s more appropriate for you.”

Tiada balas lagi mesej itu. Hadi mengeluh. Kristina faham apa yang cuba disampaikan.

********

Selesai makan bersama. Hanya Hadi dan Kristina. Seperti dijanjikan, bayaran dibuat oleh gadis Sarawak itu. Asalnya seorang klien, kini sudah menjadi peneman makan tengah hari, dan kadang kala, makan malam Hadi. Hadi senang begitu. Urutan pembayaran juga mengikut perjanjian bersama. Kristina, si cantik genit beragama Kristian.

Pemanduan pulang Hadi ke pejabat sedikit terganggu. Semakin hari, aroma yang mengiringi kedatangan Kristina semakin membuak. Bunga ros paling segar, tidak lagi dapat membendung bau busuk itu. Ditambah apabila bunga ros itu disedut bauannya oleh Kristina, tiada lagi yang dapat menghalang aroma kematian itu. Kristina, bakal m**i? Entahlah. Lazim bagiku, jika Hadi terhidu aroma seperti ini, tidak lama malaikat maut menjengah. Tidak kurang juga β€˜lawatan’ sesuatu memberi petanda akan datangnya penarik nyawa, melalui jasad kurang jelas, ataupun mimpi. Namun, Kristina hanya datang dengan β€˜aroma’ itu. Tiada petanda lain.

β€œSo, tell me more about your ability, Hadi. I am sure, the smell, not the only one you can do?” Soal Kristina, seolah-olah faham dengan situasi sekarang di dalam kereta. Gadis itu, sudah mengetahui tentang apa yang Hadi mampu β€˜hidu’.

β€œI’ll be praying to God, if I am you.”

β€œFor what?”

β€œPraying to spare my life some more. So that, I can stay alive a little bit more,” ujar Hadi, sedikit kejam kata-kata itu, sekiranya didengari oleh si hati tisu.

β€œAre you scared of death, Mr Hadi?”

Tiada jawapan. Hadi tidak dapat menjawab persoalan itu. Sudah terlalu banyak kematian dia lihat, dengar, dan pandang. Kematian sendiri, tidak tahu lagi. Kristina tidak puas. Dia mahukan kepastian.

β€œI need to know, if this smell, is the smell of my death, or…”

β€œOr mine?” Soal Hadi pula. Kini, Kristina pula bungkam. Tidak tahu mahu menjawab ya, atau mengangguk sahaja. Jika benar itu aroma kematian Hadi, kenapa ada pada Kristina?

β€œOkay. Instead, I’ll tell you more about me. That’s better, right?” Panduan tamat. Hadi sudah melakukan parkir di tempat sewajarnya. Di hadapan pejabat syarikatnya bekerja.

********

Aku tidak ingat bila kali pertama aku berkebolehan begini. Apa yang pasti, bagaimana aku bermula dikurniakan anugerah, atau sumpahan, ini. Aku bangun dalam mimpiku. Aku tidak pasti, itu mimpi, atau aku sedang dalam minda yang mamai. Aku didatangi oleh seorang lelaki, mungkin lelaki, berjubah penuh menutupi raut wajahnya. Suaranya mengherdikku supaya bingkas bangun, dan mengikutinya. Aku seolah-olah faham sendiri, β€˜dia’ seorang yang tegas. Aku dibawakan ke suatu tempat yang gelap. Hanya melangkah, menuruti jejak si jubah, dalam kesamaran suasana itu. Aku berhenti, apabila aku dengar tiada lagi derapan kaki dari pemberi arah berjubah itu. Aku tahu, melalui gerak hati. Kami sudah tiba.

Tiba-tiba, kawasan di mana aku berdiri itu disinari satu cahaya dari langit. Seperti suatu sinaran, apabila kita berada di dalam gua, kemudian sinaran itu memasuki celahan batu. Sinaran seperti aku di atas satu pentas, disuluhi cahaya lampu nan satu. Sinaran yang, pada pengamatanku, tidak menyilaukan, tidak menyakitkan mata.

Melalui bantuan cahaya itu, aku mula dapat melihat. Mereka, bukan dia. Bukan seorang, tetapi berempat. Berdiri tegap dengan badan yang tinggi lampai. Di setiap penjuru tubuhku. Aku terkejut bukan kepalang. Musibat apakah semua ini?

β€œBersumpah!” Herdik si kanan belakang. Aku menoleh

β€œBersumpah apa?”

β€œLillahi!” Si kiri belakang pula menyusul.

β€œIkut!” Si kanan hadapan menjerkah.

β€œLillahi!” Aku tuturkan, seperti yang disuruh. Lalu, yang terakhir mula berbicara.

β€œDengan nama Allah, aku bersumpah, akan memperjuangkan segala kehidupanku. Segala hartaku untuk Allah, dan aku memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan!”

Setiap bait kata-kata aku turuti. Mereka berundur. Dalam sinaran cahaya itu, imbasan demi imbasa mula menerjah di hadapan mata. Bagaikan suatu kisah hidup. Suatu layar karya. Kisah hidup aku. Aku yang berdosa. Segala dosa dipamerkan dalam β€˜layar’ itu.

Aku menangis. Menangis semahu-mahunya. Kesal, bimbang, gusar, bersalah. Semuanya saling hinggap. Menampar pipi, dada, menyesakkan batinku. Aku tersedar ke alam sebenar, dalam β€˜layar’ hidupku itu. Aku bagaikan dalam mimpi sebentar tadi. Tiada apa lagi yang tinggal. Hanya, tangisan di malam hari.

Apakah semua ini? Mindaku gagal mencerna apa yang telah aku lalui.

********

β€œThat’s how it started. Since then, some mind blowing abilities had been unlocked. Like a key, to a hidden me.” Hadi menutup bicara. Memandang jam di tangannya. Dua petang. Sudah tiba masanya untuk mereka bersurai.

β€œThat’s not enough. What’s more you can do, Hadi?”

β€œI’ll tell you, when the time is right. I need to go. You need to go.”

β€œI am a client, you know. You have to keep me happy, for me to accept you for the job.”

Hadi terdiam. Ugutan? Atau?

β€œI’m kidding. Cheer up lah! Muka saya macam orang jahatkah?” Tepukan mesra menyinggah di lengan Hadi, lalu Kristina keluar dari kereta.

β€œYou owe me one, for this story. Let’s meet up tonight. On you.”

β€œOn me, sure.” Melambai pergi gadis itu dengan senyuman. Seadanya.

********

Jam 11 malam. Kristina, dengan pakaian tidur singkat dan tipis, menikmati air cokelat panas sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah sewanya. Baru dua bulan menetap di situ, seusia dengan umur pengenalannya dengan Hadi. Dia sengaja biarkan ruang tamu itu dibelenggu kegelapan. Dia lebih gemar begitu. Rumah itu didiami bersama beberapa orang lagi gadis Kristian yang datang ke semenanjung, dengan satu tujuan yang sama. Berdakwah, cara mereka. Cumanya, Kristina mendapat tugasan asing di situ. Berbeza juga cara mendekati sasarannya. Malah, sasarannya hanya satu. Hadi Al-Hafeez. Tidak pernah berlaku sebelum ini, dalam pengalamannya, dan juga pengalaman-pengalaman rakan yang lain.

β€œHow’s the mission?” Tiba-tiba, ada satu suara menyapa. Betul-betul di belakang sofa yang Kristina duduki. Suara dari belakang. Kristina menghela nafas berat.

β€œWhat mission?” Soal Kristina semula, tanpa menoleh. Dia tahu, siapa gerangan yang bertanya. Tidak perlu memastikan siapa yang menceroboh masuk ke rumah sewa wanita-wanita di situ. Lelaki itu, pengatur segalanya. Kunci pendua, satu miliknya.

β€œOh, don’t play games with me. You know about that mission.” Lelaki itu, masih tidak diketahui identitinya, telah melabuhkan p******g di atas sofa, di sebelah Kristina.

β€œGive me more time. I need to make sure he is the one.”

β€œMasa bukan masalah buat kami. Kemahuan itu penting. Kamu perlu mahu, sepenuh hati.”

β€œMahu apa, sepenuh hati? Aku tidak pernah dengar apa-apa tentang misi seperti ini. Apa yang perlu aku buat sebenarnya, selain daripada membawa dia ke Sarawak?”

β€œSyuuhhh, nanti orang lain dengar. Kamu buat sahaja apa saja cara. Kahwini dia. Tuangkan rasa cinta di sebalik misi ini.”

β€œKemudian?”

β€œYou guys, can live happily ever after. Well, if he does convert, that is. We need him, more than we need you.”

β€œNeed him, for what? Who do you work for? Vatican?” Soal Kristina lagi, memandang ke arah pendatang itu.

β€œCuriosity kills, darling. Just do, as you asked. We will give you more time, asalkan tidak gagal,” ujar lelaki itu, seraya memacukan pistol ke arah dahi Kristina.

β€œSo, you in? Or you out?” Nyawa jadi taruhan. Kristina sekadar mendiamkan diri.

β€œI guess, it’s in. Your eyes, full of fear.”

β€œI don’t fear death.” Kristina membangkang.

β€œWell, please don’t. Because when you fail, you will die.” Lelaki itu menyisipkan pistol itu ke sisi seluar semula. Bangun, lalu melangkah pergi.

β€œDon’t forget to lock the door. Just pretend like nothing happen tonight.”

Kristina meletakkan cawan minumannya. Menyesal kerana menerima tugasan itu.

β€œThat’s the smell of my death, Hadi. I’m sorry.”

********

-계속 (Bersambung)

Gongpal Topek

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

47 thoughts on “Kasyaf: Aroma Sebuah Kematian”

  1. cerita x abis.bretmok!!!!!! admin tolong lah.berapa kali ak nk bilang sini.tolong short story tu betol2 sebelom nk publish sini.ko ingat cite ko tu best sgt ke smpi nk continue2.blom separuh jln nk sambung.nk buat org merayu2 ckp ‘tolong la sambung,please’.fuck!! admin tolong jangan bodo sgt.nampak author camni blok terus,x payah publish.bengap.buang masa aku je.syok sndri.peler!!!

    Reply
  2. menyampah la asik wat cter sekerat2 bajet2 ramai org pakat mintak sambung.

    org mtx ke, tak mtx ke… penulis x sabar jugak tu nak hantar sebenarnya! saje timbulkan kemarahan org je wat cte x hbs.

    Reply
    • Sabar itu separuh daripada iman. Kesemua tiga bahagian saya dah hantar. Jika admin pos satu persatu, kenapa nak dipersalahkan penulis?

      Belajar untuk menghargai penulisan percuma. InsyaAllah, ada berkat dan ilmu yang dapat kita pelajari.

      Sekian,

      #08

      Reply
  3. Bosan la baca cerita bersambung ni..!
    Tengah syok menghayati cerita, kena bersambung lak. Admin, bukan ke sebelum ni dah buat rules, cerita kena habis??

    Reply
  4. Sabar guys. Kisah ni ada tiga part. Semua dah dihantar siap kepada admin. Bersabarlah, kerana sabar itu separuh daripada iman.

    Anggap sahaja pembacaan bersambung itu satu latihan untuk kita belajar menghargai sesuatu yang percuma, ya.

    Sekian, terima kasih

    #08

    Reply
    • Tapi cerita ni mmg 100% based on true story ke sbb bukan ap.. ad sentimen agama ni.. kalau mmg true story, org x dpt pertikaikan.. lagi satu kalau boleh, buat story tu jgnlah pecah dua cara penulisannya iaitu novel dan monolog.. buat je secara monolog iaitu berorientasikan ‘aku’ supaya x konpius.

      Reply
      • Memang ada manusia yang berkemampuan macam ni. Didatangi ‘cahaya’ dalam pelbagai cara. Hadi (bukan nama sebenar) adalah salah seorang daripada 3 kes yang mirip pernah sampai ke pengetahuan saya.

        Tentang 100% true story adalah tidak. Sudah dinyatakan pada awal kisah, beberapa plot difiksyenkan atas dasar keselamatan Hadi. Dia diburu kerana keupayaannya. Diburu secara zahir dan batin.

        Semoga pembaca dapat memahami tujuan kisah ini difiksyenkan sedikit plotnya. Dalam 80% jika dikira kebenaran kisah ini, dan isi temuramah dengan Hadi.

        Reply
    • Story dari gongpal xpernah mengecewakann…keep it upπŸ‘πŸ‘πŸ‘aku tunggu sambungan nya..adminnnnnn πŸ“’πŸ“’πŸ“’cepat la up sambungan diaaa oiiii….

      Reply
  5. Rilek lah…syok aper dok tertunggu cerita bakal ada sambungan ni…x sabar nk baca…admin cpt sikit…kalo idak teman santau kasi tercirit birit br ada akal…

    Reply
  6. Gua support bro Gongal.. percuma.. sabarlah.. ko hot apahal.. ko xnk sambung, ko imaginasi sendiri.. kau main sabun pn bleh imaginasi, so, diam2 sudaaah laa.. benda cam ni pn kecoh.. jilakerr..

    Reply
  7. Maybe its quite short to make a judgement, BUT your writing is sooo awesomee!! Keep it up writer! Tazabar den nunggu bahagian ke2 n ke3 😍

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.