JELMAAN DAN RINTIHAN YANG TAK BERKESUDAHAN

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah-kisah seram yang telah aku kongsikan. Terima kasih juga kepada pembaca kerana sudi membaca setiap kisah yang dikongsi. Baiklah, kali ini aku ingin berkongsi tentang satu kisah seram atau pengalaman yang tak mungkin aku dapat lupakan.

Bergelar sebagai ‘budak hostel’ pasti tidak akan lepas daripada mengalami berbagai pengalaman pelik ataupun seram sepanjang tinggal di hostel. Tanpa membuang masa, aku mulakan kisah ini dan kisah ini benar-benar berlaku pada sepuluh tahun yang lalu.

…………………………………….

Kisah seram ini berlaku di salah sebuah kawasan di negeri Johor iaitu di nong chik Johor Bahru. Walau bagaimanapun, aku tak boleh dedahkan lokasi yang lebih tepat kerana tidak mahu member panic kepada sesiapa yang tinggal di kawasan tersebut. Menurut apa yang diceritakan oleh rakan-rakan senior, tapak asrama yang kami diami ketika itu adalah bekas kawasan perang atau lebih tepat lagi bekas kubu pertahanan jepun. Maka, tidak hairanlah jika banyak pengalaman seram yang dialami oleh para pelajar yang tinggal di asrama ini.

Namun, apa yang ingin aku kongsikan pada hari ini adalah kemunculan, jelmaan atau gangguan yang datangnya daripada seorang perempuan sarat mengandung telah menjadi mangsa rogol dan pembunuhan oleh seseorang yang tidak beperikemanusiaan. Gangguan daripada hantu atau jelmaan wanita yang bernama Hasnah ini ada banyak versi. Pada kali ini, aku kongsikan versi yang paling seram dan yang paling tak dapat aku lupakan.

……………………………….

Tolong… Tolong…. Tolong……

Satu suara perempuan sayup-sayup kedengaran, ketika itu jam telahpun melewati angka dua belas tengah malam. Aku, hamid, amin dan din masih belum tidur. Kami masing-masing sedang sibuk bergayut dan bermain SMS dengan awek tersayang. Cehwah…

Tanpa sengaja, aku menegur. “Korang dengar tak apa yang aku dengar?”. Celupar gila mulut aku time tu.

“Dengar apa? Suara orang minta tolong ke?”, hamid menyoalku semula.

“yelah… suara perempuan minta tolong. Bunyi macam jauh tapi siapa ek?”, Balasku masih tenang.

“tu suara hasnah kot. Dahlah biar jelah. Kau ni naz, p tegur apahal?”, Amin pula bersuara. Amin ni tahap keberanian dia lebih sikit daripada aku, lagipun dia beketurunan bugis dan agak pandai jugalah dalam bab-bab menghalau hantu.

“hasnah? Siapa tu? kenapa dia minta tolong pula? Budak baru ke? hmmm, lecehlah, buat kecoh aje”, Balas aku yang tidak tahu apa-apa tentang hasnah. Muka din dah berubah dah time tu, hamid masih cool. Yelah, dia tengah bersayang-sayang dengan awek dia, mungkin tak fokus sangat dengan apa yang sedang berlaku.

……………………………………..

Hasnah, seorang perempuan yang dikatakan menyewa di salah sebuah rumah tidak jauh daripada hostel kami. Kalau tak silap, jarak rumahnya kira-kira lima ratus meter daripada gate asrama. Hasnah juga dikatakan, tinggal bersendirian kerana dia telah dihalau oleh keluarganya setelah terlanjur dengan kekasihnya sehinggakan dia hamil luar nikah.

Rupa paras Hasnah sangat cantik, dia masih muda tapi sayang kerana terjerat dengan sandiwara cinta. Episod hidup hasnah berakhir apabila dia dipercayai telah dirogol dan d*****h oleh seseorang yang tidak diketahui indentitinya. Mayat hasnah pula dijumpai digantung pada sebatang pokok yang terletak di belakang hostel yang menempatkan para pelajar sekolah ******.

Sebelum terlupa, hostel sekolah ******* ini terletak di kawasan atas bukit dan boleh dikatakan dikelilingi hutan. Mungkin, sebab itulah pokok belakang hostel menjadi tempat si pembunuh dan perogol itu menyembunyikan mayat hasnah.

……………………………………….

Tolooooooooong…… toloooooooooong….. sakiiiiiiiiiit….. saaaakiiiiiittt…….

Suara yang kedengaran sayup-sayup tadi kini semakin jelas dan semakin hamper dengan blok asrama kami..

“amin… dia dah dekat. Buatlah sesuatu. Aku takut.” Aku resah, penjelasan daripada amin tentang hasnah, meniimbulkan seribu penyesalan di atas kecelupran mulut aku tadi.

Gedok gedok gedok gedok gedok edok gedok gedok.

Bunyi tapak kaki orang berjalan di atas bumbung asrama kami. Sesekali bunyi itu bertukar seperti bunyi orang bermain pasir. Suasana semakin menyeramkan. Beberapa frame gambar yang kami gantung di dinding jatuh dengan sendirinya. Tidak cukup dengan itu, suara orang seakan bernyanyi atau bergurindam terus menerus menambah seram suarsana.

Tolong aku…. tolong aku… aku sakit… sakit…. Sakit sangat…. Tolong aku tolong aku…. rintih hasnah lagi.

Tiba tiba amin bersuara. “Aku tahu asal usulmu, aku tahu kau hasnah, kau pergi dari sini atau aku hapuskan engkau.” Jerit amin sekuat hati. serentak itu, bumbung asrama kami seakan dihentak dengan kuat. Aku terkedu, hamid dan din pun terkedu sama. Tapi masalahnya ketika itu, aku rasa nak terkencing sesangat. Serius, tak boleh tahan dah rasanya. Si hamid pula, dia ni jambu sikit. Time tu dia boleh pula sibuk sibuk nak cuci muka bagai. Kalau tak cuci muka rasa rimaslah, tak selesalah dan macam-macamlah.

Setelah hentakan itu, suara rintihan, nyanyian gurindam langsung tidak kedengaran. “sudah, jangan takut. Dia sudah pergi.” ujar amin dengan penuh yakin. Aku pun apa lagi, terjun daripada katil dan terus pergi ke toilet. Hamid pun sama, cepat-cepat dia ambil pencuci muka dan follow aku. din pula, mula-mula macam nak bersiap untuk tidur tapi tak lama lepastu dia pun follow aku dan hamid. Cuma amin saja yang tinggal sendiri di dalam bilik. Seperti semua orang tahu, tandas di asrama, ada banyak cubical. So, jenis aku ni memang suka setia so aku akan gunakan cubical yang sama je sepanjang tinggal di asrama tersebut. Bukan apa, aku tak biasalah tukar-tukar tandas, bagi aku keselesaan tu penting. Kebetulan, cubical yang aku pilih tu cubic yang paling hujung sekali.

Sedang aku hendak buka seluar, tiba-tiba daripada atas tangki flush tu ada perempuan sedang menyangkung dan menangis teresak-esak. Aku dah separuh buka seluar weh…. Aku terdiam sekejap sebab terkejut. Serius, aku kaku gila time tu. Mulut pun seakan terkunci. Setelah mendapat kekuatan. Aku pantas menyarung seluar semula dan terus keluar dengan pantas daripada cubical tersebut. Hamid yang masih belum selesai cuci muka, turut bergegas menuruti langkah aku. Din, lama dah siap. Dah selamat dah dia.

Cuma, bayangkanlah hamid dengan muka yang masih penuh dengan buih2 pencuci muka, seram weh… din orang yang paling terkejut. Aku tak payah cerita sebab dapat jer jejak kaki ke dalam bilik aku terus pengsan. Langsung aku tak tahu apa terjadi lepas tu. Aku sedar, aku dah di hospital. Doctor kata aku stress. Penat sangat. Yelah, doctor mana tau apa yang berlaku. Wardan bertugas pula langsung taknak percaya dengan apa yang kami ceritakan. Bagi dia, kami mereka-reka cerita. Nasib kami bertambah malang apabila handphone yang kami seludup kesemuanya dirampas. Memang tak sempat nak sorok. Nasib badan.

Selepas daripada kejadian tersebut, aku demam dua minggu dan lebih menyeramkan, hostel kami kerap didatangi oleh perempuan perempuan yang takdikenali. Lebih lebih lagi pada waktu maghrib. Siapa lambat ke surau pasti jumpa. Konon-konon nak jumpa anaklah, nak melawat anaklah, staff baru lah dan yang paling seram dia menyerupai cikgu kami. Sedangkan cikgu tersebut sedang bercuti bersalin.

Setakat nak dengar bunyi orang mengilai, nak jumpa perempuan gendong anak duduk bawah pokok rou, kami dah biasa sangat. Kadang-kadang, buaian tempat kami lepak petang-petang pun tengah-tengah malam terhayun sendiri. Bayangkanlah, tapi ramai orang yang berpendapat bahawa perempuan itu adalah Hasnah yang sedang menuntut bela di atas kematiannya.

Sekian untuk kali ini. Nanti aku kongsi kisah lain pula.

.

robotnaz
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

5 comments

  1. “Cuma, bayangkanlah hamid dengan muka yang masih penuh dengan buih2 pencuci muka, seram weh… din orang yang paling terkejut…”

    Citer ko ni dh bajet seram…
    Tp…smpi part ayat atas tu, trs mengekek2 akk bace dik…
    Akk ni udahlar mmg extreme sket bab membayang2kan ni…
    Hahahahhahaha…

    1. Kah kah kah…
      Sioottt je kan…
      Mau idoknyer…
      Siap bygkan muke cuak tgh pgg suar tu dgn separuh cangkung smbl pikir samada nk teruskan membuang atau tak…
      Hahahahhaah…

  2. Nampak tak… sebab kewujudan “perempuan” yg x dikenali tu lh surau penuh time maghrib…
    ehehehehe…
    Alhamdulillah, sepanjang aku tinggal kat hostel (secondary school, matric, univ), x penah kena lg… mintak2 dijauhkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.