IBUKU SEORANG JELMAAN?

Aku adalah anak perempuan sulung dan ada keluarga macam orang lain juga.
Cuma bezanya aku dalam keluarga yang sudah bercerai berai.

Masa kejadian berlaku, ibu dan ayah sedang dalam urusan ingin bercerai.
Aku masih kecil dan masih sekolah rendah lagi. Malam tu semua masuk ke bilik masing-masing kecuali aku. Entah kenapa aku malam itu macam rasa nak tidur di sofa ruang tamu sahaja. Mungkin sebab terlalu sedih aku rasa. Aku ingat masa tu memang sudah hampir tengah pagi. Rumah aku memang sunyi.

Baru nak lelap mata, aku dengar pintu bilik ibu dan ayah terbuka.
Aku lihat ibu keluar dengan baju tidur dia macam biasa. Cuma bezanya aku lihat ibu berdiri tegak dan keras tanpa suara apa-apa dan paling aku terkejut mata ibu berwarna merah saga dan biji mata hitam langsung tak kelihatan. Aku pura-pura tidur sedangkan aku masih intai ibu di celah bantal.
Ibu tak bercakap apa-apa cuma dia pandang aku tepat dengan mata merah, renung tajam pada aku.

Aku takut tapi belum sampai nak terkencing la kan. Cuma aku takut sebab hairan aku rasa kenapa ibu macam tu.Aku tau ibu ada saka kerana ibu pernah cerita dahulu masa di rumah nenek. Cuma bezanya sepanjang ni tak pernah ada gangguan.

Aku tengok ibu terus keluar rumah, tapi keluar rumah ibu hanya berkaki ayam jalan kaki tiba-tiba laju sangat sebab aku tergerak hati nak tengok ibu nak pergi mana. Aku ni terus lari dalam bilik ayah kejutkan ayah. Ayah terkejut ibu tiada di sebelah dan terus ayah panggil jiran blok sebelah sebab ada pasangan suami isteri kuat agama boleh bantu.

Aku lihat ayah terus ke sana sebab aku rumah tepi saja dan rumah makcik tu sebaris blok sahaja. Jadi aku nampak pakcik dan makcik tu terus pakai selipar naik kereta dengan ayah dan aku pergi cari ibu. Sekejap sahaja dah nampak ibu. Pakcik tu turun pegang ibu bersama isterinya, baca ayat-ayat aku tak tahu apa sebab masih kecil kan. Sekejap saja ibu jadi lemah terus pengsan dekat riba makcik tu.

Ayah ambil ibu masuk dalam kereta. Sepanjang dalam kereta alhamdulillah tak jadi apa-apa walaupun aku risau jadi lagi sebab aku duduk sebelah ibu. Cuma sampai sahaja kawasan depan rumah ibu tak nak masuk. Ibu merayu pada ayah bawa ibu balik kampung abah cakap atuk aku nak jumpa. Peliknya atuk aku belah ayah dah lama meninggal dunia sejak abang sulung aku umur 1 tahun. Pakcik tadi tu baca-baca lagi ibuku terus pengsan lagi. Ayah angkat masuk dalam bilik biarkan ibuku tidur.

Sampai sekarang tiada lagi perkara macam tu jadi lagi dan aku tak pernah bercerita pada adik – beradikku yang lain. Cuma aku risau kalau ibuku dah tak panjang umur, adakah saka tu akan bertukar tuan? Dan benda tu terjadi sebab saka ke atau ada benda tak tahu dari mana yang ganggu?

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

4 thoughts on “IBUKU SEORANG JELMAAN?”

  1. Pergi berubatlah klu nk tahu mcm mna sebenarnya. Klu berteka teki smpai bile pun x tahu jawapan. Heeee… Peace. Tu bukan ucapan Nada marah atau yg seumpamanya ya. Nada biasa je. Takut salah faham pula.

    Reply
  2. Tanya yg betul2 pakar (perubatan islam) …kalo betul ada saka, ko x kesian ke kt mak tu…..n doakan la ibu panjang umur yer n sihat…haishh bleh plak ckp kalau mak x panjang umur….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.