Sharing Is Caring

Assalamualaikum rakan2 FS 😊 Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita saya, “Diang Ting Ting Ting”. Lepas baca barulah paham kan kenapa tajuk cerita macam tu. Huhuhu! πŸ˜‚ Harap admin sudi siarkan cerita kedua saya, “Sharing is Caring”.

Dalam cerita sebelum ni, saya ada nyatakan yang saya boleh merasai kehadiran, nampak secara samar atau melalui mimpi. Sebenarnya sejak kecil lagi, mana2 tempat saya duduk kalau ada benda lain yang menghuni kebiasaannya saya dapat rasa. Mak pernah kata yang kakak, Acik saya mewarisi kelebihan dari keturunan belah mak mengurut orang dan saya pulak boleh nampak hantu kadang-kadang. Along dengan Angah selamat. Untung lahhhh. 😩 .

Waktu saya sekolah menengah dulu, saya pernah bermimpi dihalau oleh seorang makcik di dalam rumah saya sendiri. Makcik dalam mimpi saya ni agak tua, dengan rambut kembang, panjang tak terurus. Dia nampak marah sangat-sangat dan halau saya keluar bila saya tanya mana mak ayah saya. Part lawak, ada seorang budak lelaki lebih kurang baya Acik menyorok belakang makcik tu. Takut bebenor dia. Aik? Aku yang kena marah kena halau tapi awak lak menangis ke bang? πŸ˜‚

Bila bangun tido je saya terus ceritakan mimpi tu pada mak saya. Lepas tu baru la mak bukak cerita. Rumah kami ni ayah beli setahun sebelum saya dilahirkan. Ayah jual kereta Mr Bean dia sebab nak beli rumah. Waktu family saya pindah masuk rumah tu, mak pernah berjumpa dengan “anak-beranak” dalam rumah tu. Seorang wanita bertudung dan anak lelaki yang sebaya dengan Acik. Time tu budak lelaki tu dalam lingkungan 7 tahun.

Tapi budak ni memang penakut kata mak. Anak mak ler ni ye idok? πŸ˜‚ Mak bagitau saya tu Jin Islam. Jadi waktu pertemuan ni, mak ada cakap, “Kita sama-sama menumpang kat rumah ni ye?”. Kiranya dah buat deal siap-siap la takde gaduh2 tarik rambut rebut rumah bagai. Sharing is caring. Hahaha. Dan “rumah” keluarga jin Islam tu kat bilik Acik. Kesian Acik, dah la dia yang paling lemah semangat. Bilik dia pulak jadi port. Dulu bilik tu bilik Angah sebelum dia kahwin.

Lepas berkahwin, Acik yang dulu kongsi bilik dengan saya, pindah masuk bilik Angah tu. Tapi, Acik ni memang takut nak tidur sorang2 dalam bilik tu. Setiap malam dia akan ajak saya teman dia tidur sedangkan dia tak pernah tau pun cerita tentang Jin Islam tu. Mak hanya berani cerita pada saya je. Yang lain dia tak confident! πŸ˜‚ Acik selalu mengadu rasa diperhatikan bila dalam gelap dan nak tidur. Mula2 saya ingat dia mengada je, rupanya memang ada rasa diperhatikan. Susah betul nak lelap dalam bilik tu. Lepas Acik berkahwin, dia pindah rumah sendiri dan bilik tu dibiarkan kosong. Perabot adalah, orang je yilekk.

Lepas kejadian mimpi saya tu, mak saya cakap. “Mungkin dia marah sebab bilik tu dah lama tak ada orang solat”. Sejak haritu tu, sesekali mak akan solat kat dalam bilik tu. Ye la, duduk rumah tu bertiga je. Mak, Ba & saya. Yang lain semua dah kahwin dan ikut suami masing-masing. Cuma pelik time dia marah dalam mimpi tu kenapa dia tak pakai tudung. Tak sempat agaknya nak capai sebab dalam mimpi tu saya berlari serbu masuk pagar rumah. Kahkahkah! πŸ˜‚ Pernah jugak sekali tu Maid lama mak pernah tanya kat mak, “Opah, (panggilan maid pada mak saya yang sudah tua) rajin malam-malam mengaji di bilik tetamu di bawah ni”/. Mak pun berhuhuhu je lerrr. Dia dah tau dah siapa yang mengaji. Sah-sah bukan Mak sebab Mak ni sakit kaki mana larat nak turun naik tangga ni malam-malam tanpa bantuan sesiapa. Maid tu cakap hampir tiap malam dia dengar suara orang perempuan mengaji kat bilik bawah dan dia sangkakan mak.

Ada jugak gangguan lain tapi saya tak pasti ni perbuatan Jin Islam atau benda lain yang mengganggu. Lebih kepada mengusik. Entahlah rasanya benda ni berkenan dengan Acik kot. Pernah sekali tengah syok mandi, tiba-tiba dengar suara Acik panggil nama saya. Kita ni menyahut la, “Ye Acik!”. Buka pintu toilet, eh takde pulak? Lepas mandi dan berbaju, saya turun ke dapur tanyakan pada Acik. Dia cakap dia takde naik atas pun dan panggil saya. Memang dia kat dapur tengah tolong mak masak. Oh malas nak edit kat atas, rumah saya ni Semi D dua tingkat rumah berkembar dua. Bilik saya, Acik & parent kat atas. So kalau Acik kat bawah paling kurang pun dia akan jerit panggil. Takde rajin mana nak naik atas. Bhahaha!

Okay tu xpe lagi, hari yang sama, Ba nak keluar pergi mane entah ada urusan. Kami ni kalau sesiapa nak keluar memang wajib bersalaman dan hantar sampai pagar rumah siap lambai2 lagi. Jadi, tengahari saya dan mak hantar Ba kat pagar rumah dan proses melambai bye2 bermula. Waktu Ba drive tu, saya nampak Acik kat tempat duduk penumpang belakang. Dia tengok je depan. Otak time tu cuma fikir kenapa la Acik ni duduk belakang. Duduk la depan sebelah Ba kot ye pun. Masuk rumah pergi dapur, Acik ada kat dapur babe! Ahh, sudah dah tu yang dalam kereta Ba tu siapa? Mulut laju je cakap, ” Eh? Bukan Acik ikut Ba keluar ke?”. Acik macam biasa la dengan muka blur dia dan cakap takde la Acik kat dapur basuh pinggan. Kat depan dia saya tak cerita la kang dia buat drama peluk2 pulak.

Boleh dikatakan saya paling kerap diusik. Mak ada tanam pokok pisang yang paling saya tak suka kat halaman rumah. Bertentangan dengan sliding door hall tv tingkat bawah. Pokok pisang tu ada jantung pisang so paham2 la kan. Bilik takde tv waktu tu, jadi saya ni memang suka tengok tv malam2 sorang2. Ye la, time tu rasanya cuti sem kot memang bertiga je kat rumah. Mak Ba dah dalam bilik tingkat atas tengok tv program lain. Tengah syok tengok movie, oiiii dia boleh mengilai kat tepi sliding door tu! Sangat jelas suara mengilai. Hati dah dupdap tapi macam biasa buat relax tutup tv dan kipas. Mula2 naik tangga langkah satu je, lepastu langkah seribu masuk bilik! Sejak tu, bilik saya mak letak TV hahahaha. Dia risau Cik Pon datang tegur lagi anak dara yang acah2 berani tapi hampeh. πŸ˜‚

Bunyi orang naik turun tangga, bukak tutup almari, mimpi hantu ramai2 datang beraya ke rumah (cik pon, hantu galah, hantu jepun takde kepala), kena tindih semua perkara biasa kat rumah tu. Saya kalau malam2 tak boleh tido dan rasa semacam saya cepat2 pergi bilik mak. Dan mak sendiri dapat rasa apa yang saya rasa. Bila saya diusik, mak pun diusik jugak. Jari kaki dia pernah berbirat merah macam kena jerut dengan tali. Pernah jugak benda tu merupai arwah opah saya. Malam tu mak saya tersedar dan nampak arwah opah saya di hujung katil. Mak saya dalam keadaan separa sedar boleh pulak pergi jemput “opah” untuk naik atas katil duduk sebelah mak. Bila “Opah” tu merangkak naik katil, mak saya saya baru tersedar yang lembaga tu bukan arwah Opah sebab lembaga tu mula berubah wajah hodoh.

Mak saya panic halau dan baca beberapa potong ayat sebelum lembaga tu hilang. Kejadian yang sama jugak berlaku pada Along. Kami tak pasti benda apakah ia, sebab dikatakan mencari tuan baru, tapi keluarga kami memang tak pernah membela apa2. Kemungkinan ada kaitan dengan belaan pembantu rumah arwah opah dahulu yang ditinggalkan di rumah kampung kami. Itu nanti saya ceritakan lain kali jika berkesempatan. Maaf la, sebab setiap cerita agak panjang kisahnya. Ni pun saya pasti ada yang bosan. Hahaha. Maafkan patik πŸ˜‹

Rumah pertama yang Acik sewa di Semenyih pun boleh tahan. Rumah teres dua tingkat, tapi kosong sebab tak banyak perabot. Sofa pun takde. Hanya ada TV dan meja makan di hall. Mak ni memang suka jadikan saya ni scanner dia. Pergi la mana2 rumah or hotel nanti balik mesti dia tanya, “Ada rasa apa2 tak kat situ?”. Nasib scan je bukan fotostat. πŸ˜’Β Jadi bila Acik baru pindah situ, saya mak dan ba tidur la kat sana 2 malam. Kami tidur bertiga tidur kat bilik bawah dekat dapur. Acik sekeluarga tido kat hall bawah. Tingkat atas jarang guna sebab tangga agak curam dan Acik ada anak kecil. Nak lena memang payah. Benda tu asyik lalu-lalang kat dapur. Saya pulak tidur kat pintu bilik menghadap dapur. Macam mana nak tidur? Along sampai serik nak tidur rumah tu sebab first time dia sekeluarga datang tidur, dia taubat dah taknak datang lagi.

Dia kata dia taktau kenapa tapi dia rasa rimas dan menangis tak berhenti. Sejak tu dia diusik diganggu lembaga merupai arwah Opah. Hmmm. Rindu kat arwah. Arwah suka tengok WWF tengah malam. Hewhew! πŸ˜‚ Anak-anak tengah mandi kat tingkat atas tiba2 menjerit. Bila Acik sampai atas, anak dia cakap ada rambut hitam sebelah dia time dia mandi. Yang sorang lagi pulak pergi selak langsir tingkap malam, katanya nampak hantu baju putih, rambut panjang sampai lutut kat luar rumah. Terus Acik marah suruh tutup langsir. Lepas setahun Acik dah tak tahan, terus ajak suami dia pindah rumah lain berdekatan situ jugak. Rumah setingkat tapi cantik dah renovate dan sewa pun lebih murah. Alhamdulillah rumah tu takde apa-apa yang mengganggu mereka sekeluarga.

Walaupun ayat agak cliche, tapi tetap nak cakap jugak. πŸ˜‚ mohon ampun jikalau cerita adinda ni tak berapa seram. Tapi untuk yang mengalami lagi-lagi dari kecil sampai ke tua ni perkara mcm ni pasti akan terasa seram. Ye la, kalau dengan buah hati sikit-sikit sharing is caring, diaorang ni pun sama jugak nak join sekaki. Lagipun, kite sama-sama mahkluk di muka bumi Allah ni. Nak lari mana? Walau pun tak nampak di mata kasar seorang manusia, tapi mereka ada di sekeliling kita. Ececehhhh. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Assalamualaikum.

The Cat Lady 🐱

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *