Mama Dan Along.

Assalamualaikum peminat-peminat FS semua! Pertama sekali aku nak berterima kasih pada Fiksyen Shasha, kerana telah menerima kisah seram aku dan disiarkan di laman FS ini🤍.

Aku Urul , masih ingat lagi tak yang pernah bercerita tentang pengalaman aku yang seram di Kampung Pokok Neem? Yang tak baca lagi tu silakan baca kisah Kampung Pokok Neem 😫 , sebab cerita yang aku bakal nak share ni ada kaitan dengan Kampung Pokok Neem tu .

Baiklah , nak cerita tentang pengalaman mama aku kena semasa mama mengandung( waktu aku dalam “peyut” nya 😆). Sebelum aku nak start , aku nak bagi tahu apa yang aku nak cerita ni ada 2 part . Setiap part ni kejadian yang berbeza . First, aku nak cerita pengalaman waktu mama mengandung . Second, aku akan cerita pengalaman abang aku nampak something . Kedua kejadian tersebut terjadi di kampung yang sama ( Kampung Pokok Neem ) .

Bismillah :

Part 1: Waktu Mama Mengandung.

Ayah aku kerja malam (pak security), ayah akan pergi kerja pada jam 6:00 petang sampai pagi pukul 7:00. Nenek pula akan temankan mama sejak mama mengandung , yelah ayah kerja malam , pagi baru dia akan balik . Tapi malam kejadian tu nenek cakap dia tak boleh temankan mama malam tu sebab nenek nak berubat seorang yang dia kenal . So mama aku keseorangan sejak abang-abang aku yang lain pun keluar lepak dengan kawan mereka tu.

Mama pun decide nak tengok tv kejap di ruang tamu sambil makan kacang. Waktu pun pukul 3 pagi macam tu , tiba-tiba mama dengar macam ada orang masuk bilik mandi. Mama ingatkan abang yang masuk so mama tak tanya pun “ siapa yang balik tu “ . Mama tunggu je orang yang ada di dalam bilik mandi biar ‘dia’ habis mandi. Mama fikir kalau abang keluar dari bilik mandi , mama nak marah sebab balik lewat gitu.

Mama berbisik hati : Lama pulak dia mandi .

Mama : Along , tak baik mandi lama-lama tu nanti sakit . Lagi-lagi waktu pagi buta ni , kan sejuk tu . ( still tak ada orang jawab apa-apa dari bilik mandi ) .

Nenek pula tiba-tiba datang rumah nak check keadaan mama yang tunggu hari je untuk bersalin .

Nenek : Mak rasa tak sedap hati , tu mak balik lepas bangun tidur terus mak teringat yang kau ni seorang dekat rumah .

Mama : Tu maaa, tegur sikit along tu mandi lama sangat. Orang tegur bukan reti nak dengar , kang sakit orang juga yang risau.

Nenek : Apa benda kau cakap ? Tadi long datang rumah Ikun ( kawan nenek ) dengan kawan dia . Along cakap dia takut nak balik rumah , takut kau marah dia .

Mama : Habistu yang di..(tiba-tiba nenek ‘tutup’ mulut mama) .

Nenek : Kan dah pesan , kalau sesiapa datang rumah tanpa kau nampak dengan mata kau sendiri kau diam je jangan tegur. Haihh ,menyesal aku keluar rumah kejap tinggalkan kau sendirian . Cucu pun bukanya boleh berharap.

Mama : Maksud maaa jangan-jangan…. ( nenek isyarat 🤫 )

Nenek cakap dia pergi bilik mandi dan buka pintu terus nampak paip terbuka je . And air kolam nampak macam ada orang dah guna habis mandi .

Nenek : Kami tak ganggu kau , kau jangan ganggu kami . Nak singgah boleh , nak lalu boleh tapi jangan ganggu kami . ( dan nenek sambung baca surah-surah suci ) .

Alhamdulillah , tak ada apa yang terjadi selepas nenek datang . Kalau nenek tak datang, aku tak tahu apa yang akan terjadi pada mama dengan baby nya ( aku ) . Part 1 sampai sini saja . Nak sambung part 2 pula .

Bismillah ,

Jadi pengalaman seram ni agak pendek tapi agak seram dan mungkin sedikit pelik .

Macam biasa, ayah kerja malam sampai pagi. Mama pula kerja pagi sampai petang ( waktu ni aku tak wujud lagi dalam perut nya 😆) .

So abang-abang aku lepas balik sekolah , buat homework dan mula lah dia keluar lepak dengan kawan sampai malam buta . Mama dah pesan kalau nak keluar boleh tapi jangan sampai malam buta , tak baik . Abang-abang aku ni mana reti nak faham maksud mama aku waktu tu , sebab mereka dah biasa lepak dengan kawan . Lagi-lagi mereka lelaki , hmm memang tahu nak lepak je .

Jadi , suatu malam jam menunjuk kan 3 pagi , lebih kurang lah tak pasti sangat abang aku tu . Dia sebenarnya nak masuk rumah tapi kononya nak hisap rokok dulu sebelum kena sebat dengan selipar dengan mak aku .

Punya syok dia tengah hisap rokok , tiba-tiba dia terserempak dengan seorang “ anne “ ni . Abang aku terkejut beruk juga lah waktu tu sebab… Ha y’all read it :

Abang : Eh anne , pergi mana malam-malam ni ? Minum eh ?

Anne tu pun toleh ke abang aku , and senyum je . Sepatah haram pun tak jawab soalan abang aku tadi .

Abang aku berbisik hati : Dah kenapa anne ni tak jawab ? Mesti ni kaw-kaw minum and mabuk ni . ( sambung hisap rokok ) .

Tiba-tiba abang aku TERPERASAN bayang “anne” tu bukan bayangan manusia biasa . ha y’all wanna know what he saw ?

Bayangan ular guys . Yes manusia berbayangan ular . Abang aku tak fikir apa dah , terus lari sampai pintu rumah dah tak ingat sebatan selipar mama aku terus dia ketuk pintu kuat-kuat .

Abang : MAMA MAMAAAAAA BUKA PINTU MAMAAAA

Mama : Ni kenapa bising teriak-riak ni ?! Kenapa menangis ?

Abang aku terus pengsan dan keesokan harinya abang aku cerita A sampai Z .

Tiba-tiba kawan abang aku ni datang “ Jay “ anak jiran kami ( tamil ) .

Jay : Dey apalah you cakap ? Itu anne dah m**i sebab kena gigit itu snake lah , sudah 2 hari dia m**i di kampung sebelah ( Kampung Pokok Kelor ) .

Mama : Haa sudahhh kau jay , kawan kau ni mana reti dengar cakap orang tua nya , tu pun ada apa-apa tak yang along belajar dari apa yang terjadi pada along malam tadi ? JANGAN LEPAK SAMPAI LARUT MALAM . Padan muka tu tak nak dengar cakap orang tua ha ni padahnya . ( Jay gelak )

Jay : Nasib you tak kena gigit itu anne , kalau tak you dah jadi “ naagin “ 🤣

Nah, tu lah pengalaman seram yang terjadi pada mama dan abang aku .
InshaaAllah kalau admin ( FS ) terima kisah aku ni sekali lagi , aku akan share lagi pengalaman seram yang terjadi dalam hidup aku . Terima kasih admin ( FS ) . Aku hargai sangat-sangat dapat share kisah-kisah aku yang sebenar-benarnya terjadi dalam hidup aku .

Next Story : Rumah Tua – 40 Tahun .

Assalamualaikum dan terima kasih guys, akan ku kembali. InshaaAllah !

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Urul
Rating Pembaca
[Total: 78 Average: 3.9]

2 thoughts on “Mama Dan Along.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.