Dendam Housemate Pengotor

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Dari mana aku nak mula, aku pon kurang pasti. Kisah yang aku kongsikan ini, kisah benar yang terjadi dalam hidup aku, akibat rasa tidak puas hati bekas rakan serumah.

Sebenarnya, aku pernah bercerita tentang housemate aku (Nani bukan nama sebenar) yang pelik dan pengotor di satu confession page, beberapa bulan lepas, dan dapat 3.5k shares kalau tak silap (sorry kalau salah). Kalau ada yang follow, mungkin ada yang perasan satu post tentang cerita housemate aku yang pengotor (pengotor tahap dewa dewi cikebum cikebum). Untuk yang tak follow, aku summarize kan cerita. Klimaks cerita tu, rumah aku dipenuhi ulat sampah yang banyak lepas seminggu aku tak balik rumah sebab pergi holiday, dan housemate pelik aku marah di saat aku bersihkan rumah.

Dia kaut ulat sampah keliling dustbin tu, masuk dalam bekas plastik sambil cakap, “Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu” dan bawa tupperware tu masuk bilik dia. Dan aku ambil inisiatif untuk keluar dari rumah dan declare housemate aku tu gila lepas dia bunuh kucing aku, Kifo dan tinggalkan pesanan “Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan”. Lebih kurang gitu lah Nani cakap.

Aku yakin dia baca post tersebut (memang niat aku nak dia baca sebab aku tak tahu cara apa lagi untuk aku tegur perangai dia yang buruk tu) dan dia terus-menerus serang aku kerana aibkan dia. To be short, aku menyewa rumah lain, tanpa housemate sebab aku dah serik, takut dapat housemate gila macam dia. Pada mulanya, takda apa-apa jadi, hidup aku aman damai, bahagia dan tersangatlah riang duduk sorang, tapi aku silap. Aku mula dapat gangguan psikologi sebulan selepas pindah masuk rumah baru. Aku list dekat bawah beserta tarikh..

16 Nov 2016
Aku kerja di Kuala Lumpur, dan kereta akan parking di basement. Parking basement office aku sangatlah suram, lelehan air dari salur air, tempat parking punyalah basah sampai kadang-kadang aku rasa parking aku ni takda bumbung dan dinding yang berlumut. Aduhai memang seriau lah kalau balik lewat. Dan di hari petang Rabu yang suram, ada 3 kepala ayam atas bumper kereta aku beserta kain warna merah yang terikat dekat paruh ayam. Menangislah aku sambil cari security guard Nepal minta dia tolong buang.

26 Nov 2016
Hari Sabtu. Hari yang bahagia dan hari makan banyak. Aku plan dengan kawan-kawan untuk keluar picnic ke Port Dickson. Dan, aku start masak pagi selepas solat subuh. Masa tengah masak tu, aku dengar macam ada orang ketuk pintu pagar besi rumah guna besi tapi aku ignore je (aku tinggal di apartment, jadi aku assume bunyi tu datang dari rumah jiran) dan teruskan masak. Bunyi tu pelik, ketuk 5 kali then berhenti. Selang lima minit, bunyi lagi 5 kali lepas tu berhenti. Aktiviti ketuk-mengetuk tu adalah lebih kurang dalam 4 cycle. Oleh sebab aku tak puas hati, aku pergi mengendap through cermin cembung yang ada dekat pintu, dan… aku nampak Nani tengah senyum mengadap pintu rumah aku. Terus menggigil dan cancel picnic. Kesian kawan-kawan..

6 Jan 2017
Permulaan start gangguan mistik. Hari Jumaat. Hari untuk pakai baju kurung (jarang dapat pakai baju kurung sebab aku kerja jenis kene keluar masuk site). Sampai je dekat kawasan parking kereta, hati mula rasa tak sedap bila nampak ada beberapa orang pakcik dan guard berdiri di sekitar kereta. Kereta kesayangan dah takda cermin bahagian driver dan yang pelik, dalam kereta penuh dengan ulat sampah yang warna putih tu. Kereta busuk sangat masa tu, sampai kami semua tutup hidung.

Aku : Kenapa dengan kereta sy ni.. (sambil menangis)
Guard : Kereta cik ada tertinggal bungkusan plastik sampah ke? Ulat ni kenapa banyak sangat dekat seat?
Aku : Takda. Baru semalam sy guna, takde tertinggal apa-apa..
Pakcik Ali : Takpa lah. Kami tolong bersihkan. Nanti pakcik panggil kawan.

Aku tak pergi kerja. EL. Emo satu hari. Memang geli sangat nak duduk dalam kereta sendiri walaupun dah bersih. Rasa nak tukar seat tapi duit menyedihkan.

Beberapa hari lepas tu, aku diarahkan untuk stay back dekat office sebab ada beberapa kerja yang dah dekat deadline, sampai rumah lebih kurang dalam 10.40 malam. Masuk rumah, terus rasa seram sejuk dan macam ternampak kelibat satu makhluk depan pintu bilik. Tapi masa tu aku fikir mungkin aku penat jadi aku abaikan.

Sejak dari kejadian aku balik lewat tu, setiap pagi aku mesti akan rasa lesu bila bangun tidur. Officemate semua tanya kenapa aku nampak pucat tapi aku bagi alasan yang aku penat sebab project tengah banyak. Bila malam je, aku jadi panas walaupun aircond dah on 18c. Aku jadi murung dan jadi tersangatlah suka pada benda kotor. Paling aku ingat dan tersangatlah jijik, aku jadi suka sangat waktu aku haid. Apa aku buat pada darah haid aku, rasanya tak perlulah aku cerita kat sini, muntah berdarah pulak korang. Aku sedar benda tu, hati aku sebolehnya taknak buat, tapi entah kenapa aku tak boleh tahan diri aku.

Dan sepanjang aku ‘tak sihat’ tu, aku akan ketuk satu paku pada satu dinding di bahagian bilik nombor 3 (aku jadikan bilik tu sebagai stor). Aku mula duduk dalam dunia aku sendiri, prestasi kerja makin merosot, life makin tiada, aku jadi lupa untuk solat dan mengaji. Makhluk yang sebelum ni cuma terasa seperti bayang-bayang, lama-lama aku rasa dia macam wujud dan.. aku mula terima dia masuk dalam kehidupan aku sikit-sikit. Aku jadi khayal dalam dunia aku sendiri.

Korang bayangkanlah, aku tinggal sorang, tiada kenalan rapat langsung yang tinggal di kawasan rumah, jiran-jiran semua non-muslim, apa yang boleh sedarkan aku?

26 Jan 2017.
Hari Ahad. Tahap kesihatan aku makin teruk. Selalu MC, tapi masih aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga yang jauh di selatan tanah air. Rumah aku yang dahulunya kemas dan bersih, kini kotor dan suram. Aku sudah mula bencikan cahaya. Duduk bergelap dalam bilik. Dalam pukul 9.30 malam, ada orang bagi salam dan loceng rumah bunyi bertalu-talu. Aku decide nak diam je mula-mula sebab takut Nani yang datang tapi dengar suara lelaki panggil dari luar. Oh, pakcik Ali (refer kes tarikh 6 Jan 2017), wife pakcik Ali (Cik Mah) dan seorang lelaki yang aku tak kenal.

Macam mana pakcik Ali tahu yang aku tak sihat, dia sebenarnya dapat rasa ada sesuatu yang pelik jadi masa dia jumpa kereta aku penuh dengan ulat sampah hari tu. Dan alamat aku, secara senyap, dia perhati pergerakan aku keluar masuk kawasan apartment (jangan buruk sangka, pakcik Ali takde niat buruk, dia cuma nak membantu setelah usaha dia dapatkan alamat aku dari Accommodation office tak berjaya) and yes, dia beritahu aku yang ada sesuatu dalam rumah aku. Dia tiada ilmu untuk mengusir benda tak elok yang menumpang dalam rumah aku (dan mungkin dalam badan aku), tapi dia bawa seseorang yang pandai dalam hal ni, pakcik Said.

Benda pertama yang Cik Mah cakap lepas aku jemput diaorang masuk rumah;

Cik Mah : Ya Allah.. kenapa busuk sangat rumah kamu ni? Busuk ni bukan busuk sampah, ini busuk benda lain.
Aku : Saya tak bau apa-apa cik mah…

Pakcik Said masuk setiap bilik, termasuklah bilik aku. Sampai di bilik nombor 3, pintu macam tersekat, tak boleh bukak. Situasinya macam, ada someone yang tahan pintu tu daripada terbuka. Aku tengok Pakcik Said baca sesuatu dan minta aku sendiri yang buka. Aku berjaya buka dan serentak itu, Cik Mah terus berlari ke sinki dapur, muntah-muntah. Tapi yang pelik, aku langsung tak bau apa-apa. Di dinding penuh paku, di satu sudut, tuala wanita aku yang tak berbasuh (minta maaf, aku betul-betul tak sedar apa yang jadi pada aku dan tuala wanita aku ni) dan ada bangkai-bangkai tikus di sekitar bilik (apa yang jadi antara aku dan tikus-tikus ni tak usahlah aku ceritakan, sangat-sangat jijik)

Mereka mulakan aktiviti pembersihan kawasan rumah, dan aku. Aku macam tak sedar dengan apa yang jadi, tapi aku masih boleh ingat flow kejadian tu. Pelik. Sampai di saat pakcik Said mulakan aktiviti mencabut paku-paku di dinding, aku mula rasa tak selesa dan secara tak sedar aku mula menjerit sebab aku rasa sakit yang teramat sangat. Aktiviti membuang dan merawat selesai dalam 2 pagi. Tapi ikut kata pakcik Said, dia tak mampu buang dan rawat semua. Dia cuma boleh tolong apa yang mampu. Si pelaku nak jadikan aku sama jenis dengan diri dia, suka pada benda kotor (kalau ada yang blur, maybe korang boleh cari balik post confession aku tu, baru korang boleh faham kaitan antara aku yang tengah ‘sakit’ dan Nani) – sorry admin, takda niat nak promote page lain, cuma nak bagi pembaca faham-

Aku masih amalkan surah-surah dan ayat pedinding yang dibekalkan pakcik Said. Cuma, kadang-kadang aku masih rasa ada yang memerhati aku dalam rumah tu. Dan, tanpa pertolongan pakcik Ali, aku rasa mungkin aku dah tak wujud dalam dunia ni. Masa aku ‘tak sihat’ selalu sangat aku rasa nak terjun dari balkoni rumah aku, tingkat 11.

Apa yang aku kongsikan ini, ambil jadi pengajaran. Silap aku kerana confession tu makan diri aku sendiri. Dan sampai sekarang aku masih lagi berubat dengan pakcik Said. Aku pindah rumah dan Mak ambil keputusan untuk temankan aku di KL sampai aku betul-betul sihat.

Mak cadangkan aku minta maaf pada Nani, dendam manusia jangan di buat main kata Mak, tapi aku masih belum ada kekuatan dan tak tahu macam mana untuk jumpa dan bersemuka dengan dia. Takut dia sembur-sembur benda lain pulak dekat aku nanti.

Kalau ada di antara pembaca yang tahu mana tempat rawatan atau perawat yang boleh membantu, mohon sangat share di komen. Aku memang perlukan pertolongan korang.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

61 comments

  1. Page confession yg sama cerita Peninggalan Arwah yg pemes tu kan? aku penah baca kisah nii
    tak sangka pulak sampai ke pengetahuan n**i tu,
    sabar ye cik confessor, semoga cepat sembuh.
    aku rasa, hang memang kena jumpa dia la mintak maap, sbb dah sampai tahap main kasaq ni
    apa pon, semoga hang selamat, in shaa Allah

  2. macam penah baca….ape penyakitlaa si nani tu erk buat gitu kat ko…semoga bertabah dan terus berubat..sambil2 tu ko sentiasa alunkan zikir2 utk pelindung diri…

  3. Seriously wpon br bace yg roughly pon akk dh ghase kembang tekak, tapi akk kalau boleh nak sgt sgt sgt tau detail ape yg dibuat dgn pad+tikus tu semua…

    Agaknye dlu Nani tu jadi camtu pon sbb kena buatan org kot ekk…???
    Ntah2 die pon x sedar ape yg die dh buat sepanjang jd housemate dan yg die kenakan kamu tu…

    Papepon…
    Semoga kamu dan Nani sembuh sepenuhnya…
    Aamiin…

    1. kak Yulie try google ‘Housemate Bela Ulat Sampah’ pastu macam ade gak yang cerita dia dapat housemate yang macam nani “Aku Rasa Yang Bela Ulat Tu Housemate Aku Sekarang” errrkk geli

      1. Aaiikkkk…
        Mcm tau2 je akk dh gugel sejurus selepas bace.citer ni td…
        Dan…
        Akk pon ade bace yg tajuk Rerama ckp tu…
        Klu akk kena camtu, mmg akk punye mengelupor tahap terjun bangunan tingkat 18 kot…
        Huwaaa…

        1. hehe.. seramkan. Tengok ulat sampah yg putih2 tu pon dah geli ape lagi nak pegang buat binatang peliharaan pulak. Psiko sgt org camni, dari awal patut blah je xyah tegur sbb org camni mmg scary. Kesian penulis semoga cepat sembuh. Takut jugak “nani’ baca cite ni lagi teruk dia kenakan. Bertabahlah ye wahai penulis..

          Kak Yulie nasib x terjun, klu tak, tak meriah la Fs tanpa komen2 Kak Yulie.hehe

          1. aaa jom kita tanya kenapa dia kenapa dia buat kawan dia mcm tu…hehehehe nasib baik x tumpah aiskem kat tangan kene ajak larikk

  4. kesian nye kalau ade kawan yg berdendam smpai mcm ni ye…smoga awk cpt sembuh,kpde sesape yg tahu tmpt berubat bantu la beliau..hurmmm

  5. Semoga cepat sembuh , dan berdoalah supaya Allah lembutkan hati ‘nani’ dan tinggalkan semuanya. N macamna pulak housemate baru ‘nani’ yang pernah conffess kata “adakah housemate aku adalah nani yang bela ulatsampah mcam coffession sebelum ni” .

  6. ohh patut mcm penah baca cerita ni. rupanya sambungan kisah confession kt ***M
    kesiannya akak..Semoga Allah mempermudahkan urusan berubat kakak..kami reader mendoakan akak cepat sihat..Be strong kak! Allah Maha Kuasa..

  7. Rasanya confession tu admin dah delete. Aku ada komen hari tu, then bila carik balik tengok2 dah takde. Curious jgk n tertanya2 maybe nani dah tahu ko story pasal dia. Rupanya memang betul dia tahu. Alahai..kesian ko. Geli ya amat bila imagine darah haid dgn ulat. Moga ko terus berubat sampai betul2 sembuh. Rasa geli dah melebihi rasa takut dh ni baca story ko.

      1. cr kat google je . search ‘Housemate Bela Ulat Sampah’ pastu macam ade cerita yang akan2 housemate dia macam nani. search “Aku Rasa Yang Bela Ulat Tu Housemate Aku Sekarang”

  8. Assalamualaikum, saya rasa awak boleh cuba contact Sidi Izwan (Pusat Rawatan Pancaran Nur, Cheras) 017-571 9558 atau Hj Rosli (Azzahrah, Sg Buloh) 013-201 4566. Semoga cepat sembuh 🙂

  9. eiii apa masalah ekk kawan ko tu? rasa nak terajang kepala nani masuk dalam bath tub yang berisi sabun. btw, ko try la darul syifa ke weyh. Aku doakan semoga ko cepat sembuh

  10. Cik..kalau boleh..tak payah sambung cerita lagi. biarlah penghantar tatau keadaan cik..kang dihantarnya lagi. Mudah2an Allah bagi kesembuhan dan diberikan hidayah padanya

  11. Yuckkkkk….ulat penuh satu kereta!!!Kalu ak memang xnaik terus kereta tu..geli dowhh…n btw semoga penulis kuatkan diri, jaga solat dan selalulah baca al quran…yakin dgn Allah yg Dia shjlah yg dpt menyembuhkan.

  12. First of all I rasa u x sepatutnya pun cerita aib dia kt mana2 confession page kot.. sbb aib dia kan n cerita aib org pada org lain x merubah apa2… yelah kan dalam islam xkasi kte buat mcm tu. but nasi dh jadi bubur.. sebelum smbung berubat baik u g mntak mahap pada empunya diri dulu.. ati orang kan u..kita tak tau.. cuba kita yg diceritakan mcm tu.mungkin bukan nama sebenar tapi yg u cerita tu msti dia terasa kalau dia baca.or org sekeliling dia pun dpt agak sapa.. sorry u.. just menyatakan pndapat.. and btul kata RatuPecut..buat masa ni xpayahlah post apa2.. dah sama macam u bg tau perompak u xda kat rumah.. Sorry again.

    1. Tpi kan.. Dia x sebut nama sebenar si nani tu.. Jdi kita pon x kenal siapa org nya.. Kiranya aib dia tertutup la jgk..hmm

  13. Dah alang-alang story pasal ex housemate kau yg saiko ni, story lah pulak pasal pekerjaan dia yg kau kata nak continue tu. And nak tanya parents dia pun perangai pelik mcm dia ke atau dorang tak tahu anak dorang mcm tu?

    Haa aku doakan moga Allah permudahkan segala urusan dan di buka jalan untuk kesembuhan kau.

    P/S: “Aku Rasa Yang Bela Ulat Tu Housemate Aku” < g search google. Tapi dia cakap nama kawan pengotor dia tu bukan nani. Haha mmg lah bukan nani sbb tu writer mention bukan nama sebenar. Aiyooo..!

  14. korang, ingat tak kat page mana eh ada confession pasal roommate/housemate jugak. yg dia cerita roommate dia suka kumpul rambut sendiri and confessor. simpan dalam balang bagai. mcm2 perangai pelik. pastu yg seramnya, weirdo tu tau confessor cite pasal dia kat page. ayat dia macam aku tau kau cakap pasal aku…

    ingat tak ingat takkk?

    1. weh (angkat tangan) ada baca jugak. Roommate dia psiko duduk bawah katil, dah tu keja dok kutip rambut kawan dia. Pastu ade binatang apa mati pastu si roommate tu tanamkan sbnarnye roommate psio tu nk tuju kat dak yg tanam binatang tu kan. Pastu kantoi dak psiko tu tau dia cite pasal dak tu kt group whatsapp ke pe tah pastu sampai kesudah xde sambungan cite dia. Brapa banyak pastu daaa. nasib dulu time blaja xde roommate yang pelik2 hahaha takot

  15. Ya Allah…siannya sis…ape ke pelik nya kawan sis tu marah bila org buang ulat² tu… Erm…tapi tu la kan…Boleh lah kita jadikan pengajaran spya sblum bertindak tu kita kena fikir baik buruk dia dulu… Sorrylah to say this..tapi sis pun ada ckp…. Heeee…just tlong highlight kan lagi je… Anyway…sabar ya sis…hope u will be better soon. Klu x nak jumpe depan try talk with her with message maybe she will be cool down…

    Sis Nani tu ada problem kot… Wallahu’alam

  16. Aku dah baca confessions kau d iium tu. Aku cuba.brada di tmpat kau dan nani. Kau terfikir tak knapa dia dendam sgt dgn kau dik..sbb first nya..ni dri sudut pndangan aku la..first kau sndiri tau dia suka baca page iium kan,dan kau confess sbb nk tgur dia. Kau tgur dia,kau ckp dia x normal..kau rasa dia terluka x..yes dia msti terluka dik, bahasa kau confess dh luka kan hati dia dik. Memg kau x salah dik,aku faham..aku pn jnis mcm kau x leh ktor..x suka bnda x kemas ni..tapi cara dan ayat kau confess di iium tu dh lukakn hati dia. Cuba kau ada d tmpat dia..Roommate kau confess ckp kau gila..apa kau rasa..kau jd mkin parah. Hati makin skit.. aku harap kau ajak la mak ke atau kwn ke teman kau jmpa dia..minta maaf kat dia. Skurgnya kau mnta maaf. Mana tau hati dia serba skit jd lmbut. Bnci jgn bls dgn bnci..bukn ubat ya dik. Mgkin dia buat mcm tu,jdikan adik mcm dia..sbb dia nk adk faham apa yg dia rsa..kau tak salah dik,cuma kau tgur x kena cara.tiada mnusia ingin d bnci..aku x slah kan kau..aku harap kau sembuh dn hati kembali tenang. Aminn..

    1. Sokong kenyataan awk..
      Mmg xdinafikan, apa yg nani buat pd awk xpatut, tp apa awk buat pd dia pun xpatut jg.. even xmention nama, tp intention ‘sound’ dia dgn bahasa kasar di page yg dia selalu baca, mmg xbetul.. nak tegur ada caranya..

      Apa2 pun, sy doakan awk kembali sembuh dan persengketaan ini berakhir di sini.. sayanglah Allah n sayanglah nabi Muhammad SAW supaya kita xterpesong dr jalannya.. ksian nabi, nangis sbb tahu ada 1 tingkat neraka milik ummat nabi yg derhaka pd Allah.. nauzubillah.. moga kita tak tergolong dlm golongan itu. Aamiinn…

  17. Confession tu aku baca dh huhu mmg meremang gl baca confession tu sbb sikap hsemate ngn perangai pelik dia. Sbnrnya klu so hsemate amik positive apa yg diluahkn oleh si pencerita benda akn jd elok. Bkn dia xprnh sound utk jd pembersih tp dh mmg hsemate tu xmo berubah pn.. tp aku rasa dia xberubah sbb ada benda yg bdamping ngn dia..

    Bkn si pencerita je kna berubat.. klu blh jmpa la si hsemate tu n ajak berubat sama… mana nk tau sbnrnya dia dh tperangkap ngn benda tu n perlukn pertolongan jgk kn?

    Anyway.. aku doakn both pencerita n hsemate tu berjaya diubati n kembali ke jln ALLAH SWT

  18. klu ko x jumpa dia ko buat la confession lg skali minta maaf ke pe kan..minta x panjangkan dendam..dia kan baca confession tu kan..walaupon apa yg die buat tu mmg x patut..tp minta maaf je la..moga dendam dia x berterusan..

  19. Sy sedia untuk ikhtiar rawatan jika diperlukan. WhatsApp sy 016-7071958 untuk lebih lanjut. Semua dgn izin Allah.

  20. Nombor Perawat Area Satu Malaysia

    1. Ayah Cik Dungun 012 9383776
    2. Pak Andak Grik 013 4092378
    3. Baba Chong Cheng Melaka 016 6562092
    4. Salehuddin al ayubbi kes sihir berat. Melaka 0176299542
    5. Hj Abu johol ns 064367913
    6. Tok batin Husin kerdau phg 0139704120
    7. Utz Anuar Puchong 017 3992380
    8. Lan Janggut Karak 0199730900
    9. Panglima Hitam Baling Kedah 0132553115
    10. Raja Bomoh Awal Selayang. 0149623529
    11. Abg nizam & abg nuar felda tembangau 1, phg
    01131438216 & 0165130188 (merawat jantung blubang)
    12. Pak Uda Sg Petani 0195429722
    13. Pak Uda Bera Phg 0199985462
    14. Raden Temerloh phg 0109093199
    15. Abg Yus Ipoh 0195105597
    16.Ust Ta Dungun(bekam,urut,jin)01129314338
    17.ustz saiful (perlis)0103796724
    18. Mohd Jang Azrul Dungun(1001 saka) 0148177566
    19.wan lekir 5 saudara perubatan sihir. Saka. Santau. 017-5966874
    Jitra kedah
    20. Ust Riduan Bt Kikir Ns. 0165371456 Umum
    21. Wak Ramalan Semenyeh. 0193180452. Kanser,patah,migrain
    22. Ayah Cik Sg Tua Selayang. 0129383776. Kanser
    23. Pak Teh. Yan. 0124874952. Umum
    24. Syeikh Omar 0193565377 . Tulang blkng lari
    25. Abg Arif 0193040135. Puchong. Penyakit mistik dn Urut
    26. Adi Selaru. Kuala Pilah. Bedah ghaib dn Umum. Dulu masih bujang?.0196307959
    27. Pak Din. Damansara. Patah tulang . Cara ghaib. 0192637674
    28. Ibrahim. Serting NS Ketumbuhan 064691905
    29. Kak Mai. Seremban. Barah. 0172937591
    30. Dr Rashidinz . JB. Bedah Haqiqat(Ghaib) 0127346932
    31. Ust. Halim bandar tasik puteri rawang. 0126999680
    32. Guru Muda Firdaus(Pusat Rawatan Darul Tawakal Setapak) 0133799686
    33.UST.ramli .rantau panjang klang..012 4467028 (berkaitmakluk halus)
    34.saiful.Meru ..0178776936(berkait makluk halus)
    35.hj.ramlie 01110758574 Perak…saka baka
    36. Pak Sary. Marang. Sihir. 0199547157
    37.UST.nadir Johan setia.0192669225/011123293963
    38.nur hikmah perubatan islam johor baharu .0142721602????
    39.Ayah Paksu Art Amanjaya,sungai petani kedah,masalah sihir 0103866587
    40. Syeikh Zul/ Tok Jelapang.Seberang Jaya. P.P. Gangguan Jin. 0135991807
    41. Paksu Jem( Jamaludin) Kepala Batas P.P. Buang sihir dlm badan. 0124492063
    42. Atok. Damansara Damai. 0192284348
    43. Ustaz Haziman. Kuantan. 0139935445
    44.rawayan aura ruqyah.( ustaz uwais) are nilai n.sembilan
    45.tok bilal sufi (pulai chondong)012-9456112
    46.pudin (padang lembik)014-8011233
    47. Pok Din. Rawat Jantung. 01125559958
    48. Pok Din. Padang Pulut Dungun. 0148387337
    49.yusri terengganu.0139879961
    50. encik fairus – slim river- 012 324 0483
    51.pakmalik jengka 4 pahang..0199634198
    52.En: Zainal – seri manjung prk..0194986534
    53.Minyak arnab utk Stroke – 0139688442/01110565442.
    54. Jefry @ jibrail @ Jantan . Patah tulang( kaedah sapu)? Dll. Temerloh. 0168540292
    55. As s0lihin kahang j0h0r..0177467077 pusat rawatan islam n urut tradisi0nal
    56. Akhi Ariff Jengka, phg 01129487389 (PERAWAT PERUBATAN ISLAM RUQYAH NUR MUKMIN)
    57. Panglima Shahir. J.B. gangguan jin,sihir dn rawatan jarak jauh. 01136195741.
    58. Pok Joe Urut Saraf, Wakaf Beruas, K.terengganu 0139088692.
    59. SHIDEE BOMOH JITRA-BUANG SAKA.
    0105190811
    60.Dr rashidinz JB
    Bedah haqiqat(ghaib)
    0127346932

  21. Nombor Perawat Area Satu Malaysia

    1. Ayah Cik Dungun 012 9383776
    2. Pak Andak Grik 013 4092378
    3. Baba Chong Cheng Melaka 016 6562092
    4. Salehuddin al ayubbi kes sihir berat. Melaka 0176299542
    5. Hj Abu johol ns 064367913
    6. Tok batin Husin kerdau phg 0139704120
    7. Utz Anuar Puchong 017 3992380
    8. Lan Janggut Karak 0199730900
    9. Panglima Hitam Baling Kedah 0132553115
    10. Raja Bomoh Awal Selayang. 0149623529
    11. Abg nizam & abg nuar felda tembangau 1, phg
    01131438216 & 0165130188 (merawat jantung blubang)
    12. Pak Uda Sg Petani 0195429722
    13. Pak Uda Bera Phg 0199985462
    14. Raden Temerloh phg 0109093199
    15. Abg Yus Ipoh 0195105597
    16.Ust Ta Dungun(bekam,urut,jin)01129314338
    17.ustz saiful (perlis)0103796724
    18. Mohd Jang Azrul Dungun(1001 saka) 0148177566
    19.wan lekir 5 saudara perubatan sihir. Saka. Santau. 017-5966874
    Jitra kedah
    20. Ust Riduan Bt Kikir Ns. 0165371456 Umum
    21. Wak Ramalan Semenyeh. 0193180452. Kanser,patah,migrain
    22. Ayah Cik Sg Tua Selayang. 0129383776. Kanser
    23. Pak Teh. Yan. 0124874952. Umum
    24. Syeikh Omar 0193565377 . Tulang blkng lari
    25. Abg Arif 0193040135. Puchong. Penyakit mistik dn Urut
    26. Adi Selaru. Kuala Pilah. Bedah ghaib dn Umum. Dulu masih bujang?.0196307959
    27. Pak Din. Damansara. Patah tulang . Cara ghaib. 0192637674
    28. Ibrahim. Serting NS Ketumbuhan 064691905
    29. Kak Mai. Seremban. Barah. 0172937591
    30. Dr Rashidinz . JB. Bedah Haqiqat(Ghaib) 0127346932
    31. Ust. Halim bandar tasik puteri rawang. 0126999680
    32. Guru Muda Firdaus(Pusat Rawatan Darul Tawakal Setapak) 0133799686
    33.UST.ramli .rantau panjang klang..012 4467028 (berkaitmakluk halus)
    34.saiful.Meru ..0178776936(berkait makluk halus)
    35.hj.ramlie 01110758574 Perak…saka baka
    36. Pak Sary. Marang. Sihir. 0199547157
    37.UST.nadir Johan setia.0192669225/011123293963
    38.nur hikmah perubatan islam johor baharu .0142721602????
    39.Ayah Paksu Art Amanjaya,sungai petani kedah,masalah sihir 0103866587
    40. Syeikh Zul/ Tok Jelapang.Seberang Jaya. P.P. Gangguan Jin. 0135991807
    41. Paksu Jem( Jamaludin) Kepala Batas P.P. Buang sihir dlm badan. 0124492063
    42. Atok. Damansara Damai. 0192284348
    43. Ustaz Haziman. Kuantan. 0139935445
    44.rawayan aura ruqyah.( ustaz uwais) are nilai n.sembilan
    45.tok bilal sufi (pulai chondong)012-9456112
    46.pudin (padang lembik)014-8011233
    47. Pok Din. Rawat Jantung. 01125559958
    48. Pok Din. Padang Pulut Dungun. 0148387337
    49.yusri terengganu.0139879961
    50. encik fairus – slim river- 012 324 0483
    51.pakmalik jengka 4 pahang..0199634198
    52.En: Zainal – seri manjung prk..0194986534
    53.Minyak arnab utk Stroke – 0139688442/01110565442.
    54. Jefry @ jibrail @ Jantan . Patah tulang( kaedah sapu)? Dll. Temerloh. 0168540292
    55. As s0lihin kahang j0h0r..0177467077 pusat rawatan islam n urut tradisi0nal
    56. Akhi Ariff Jengka, phg 01129487389 (PERAWAT PERUBATAN ISLAM RUQYAH NUR MUKMIN)
    57. Panglima Shahir. J.B. gangguan jin,sihir dn rawatan jarak jauh. 01136195741.
    58. Pok Joe Urut Saraf, Wakaf Beruas, K.terengganu 0139088692.
    59. SHIDEE BOMOH JITRA-BUANG SAKA.
    0105190811
    60.Dr rashidinz JB
    Bedah haqiqat(ghaib)
    0127346932

    #sharing is caring

  22. Semoga kau tabah menghadapi nya
    Dan nasihat aku dan juga utk diri sndri perbanyakkan la amalan n solat mgaji jgn tgl.
    Smoga cpt sht.

  23. Amalkan surah dan ayat2 ruqyah. Ayatul kursi dan 3 qul pun sudah sangat memadai, amalkan sebagai wirid selepas solat subuh dan maghrib.

    Bagi saya nani tu yg perlu minta maaf, bukan awak. Dan kalau nk berubat dengan perawat, carinlah ustaz jangan pergi pada bomoh apalagi non muslim. Biasanya bomoh akan hantar jin utk halau jin tadi, tp akhirnya jin itu pulak yg akan mendampingi awak.

  24. allahu…harap cepat sihat dan kuat….berat mata memandang berat lagi bahu memikul…mampu doa dari jauh jerlaa…

  25. Maybe suami pada makcik ni boleh tolong kau, aku lupa nombor pakcik tu, tapi nombor bini dia aku ingat , 0196171807, inshaallah dia boleh tolong kau. Nama makcik tu kau boleh panggil ciksue/mak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.