Assalamuailaukum and hi ! , aku ingin menceritakan kisah yg aku sendiri tak dapat lupakan, tapi secara jujurnya aku tak pernah nampak mahkluk halus . Aku taknak pun nampak! Kejadian ni berlaku swaktu zaman study di Matrikulasi di Perlis . Ini tentang kisah kawan aku , Humaira . Maira adalah roomate aku Kami tersangatlah rapat .course sama Jadi kami rapat sampai tak pergi class pun sama sama haha !
Maira adalah orang yang lemah lembut . Putih , freehair dan sangat sangat cantik . No doubt ! Aku yang perempuan ni pun kadang2 insecure dengan dia . Perfect 10 ! Jadi kegelian lelaki di Matrik , surat cinta berlambak-lambak . Tapi apa yang bagus tentang Maira adalah dia top student dan tak bercinta cantun mcm aku ni huhu ..kisah ni terjadi sewaktu lepas final ! Masa tu baru habis Sem 1 , so kami ada gap untuk sem 2 . Masa tu tengah lepak2 dalam bilik tiba2 Maira mengadu yang kulit dia gatal . Gatal kat muka dan badan . Bila aku tengok just ada merah2 je
. So kitaorang yang pandai ni assume yang dia allergic . Malas nak berat kan kepala fikir masalah kegatalan Maira . Esok pagi bila Maira bagun dia terus menjerit sekuat hati , aku yang tengah syok layan tidur pun terbagun la . Gila ke apa time tu baru pukul 5.30 pagi macam tu . Subuh pun tak masuk lagi sistur brother sekalian , niat aku nak memaki tapi bila tengok muka Maira aku terkejut
Mengucap panjang aku sebab muka Maira jadi mcm jerawat yang teruk ! Bernanah lepastu Maira cakap sakit sangat . Muka dia sebelum ni mengelupas pun tak ! Punya la cantik gila tapi hari tu muka dia lain . Penuh woii satu muka . Aku pelik gila , nak kata jerawat mmg tak ah sebab kalau tumbuh jerawat mesti ambil masa nak jadi teruk mcm tu . Tapi ni tak sampai 24 jam . Aku terus tenangkan Maira dan berjanji nak bawak jumpa doktor pagi nanti .
Kami pergi dan Maira diberikan ubat cream . Nasib baik cuti jadi aku dapat jaga Maira dan Maira pun tak perlu nak keluar hadap dunia .
Hari kedua ialah selepas Asar , maira mengadu dia sakit perut dan mual . Rasa mcm nak muntah . Aku yang atas katil ni kelam kabut melompat nak bawak dia pergi tandas . Sampai je tandas dia muntah . Aku tolong dari belakang untuk urut2 badan dia . And dia tak muntah biasa , dia muntah gumpalan rambut segala . Dan Maira terus menjerit sakit perut ! . Kami(perempuan2 dlm toilet) terus bawak Maira g hospital . Maira bleeding masa otw hospital . Di bahagian kemaluan , aku bisik dekat Maira “aku rasa kau sakit sebab period pain kut ” . Tapi Miara setegas tegas nya cakap bukan sebab dia tak pernah rasa sengugut yang begitu teruk ! . Maira dimasukan ward
Masa tu aku syak Maira ni terkena buatan orang . Sebab tak pernah la ada orang muntah gumpalan rambut . Dan bila tanya doktor balik , kenapa dia bleeding doktor cakap high blood pressure naik sangat . Serious aku tak percaya ! Dan aku terus balik Matrix untuk kemas barang Maira . Semasa sampai di bilik dah lepas maghrib , jadi aku ambil keputusan esok jelah nak melawat Maira . Sebab malam tak boleh melawat . Jadi aku pun mandi2 dan bergolek atas katil sambil text la pakwe aku . Cerita apa yang jadi . Nak cita yang aku jadi hero . Tiba2 pintu bilik aku diketuk 3 kali . Salam pun diberikan tiga kali . Nak kata roomate lain memang jauh sekali sebab diorang ni ketuk macam nak roboh pintu bilik . Salam tu lagi la ,kalau diorang adalah ‘woi bukak pintu’ . Tapi kali ni suara lembut sangat . Macam mendayu-dayu . Aku diam seribu bahasa . Aku buat tak tahu ..akhirnya aku tertidur . Dan masa tertidur tu pun benda yang sama terjadi .
Aku tetap buat taktahu .sampai la azan subuh berkumandang baru aku berani keluar bilik pergi tandas mandi solat dan siap untuk lawat Maira . Sampai je hospital doktor cakap Maira dah boleh keluar . Dia dah stabil. Tapi Maira diam . Muka Maira pucat macam tk cukup darah . Aku pun bawak Maira balik . Dah balik Matrik aku beli makanan kat Maira tapi dia tak selera langsung . Dia cakap dia nk rehat je . Aku faham dan aku tak ganggu .
Malam tu kami ada program , Maira yang kurang sihat ni aku suruh duduk dalam bilik . Aku je pergi . Dan aku balik dalam 1 pagi mcmtu . Program habis lambat . Bila aku balik Maira tak ada dlm bilik ! Aku risau gila . Call Maira phone dia ada atas katil. Aku keluar dan bagitau kawan2 yang lain suruh cari Maira . Yelah dah pagi kut ! Mana pulak dia hilang .2 jam jugak pencarian Humaira ni akhirnya kami give up . Aku balik ke bilik dan tiba2 aku nampak Maira elok je baring atas katil . Aku pun maki Maira , pukul dia dengan bantal dan sambung maki . Maira hanya cakap “apa kau merepek ni wei , aku ada kat bilik dari tadi la . Tak pergi mana pun sumpah . Aku kan tak sihat . Berjalan pun tak larat”
Aku diam . Malam tu aku tak dapat tidur dan aku nak bawak Maira pergi berubat . Maira mula2 taknak sebab dia cakap dia dah okay . Muka dia pun dah okay dan dia tak muntah benda bukan2 lagi . Tapi aku tetap nak bawak dia pergi ..sampai bergaduh2 lah dengan Maira . Aku drive ni pun berzikir tak putus sebab risau jadi apa apa halangan . Dan alhamdulilah kami selamat sampai geng ! . Tapi spoil mood bila dah sampai Maira tak nak turun . Dia cakap panas . Dia tak suka . Gaduh lagi aku dengan maira sampai aku ugut nak tinggal dia kat sini kalau dia taknak masuk ..pandai2 la dia balik jalan kaki * masa ni tk ada grab uber ye kawan2 * . Nak taknak Maira akur
BERUBAT TIME :
Sampai je ustaz tu tanya apa masalah dan aku cerita semua . Tk ada yang miss termasuk la aku kena kacau . Then ustaz tu mula dengan bacaan ruqyah . Maira yang mula mula tenang tiba2 meracau . Maira merayu suruh aku bawak balik dia . Dia kata dia sakit .
Ustaz tu ambil telur dan membuat sedikit bacaan dan roll kan telur di seluruh badan Maira . Ustaz pecah kan dalam mangkuk dan ustaz cakap Maira terkena buatan orang . Dia disihir . Dan kami meneruskan lagi perubatan . Maira tak kena sampuk pun cuma dia hanya muntah2 jarum piniti , paku karat , darah dan rambut . Mmg geli weii tengok benda macam tu . Ustaz cakap benda2 macam ni tak kan hadam dalam perut sebab tu perut maira sakit dan dia tak lalu nak makan . Ustaz tanya Maira ada sakit kan hati siapa2 ke sebab nampak nya orang ni betul2 tak suka maira . Maira cuma diam . Dia berasa haus sangat . Dan lapar ..lepas berubat aku bawak maira pergi makan
Selepas seminggu , aku dan maira telah mula kan kelas seperti biasa dan Maira beransur pulih . Masa tu aku di canteen dan tiba2 ada seorang lelaki ni datang dan memaki maira . Maira hanya diam tertunduk ..macam2 hinaan yang dilemparkan . Maira anak babi . Maira jalang dan pelacur . Semua lah . Aku yang panas telinga terus campak kopi panas ke arah lelaki tu . Dia terkejut dan nak tumbuk aku . Dia mengamuk . Mujur time tu ada lelaki yang tahan dia . Dan aku lagi sekali mengambil kesempatan untuk meludah ke arah lelaki tu dan bawak Maira lari . Dan kami syak lelaki tu hantar benda bukan2 kat maira
Tapi kejadian ini tak terhenti di sini . Aku pulak yang kena . Tapi nanti aku cerita kan gangguan yang aku dapat termasuk kebenaran . Betul betul teruk sampai aku pindah ke negeri lain . Sekian terima kasih
sambung please..best ni..geram plak aku dengan jantan tu ish
Knpa drastik sgt ending tuu… Jgn kejam sgt sis…
Bagus betul dapat kawan macam Aina sofia ni…1 dlm seribu
Kann
Fuhh mmang trbaik ahh cita nih…mcam drama tv siap bersambung lagi…episod kedua bila pulak..tak sabar nak tahu ap yg jdi
Mak maira mana, mak dia..?
Jantan kaberet…dh la x semenggah kelaku mcm mn lah org nk berkenan…inikan pulak stok cun melecun…mmg mimpilah ko nak tackle awek camtu…x puas ht yg ko pi bomohkan budak pompuan tu psl aper samdol…gentle lah…dh org x suka angkat kaki pi lambung jauh2…aper lah punyer sengal jantan mcm ni…org suruh belajar…yg ko nak main cinta cintun psl aper…dh GB br ada akal…bodoh nyer jantan…
batch bila ni aina sofia? pst ke pdt? modul?
Hish! geram pulak aq ngn laki tu. sambung cpt sikit..😂
x sabar nk tau.
Subhanallah… kesian nya maira.. dah bgtau parents dia tak.. budk2 skrg dah pndai memandrem ank dara org klau cinta tak berbalas.. cetek ilmu agama.. tujuan dtg kat situ nak belajar, tp lain jadik nya.. semoga maira dan aina cepat berubat dan cepat sembuh dan dpt meneruskn bljr dgn aman…
tu budak dulu la mama. zaman takda grab uber. budak skarang tak main mcm tu dah. dorang main post kat twitter je kalau kena reject mcm ni.
Sambung citer lagi yea… tak sabar nk tau kesudahan nya…
Untung maira dpt kawan baik mcm aina sofia… byk jasa tu…
Sambung ye. Tak sabar nak tahu cerita berikut. Rasa nak tempeleng je lelaki tu. Dan… awak memang kawan yang baik.
Ending kau seram. Tetiba jer sekian terima kasih. Hihi.
maira tu suruh jer nikah n kawen sama aku.. Confirm selamat Dunia Akhirat..
Moral of story, perempuan kalau tak berkenan atau marah kat seseorang lelaki jangan la sampai meludah kat dia. Tambah2 depan org ramai pulak. Jangan malukan depan org ramai. Tak semua lelaki baik, sihir adalah jalan mudah bagi mereka nak balas dendam dimalukan. Ego lelaki ni besar, sampai Allah pun diorg sanggup syirikan. Aku sekadar nak ingatkan org perempuan, sebab banyak kes mcm ni jadi
Setuju 100%.
Tapi yelah, benda nak jadi..
Bila nak sambung.? Tak syabar dah ni cepat please 😣😣
Haddoii..agak2 lambat lg ke 2nd episode ni…smpi ter bersin2 aku baca skaalii tergantung plaak..
Tlg samb citer nie
segelintir melayu dan sihir berpisah tiada…..ingat kita ni x kan dihisab kot..lepas kat dunia.belum tentu di akhirat diampunkan lalau dah menyekutukan Tuhan
mcm mana blh bwk kete ke matrik?
sambung2
Sambung la citer…
Mane sambungan ehh?? Tak sabar niii
Salam sis.mohon sambung ye cerita ni. Kesian kat aina dan maira.Tak sabar nak tahu cerita selanjutnya.
Apa ni? kalut-lkalut nak pergi mana? ending tu jangan la break emergency sangat
wow! macam drama swasta cekikrama.
paling swasta part yang last tu.
curah kopi panas ( naper bukan milo ke horlick ke teh tarik ke ) dgn ludah muka.
haha!
sambung citer ye , kite tunggu tau
jadi kegelian lelaki geli??
kpd cucu nenek yg perempuan, nek nak pesan, kalau berani, jgn la terlalu berani… bahaya takut mkn diri..mcm ni la nnt jadinya..hati manusia tak dpt di baca tak dapat diduga..bila marah menguasai, dendam mkn diri, ape shj mereka sanggup buat.. benci la berpada2.. kpd cu aina, sambung ye cerita, nek tggu…., zaaassss!!!
Btol tu nek. Cu stuju dgn pendapat nek.
Ok Aina tros sambung citer, zaaassss!!! (tiru gaya nek) hehehe…
amboiii… tiru gaya nenek ea..hahaha…
jantan x gentle..x dpt tackle pastu pegi main bomoh…klu aku tackle x dpt…ok fine…aku rogol trus..muahahaha
oi mambang… kemain ko ea…jgn praktikka seperti itu ye..ingat la bahawa kehidupan seperti roda..kalau kita buat kat org, jgn lupa kita juga punya anak, adik beradik dan juga sedara mara..mana tahu suatu hr jd balik pd kita… jgn mcm2 cu, nnt nenek sebat ko guna penyapu terbang nenek ni..
kalau kau buat orang, kau mesti akan dapat balasan kat dunia dan di akhirat nanti. Dekat dunia ni kalau tak kena dekat kau, mesti kena dekat org yg kau syg. Allah Maha melihat dan maha adil.
Adoiii asal ada Bersambung plak citenye. . . .
Nampak sgt ni perbuatan lelaki tu xder angin xder ribut tiba2 nk serang maira tuu…nanti smbg lagi ya….
Cepatla sambung xsabar nak tau cerita seterusnya
cerita best tapi real ke? oh waitt matrik bila cuti sem bukan wajib balik dan tak boleh stay asrama dlm matrik ke? “Tapi aku tetap nak bawak dia pergi ..sampai bergaduh2 lah dengan Maira . Aku drive ni pun berzikir tak putus sebab risau jadi apa apa halangan .” sejak bila matrik boleh bawa kenderaan? rules matrik dari dulu sampai sekarang sama je. tak berubah
Kejam sangat ending ni sis
sambung la lagi sis… dah lama menanti sambungan story dari sis ni.
awak kene sebab awak ludah kat lelaki tu lahh,,maybe stat tu lahh that guy simpan dendam kat awk , awk yg sabar yee,, and pls continue your story cause i wanna know more bout it 🙂
awak dh kene sebab awak ludah kat muke that guy tu laa,, that’s why that guy simpan dendam kat awk,, bersabarlah nak…. semoga kita terhindar dari perkara2 yang sebegitu and semoga awak cepat sembuh.