Nenek Si Bongkok Tiga

Assalamualaikum semua pembaca FS. First sekali, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada FS kalau sudi siarkan cerita aku. Sebab dulu FS tak siarkan, jadi aku try jugak hehe. Harap FS sudi siarkan. Walaupun takdala seram sangat, tapi masih menjadi tanda tanya buat diri aku sampai sekarang.

Okay aku kenalkan diri aku sebagai Yaya ( bukan nama sebenar ). Masa tu tahun 2012 macam tu la kot kalau tak silap. Aku kecik lagi. Tapi takdala kecik sangat haih haha ( panjang pulak cite, kang bosan lak haha). Dalam pukul 8 nak dekat2 pukul 9 pagi tu, aku, kakak, abang dan mak aku pergi kat pasar. Jarak pasar tu xlah jauh sangat dari rumah aku tu.

Kitorang beli la makanan pagi kat sana. Tak lah lama sangat pon, sekejap je. Pastu lepas siap semua tu, kitorang hajat nak balik lah kan. Masa nak masuk kereta tu, ada sorang nenek bongkok tiga ni jalan depan kereta kitorang. Mak aku belum siap masukkan barang dalam kereta lagi, terus pegi dekat nenek bongkok tiga tu. Mak aku ni jenis memang tak boleh tengok orang susah, sentiasa ringan tulang nak bantu diorang. Aku masa tu takda perasaan apa2 pon sebab kecik lagi kan. Tak tau apa2. Then, mak aku bawak nenek tu masuk dalam kereta, katanya nak tumpangkan nenek tu sekali. Aku masa tu mula-mula tak rasa takut or pape pon, rilek je. Berfikiran positif ja.

Mak aku tanya nenek tu, “kenapa jalan sorang-sorang ja, nak pergi mana?”. Nenek tu cakap anak dia sume takda, kerja. And ada yang nak datang ambik dia, tapi dia nak jalan sendiri. Ooo macam tu rupanya. Lama jugakla aku pikir masa tu takkan la nak jalan kaki kan. Pelik kan ? Dahla bongkok, tak rasa susah ke, haih. Mak aku tanyala lagi, “nak pegi mana? Saya boleh tolong hantarkan”. Dia ada la bagitau nak ke satu kampung ni. Aku bagi nama kampung A je ok (nama kampung tu dirahsiakan). Dalam kereta tu, nenek tu bagitau la yang dia lepas ziarah YB dekat situ. Sebab YB tu baru balik dari Makkah. Tapi YB tu tak sihat. Demam dan terbaring atas sofa ja memanjang. Nenek tu pergi masuk kat dalam rumah tu .

Lepas ja sampai kat kampung tu, mak aku cakap dah smpai. Nenek tu tak nak turun pon. Dia cakap bukan dia nak ke kampung tu, tapi nak ke kampung lain. Haihh pelik betul, tadi cakap nak ke kampung tu. Dia cakap nak ke kampung B pulak (nama kampung dirahsiakan). Dalam beberapa minit camtu, sampai la kami ke kampung tu. Mak aku cakap dah sampai kat nenek tu. Aikk, nenek tu tak nak turun jugak. Aihh kenapa dengan nenek ni, peliknya. Dah dua kampung mak aku pergi, dua-dua tu dia tak nak turun. Katanya, ni kampung lain, bukan yang dia nak pergi. Mak aku tanya dia elok2 kat mana kampung dia nak pergi sebenarnya. Dia cakap nak ke kampung C pulak (nama kampung dirahsiakan). Masa tu mak aku dah macam stress la sikit kan. Tapi biasalah, nenek tu dah tua. Lupa nama kampung la kot. Lepas sampai ja kat kampung tu, ada jambatan kecik je. Memang tak muat la keta mak aku nak lalu kat situ. Kang runtuh haaa.

Nenek tu cakap takpala, berhenti dekat depan jambatan tu ja. Dia jalan sendiri. Dekat situ ada ramai laa jugak org kampung kat situ. Dia tengok kat kitorang macam pelik ja. Aku dah tak sedap hati masa tu. Masa tu jugak , mak aku hulurkan duit sikit kat nenek tu sebab mak aku kesian tengok dia. Dia bukak pintu kereta slow-slow, lepas tu dia keluar. Lalu ja betul-betul depan kereta kami, dia bangun berdiri tegak. Ahh sudahh, memang cari pasal laa. Dahlah tadi bongkok betul-betul bongkok, ni boleh pulak dia berdiri betul2 depan keta kami. Haihh naik bulu roma aku.

Boleh pulak masa tu dia senyum kat kitorang. Aihh, seram pulak tengok nenek tu senyum camtu. Kitorang lambai tangan kat nenek tu. Masa tu, orang kampung kat situ pandang kitorang dengan perasaan pelik. Ada yang bangun nak tengok kitorang lambai tangan kat sapa. Mak aku tak sedap hati, terus undur keta slow-slow. Baru gerak sikit, kami pandang balik kat situ. Nak tau apa kitorang nampak? Nenek tu dah takda kat situ! Naik bulu roma kami. Haihh seram betul. Terus mak aku pecut sampai kat rumah.

Dalam kereta tu, kitorang masing2 saling bertanya, sapa la nenek tu sebenarnya kan. Dah lah bongkok, seram pulak eishh. Sampai ja rumah, mak aku suruh kami cepat2 naik atas rumah dan kunci pintu. Kitorang berlari kat ayah terus peluk haha, masa tu kecik lagi kan. Takot sangat, sampai peluk taknak lepas. Mak aku pun bukak cerita kat ayah aku. Ayah aku cakap, takpa lah jangan takot. Dia kacau camtu ja . Lepas beberapa hari tu, masa sekolah. Mak aku seorang pendidik dan mengajar anak YB tu. Mak aku pergi la jumpa dia dan bukak cite pasal nenek tu ziarah ayah dia. Mak aku nak pastikan sama ada nenek tu cite betul ke tak. Anak dia cite yang ayah dia memang tengah berehat pon masa tu. Tapi takda orang datang pon rumah dia.

Lepas tu, si anak YB ni bukak cite yang masa ayah dia tengah tawaf tu, ayah dia nampak nenek tua tawaf laju2 depan YB tu. Laju sangat sampai tak tau nak cakap camne haa. Ayah dia tak tau la pulak yang nenek tu betol2 wujud. Ramai je orang kampung aku bagitau yang selalu nampak nenek tu kat mana2. Memang nak kacau orang ja keja dia. Hmm, takpala. Bagi aku takdala seram sangat kan. Tapi menjadi tanda tanya kat aku smpai sekarang.

Oh ya, ada cerita lagi pasal nenek tu sebenarnya. Panjang lagi jalan citer dia. Tapi takpala, admin bukan nak post. Ni dah masuk 5 kali send kat admin ni. Harap2 admin post la ya. ?

– Yaya –

Yaya
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.