Ibu Mertua Niyang Rapik

Assalamualaikum pembaca semua. Saya memang minat kisah seram kat FS ni. Tergerak hati nak kongsi kisah yang saya alami. Banyak juga saya berdepan dengan benda mistik ni. Cuma waktu ni saya nak kongsi kisah saya berdepan dengan ilmu hitam. Tak lama lepas saya kahwin dengan suami saya, saya bermimpi yang emak mentua saya bertukar menjadi nenek kebayan. Muka hodoh, bongkok. Tapi masa tu saya malas nak fikir sangat. Mungkin mainan tidur. Saya dan suami hidup bahagia pada tahun pertama perkahwinan.

Untuk pengahuan semua, saya dan suami berkenalan dalam page untuk mencari jodoh. Saya ni tak reti nak berkawan dengan lelaki. Life pergi kerja balik kerja. Lagipun dulu saya sekolah perempuan. Masuk Uni pun Uni perempuan di Timur Tengah. Bila dah capai umur 29 semua bising2 suruh kahwin jadi alternatif saya masuk page tu untuk cari jodoh. Suami saya masa tu dia duda. Bercerai dengan isteri dia dah bertahun dan tak de anak.

Masuk tahun kedua berkahwin, rumah tangga saya bermasalah. Sebab saya dapat tahu yang suami, mak dan ayah dia, dan beberapa adik-beradik dia join satu group di mana aqidah dia menyimpang dari ajaran Islam. Masa tu ALLAH je tahu hati saya. Saya sedih sangat2. Saya kahwin umur dah 30. Diuji macam ni lagi. Diorang mula tak solat. Macam-macamlah bercanggah dengan ajaran Islam. Memang banyak kali suami ajak saya masuk tapi saya tak nak. Saya pernah minta cerai tapi suami cakap masih sayangkan saya. Saya pun mintak nasihat dengan ramai ustaz. Ramai suruh bercerai sebab masalah aqidah bukan masalah kecil.

Tapi ada juga ustaz yang mintak saya sabar dan buat solat hajat. Solat taubat dan amal zikir-zikir supaya hati suami lembut dan kembali pada Islam. Tapi makin lama saya nampak dia makin teruk. Dia mula abaikan nafkah. Mula tak pedulikan saya. Akhirnya genap tahun ketiga perkahwinan, kami bercerai setelah melalui pelbagai perkara.

Kisah bermula lepas saya bercerai. Ditakdirkan bekas biras saya (dia berkahwin dengan adik ipar saya kemudian bercerai) datang jumpa saya di ofis. Dia cerita yang ex mak mentua kami ni macam ada guna ilmu sebab sepanjang dia duduk rumah mentua. Dia selalu nampak ex mak mentua ni mulut terkumat-kamit pastu macam ada benda tertentu yang dibuat yang dia pun tak reti nak describe. Lepas tu ex biras saya ni ajak pergi jumpa dengan sorang makcik ni.

Ex biras ni, saya namakan N, pernah pergi berubat dengan makcik tu sebab masalah saka keturunan. Apa yang membuatkan jantung saya nak tercabut, makcik tu cakap ex mentua saya tu ada bela pelesit. Tujuan dia mula-mula bela pelesit tu sebab nak tundukkan suami dia sebab suami dia masa diorang muda-muda dulu panas baran. Dia selalu kena pukul dan kadang berdarah-darah (masa tu saya teringat sepupu suami pernah cerita ex mentua pernah lari dari rumah sebab dipukul).

Sekarang ex mentua guna ilmu dan pelesit tu untuk control anak menantu supaya tunduk dan patuh setiap kata-katanya. Mula-mula saya tak percaya kata-kata makcik tu tapi bila saya fikir dan imbas banyak peristiwa, hati saya mengakui sebab saya lihat ex ayah mentua saya. Ex suami saya dan adik adik dia terlalu patuh cakap mak diorang. Walau pada pandangan saya perkara tu salah. Saya lihat keluarga diorang juga tak berapa baik dengan saudara mara belah mak mentua atau ayah mentua. Kalau raya pun diorang raya sesama keluarga je. Jarang ada saudara mara datang rumah atau diorang pergi beraya rumah saudara mara.

Lepas jumpa makcik tu saya mula search pasal perubatan Islam. Cari ayat- ayat Ruqyah, dan saya download satu Ayat Ruqyah yang agak complete (hampir 40 minit) yang dibaca oleh Ustaz Nuruddin Al Indunissy (ada dalam Youtube juga – boleh cari). Beberapa hari lepas ada masa lapang, saya dengar ayat Ruqyah tu sampai habis. Lepas habis terus sakit kepala, perut memulas-mulas. Lepas tu saya muntah. Keluar banyak lendir-lendir hitam. Saya rasa tak sedap hati. Beberapa hari lepas tu saya jumpa seorang kakak untuk berurut kaki sebab lenguh. Sebelum tu saya pernah berurut dengan kakak tu masa belum bercerai sebab jatuh.

Saya tanya kakak tu boleh tak ‘scan’ seseorang sebab saya selalu dengar orang cakap tukang urut boleh ‘ nampak’. Kakak tu cakap kadang-kadang ALLAH bagi boleh nampak kadang tak. Dia suruh bagitahu nama, tempat tinggal dan nama panggilan. Lepas saya bagi tahu detail ex mak mentua saya. Kakak tu diam pastu tiba-tiba dia mengucap sambil cakap, “Ya ALLAH, sarat kat badan dia”. Saya tanya apa yang sarat, dia cakap orang ni banyak pakai ilmu. Penuh kat badan dia ilmu. Saya tanya ilmu apa. Kakak tu jawab ilmu macam mantera. Bila dia nak kenakan orang, dia baca mantera tu. Mantera tu macam pantun dan dia dah lama amalkan ilmu tu. Dah sebati. Kakak tu cakap dia nampak orang ni tergedik- gedik macam orang muda walau umur dah tua.

Dia describe satu-satu. Terkejut saya dengar. Bila saya cakap tu mak mentua, kakak tu mengucap panjang. Dia buka cerita masa saya mula-mula berurut dengan dia dulu. Dia dah rasa something tak kena dengan badan saya. Banyak sekatan-sekatan terutama dekat peranakan. Ada orang tak mahu saya mengandung. Kalau mengandung pelesit tu akan makan janin. Saya dengar rasa nak pengsan. Patutlah saya sukar mengandung. Bila lambat period, sampai berbulan-bulan pastu bila period je berketul-ketul darah keluar. Waktu bersama suami pula akan sakit. Saya perasan benda ni terjadi masa tahun kedua berkahwin. Mungkin sebab saya tak mahu ikut diorang masuk group tu dan minta cerai jadi mak mentua mula tak sukakan saya.

Kakak tukang urut tu syorkan saya beli limau nipis dan baca ayat Ruqyah sedikit sebanyak dan mandi limau. Esok petang lepas balik kerja, saya mandi limau yang dah dibaca ayat Ruqyah oleh saya sendiri. Time mandi tu rasa seram semacam. Rasa macam nak menjerit. Takut sangat. Pastu terhidu bau tahi yang amat busuk. Saya kuatkan semangat mandi sampai habis. Lepas tu saya message akak tu dan cerita kat dia. Akak tu cakap sebab benda tu dah lama dalam badan saya, dia syorkan saya pergi berubat dengan ustaz. Tak lama lepas tu, saya pergi berubat dengan anak murid Ustaz Nuruddin di Bangi.

Masa mula-mula ustaz tu baca ayat Ruqyah tu, saya sedih sangat sampai menangis2. Sayu sangat. Saya pun tak tahu kenapa. Pastu sendawa banyak kali. Belakang dan peranakan saya rasa mencucuk macam kena cucuk jarum. Sakit. Lepas berubat saya perasan keluar darah hitam kat kemaluan. Makin lama makin banyak. Pelik juga sebab nak kata darah period baru seminggu suci. Saya message ustaz tu dan cerita kat dia. Ustaz tu cakap’ “‘rumah’ benda tu dah hancur. Teruskan baca ayat2 ruqyah”.

Saya masa tu sewa hotel dengan kawan. Time tu bulan puasa. Lepas Isyak baca ayat2 ruqyah, solat sunat barulah tidur. Terjaga sebab ada tangan besar. Besar dia macam tangan lelaki dewasa, cekik tengkuk saya dari belakang. Saya cuba baca ayat Qursi walau payah. Sampai ayat terakhir tangan tu hilang. Bila saya tengok kawan saya sebelah nyenyak je tidur. Pagi tu terjaga dalam 3 lebih pagi. Bangun solat sunat. Lepas habis je, saya baring kejap sementara sahur. Pintu bilik hotel kena ketuk macam nak roboh. Saya rasa takut sangat. Kawan pun dengar.

Lama gila macam tu. Tengok kat lubang pintu tu takde orang pun. Dalam dekat2 pukul 5 baru berhenti. Bila tanya receptionst (bilik dekat dengan receptionist tu) tanya ada tak sesiapa ketuk pintu bilik kejut sahur dan ada dengar tak orang ketuk pintu. Dia cakap tak dengar apa2. Pastu polisi hotel kalau kejut sahur diorang akan call bukan ketuk. Masa tu memang meremang je dengar.

Sekarang saya faham kenapa bila berjauhan dengan suami dulu rasa rindu. Sayang sangat. Tapi bila dekat rasa benci. Asyik gaduh je walau benda2 kecil. Dan saya faham kenapa mak mentua dulu selalu paksa saya makan atau minum kat rumah dia walau saya cakap dah kenyang (rumah mak mentua dan saya tak jauh). Dia baca mantera tu kat makanan dan minuman saya. Lepas bercerai sampai sekarang saya masih amalkan membaca ayat2 Ruqyah. Bekas suami pula macam menyesal dan selalu tanya khabar. Korek2 cerita pasal saya kat adik saya. Sampai sekarang saya masih lagi bermimpi buruk tapi sudah berkurang berbanding semasa dalam perkahwinan. Doakan saya kuat dan berjumpa dengan lelaki yang baik. Maaf kalau cerita ni tidak berapa seram…

11 thoughts on “Ibu Mertua Niyang Rapik”

  1. Aku bila bab2 baca kisah trkena sihir ni konfem jantung aku jd brdebar tk tntu psl.. aku rs, aku fobia kot.. ahh.. mls la nk ingat balik.. buat sakit hati jer..

    Reply

Leave a Comment