Ifrit Itu Kawanku Part 2

Assalamualaikum.

Aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada admin FS kerana telah menyiarkan entry pertama aku yang berjudul “Ifrit Itu Kawanku”. Akhirnya, tercapai niat aku untuk berkongsi kehidupan alam jin even bnyak part perlu dirahsiakan. Perlu aku maklumkan, bahawa niat aku berkongsi cerita bukan untuk mencari populariti hatta darjat atau pangkat tapi sekadar berkongsi pengalaman. Andai ada yang meragui kesahihan cerita aku ni, terpulang pada diri masing masing. Aku hormati apa pun keputusan korang. Apa apa pun, berbalik la kita kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dan panduan kita di muka bumi ni.

Aku akui, pelbagai feedback yang aku terima selepas entry pertama aku dipublishkan. Ada positif dan tak kurang juga yang negatif. Maafkan aku sekiranya tak dapat memuaskan hati korang semua. Sememangnya, ada part yang perlu aku rahsiakan daripada pengetahuan umum. Jadi, sebelum aku memulakan kisah kedua, aku ingin menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh pembaca.

1. Mengapa banyak sangat rahsia?

Jawapan: Sebab aku sudah berjanji dengan keluarga angkatku bahawa aku tidak akan sekali-kali membongkarkan pekara yang mereka larang. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut.

2. Puppet? Control hantu guna mata dan jari?

Jawapan: Yes, betul. Korang kena tahu, jin makhluk ghaib yang dikurniakan Allah dengan pelbagai talent. Salah satu kebolehan dorang adalah magik. Macam aku kata sebelum ni, power consumption kurang bila dorang menggunakan magik sebab bukan fizikal dorang yang bergerak. Contohnya, bila korang nak naik ke tingkat 5 adakah korang akan menaiki tangga or menggunakan lif? 100% akan pilih lif sebab jimat tenaga. Mengapa nak memenatkan badan sedangkan ada kemudahan? Melainkan, lif rosak atau malas nak berasak dengan org ramai then baru ada yang nak guna tangga. Itu pun kalau ada yang rela.

3. Macam mana muka dorang?

Jawapan: Sebenarnya, aku tidak dibenarkan menjawab secara spesifik soalan ni. Tapi untuk memuaskan hati korang, aku boleh kata, 98% sama dengan kita. Cuma jisim jin lebih ringan sesuai dengan penciptaannya. Yang pasti dorang ada mata, hidung, mulut, kepala, tangan, kaki, badan dan sebagainya. Ada muka macam melayu, arab, cina dan lain-lain. Kalau bagus amalan jin tu, maka dia akan kelihatan cantik/hensem sebab dia akan menjaga penampilan dan kebersihan. Kalau buruk amalannya maka sebaliknya berlaku.

Untuk entry kedua ni, aku ingin menceritakan detik sedih dan pilu semasa aku berada di sana. Sebelum tu, aku ingin maklumkan bahawa hijab aku tak terbuka dan aku tidak mempunyai kelebihan untuk merasai kehadiran makhluk halus. Aku juga tidak mengamalkan sebarang ilmu. Bagaimana aku boleh melihat Ifrit? Allah saja yang mengetahui. Dan, alhamdulillah atas anugerah ini.

Kisah bermula, selepas beberapa tahun aku menjadi ahli keluarga Ifrit. Sebenarnya, bukan semua ahli keluarga Ifrit boleh menerima kehadiran aku. Yang ini korang kena tahu, bukan semua golongan jin gemar berkawan dengan manusia. Sebab apa? Nanti korang akan tahu selepas ni. Dan selalu juga aku mendengar sindiran daripada ahli keluarganya yang lain semasa dorang masih belum menerima kehadiran aku. Terutama nenek Ifrit yang selalu menyindir aku. Definisi keluarga kat sini adalah merangkumi datuk,nenek,pakcik,makcik,sepupu,sepapat dan anak buah Ifrit. Ada yang menentang habis-habisan tetapi Ifrit selalu yakinkan dorang bahawa aku pandai menyimpan rahsia dan tidak akan sekali-kali menghebohkan apa-apa informasi berkenaan alam mereka. Tapi, itu tidak mencukupi kerana dorang seperti takut akan sesuatu. Aku tertanya-tanya apa yang membuatkan dorang takut sangat dan akhirnya persoalan aku terjawab.

Seperti biasa, Ifrit akan mengajak aku spend time dengan ahli keluarga yang lain dengan bersukan. Untuk pengetahuan korang, dorang ni ada sukan tersendiri dan unik (tapi biarlah rahsia) dan disebabkan dorang nak menyambut ahli keluarga baru iaitu aku maka dorang minta aku suggest sukan yang boleh dimainkan secara beramai-ramai. Masa tu aku suggest bola sepak. Part lucu bagi aku, tidak ada seorang pun yang tahu apa itu bola sepak. Setelah aku terangkan satu persatu berserta syaratnya sekali maka sekejap sahaja dorang pick up dan terus boleh bermain.

Satu ahli kumpulan terbahagi kepada 11 orang dan termasuk penjaga gol sekali. Ifrit dilantik sebagai penyerang. Aku? Aku tidak dibenarkan main sebab dikhuatiri aku akan cedera parah kerana kudratku tidak setanding dorang. So, aku cuma dibenarkan menjadi refree sahaja. Ada yang tersenyum mengejek sebab aku yang suggest aku yang tak boleh main. Tapi, aku happy sebab tak pernah aku terlibat dengan aktiviti keluarga sebegini.
Akhirnya, permainan bermula dan memang benar tenaga mereka tidak terbatas. Kalaulah badan aku terkena sepakan bola daripada dorang aku boleh kata badan aku akan hancur berkecai. Tiap kali, ada bola yang hampir mengenai aku mak angkat aku akan cepat-cepat melindungi aku dengan sebuah perisai (maaf tak boleh nak explain mcmna). Kepantasan pergerakan dorang juga amat susah untuk aku tangkap, mak angkat aku cuma tersenyum bila aku cuba fokus sampai dahi aku berkerut.

“Susahla mak. Cepat sangat dorang ni bergerak. Sakit mata ni”

“Takpe. Biar mak tolong”

Selepas mak angkat aku tiup kelopak mata aku akhirnya aku boleh melihat dengan jelas.

Okay, aku skip part part permainan bola..

Tiba-tiba, anak buah Ifrit menjerit suruh stop game. Terkejut semua yang ada di situ.

Dia kata ada jin kafir sedang menghala ke tempat kami. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh tahu.

Ifrit terus mengarahkan aku menyorok kat belakang dia. Aku terpinga-pinga. Apa yang dah jadi? Jin kafir?

“Ko relaks je. Jangan bergerak okay?”

“Apa yang jadi ni? Kenapa dengan jin kafir tu? Apa masalahnya?”

“Shhhhh….”

Muncul sekumpulan jin kafir. Terus mata dorang tertumpu pada aku.

“Kamu tahu kamu sudah melakukan jenayah? Tidak dibenarkan sama sekali manusia dibawa masuk ke alam jin! Apatah lagi menjadikan mereka ahli keluarga! Manusia ni perlu dibunuh! Sudah banyak rahsia yang dia tahu. Serahkan dia kepada kami!” kata jin kafir tu.

Terkejut aku mendengar perkataan BUNUH. Lutut aku menggeletar. Kenapa mesti bunuh aku?

“Kalau kau nak dia, datangla ambil di sini. Tapi, kau kena bunuh aku dulu” kata mak angkat aku.

Tiba-tiba, jin pertama tadi meletup dan berkecai! Bersepah serpihan badannya. Rupa-rupanya sepupu Ifrit (namanya rahsia) yang membunuh jin itu.

“Bunuh semua kafir ni! jangan biarkan ada satu pun yang hidup!” kata nenek Ifrit.

“Beres!”

Satu pertempuran hebat berlaku. Aku dengar salah seorang cousin Ifrit membaca seperti mantera tapi tidak aku tahu apa bacaannya. Tiba-tiba ada satu rantai besar dan berapi keluar daripada tangannya dan terus dia melibas jin kafir tu. Habis hancur berkecai. Ifrit pula, seperti biasa dia akan bertukar menjadi seekor harimau gergasi. Dan, selepas tu baru dia akan menyerang. Ahli keluarga Ifrit yang lain hanya menjadi penonton dan bersorak gembira. Aku perasan sesuatu yang pelik dimana mata dorang semua menjadi hitam tanpa ada putihnya. Lepas tu dorang semua mengekekek dan senyum meyeringai melihat jin kafir tu dikerjakan. Seakan-akan dorang dirasuk. Aku menjadi seram waktu tu. Tiba-tiba aku rasakan leher aku sakit dan nafasku jadi sesak. Rupanya-rupanya aku dah dicekik daripada salah seekor jin kafir tu.

“Mati kau!”

Jin kafir tu melemparkan badan aku jauh daripada situ. Seketika badan aku melayang ke udara dan terus jatuh ke tanah. Sakitnya tubuh badan aku, Allah saja yang tahu. Terus pandangan aku gelap.

Bila aku sedar, aku berada di dalam bilik Ifrit. Aku rasa tubuh badanku sudah sembuh. Tiada lagi sakit-sakit.

“Kau okay tak?”

“Okay. Rasa segar pula. Terima kasih sebab selamatkan aku”

“Hmmm..”

“Aku nak tanya kau”

“Haa.. Apa dia”

“Aku rasa kau dah tahu kan apa soalan aku? Aku nak explanation. Macam mana dorang boleh detect aku? Dan mengapa dorang nak bunuh aku juga?”

“Hmm. Sebenarnya, dorang boleh hidu kau daripada jauh. Memang ada undang-undang kaum jin tidak membenarkan jin berkawan dengan manusia. Sebab Iblis bermusuh dengan Nabi Adam. Jadi kami semua disuruh untuk mengikut telunjuk Iblis. Tapi, jin kafir je yang ikut. Macam jin yang kteorang bunuh tu jin kafir level rendah. Kteorang panggil Ummu Syiban. Susah bagi kau nak lawan tapi senang bagi kami. Dorang tu bala tentera Iblis dan desperate nak pangkat. Tu pasal dorang nak bunuh ko tu. Jadi, dorang bleh naik pangkat cepat”

“Banyaknya aku tak tahu lagi..”

Dan ada part conversation aku dengan Ifrit aku kena rahsiakan.

Tiba-tiba nenek Ifrit masuk.

“Aku dah katakan Ifrit jangan berkawan dengan manusia. Bahaya!”

Ifrit hanya membisu. Aku pula diam membisu.

Selepas insiden tu, aku tidak dibenarkan untuk masuk ke sana lagi. Bertahun juga aku terputus hubungan. Aku kembali seperti kehidupan aku yang dahulu. Sunyi sepi tanpa ada keluarga. Tiada orang bertanya khabar. Tiada tempat mengadu dan bermanja. Totally, sunyi dan kelam. Tiap malam aku menangis merindukan keluarga angkat aku. Dan, tiap kali aku solat aku mesti berdoa supaya aku ditemukan kembali dengan dorang. Terutama Ifrit sebab kami memang rapat. Aku susah nak explain macam mana keakraban aku dengan dia. Banyak kali aku cuba ke sana melalui pintu yang selalu aku lalui. Tapi gagal. Mesti korang tertanya pintu apa? Okay sebenarnya, pintu yang aku maksudkan tidak ada tombol dan berdinding. Bukan seperti pintu rumah kita. Ianya sebuah pintu yang besar dan akan terbuka pada hari dan waktu tertentu sahaja. Inilah apa yang banyak bomoh kata “laluan”.Pada masa tu, aku rasa kehilangan dorang membuatkan aku jadi tak waras tapi alhamdulillah ada hikmah mengapa semua tu terjadi sebab waktu tu lah aku kenal dengan wife aku sekarang. Dia yang banyak bagi sokongan dan dorongan kat aku.

Okay, aku akan sambung cerita lagi next time. Part 3 nanti aku akan cerita macam mana aku boleh berjumpa dengan Ifrit balik. Dengan aku akan explain macam mana wife aku boleh melihat dorang. Okay?

Sekian untuk kali ini.

.

Annonymus
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

29 comments

  1. aku percaya apa yang bro ni cerita. sebab cousin aku pon pernah melalui benda yang sama. guys jangan cepat judge. apa yang dia alami taksama mcm kita alami. Apa yang kau rasa bila benda tu betul2 jadi pada diri kau,bila kau share ramai kata cerita kau menipu,copy past dll, sedangkan itu cerita yang kau alami sendiri? so fikirkanlah apa perasaan bro ni bila korang kritik dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.