Hai.. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada admin Fiksyen Syasya kalau menyiarkan cerita pertama aku ini.
Aku asal dari Sarawak. Dan aku berbangsa Iban. Aku ini kira termasuk dalam ketegori Keturunan Head Hunter (Pemenggal Kepala). Keturunan je okey.
Itu dulu, moyang aku punya kerja (part time or fulltime aku tak tahu lah). Tradisi ini lama dah ditinggalkan. Aku boleh lihat benda halus tapi tak selalu. Dan untuk pengetahuan semua, sixth sense aku ini diperolehi secara tidak semula jadi. So, pasal ini tolak tepi dulu. Aku akan cuba habiskan cerita aku walaupun ini merupakan cerita pertama dari aku. So, cerita ini akan panjang sedikit. Hope pembaca semua bersabar hingga ke penghujung cerita.
Jom mula dengan kisah pertama aku yang berhadapan dengan Hantu rumah panjang (aku saja je gelar hantu rumah panjang sebab kejadian ini dekat rumah panjang)
& Hantu Kepala. Untuk pengetahuan semua, hantu kepala yang aku maksudkan ini bukan Hantu Penanggal. Hantu kepala ini hanya terdapat di rumah panjang yang tertentu saja. Hantu ini wujud jika terdapat tengkorak kepala musuh yang dipenggal dan yang digantung diatas
setiap tiang rumah panjang disepanjang Ruai.
Untuk extra pengetahuan pembaca semua, menggantungkan tengkorak kepala ini melambangkan simbol kekuatan, keberanian dan kehebatan pahlawan untuk pertahankan rumah panjang di zaman silam. Semakin banyak bilangan kepala musuh yang dipenggal, semakin hebat seorang pahlawan itu (kira macam 1 kepala dapat up 1 level). Rambut yang terdapat pada kepala yang telah dipenggal tersebut akan dilekatkan dihujung pemegang parang yang digunakan untuk memenggal kepala munsuh.
Seramnya bermula apabila, family aku balik ke rumah panjang untuk sambut perayaan yang dipanggil Gawai Hantu di rumah panjang sebelah emak yang terletak
di Sri Aman. Ketika ini, aku masih berumur 14 tahun dan masa ini aku belum lagi mempunyai kemampuan untuk melihat dan merasai kehadiran makhluk ghaib.
Tetapi malangnya ketika usia inilah, aku berdepan dengan hantu buat pertama kalinya dalam hidup iaitu hantu rumah panjang dan hantu kepala versi Iban. Family aku balik lebih awal dari tarikh perayaan tersebut untuk memudahkan persediaan untuk menyambut Gawai Hantu.
Gawai Hantu ini disambut sebagai perayaan untuk roh
orang-orang yang sudah meninggal dunia. Perayaan ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan persediaannya mengambil masa dua hingga tiga tahun. Okey, cukup untuk pengetahuan asas tentang borneo tradisi.Untuk pertama kali,aku meminjakkan kaki di Ruai semua penduduk menyambut kedatangan emak dan ayah aku dengan meriah.
Maklumlah,lama dah tak balik ke rumah panjang.Aku juga terasa seperti artist yang dikelilingi peminat. Aku dipass kesana kesini seperti bola mungkin kerana ini merupakan pertama kalinya mereka melihat aku. Tiba-tiba, ibu memanggil nama aku dan aku dikenalkan kepada datuk merangkap bapak kepada ibu aku. Pertama kali jumpa datuk sebelah emak(sekarang dah meninggal).
Datuk aku sangat dihormati dirumah panjang ini dengan
kehebatan mengubat serta memulihkan gangguan makhluk halus yang menggangu penduduk dirumah panjang ini. Datuk aku hidup seorang diri setelah kematian isterinya pada usia ibu ku masih sebaya ku.
Datuk terus mengangkat aku dan membawa aku turun dari rumah panjang dan mengambil secubit tanah dan terus digosokkan di dahi aku.Sambil-sambil mulut datuk aku menyebut beberapa potongan ayat dalam bahasa Iban.
Tujuan adalah untuk menguatkan semangat ketika pertama kalinya meminjak tempat baru. Pada tengahari itu,family aku sangat sibuk dengan aktiviti ziarah-menziarahi saudara mara yang terdekat dirumah panjang tersebut yang lama tidak bersua muka. Aku yang kepenatan hanya mengikuti saja perjalanan ibu bapa ku yang ditemani datuk ku dari belakang. Masa berlalu dengan pantas hanya dengan aktiviti ziarah menziarahi.
Setelah jam menunjukkan pukul 6,ibu bapa ku balik semula kerumah datuk ku untuk berehat dan mandi.
Aku sering dinasihatkan supaya tidak bermain di Ruai dan tanju (belakang rumah panjang) ketika jam menunjukkan pukul 10 lebih.Jika di Miri,pada pukul 10 aku
masih boleh lepak diluar rumah dengan jiran tapi tidak disini. Ini kerana aku dulu bersekolah pada sebelah petang ketika tingkatan 2 di SMK Merbau. So, memang aku biasa tidur lewat setiap malam. Pada jam 10 malam ini,semua penduduk telah masuk kedalam rumah masing2 dan melakukan apa saja aktiviti kecuali aktiviti yang melibatkan luar rumah lebih-lebih lagi area Ruai.
Untuk membuang boring dan membuang sifat nakal aku,aku ditemani datuk aku menonton tv yang colour hanya ada hitam dan putih. Tambahan pula volume tv nie kecik sangat.Biasalah tv lama. Mak dan ayah aku telah lama dibuai mimpi mungkin sebab kepenatan.Ketika leka menonton tv, tiba-tiba bunyi orang berjalan dari ruai ke Ruai melalui semua pintu rumah panjang tersebut, sambil
disusuli bunyi ketawa sekejap ada sekejap tiada.
Ketika itu jam menunjuk kan hampir pukul 11 malam.Aku terus memeluk tangan datuk aku walaupun masih belum rapat dan biasa. Tetapi disebabkan takut aku tetap juga memeluk datukku dan masih focus dengan bunyi-bunyian tersebut. Perbualan antara aku dengan datuk aku ketika kejadian tersebut. Macam Fizi juga, aku nak mengekalkan keoriginalan dialog aku dan datukku. Nanti aku translate kat komen.
Aku: Aki,nama bunyi utai bak luar nyin.
Aki:ishhh..anang inggar.Diau diri aja aok.
Aku:Hantu kah bunyi bak luar nyin aki?(tengok,celupar macam sicelupar juga mulut
aku masa kecik dulu).
Aki:Laban nyak aku nadai nyuruh dik main bak ruai malam-malam ari.Tambah agi
Gawai Hantu nyau ka semak.
Aku: Hantu la bak luar nyak kan?
Aki:Makin dilara makin nyuruh ya.Dah, umbas dik berbunyi serta berjako.
Dari tingkap yang menuju ke Ruai, aku dapat melihat beberapa susuk badan berjalan-jalan disepanjang Ruai ulang-alik. Tiba-tiba satu daripada susuk tubuh itu betul-betul berhenti dan berdiri didepan tingkap rumah datuk aku yang samar-samar kelihatan tapi jeles bentuk makhluk kerana dilindungi langsir bercorak bunga yang halus serta nipis. Rumah kami orang berada ditengah-tengah antara rumah-rumah yang lain.
Kalau kira dari kanan sampai hujung rumah panjang tersebut, pintu rumah kami terletak di nombor 14 daripada 32 pintu rumah panjang ini. Dengan jelas, aku
dapat melihat makhluk tersebut mengetuk tingkap. Tok…Tok…Tok…Dia punya speed ketuk tingkap tu punya la slow. Dah macam 1 ketukakan bersamaan 10 saat.
Aku dapat mendengar dengan jelas makhluk tersebut bercakap dengan datukku.
Makhluk Misteri: Buka cermin towk..buka!!..buka!!..(sambil mengetuk tingkap
tersebut berulang-kali)
Aki:Apuuu..!! Berani dik ngacau urang bak bilik aku towk
neh..Salah urang dikacau dik.
Makhluk Misteri:Nama aga duai dik diak?
Aku yang tengah terkaku membeku serta membisu tapi mata masih melihat ke arah tingkap yang menampakkan sesusuk tubuh yang tak dikenali. Biasalah first time tengok benda macam tu. Kira pecah virgin la mata aku buat pertama kalinya melihat benda tersebut. Nak cakap makhluk tu besar tak pula, nak cakap gemuk, mungkin ya mungkin tidak.
Tapi makhluk tu tinggi sedikit dari ketinggian manusia normal. Datuk aku hanya senyum sekejap memandang aku sambil mulutnya mula terkuma-kamit membaca sesuatu dalam bahasa iban. Tiba-tiba, Tajau (pasu besar) bercorak Naga dipenjuru ruang tamu datuk ku terus bergoyang dengan kuat. Yang pelik nya, Tajau yang bergoyang dengan kuat tadi tidak mengeluarkan sebarang bunyi bising. Setelah datukku habis membaca mentera tiba tiba penutup Tajau tersebut terbuka, satu tiupan angin telah menerpa ke arah muka aku terus menuju ke arah tingkap.
Untuk pengetahuan semua, pintu utama dan tingkap tidak tersebut bersambung dengan area Ruai. Maksudnya, angin tadi menuju ke arah Ruai menembusi tingkap dimana makhluk yang mengetuk tingkap tadi tiba-tiba menghilang. Datuk aku hanya meletakkan jarinya dimulut
sebagai tanda menyuruh aku senyap. Setelah itu, kedengaran bunyi seperti orang bertumbuk dan bergaduh. Atap rumah panjang tak payah cerita la,memang berbunyi seperti orang berlari-lari dan melompat diatas atap.Keadaan aku masa itu tak payah cerita, memang takut sampai berpeluh-peluh sambil memeluk tubuh datuk aku yang kurus kering.
Datuk aku mengusap kepala aku sambil menonton tv.Gaya macam tak dengar apa.Relex + cool je datuk aku masa tu.Setelah beberapa minit,bunyi seperti orang bertarung diruai dan kadang-kadang diatap rumah senyap semula secara tiba-tiba. Sekali lagi aku dapat merasakan seperti angin lalu didepan aku dan menuju ke Tajau yang bercorak Naga tadi.
Dengan tanpa mengalihkan pandangan aku dari Tajau tersebut,tiba-tiba penutup tadi terbang semula ketempat asal dan menutup tajau tersebut.
Aku punya terpegun tak payah cerita, macam tengok david copperfield buat magic. Datuk aku hanya tersenyum saja melihat aku yang tengah penasaran. So, malam itu berakhir begitu saja setelah aku tertidur dalam
ketakutan dipaha datukku.Aku ingatkan benda ini berakhir disini saja.
Hari terakhir sebelum Gawai hantu ini lah yang aku bertemu dengan Hantu Kepala. Bangun saja aku tidur selepas kejadian malam tadi, aku dapat melihat bertapa busynya ibu bapa dan datuk aku menyediakan apa saja persiapan untuk esok. Maklumlah, Gawai hantu ini diadakan paling banyak pun sekali dalam satu generasi untuk mana-mana rumah panjang, dan secara lazimnya perayaan ini sangat jarang berlaku.
Aku bangun dengan malas menuju ke tanju
untuk mandi. Setelah mandi, aku diberi makan oleh emak. Aku makan dengan gelojoh disebabkan hari ini merupakan hari kedua aku dirumah panjang ini tetapi masih belom mendapat seorang pun kawan. Selesai saja, aku terus berlari ke ruai dan cuba menunjukkan diri didepan kanak-kanak yang sebaya dengan aku pada ketika itu. Tetapi, mereka tidak melayan aku mungkin sebab aku asing bagi mereka.
So,untuk mendapatkan perhatian mereka, aku mengambil alat permainan aku yang dibawa dari Miri. Kalau tak silap, permainan yang aku maksudkan ialah Crush Gear. Hahaha.. hebat tak cara aku mencari kawan. Dengan rasa bangga diri, aku terus bermain crush gear tersebut di Ruai.
Budak-budak yang sebaya aku mula mengelilingi aku kerana ingin melihat kelincahan permainan aku bergerak kesana dan kesini. Tiba-tiba, datang seorang budak sebaya dengan aku dan memperkenalkan diri sebagai Richard(bukan nama sebenar).
Ramai juga kawan yang aku dapat ketika itu dengan hanya disebabkan crush gear aku itu. So, dari tengahari sampai ke petang kami bermain diruai. Ketika itu, penduduk rumah panjang semua busy membuat persiapan seperti menghias ruai, menyediakan
binatang seperti khinzir dan ayam untuk dijadikan korban.
Ada juga penduduk yang busy menyiapkan tiang suci yang dikenali sebagai “tiang chandi”.Tiang ini didirikan, dengan tengkorak manusia(tengkorak kepala munsuh yang dipenggal), bahan-bahan persembahan dan patung burung Kenyalang diletakkan di puncak tiang itu semasa kenduri.
Tiang suci ini diselimutkan dengan kain tenunan suci yang dipanggil “pua kumbu” yang mengandungi motif-motif tertentu.Aku dan richard leka seketika melihat penduduk menghias “tiang chandi” dengan mengikat tengkorak kepala tersebut. Tanpa ku sedar, jam telah menunjukkan pukul 6 dan aku terus dipanggil oleh emak aku untuk balik dan begitu juga richard. Sebelum munuju kearah emak aku, Richard sempat menjemput aku ke rumahnya pada pukul 8 untuk bermain dibilik nya.
Setelah selesai mandi dan makan malam,aku meminta kebenaran daripada datuk dan ibuku untuk tidur di rumah Richard.Rumah richard terletak di pintu nombor 26.Setelah mendapat kebenaran dari datuk dan ibu ku,aku terus berlari ke ruai menuju ke rumah richard. Tapi aku telah dinasihatkan oleh datuk aku sekali lagi supaya tidak keluar dan bermain di area ruai lebih dari pukul 10.Pada ketika itu, Ruai telah pun siap dihias dan papannya diletakan tikar mengkuang untuk para tertamu duduk. Tanpa ku dan Richard sedari, jam telah menunjukkan pukul 9.40 malam (agak-agak je sebab tak ingat) dan nama kami dua mula dipanggil oleh Bapa Richard untuk masuk ke rumah.
Ketika itu ruai mula sunyi sebab ramai telah masuk ke rumah masing-masing. Aku tidur sebilik dengan richard tetapi mataku tidak dapat terlelap mungkin sebab tidak selesai tidur ditempat yang masih asing bagiku. Pertemuan aku dengan Hantu Kepala bermula apabila aku,cuba untuk balik ke rumah datuk aku semula yang terletak di pintu ke 14. Jadi aku patut melalui 12 pintu rumah lain sebelum sampai di pintu rumah datuk aku.
Selain itu, aku juga terpaksa melalui ‘Tiang Chandi” kerana tiang tersebut terletak ditengah-tengah ruai. Aku mula curi keluar dari rumah Richard dengan perlahan-lahan. Sebaik saja aku membuka pintu untuk menuju ke Ruai, aku melihat suasana gelap tapi boleh kelihatan samar-samar dengan bantuan cahaya bulan. Semasa aku berjalan perlahan-lahan di ruai untuk menuju ke rumah datukku,aku merasakan aku seperti diperhatikan.
Aku mula melajukan langkah perjalanan aku kerana aku mula mendengar seperti benda yang berlaga-laga dan seperti berlanggar-langgar..Faham akan apa yang aku maksudkan..bunyinye seperti tulang-tulang yang berlanggar antara satu sama lain.Atas rasa ingin tahu,aku menoleh kebelakang dan melihat dua Tengkorak kepala berlanggar-langgar sambil mengikuti aku dari belakang..
Tengkorak tersebut hanya terngaga dan membuka rahang sebesar yang boleh seperti ingin mengigit ku.Tebgkorak tersebut seperti tengkorak dalam movie ‘Ghost Rider”. Amat susah bagiku ketika itu, kerana aku belum lagi diajar mentera untuk menghalau hantu. Ketika itu, kami tidak diajar seperti agama Islam yang
menyediakan doa “3 Qul”dan “Ayat Kerusi” (menjauhkan diri dari gangguan syaitan, membersihkan hati dan permudahkan segala urusan).
Maafkan saya jika, saya salah maksudkan tujuan doa tersebut. Kini aku telah diajar mentera untuk menghalau dan memanggil makhluk halus.
Sambung semula, aku terus berlari dengan sekuat hati dengan tiba-tiba penglihatan aku gelap gelita setelah melanggar sesuatu di tengah-tengah ruai. Aku terus pengsan. Aku sangat bersyukur kerana melanggar tiang ruai kerana dapat mengakhiri derita aku dikejar oleh hantu kepala.
Aku dijumpai oleh penduduk rumah panjang setelah pagi berdekatan dengan tiang ruai yang 3 pintu jarak dari rumah datukku.Setelah berberapa jam, Perayaan Gawai Hantu disambut dengan kepala aku yang benjol dan kebiruan. Kemeriahan sambutan perayan ini membuatkan aku lupa segala keseraman yang telah aku hadapi di Rumah panjang ini. Richard hanya ketawa melihat kepalaku yang benjol. Pada malam Gawai Hantu, acara ngalu(menyambut) petara diadakan di ruai dengan cara mengadakan satu perarakan secara besar-besaran oleh pemuda-pemudi yang berpakaian tradisional iban.
Okey la pembaca FS semua. Sampai disini sajalah kisah saya untuk pertama kali. Penulisan dan cerita ini bagi saya panjang tapi mungkin pendek bagi pembaca. Masih banyak lagi pengalaman-pengalaman yang aku alami berkaitan dengan makhluk halus.
Pembaca semua digalakkan mengkritik untuk membaiki lagi penulisan dan jalan cerita aku.Segala kritikan para pembaca akan dijadikan panduan dalam kisah seterusnya.bye2…
IBAN TEENAGER Nempap bukit tumpur nyadi emperan, Tedong nyelingkong mantok melit Iko bebelit dalam bulan.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
nice bro. Ayat kursi = correction. sekarang rumah panjang dah ada PS4 . bulan lepas sy pergi ke sri aman sebab ada audit disana. jumpa kawan lama. pergi rumah dia ada PS4 woo. hehe
Tq for correction abg Fizi..skrg byk rumah panjang yang maju Dan renovate guna simen..dh xguna papan…tpi rumah panjang di pendalaman masih mgekalkan binaan tradis.. Tq abg Fizi skali lagi..I’m your fan ^_°
Wahai Iban Teenanger, boleh tolong translate ke dialog awak dengan atuk awak tu? Tqvm 😉
ps: lain kali ikut nasihat org tua2 ye… kan dah jumpa…. hehe…
Tpksa bantah arahan atas sebab tidak selesa Dan masih kekok..lagipun pun bantal busuk tinggal rumah datuk..^_^.. Esok dialog akan ditranslate..tq for support..
menarik, sambung lagi next story. ohh, tlg translate dialog tu ye, nak tahu juga maksud perbualan tu. (y)
Esok akan saya translatekan..tq SBB support cik puan FIFA..^_°
apuh.. leh thn crita ktk bang. x sangka da juak kisah umah pnjg
Biasalah tu..rumah panjang mmg byk mcm tu myb sbb dekat dgn hutan Dan berada di pendalaman n jauh Dari pusat bandar…tq for support..^_°
Aik?
Nembiak merbau?
Junior aku kot towk. Hahahaha.. nice story, tp bahasa nuan polish g. Modern words mai di kena nuan. Hehe…. Modern ga aki nuan. Gawai antu nyak mesti di gaga enti bc pemati dalam family kitai enti bedau bc agama. Enti da bc agama, baru nda ngaga gawai antu. Gawai antu nyak kira baka kitai ngenang org da mati dalam taun nyak mega. Cth nuan bc family member ya ka mati tahun 2016 tp bedau ngaga pengawa gawai antu ag, jd semua family ba rumah panjai ya ka bc family member mati,cth family A mati apai family B mati inek, family C mati anak, cda sepakat ngaga gawai antu bulan 3 2017 maya nembiak cuti skul.
Jd gaga la pengawa nyak.
Gawai antu kira pengawa pengabis kitai, ngenang ka org ya ka mati serta muai balu (enti mati bini atau laki).
Aku nadai ga manyuh experience ngau gawai antu. Paling seram maya ku nyuci pinggan ngam malam gawai antu nyak, ninga org makai ba luar rumah. Laban ba luar rumah sg engkah utai empa ka antu. Baru ka muka pintu, nasid inek belandak ngerauh madah anang muka. Hahahhahah…
Anyway, nice sharing junior.
Ya kha dik smk merbau…Ku last bk smk merbau 2008..aok,best gawai hantu bro. Laban mayuh indu dara atai ari umh panjai lain. Tang Ku enda nulis bk atas din,takut temu urg kanji…tq for support,Senior Merbau QQ…^_°
Ndai ga org ,alu mdh kanji…hakhakhak..nu ketawa kedri nu .maca bls ayt commet d nya.
ndang maya gawai ke apa2 .pengwa ke besangkut ngau begawai..sgi nang gagit bala org bujang ngau sida ke.daha.ko.ka bepeda ke pngn diri.
Thorbaek! Haha, tak pasal berbuah dahi, takleh petik je?. ??
Lama tunggu dahi masa tu sembuh,sampai bawa prgi sekolah..haha terus jadi bahan ketawa bro..
Tahniah bro…laban dah publish first cerita nuan ruai FS tu.
Keep it up….
Memule bace Gawai Hantu ni persiapan amik mase 2-3tahun dok terpikir bape tahun sekali sambutnye…
Rupenye segenerasi sekali je ekkk, patot beria persiapannye…
Mase blk kg tu kamu umur 14tahun tp br pestaim blk kg dan kenal dgn atok tu…???
Lame bebenor yer family kamu x blk kg…
Patot sambutan mcm artis masuk kampong, meriah…
Syahdu jer membygkan dok tertido kat riba atok yg dah tua tu…
Rase selamat sgt walaupon ade gangguan menyeramkan…
Hebat btol penangan bantal busuk tu ekkk sampaikan hantu kepala sanggup ku redahi, hahahhahah…
Lengkali buat degil lg ekkk…
Papepon, trick menarik perhatian gune game tu mmg berkesan sesgt…
Dpt byg muke kamu yg tgh bajet menunjuk2 sbb nk carik kawan tu…
Hehehehehehe…
klau dlm famili asben, gawai hantu ni mcm ala2 kenduri tahlil kita kak yulie… cuma kenduri tahlil blh buat bila2 masa…gawai hantu ni 10 tahun sekali lepas ahli keluarga tu meninggal..
Oooooo…
Mmg rare ar kirenye sambutan gawai hantu ni yer…
Bagusnye suami Ixora asal sane ekk, ade cerita berlainan agama adat budaya yg boleh dikongsi…
Mak ayah dulu selalu balik tapi tak bawa saya sbb masih kecil sangat…nak balik dulu pun guna bas.. perjalanan jauh..tu yang umur saya 14 tahun baru mereka bawa pergi balik rumah panjang..Pasal penangan bantal busuk tu memang kuat Kak yulie..sbb sampai sekarang masih wujud..No bantal busuk,No life…
Hahahahah…
Nnt kawen jgn lupe bersanding peluk bantal busuk tau, baru rare…
sri aman kt mana bro….sy kawen dgn iban tg bijat…rumah panjang betul2 sebelah sign board sebu hilir…hhahahahha…rumah panjang kami xlah moden sgt tp klu rumah panjang nenek sebelah indai suami di sebakak mmg masih ada 11 lagi tengkorang tgantung kt ruai… dgn meriam tembaga lama..gong2 lama….tajau lbih 100 tahun…mmg agak seram la pg situ…
Gran Stumbin…tapi nak balik sana susah skrg…sebab jalan raya runtuh sebab air sungai yang besar…so nak balik mesti guna jalan lama and terpaksa lalu kubur yang telah berkurun belakang bukit..Dh lah tak ada lampu jalan,jalan raya pun tar setengah saja..sob..sob…
your bm and karangan was soooo good. rasa relax bila baca. sambung lg k.
tapi masih ada typo sikit…next story saya akan buat yang terbaik…tq for support ‘Misha’. 🙂
Aku: Aki,nama bunyi utai bak luar nyin.
(Tuk, apa bunyi yang dekat luar tu.)
Aki: ishhh..anang inggar.Diau diri aja aok.
( ishhh..jangan bising. Diam saja, ok)
Aku: Hantu kah bunyi bak luar nyin aki?
(Hantu kah yang bebunyi dekat luar tu, tuk ?)
Aki: Laban nyak aku nadai nyuruh dik main bak ruai malam-malam ari.Tambah agi
Gawai Hantu nyau ka semak.
( Sebab tu saya tak membenarkan kamu bermain dekat ruai pada waktu malam. Lagi pun Gawai Hantu dah nak dekat.)
Aku: Hantu la bak luar nyak kan?
( Hantu la yang dekat luar tu kan?)
Aki: Makin dilara makin nyuruh ya.Dah, umbas dik berbunyi serta berjako.
(Semakin di tegur semakin menjadi. Sudah, cukup, jangan cakap lagi.)
Makhluk Misteri: Buka cermin towk..buka!!..buka!!..
(Buka tingkap ni…buka!!..buka!!..)
Aki: Apuuu..!! Berani dik ngacau urang bak bilik aku towk neh..Salah urang dikacau dik.
(Aduh..!! Berani kamu ganggu orang yang di dalam bilik ini… Kamu sudah tersalah orang.)
Makhluk Misteri: Nama aga duai dik diak?
(Apa kamu 2 buat di dalam tu?)
* Aki bermaksud Datuk.
* RUAI adalah ruang atau bilik yang terbuka di bahagian pertama rumah panjang Iban. Ruai ini boleh dikatakan dewan/balai serbaguna utk pesta keramaian, kematian, tempat penduduk rumah panjang bergumpul dan sebagainya.
Dengan ini saya ingin menyusun sepuluh jari minta maaf jikalau translate bahasa saya agak pelik sedikit bunyinya. Saya sedaya upaya membantu Iban Teenager. Terima kasih.
Tq bro ibanese,,,, Song Jong Ki
No problem Iban Teenager…..Lee Min-ho
Nanti tulis lagi ya pasal culture awak. Sangat menarik.. saya pernah mengajar di Sarawak nun di sia dan suka apabila anak murid bercerita pasal budaya masing2. Dan ikut cerita awak, sehari selepas awak pengsan tu ada ke awak kena berubat? Atau takda apa2 dah selepas itu?
xda…atok saya just usap kepala saya guna daun sirih..^^.. nnti saya akan publishkan cerita dan pengalaman saya..pasal culture myb untuk pengetahuan am( kira bonus) kalau saya nmasukkan dalam cerita
tq for the support…
Baik lah abang iban .terbawak2 baca time hantu tengkorak tu kat belakang. Hahaha
kalau nak try tgk datang lah rumah panjang abg Gawai nie k…^_^.. Tq for support
Best cerita antu tuk ahahaha taja pan aku enda kala ngau Gawai Antu.Ya gak macha maya malam tambah gik seram
Seronok baca sebab minat culture yang unik dan paranormal stories. 3 tahun diam sarawak tapi sik pernah masuk rumah panjang. Share lah lagi misteri2 yang berlaku.
lawa nuan chak nemu enggau org becerita ditu neh..taniah lah.
Saya pun duduk umah panjang juga. ada satu family ni masih mengamalkan budaya lama. tengkorak ni die orang bagi rokok setiap senja. kalau tak die akan menggangu family tu. last tahun 2001 kot saya nampak tengkorak tu. sekarang tak taw mana tengkorak tu. emak saya kata dah dikebumikan sebab family ni dah masuk kristian..
Penulisan yang bagus. Jika boleh translatekan dialog bahasa iban ke bahasa Malaysia (buat 2 dialog. satu asal satu lagi terjemahan)
Aku tok baru ngejinak diri maca cerita antu laban sbdau tok aku meruan ninga MJ12 , amai ndar , pajak ke mujur nuan menyadik . .aku mega org miri
2023 baru hadir. Mesti kamu sudah jadi jejaka yang kacak!